minggu 1 11 sept

Post on 21-Mar-2017

333 Views

Category:

Sports

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MINGGU 1

PENGENALAN SAINS SUKAN, PENDIDIKAN JASMANI DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN1. Menjelaskan definisi pendidikan jasmani dan

pendidikan kesihatan.2. Membanding bezakan antara gaya hidup

sedentari, gaya hidup aktif dan gaya hidup sangat aktif.

3. Meramal kesan yang diperolehi oleh individu mengikut peringkat umur hasil daripada pendidikan jasmani dan kesihatan.

4. Merancang program yang bertujuan memupuk minda masyarakat untuk menghargai kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan.

• Apakah dia Sains Sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan?

• Apakah perbezaan antara Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan sukan?

• Mengapakan jasmani dan kesihatan perlu dididik dan apakah kaitannya dengan sukan dan aktiviti manusia seharian?

• Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti hidup dan kaitannya dengan gaya hidup?

• Apakah kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan terhadap peningkatan kualiti hidup manusia?

PENDIDIKAN JASMANI• Proses yang dilaksanakan oleh individu untuk:

– mencapai tahap kemahiran dan kecergasan fizikal, mental dan sosial secara optimum melalui aktiviti fizikal yang dijalankan;

– meningkatkan kualiti kesihatan dan perkembangan tubuh badan yang harmoni dan seimbang;

– memperbaiki ciri-ciri fizikal dan kemahiran kendiri;

– dan membina kesempurnaan kemahiran motor bagi tujuan perlaksanaan rutin kerja harian.

O Kaedah utama dalam pendidikan jasmani adalah melalui latihan aktiviti fizikal yang merangkumi aktiviti pergerakan semulajadi dan siri pergerakan asas, aktiviti sukan dan aktiviti ketahanan fizikal.

PENDIDIKAN KESIHATANO Pendidikan kesihatan pula adalah satu

proses yang dipelajari oleh individu mengenai kesihatan dan cara untuk meningkatkan kesihatan diri.

O Ia wujud dalam bentuk program pendidikan bagi menyalurkan maklumat mengenai literasi kesihatan bagi meningkatkan tahap kesihatan di kalangan individu dan masyarakat.

O Berfokus ke arah memberi motivasi dan peningkatan tahap keyakinan diri di kalangan masyarakat untuk memperbaiki status kesihatan.

O Pada masa kini, pendidikan kesihatan lebih terserlah dalam konsep memperomosikan kesihatan melalui kaedah pendidikan.

PETA MINDA

O Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, bolehkan anda membezakan maksud konsep berikut? Apakah perkaitan antara antara konsep yang dinyatakan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan?

Latihan Pergerakan fizikal yang boleh meningkatkan kadar tenaga yang digunakan oleh badan

Main Satu bentuk hiburan yang dilakukan secara bebas, spontan bagi mendapatkan keseronokan. Ia tidak semestinya melibatkan aktiviti fizikal. Tidak mempunyai kepentingan material dan tiada sebarang keuntungan diperoleh daripadanya. Kesudahan aktiviti tersebut tidak penting dan tidak diukur. Adakalanya melalui aktiviti main individu dapat menonjolkan hubungan sosial.

Permainan Aktiviti main yang lebih terurus, mengandungi undang-undang yang eksplisit, mengandungi elemen perlawanan atau pertandingan antara dua pihak, mempunyai sekatan masa, ruang dan siri tingkah laku yang ditunjukkan oleh pemain.

Aktiviti Senggang dan rekreasi

Kebebasan masa dari tugas seharian yang boleh digunakan untuk aktiviti bersifat atau tidak bersifat fizikal.

Atletik Aktiviti yang dilalui oleh individu yang berkemahiran tinggi dalam aktiviti fizikal, aktiviti yang dijalankan adalah terurus.

Sukan Menekankan tentang kemahiran fizikal, keberanian, dan penggunaan tenaga, mempunya latar yang formal, aktiviti pertandingan yang mempunyai institusi dan organisasi, mempunyai ganjaran berbentuk intrinsik dan ekstrinsik, mempunyai proses sosialisasi, undang-undang aktiviti yang telah diselaraskan dan dikuatkuasa oleh oleh agensi kawalan rasmi. Aspek organisasi aktiviti dan teknikal amat penting dalam sukan. Pembelajaran kemahiran asas perlu dipelajari

SAINS SUKANO Sains sukan atau sains latihan bermaksud

analisis saintifik mengenai pergerakan tubuh badan manusia, yang merangkumi aspek fisiologi latihan, biomekanik, kinesiology, anatomi, fisiologi, tingkah laku motor dan aspek perubatan sukan

• Melalui sains sukan atau sains latihan, aktiviti fizikal dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dapat ditingkatkan kualitinya bagi menjamin kualiti gaya hidup yang sihat.

• Pada abad yang ke 19, sukan menjadi kaedah pendidikan jasmani yang paling utama. Ciri-ciri pertandingan dalam sukan adalah aspek pendidikan yang sangat penting, manakala latihan fizikal yang sistematik adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian sukan.

• Menurut Lumpkin (2005), berikut adalah ciri-ciri individu yang telah dididik fizikal dan kesihatannya sebagaimana yang didefinisikan oleh National Standards for Physical Education (NASPE) iaitu:

1. Individu yang telah mempelajari kemahiran yang bersesuaian untuk melakukan pelbagai bentuk aktiviti fizikal.

2. Individu yang fizikalnya cergas.

3. Individu yang sering melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

4. Individu yang mengetahui kebaikan dalam penglibatan aktiviti fizikal, serta keburukan jika tidak melakukan aktiviti fizikal.

5. Menilai aktiviti fizikal sebagai sesuatu yang bermakna dalam meningkatkan gaya hidup sihat

• Pada tahun 2004 juga, NASPE telah menggariskan 6 standard national untuk pendidikan jasmani yang diguna pakai hingga ke hari ini aitu:

1. Menunjukkan kompetensi dalam kemahiran motor dan corak pergerakan yang diperlukan dalam pelnagai jenis aktiviti fizikal.

2. Menunjukkan kefahaman tentang konsep, prinsip, strategi dan taktik dalam pergerakan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan penghasilan aktiviti fizikal.

3. Melibatkan diri secara kerap dalam aktiviti fizikal.

4. Mencapai dan mengekalkan tahap pencapaian kecergasan fizikal.

5. Mempamerkan rasa tanggungjawab individu dan tingkah laku sosial melalui penghargaan terhadap diri sendiri dan orang lain dalam konteks aktiviti fizikal.

6. Memberi nilai yang bermakna kepada aktiviti fizikal untuk tujuan cabaran yang positif, ekspresi kendiri dan interaksi sosial.

KUALITI HIDUP (QUALITY OF LIFE – QOL)

• Latihan fizikal mempunyai kesan yang baik terhadap HRQL pesakit yang mengalami penyakit kemurungan (Singh, Clements &Fiatarone, 1997), koronari jantung (Lavie & Milani, 1997), dan kegagalan fungsi pelbagai organ (Wehler et al., 2003).

• Aktiviti fizikal dalam bentuk latihan daya tahan atau rintangan mempunyai hubungkait yang positif dengan HQRL tanpa dipengaruhi oleh faktor usia, kesihatan dan jenis aktiviti (Rajeski & Mihalko, 2001).

• Data daripada Behavioral Risk Factor Surveillance System (2001) menunjukkan bahawa individu yang mengikuti aktiviti fizikal yang telah disarankan mempunyai tahap HQRL yang tinggi berbanding mereka yang kurang melibatkan diri (Brown, et al., 2003).

• Pernahkah anda berfikir tentang perasaan anda pada hari ini? Apakah perasaan yang sedang anda alami? Adakah anda rasa gembira? Adakah anda berasa sihat dan segar? Adakah anda berasa sangat bermotivasi? Atau adakah anda merasakan bahawa hari ini adalah hari paling malang dalam hidup anda? Jawapan kepada persoalan ini adalah status kualiti hidup anda. Pernahkah anda memikirkan status kualiti hidup anda pada masa sekarang? Berdasarkan skala 1 hingga 10 mengenai tahap kualiti hidup, cuba anda menilai diri anda sendiri, dan nyatakan pada skala berapa nilai kualiti hidup anda pada hari ini.

• Terdapat beberapa faktor yang berlaku dalam kehidupan kontemporari manusia menyebabkan masyarakat mula menitikberatkan pendidikan jasmani dan kepentingan aktiviti fizikal iaitu:

1. Ancaman terhadap penyakit kardiovaskular menyumbang terhadap keperluan melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot jantung.

2. Tabiat pemakanan yang tidak sihat.

3. Kesedaran untuk hidup lama dengan cara yang sihat.

4. Faktor perkembangan teknologi secara tidak langsung telah mengurangkan tahap pergerakan fizikal manusia, dan sekaligus meningkatkan kadar masa rehat dan senggang.

5. Peningkatan tahap stres kehidupan akibat tuntutan kerjaya dan perkembangan semasa.

O Dalam sebuah peta minda, cadangkan bagaimana pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan boleh menyumbang kepada peningkatan status kualiti hidup yang positif di kalangan masyarakat Sumbangan tersebut boleh di kenalpasti menerusi aktiviti-aktiviti khusus yang boleh dijalankan di dalam konteks pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan

Apakah jenis aktiviti fizikal yang biasa anda dilakukan?

Aktiviti Aerobik

Aktiviti yang melibatkan pergerakan otot besar seperti lengan, kaki dan peha secara berulangan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kadar pernafasan dan denyutan jantung akan bertambah. Sekiranya nafas dan kadar denyutan jantung anda meningkat pada tahap yang sederhana semasa melakukan aktiviti, ini menunjukkan aktiviti aerobik yang anda lakukan mempunyai intensiti yang sederhana seperti berjalan pantas. Contoh latihan ialah berjogging dan berbasikal)

Latihan Anaerobik

Latihan yang tidak memerlukan pengambilan oksigen yang mencukupi bagi mengekalkan aktiviti latihan yang berterusan, cukup sekadar atlit menggunakan pernafasan yang ada bagi menggantikan tenaga simpanan (latihan yang pendek seperti berlari untuk lompat tinggi)

Latihan akut Latihan yang dijalankan secara ringkas dan pendek (30 minit).

Latihan kronik

Latihan jangka panjang (12 bulan).

Aktiviti resistence

Aktiviti yang meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot sama ada dengan menggunakan alat khas atau menggunakan kaedah semulajadi seperti latihan angkat berat

Aktiviti Sederhana Aktiviti LasakAktiviti masa senggang

Berjalan laju, menari rentak perlahan atau sederhana, berbasikal, berkayak

Berjogging, berlari, basikal lasak, lompat bertali, dan berenang

Aktiviti sukan Sukan golf, sofbol, badminton, pingpong

Sukan tenis, bola tampar, bola keranjang, bola jaring, bola sepak.

Aktiviti di rumah

Berkebun, memotong rumput, membasuh kain yang sedikit, mencuci kereta, bermain dengan anak, mengemas rumah

Membersihkan halaman rumah, membuat kerja rumah dengan intensity yang tinggi.

Aktiviti pekerjaan

Khidmat pembantu rumah, mengemas restoran, berdiri dan berjalan semasa melakukan kerja

Mengajar tarian, pekerjaan bertani, melakukan pergerakan yang berintensiti tinggi semasa berkerja.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

O Kepentingan fizikalO Kesedaran tentang kepentingan pendidikan

jasmani dan kesihatan ke atas fizikal ini membantu dalam usaha pencegahan penyakit merbahaya, kawalan keselamatan diri dan mengelak dari mengalami kecederaan, di samping dapat mengurangkan kadar kehidupan yang tidak sihat dan kematian serta meningkatkan tahap kesihatan mental

O Kepentingan terhadap individu mengikut peringkat umur rendah, pertengahan dan tinggi.

Gaya Hidup Sedentari:

Kehidupan yang tidak aktif, kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal.

Berlaku di kalangan masyarakat di negara membangun dan sedang membangun.

Aktiviti duduk, membaca, menonton televisyen, aktiviti komputer seperti menaip dan bermain permainan video sepanjang hari tanpa melakukan aktiviti fizikal.

O Kepentingan kognitifO Pendidikan jasmani dan kesihatan dapat

diterapkan ke dalam minda masyarakat melalui medium visual, auditori, dan taktil.

O Pembentukan skema mental melalui interaksi antara fizikal dan alam sekitar melalui kaedah aktiviti fizikal dilihat berupaya menyelesaikan banyak masalah kehidupan.

O Kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan itu sendiri dapat dilihat berdasarkan kuapayaannya membentuk perkembangan minda yang sihat serta membantu individu untuk berfikir secara lebih rasional terhadap kepentingan memiliki gaya hidup yang sihat dan cergas.

O Kepentingan terhadap individu mengikut peringkat umur rendah, pertengahan dan tinggi.

O Kepentingan afektifO Keupayaan fizikal secara tidak langsung memberi kesan

terhadap status penghargaan kendiri individu. O Penghargaan kendiri yang positif dapat meningkatkan tahap

kebolehan dan keyakinan diri dalam melakukan aktiviti fizikal sama ada dengan tujuan untuk bersukan, beriadah atau berekreasi, atau pun untuk menyelesaikan rutin tugas seharian.

O Kepentingan terhadap individu mengikut peringkat umur rendah, pertengahan dan tinggi.

Penghargaan kendiri merujuk kepada penilaian individu atau pandangan peribadinya terhadap keupayaan diri sendiri. Keyakinan diriKeyakinan diri merujuk kepada konsep psikososial yang berkaitan keyakinan individu terhadap penilaian peribadinya, kebolehan, keupayaan serta kuasa yang dimilikinya. 

SikapGambaran mental dan penilaian individu terhadap ciri-ciri persekitaran TabiatTingkah laku yang berterusan dan sering kali melakukan sesuatu perkara yang sama ianya menjadi rutin harian seseorang individu itu. Persepsi:Tanggapan awal individu mengenai persekitarannya.

O Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan, apakah sumbangan yang boleh anda berikan dalam memupuk aspek fizikal, kognitif dan afektif di kalangan individu masyarakat melalui program pendidikan jasmani dan kesihatan yang anda jalankan? Senaraikan sumbangan tersebut

O Pernahkah anda menilai tahap kesihatan diri anda? Cuba anda lakukan penilaian kendiri ini dan kenal pasti tahap kesihatan anda sendiri.

PENILAIAN KENDIRI1. Huraikan definisi pendidikan jasmani dan

pendidikan kesihatan.

2. Jelaskan kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan terhadap individu berdasarkan peringkat kehidupan.

3. Bezakan antara gaya hidup sedentari, gaya hidup aktif dan gaya hidup sangat aktif, dan berikan contoh.

4. Bincangkan bagaimana pendidikan jasmani dan kesihatan boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup.

5. Fikirkan satu program yang boleh dilaksanakan bertujuan untuk mendidik minda masyarakat supaya lebih menghargai pendidikan jasmani dan kesihatan. Nyatakan aktiviti yang boleh dijalankan, serta objektifnya

top related