murid dan alam belajar - teori behavioris

Post on 23-Jun-2015

1.532 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Teori Behavioris oleh Ivan Pavlov dan John Watson

TRANSCRIPT

Murid dan Alam Belajar

TEORI BEHAVIORIS

EDU 3103 : MURID DAN ALAM BELAJAR

: MUHAMAD AMIRUL SYAFIQ BIN MD YUSUF

: MUHAMAD HAFIFI BIN MUHAMED YUSOF

: SYIRAZI B ABDUL KHALID

PENSYARAH PEMBIMBING :

EN. JAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHID

TEORI BEHAVIORIS

TOKOH

PELOPOR

Ivan Petrovich

Pavlov

(1849 - 1936)

John Broadus

Watson

(1878 - 1958)

Ivan Petrovich Pavlov

(1849 - 1936)

• Pendidikan awal di Sekolah Seminari Teologi

• Menyambung pelajaran di Universiti St.

Petersburg (Kimia dan Fisiologi)

• Mendapat gelaran Doktor pada 1879

• Menjadi Profesor Fisiologi di Institute of

Experimental Medicine pada 1884

• Mendapat hadiah “Nobel” dalam bidang

Psysiology or Medicine melalui kajian “Proses

Penghadaman” pada 1904

Lahir pada 14

September 1849 di

Ryazan, Rusia

Meninggal 27

Februari 1936 di

Leningrad

KAJIAN

PAVLOV

Mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada

sesuatu organisma

Kajiannya berasaskan pada „hukum perkaitan‟

(Law of Association) diutarakan oleh ahli falsafah

Yunani awal Aristotle

“sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana

sebelum ini organisme berkenaan telah

mengalami sesuatu yang berkaitan”

Contohnya :

Apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita

mungkin membuat andaian pemandu itu seorang

yang kaya raya atau seorang yang masyur.

Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita

yang lampau

Eksperimen Pelaziman Klasik Ivan Petrovich Pavlov

Gambarajah Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Gambarajah Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

KONSEP TEORI PAVLOV

TINGKAHLAKU KESIMPULAN

PENGUASAAN

(Acquisition)

Penguasaan atau bagaimana organisma mempelajari sesuatu

gerak balas atau respon baru berlaku berperingkat-peringkat.

Lebih kerap organisma itu mencuba, lebih kukuh penguasaan

berkenaan

GENERALISASI

(Generalisation)

Sesuatu organisma itu dapat membuat generalisasi dan akan

diikuti dengan gerak balas

DISKRIMINASI

(Discrimination)

Organisma dapat membezakan antara rangsangan yang

dikemukakan dan memilih untuk bergerak balas kepada

sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain

PENGHAPUSAN

(Extinction)

Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti dengan tak

terlazim, lama kelamaan organisma itu tidak akan bergerak

balas

PELAZIMAN

TAHAP TINGGI

Rangsangan yang ditambah (cahaya+bunyi loceng) akan turut

memberi kesan terhadap rembesan air liur anjing

Meninggal pada

tahun 1958

John Broadus Watson

(1878 - 1958)

1899 - tamat pengajian di Furman University,

1901 - mengambil major dalam psikologi dan

minor dalam falsafah serta neurologi di

University of Chicago

1906 - pensyarah di University of Chicago

1907 - professor psikologi di John Hopkins

University dan menemui Teori Behaviorisme

Menerbitkan Behavior : An Introduction to

Behaviorist Views It”.

1916 – Memulakan pengajian tentang mental

dan bekerja dengan syarikat pengiklanan di J

Walter Thompson Agency

1920 - berhenti dari John Hopkins University

dan menghasilkan “Little Albert” Experiment.

1928 – Menghasilkan Psychological Care of

Infant and Child

1945 – Bersara dari William Esty Agency

Lahir pada 9 Januari

1878 di Greenville,

South Carolina

John Broadus Watson

Eksperimen Little Albert

Albert berusia 9 bulan

Watson dan Rosalie Rayner (pembantunya) menunjukkan

Albert seekor tikus putih

Kemudian, diikuti seekor arnab, seekor monyet dan beberapa

topeng yang berbeza-beza

Pada mulanya, Albert tidak takut pada tikus tersebut

Sebaliknya, berasa seronok dan agak selesa

Albert berusia 11 bulan

Kemudian, Watson dan Rayner mengeluarkan satu bunyi yang

kuat (paip besi dan pemukul) serentak dengan kemunculan

seekor tikus putih.

Bunyi ini menyebabkan Albert menjadi takut dan menangis

Keadaan ini berulang-ulang selama tujuh kali dalam tempoh

tujuh minggu hingga Albert takut kepada tikus putih.

Albert berusia 11 bulan

Albert kelihatan takut lalu menangis apabila melihat tikus

sahaja tanpa sebarang bunyi

Namun, apabila berlanjutan, beliau membuat kesimpulan

bahawa apa sahaja yang berwarna dan berbulu putih

mempunyai kaitan dengan bunyi yang kuat

Gambarajah

grafik

ringkas

Eksperimen

Little Albert

Keadaan Tingkah Laku Albert sebelum dan selepas

IMPLIKASI TEORI

BEHAVIORISME TERHADAP

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

John Broadus Watson

Implikasi Teori John Broadus Watson

Semua tingkahlaku

boleh dipelajari melalui

proses pelaziman

Pembelajaran secara sistematik

Guna rangsangan

yang boleh

memotivasikan murid

Kukuhkan ingatan –

latihan secara kerap

1. Semua tingkah laku boleh dipelajari melalui proses

pelaziman

• Sebagai contohnya, guru dapat menggunakan teknik pelaziman ini

dalam pengawalan kelas.

• Guru memberikan rangsangan tidak terlazim iaitu tepuk tangan

manakala murid pula memberikan gerak balas tidak terlazim untuk

senyap dan duduk di tempat masing-masing.

• Oleh itu, semasa dalam kelas, apabila guru tepuk tangan, murid-

murid akan menjadi senyap dan duduk di tempat masing-masing.

2. Pembelajaran secara sistematik

• Guru turut harus sentiasa sedar akan rangsangan tidak berlazim

yang diberikan kepada murid

• Jikalau rangsangan yang telah diberikan tiada peneguhan, murid

akan biasa dengan rangsangan maka akan berlaku proses

penghapusan

• Setelah murid telah berlaku proses penghapusan guru haruslah

berlatih semula rangsangan serta gerak balas untuk mendapatkan

pelaziman.

3. Kukuhkan ingatan – latihan secara kerap

• Tabiat serta amalan yang baik boleh diamalkan dengan proses

pelaziman.

• Sebagai contohnya, apabila murid berjumpa dengan guru

(rangsangan) murid-murid haruslah tunduk serta memberikan salam

kepada guru.

• Amalan sebegini boleh diamalkan dalam kehidupan seharian murid-

murid di sekolah mahupun semasa di rumah.

4. Guna rangsangan yang boleh memotivasikan murid

• Rangsangan dan gerak balas yang diberikan harusnya sentiasa

berunsur positif.

• Terapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

• Guru-guru dapat pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan

agar dapat mengekalkan keberkesanannya.

Bibliografi

Mok Song Sang (2006), Ilmu Pendidikan untuk KPLI Sekolah

Rendah. Kuala Lumpur : Percetakan Seasons Sdn. Bhd.

Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2007), Psikologi

Pendidikan untuk Perguruan. Shah Alam : Karisma Publications

Sdn. Bhd.

Abd. Majid Mohd Isa dan Rahil Mahyuddin (1977), Psikologi

Pendidikan, Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd

Eggen, P. dan Kauchak, D. (1997), Educational Psychology

Windows on Classrooms. New Jersey : Prentice-Hall.Inc

Bibliografi

Lewis M. Barker (2001), Learning Behavior Biological,

Psychological, and Sociocultural Perspectives. New Jersey :

Prentice-Hall.Inc

Choong Lean Keow (2008), Murid dan Alam Belajar untuk

Program Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

W. David Pierce and W.Frank Epling (1995), Behavior Analysis

and Learning. New Jersey : Prentice-Hall.Inc

top related