moral - isu-isu moral di sekolah rendah
Post on 01-Mar-2018
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/26/2019 Moral - isu-isu moral di sekolah rendah
1/4
ELM 3104
1) ISU BULI
Melalui pengalaman menjalankan sesi kaunseling kepada murid-muris SKK, saya
mendapati isu buli kerap berlaku di sekolah ini. Kebanyakkan klien yang datang ke
sesi selalu membawa isu ini. Gejala buli di sekolah semakin membimbangkanmasyarakat terutamanya ibu bapa. Pada asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan
kepada dua iaitu buli mental dan buli fizikal. uli mental ialah akti!iti buli yang
melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejak, dan menyindir seseorang. uli fizikal
pula melibatkan pukul-memukul dan sepak terajang hingga menyebabkan
ke"ederaan kepada mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli
mendatangkan pelbagai kesan buruk terutamanya kepada murid sekolah. #leh itu,
langkah-langkah yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di
sekolah.
Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah murid yang dibuli akan
berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli
biasanya bersaiz lebih ke"il dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. #leh
sebab itu, mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli
biasanya akan menyuruh mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli
sendiri. $ika mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera. %erdapat
sesetengah pembuli yang membawa kawan-kawannya untuk membelasah murid
yang dibuli. agi murid-murid perempuan pula, mereka suka menyindir dan
mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan
ketakutan. &ni menyebabkan murid yang dibuli akan berasa takut dan tidak berani
datang ke sekolah lagi. $elaslah bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan
murid SKK yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka takut datang ke sekolah.
#leh yang demikian, saya sebagai bakal guru bimbingan dan kaunseling 'GK(, ingin
menyatakan peranan GK di sekolah. )al ini demikian kerana di sesetengah
sekolah, guru kaunseling sibuk membuat kerja lain daripada berjumpa dengan murid
bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Murid pula tidak mahu berjumpa
dengan guru kaunseling kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan dan
kebolehan guru tersebut. #leh itu, guru bimbingan dan kaunseling harus memainkan
-
7/26/2019 Moral - isu-isu moral di sekolah rendah
2/4
ELM 3104
peranan lebih aktif. Mereka hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling
moti!asi kepada murid yang selalu dibuli. iasanya, mangsa buli tidak mahu
berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana takut. *engan ini, guru
bimbingan dan kaunseling dapat memulihkan semangat mangsa buli. Mereka juga
akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang hadapi. +khirnya, pihak sekolah dapat
mengambil tindakan yang tegas kepada murid-murid yang terlibat.
2) ISU PONTENG SEKOLAH
Kebanyakkan murid SKK ponteng sekolah kerana mereka telah hilang pemerhatian,
kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. *engan membuktikan keadaan
tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam,masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak
dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. ama-lama kemudian,
anak tersebut akan "uba menggunakan "ara lain iaitu "ara negatif seperti ponteng
sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka
memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi ke
tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan
muridannya.
iasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi murid-murid yang
melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang
ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon
yang diharap-harapkan. &bu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka
tidak dapat hadir untuk berbin"ang dengan pihak sekolah. Keadaan ini se"ara tidak
langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga murid yang berkenaan
langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga
memberikan rangsangan kepada murid yang berkenaan untuk terus memonteng
sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. #leh itu bolehlah
dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah
turut menyumbang ke arah masalah ini.
-
7/26/2019 Moral - isu-isu moral di sekolah rendah
3/4
ELM 3104
Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam
mempengaruhi murid lain untuk ponteng sekolah. +jakan daripada rakan sebaya
mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda murid-murid yang tidak
berfikir se"ara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-
rakan mereka tanpa berfikir panjang. /akan-rakan yang ber"adang untuk ponteng
sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di
sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka memberi tanggapan bahawa
akti!iti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk
mereka tidak hadir ke sekolah.
%erdapat juga para murid ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda
oleh guru "ontohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka
yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih "ara ponteng sekolah supaya mereka
tidak dapat didenda oleh "ikgu. Selain daripada itu,murid yang datang lewat juga
akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan
mereka itu. Kumpulan murid ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan
peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka
terlalu berat bagi kesalahan yang ke"il.
3) ISU MEROKOK
*i kalangan golongan murid SKK, masalah utama yang dialami oleh murid-murid
tersebut adalah perokok pasif dengan kanak-kanak ini terdedah kepada asap rokok
yang dihisap oleh ahli keluarga mereka atau orang dewasa di sekeliling mereka. *i
antara mereka, ada yang mempunyai lebih dari seorang ahli keluarga yang merokok.
&ni menyebabkan kanak kanak tadi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
mendapat penyakit yang berkaitkan dengan rokok terutamanya masalah paru-paru.
Golongan murid sekolah rendah ini juga didapati mempunyai ke"enderungan untuk
merokok kerana perasaan ingin tahu dengan rokok lebih mudah diperoleh
disebabkan adanya ahli keluarga di rumah yang merokok.
Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah rendah mendapati bahawa hampir 012
daripada kanak kanak sekolah tersebut pernah merokok atau adalah perokok aktif
-
7/26/2019 Moral - isu-isu moral di sekolah rendah
4/4
ELM 3104
pada umur 33 tahun. Majoriti pelajar tersebut tidak mempunyai masalah untuk
mendapatkan rokok walaupun rokok tidak dibenarkan di jual kepada kanak-kanak
berumur 34 tahun kebawah. $usteru itu, penguatkuasaan penjualan rokok kepada
golongan kanak-kanak dan remaja sekolah perlulah diperketatkan lagi. Kanak-kanak
sekolah juga kurang diberikan pendedahan tentang bahaya merokok dan akibatnya.
Kita boleh membenteras gejala rokok di kalangan remaja dan kanak-kanak ini
dengan adanya kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan,
penguatkuasa dengan 5poli"y makers6 dalam kerajaan kita. &bu bapa harus sedar
bahawa mereka bukan sahaja merosakkan diri dengan merokok, malah, mereka juga
membahayakan anak-anak yang bergantung dengan mereka. &bu bapa adalah 5role
model6 yang baik untuk anak-anak. Mereka seharusnya men"erapkan nilai-nilai
keagamaan dan nilai-nilai murni yang membentuk susila anak-anak mereka dan
bukan sebaliknya.
Guru sekolah harus peka dengan pelajar-pelajar di sekolah dan mengenalpasti
remaja atau kanak-kanak yang bermasaalah dan segera mendapatkan bantuan dari
pihak yang berkenaan terutamanya kakitangan kesihatan sebelum terlambat.
Penguatkuasaan harus dipertingkatkan lagi supaya remaja dan kanak kanak tidak
memperoleh rokok dengan mudah dan pihak kerajaan boleh memainkan peranandengan meningkatkan lagi "ukai ke atas tembakau supaya dapat mengawal gejala
rokok ini. Kempen-kempen tentang bahaya rokok juga harus diperkenalkan di
peringkat sekolah dan dengan pengetahuan yang men"ukupi, kanak-kanak juga
boleh membantu untuk menasihati ibu bapa mereka supaya berhenti merokok. Kita
boleh membenteras gejala rokok di kalngan pelajar sekolah rendah sekiranya semua
pihak memainkan peranan mereka masing masing demi masa depan anak-anak kita.
top related