model psikodinamik

Post on 13-Jun-2015

2.148 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pengurusan Tingkah Laku

TRANSCRIPT

Model Psikodinamik

Teknik Kaunseling

Teknik “Behavior

Influence”

Ekspresi

Seni

STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TeknikLife

Space Intervi

ew

Terapi Realiti

TEKNIK KAUNSELING

Dibuat berdasarkan pengalaman kanak-kanak.

Dibuat oleh guru yang berpengaruh ke atas kehidupan kanak-kanak tersebut.

Menstruktur insiden yang berlaku dalam kehidupan kanak-kanak untuk membolehkan dia mengatasi masalah-masalah yang dihadapinya.

Penemuramah bertindak sebagai pembimbing

“Life Space Interview”

Menurut Redl (1959)- “Life space interview” terbahagi kepada dua (dalam Walker dan Shea, 1988):

i. “Clinical exploitation of life event” Memerlukan pengalaman dan latihan. Menggunakan insiden sebenar untuk

mengetahui ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak yang terbabit.

Cth: Ali sering mengelakkan diri kerana menganggap dirinya disisihkan oleh kawan-kawan sekelasnya.- Guru sebagai pembimbing akan membantu Ali dengan menggalakkannya memberi respon terhadap senyuman, lambaian kawan-kawan sekelasnya.

ii. “Emotional First Aid on The Spot” Membantu kanak-kanak daripada sesuatu

keadaan untuk membolehkan sesuatu aktiviti diteruskan. Contohnya pertengkaran dan pergaduhan.

Guru boleh membantu dari segi:i. Mengurangkan tahap kehampaan kanak-

kanak yang terbabit.ii. Memberi sokongan moral ke atas kanak-

kanak yang sedang emosi.iii. Membantu kanak-kanak dalam mencari

penyelesaian untuk menghadapi masalah kehidupan harian dan insiden yang melibatkan emosi seperti pertengkaran dan pergaduhan.

Contohnya: Ali dan Azman bertengkar semasa mendirikan khemah.

- Guru bertindak dengan menghentikan pertengkaran itu dan membiarkan mereka menenangkan diri sebelum memulakan sesi temuramah.

- Ali dan Azman menceritakan insiden yang berlaku.

- Mereka mendengar persepsi guru terhadap kejadian itu dan seterusnya bersetuju untuk cuba mendirikan khemah itu semula dengan pelan tindakan yang spesifik.

- Khemah dapat didirikan dengan cepat.

Dijalankan untuk membantu individu supaya dapat berfungsi dengan normal dalam persekitaran.

Menurut Glasser (1965), manusia mempunyai dua keperluan psikologikal asas (dalam Walker dan Shea, 1988):

i. Menyayangi dan disayangi.ii. Penghargaan diri dan dihargai orang lain. Untuk berasa menghargai diri dan dihargai orang

lain, seseorang individu mesti mengekalkan tingkah laku yang diterima masyarakat.

Kegagalan akan menyebabkan sakit mental.

Terapi Realiti

Memerlukan bantuan daripada seseorang yang dia ambil berat.

Objektif pakar terapi atau guru ialah mengajar individu atau murid yang terbabit tentang tingkah laku bertanggungjawab.

Glasser (1965)- belajar menjadi individu bertanggungjawab tidak berlaku secara semulajadi. Ia memerlukan penglibatan dengan tanggungjawab tertentu dan perkara-perkara lain seperti kasih sayang dan disiplin.

Majoriti individu belajar menjadi bertanggungjawab daripada kasih sayang dan disiplin.

Contohnya: Ali seorang yang cerdik namum sering gagal dalam subjek tertentu.

-Guru yang rapat dengan Ali menyedari hal itu telah menjalankan terapi realiti dan mendapati Ali tidak akan menumpukan perhatian dan tidak mahu belajar sekiranya guru yang mengajar tidak disukainya.-Melalui terapi, Ali menyedari tingkah lakunya hanya akan merosakkan dirinya.-Guru menyediakan pelan tindakan.-Ali belajar untuk bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya.-Setelah beberapa bulan, keputusan peperiksaannya meningkat dengan mendadak.

Menggalakkan dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan dan meluahkan perasaan dan emosi melalui aktiviti-aktiviti yang kreatif.

Cheney dan Morse (1972) merumuskan bahawa ekspresi seni dapat membina kebolehan ekspresi kanak-kanak.

- Ia memudahkan kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi mereka dan bukannya mengelak.

Ekspresi seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi dengan cara yang betul.

EKSPRESI SENI

Kaedah

Free play

Terapi seni

Puppetry

EKSPRESI SENI

Kanak-kanak dibiarkan bermain alat-alat mainan di ruang yang disediakan dan digalakkan memilih alat mainan mengikut minat mereka.

Alat-alat mainan mestilah sesuatu yang boleh memberi peluang kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi mereka.

Alat-alat mainan bukan alat yang rumit.Contoh alat-alat mainan- Patung manusia,

patung haiwan, tukul, pistol mainan, kereta mainan dan sebagainya.

“Free Play”

Contohnya: Azman seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi. Dia tidak dapat berinteraksi dengan guru dan kawan-kawan sekelasnya. Sepanjang di dalam kelas, Azman hanya duduk dan mendiamkan diri.- Guru memperkenalkan alat-alat permainan kepada Ali dan memberi panduan membuat aktiviti mudah.-Guru memerhatikan Azman.- Setelah beberapa bulan, Azman mula bercakap dengan kawan-kawan dan guru.

Membantu kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi bagi mereka yang sukar atau tidak mahu berkomunikasi secara langsung dengan orang lain.

D’Alonzo (1974)- Boneka tangan yang ringkas yang dibuat sendiri atau milik kanak-kanak yang terbabit adalah amat berkesan (dalam Walker dan Shea, 1988).

Pentas untuk boneka tangan boleh dibuat sendiri oleh kanak-kanak dengan bantuan guru. Contohnya menggunakan kotak kertas.

“puppetry”

Willian dan Wood (1977)- Seni dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak dari segi komunikasi, sosialisasi, kreativiti, ekspresi diri, mengenal diri dan manipulasi persekitaran.

Kanak-kanak harus diberi peluang untuk mengekspresikan diri mereka melalui seni terutamanya seni lukisan dua dimensi. Contohnya melukis menggunakan jari dengan mengunakan warna air dan sebagainya.

Elemen penting ialah persepsi dan perasaan kanak-kanak.Seni tiga dimensi juga boleh digunakan tetapi ianya

terhad disebabkan peralatannya. Contohnya menggunakan plastesin.

Terapi seni

Boleh dilaksanakan semasa berlakunya tingkah laku yang bermasalah sama ada di dalam kelas, sekolah, taman permainan dan sebagainya.

TEKNIK "BEHAVIOR INFLUENCE"

Teknik

Planned

Ignoring

Proximity

ControlInterest

Boosting

Jenaka

Signal Interfere-nce

TEKNIK "BEHAVIOR INFLUENCE"

Kadangkala kanak-kanak melakukan tingkah laku bermasalah untuk menarik perhatian kawan-kawan sekelas, guru dan ibu bapa.

Contohnya menjatuhkan buku, bersiul-siul, mengetuk pensil di atas meja dan sebagainya.

Cara- membiarkan, tidak menegur, tidak memberi respon dan sebagainya.

Biasanya tingkah laku yang dibuat-buat untuk menarik perhatian akan berkurangan dan lenyap apabila tidak diambil peduli.

"Planned Ignoring"

Bukan secara verbalContohnya- pandangan mata ke mata

(renungan), “toe tapping” dan sebagainya.

"Signal Interference"

Menggunakan orang-orang yang berkuasa dan berpengaruh menakutkan kanak-kanak.

Contohnya- Guru Besar, bapa, polis, guru garang dan sebagainya. Contohnya- Cikgu panggil polis.

Keputusannya tingkah laku yang bermasalah seperti bising tidak diteruskan.

"Proximity Control"

Semua orang akan bosan dengan tugas-tugas rutin dan sukar.

Guru yang mendapat tahu murid-murid mula bosan dengan kerja yang diberi harus berusaha untuk meningkatkan semula minat mereka.

Boleh dilakukan dengan menawarkan bantuan, bertanya tentang sejauh mana tugas sudah disiapkan, membincangkan tugasan tersebut dan sebagainya.

"Interest Boosting"

Dapat mengurangkan tekanan dan ketegangan.

Dapat membuat murid berasa tenang.Namun harus diingat jenaka yang dibuat

tidak menyinggung perasaan individu lain.

Jenaka

top related