model pengajaran robert glaser

Post on 01-Jul-2015

2.786 Views

Category:

Documents

48 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Model Pengajaran Robert Glaser

Fatihah Anis binti Saifuddin D20082033926Nurul Nadiah binti Khairuddin D20082033923

Model Pengajaran merupakan kaedah / strategi untuk membantu guru menyampaikan pelajaran bagi membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran

DEFINISI MODEL PENGAJARAN

Suatu sistem aktiviti yang dirancang oleh guru secara khusus kepada pelajar dengan tujuan membawa tingkah laku dikalangan mereka.

Robert Glaser(1968):Pengajaran adalah hasil daripada interaksi antara guru, murid, isi pelajaran, objektif pengajaran dan persekitaran.

MAKSUD PENGAJARAN

Robert Glaser (1962) memperkenalkan model pengajarannya.

Pengajaran Robert Glaser melibatkan empat elemen utama, iaitu :

- Objektif pengajaran - Pengetahuan sedia ada - Kaedah mengajar - Penilaian pencapaian.

Pengenalan Model Robert Glaser

Semua elemen ini saling mempengaruhi antara satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Robert Glaser juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Objektif Pengajaran

Objektif adalah aspek utama didalam model ini. Sama ada objektif am ataupun objektif tingkah laku.

Bidang (domain ) yang hendak diperkembangkan dalam diri pelajar harus dikenali.eg:Kognitif, afektif,psikomotor.

Objektif perlu sepadan dengan kebolehan pelajar.

CIRI-CIRI PENGAJARAN

Aspek masa & persekitaran juga diambil kira.

Kehendak hasil pencapaian yang dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar selepas proses pengajaran berlaku.

Hasil pencapaian merujuk kepada perubahan tingkah laku,perolehan, dan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar

Robert Glaser menyatakan pengetahuan sedia ada adalah pintu bagi tingkah laku kemasukan dalam proses pengajaran.

Merujuk kepada kebolehan intelek ,aras motivasi,budaya pelajar.

KAEDAH MENGAJAR

Satu siri aktiviti pengajaran yang sistematik dan berlandaskan teori pengajaran pembelajaran.eg;Kaedah demonstrasi, kaedah projek dan bercerita.

Kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada.

Penilaian

Penilaian dijalankan untuk menentukan sama ada pelajar telah dapat mencapai objektif yang telah ditentukan oleh guru atau tidak.

Cara menilai: soal jawab, pemerhatian,ujian formal,& ujian tak formal.

Hasil penilaian akan memberi maklum balas yang membolehkan guru mengesan kelemahan dan kebaikan aktiviti pengajarannya.

Di dalam kurikulum yang dibina di dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ini, ia merupakan subjek mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Oleh itu, penekanan terhadap proses mengajar perlu lebih memberi perhatian kepada pengajaran yang berkonsepkan amali atau domain psikomotor dan tidak hanya lebih tertumpu kepada domain kognitif sahaja.

Kesesuaian

Objektif Pengajaran - Harus ditentukan sesuai dengan pegetahuan sedia ada

mereka.

Kaedah mengajar - Harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan

pengetahuan sedia ada murid-murid.

Penilaian - Harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan

tujuan untuk mengesan punca-punca kelemahan yang telah dikenal pasti , agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya supaya keberkesanan pengajaran pada masa hadapan dapat dipertingkatkan.

Strategi

Peranan Kerangka

Objektif Pengajaran

Pengetahuan Sedia Ada

Kaedah Mengajar

Penilaian

Maklum Balas

Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Rumusan

top related