lipid -...

Post on 06-Feb-2018

256 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

LIPID

BIOKIMIA

OBJEKTIF PEMBELAJARANDi akhir kuliah ini, pelajar-pelajar dapat:

1. Menjelaskan sifat-sifat lipid.

2. Mengkelaskan lipid mengikut jenis-jenis lipid.

3. Menerngkan proses penghadaman dan penyerapan lipid.

4. Menjelaskan metabolisma lipid.

PENGENALAN

Lipid merupakan sebatian heterogenus yang terdiridaripada lemak, minyak, steroid, lilin dan lain-lain.

Disimpan di tisu adipos di dalam badan.

Turut bertindak sebagai penebat haba tubuh.

Kombinasi lipid dan protein (lipoprotein) membentuktransporting lipids di dalam darah.

Tidak larut air.

Larut dalam larutan tidak polar (eter, klorofom).

Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi.

SUMBER LIPID

SUMBER LIPID Selain diet, asid lemak juga boleh disintesis di sebahagian

tisu secara de novo daripada asetil-koA.

SIFAT-SIFAT LIPID

Lipid bersifat tidak polar (hidrofobik).

Kebanyakan lipid adalah amfifatik mempunyai hujung tidak polar dan hujung polar.

Asid lemak terdiri daripada rantai hidrokarbon dengan struktur asid karboksilik di satu hujung.

OO-

Non-polar Polar

PENGKELASAN LIPID

LIPID

Lipid Mudah Lipid Kompleks Lipid Terbitan

Lemak

Lilin

Fosfolipid

Glikolipid

Lipoprotein

Asid lemak

Steroid

Gliserol

Lipid Mudah1. Lemak

- terhasil melalui esterifikasi asid lemak dan gliserol.

- minyak lemak dalam bentuk cecair.

2. Lilin

- terhasil melalui esterifikasi asid lemak danmonohidrik alkohol.

Lipid Mudah

Lipid Kompleks1. Fosfolipid

- gabungan asid lemak dan alkohol (residu asidfosforik).

- selalunya mempunyai bes nitrogen.

gliserofosfolipid (alkohol = gliserol)

sfingofosfolipid (alkohol = sfingosin)

2. Glikolipid (glikosfingolipid)

- mempunyai asid lemak, sfingosin dan karbohidrat.

Lipid Kompleks3. Lipid kompleks yang lain

- seperti sulfolipid dan aminolipid.

- lipoprotein juga tergolong dalam kumpulan ini.

Lipid Terbitan Merangkumi asid lemak, gliserol, steroid, hidrokarbon,

viamin larut lemak dan hormon.

Lipid Neutral Merupakan kumpulan lipid yang tidak bercas.

Terdiri daripada:

- asilgliserol

- kolesterol

- kolesteril ester

ContohLipid Neutral dan Lipid Kompleks

ASID LEMAK Asid lemak merupakan sejenis asid karboksilik.

Mempunyai ekor alifatik yang panjang dan tidak bercabang.

Bersifat tepu atau tidak tepu bergantung kepada kehadiran ikatan ganda dua.

JENIS ASID LEMAK

JENIS ASID LEMAK

TRIGLISERIDA (TG) Juga dikenali sebagai triasilgliserol (TAG) atau

triasilgliserida.

Membentuk komponen utama bagi VLDL dan kilomikron.

Terbentuk daripada proses esterifikasi satu molekul gliserol dan 3 molekul asid lemak.

TRIGLISERIDA

FOSFOLIPID Merupakan sejenis kumpulan lipid yang berperanan dalam

membina membran plasma.

Mempunyai struktur digliserida, kumpulan fosfat dan molekul organik ringkas seperti kolina.

Bersifat amfifatik kepala hidrofilik dan ekor hidrofobik.

FOSFOLIPID

STRUKTUR FOSFOLIPID

PADA MEMBRAN PLASMA

STEROID Merupakan sejenis lipid aromatik.

Mempunyai gabungan 4 gegelang karbon skeleton di mana 3 gegelang mempunyai 6C dan 1 gegelang mempunyai 5C.

Kolesterol Fungsi kolesterol:

- komponen membran sel

- prekursor kepada hormon steroid (estrogen, progestagen, androgen, dll).

- prekursor kepada hempedu dan vitamin D.

Kolesterol boleh diperolehi melalui diet dan sintesis dalam tubuh.

Kebanyakan tisu(terutamanya hepar) boleh mensintesis kolesterol kecuali RBC.

Struktur Kolesterol

PENGHADAMAN & PENYERAPAN LIPID Lipid diperolehi daripada makanan.

Lipid dalam makanan berbentuk trigliserida, kolesterolester, fosfolipid dan derivat lipid yang lain.

Enzim yang memainkan peranan ialah:

- Lipase

- Kolesterol estrase

- Fosfolipase

Pencernaan Bermula di doudenum.

Hempedu dan pankreas merembeskan jus.

Jus hempedu mengandungi garam hempedu danbikarbonat (dirangsang oleh kolesistokinin).

Jus pankreas mengandungi lipase, fosfolipase dankolesterol estrase.

Penyerapan Diserap di usus kecil dalam bentuk asid lemak dan

kolesterol.

Diangkut melalui limfa (kilomikron) ke dalam darah.

Pengangkutan lipid dalam plasma Asid lemak dan kolesterol dihantar ke seluruh tubuh

melalui plasma.

Lipid tidak larut dalam plasma oleh sebab itu perludiangkut menggunakan lipoprotein iaitu:

- Kilomikron

- Very Low Density Lipoprotein (VLDL)

- Low Density Lipoprotein (LDL)

- High Density Lipoprotein (HDL)

LIPOPROTEIN

METABOLISMA LIPID

Biosintesislipid

Pemecahanmolekul

lipid

Biosintesis Lipid Turut dikenali sebagai lipogenesis.

Merupakan suatu siri reaksi siklik di mana satu molekul asid lemak dibina daripada percantuman unit 2C (asetil-koA) secara berterusan.

Lokasi hepar

tisu adipos

kelenjar mamari laktasi

ginjal (sebahagian kecil)

Proses ini berlaku di dalam sitoplasma sel.

Lipid Breakdown

Triasilgliserol disimpan di dalam tisu adipos.

Asid lemak senang dimobilisasi bagi menghasilkan tenaga semasa senaman yang panjang atau kebuluran.

Oksidasi lemak menghasilkan 9kcal/g berbanding 4kcal/g bagi karbohidrat atau protein.

Definisi : Suatu proses degradasi satu molekul asid lemak melalui penyingkiran setiap 2 molekul karbon membentuk asetil-koA, yang kemudiannya akan dioksidakan kepada CO2 dan H2O dalam kitar Krebs.

Lipid Breakdown Lokasi kebanyakan tisu terutamanya hepar dan

otot

Sebahagian tisu yang tidak dapat mengoksidakan asid lemak:

otak

sel darah merah (eritrosit)

medula adrenal

Ini kerana bahagian-bahagian ini tidak mempunyai enzim-enzim yang diperlukan dalam pemecahan molekul asid lemak.

Lipid Breakdown 4 peringkat di dalam pemecahan molekul lipid:

1) Hidrolisis triasilgliserol oleh lipase (lipolisis)

2) Aktivasi asid lemak

3) Pengangkutan ke dalam mitokondria

4) Oksidasi beta (β)

1) Lipolisis Berlaku dalam sitosol sel adipos.

Hidrolisis TAG menghasilkan gliserol dan 3 molekul asid lemak bebas.

Proses ini berlaku melalui 2 langkah:

1) Hormone-sensitive lipase menghidrolisis TAG pada kedudukan C1 dan C3 bagi membentuk monoasilgliserol.

2) Monoasilgliserol-spesifik lipase akan menyingkirkan asid lemak lebihan.

1) Lipolisis Gliserol yang dihasilkan tidak dapat dimetabolismakan

oleh tisu adipose ketiadaan gliserol kinase.

Gliserol diangkut ke hepar bagi menjalani fosforilasi membentuk gliserol-3-fosfat bagi mensintesis TAG atau ditukarkan kepada (Dihydroxyacetone phosphate)DHAP.

Asid lemak bebas yang terhasil akan menjalani sama ada

proses esterifikasi semula kepada TAG di dalam tisu adipos.

diangkut di dalam darah (mengikat pada albumin) bagi menjalani proses oksidasi beta di sel (hepar atau otot).

1) Lipolisis

2) Aktivasi Asid Lemak Asil lemak KoA sintetase (tiokinase) mengaktifkan asid

lemak dengan mengikatkannya pada KoA.

Ini seterusnya membentuk asil lemak KoA.

Proses ini berlaku di dalam sitosol sel dan memerlukan ATP.

ATP dihidrolisis kepada (Adenosine monophosphate) AMP dan pirofosfat (PPi).

PPi dihidrolisis secara tidak berbalik kepada 2 molekul fosfat inorganik bebas oleh pirofosfatase.

3) Pengangkutan ke Mitokondria Asil lemak KoA perlu diangkut ke dalam matriks

mitokondria bagi menjalani proses oksidasi beta.

Ini kerana sitosol sel tidak mempunyai enzim bagi menjalankan proses oksidasi beta.

Proses pengangkutan asil lemak KoA ke dalam mitokondria memerlukan pengangkut khas karnitin.

2 dan 3

4) Oksidasi β Molekul asil lemak KoA yang memasuki matriks

mitokondria akan menjalani proses oksidasi beta yang berlaku dalam kitaran 4 reaksi:

i) Oksidasi oleh FAD+

ii) Hidrasi

iii) Oksidasi oleh NAD+

iv) Pemotongan tiolitik oleh KoA

i) Oksidasi oleh FAD+

Pembentukan ikatan ganda dua di antara C2 dan C3.

Proses oksidasi ini menghasilkan 1 molekul FADH2.

R-CH2-CH2-CH2-C~SCoA

=O

R-CH2-CH=CH-C~SCoA

=O

FAD+ FADH2

123 14 23 14

asil KoA

dehidrogenase

Asil KoA Δ2 trans-enoil KoA

ii) Hidrasi

Penambahan molekul air kepada ikatan ganda dua oleh Δ2 enoil-KoA hidratase.

R-CH2-CH=CH-C~SCoA

=O

=O

-

OH

R-CH2-C-C-C~SCoA

-H

- H- H

H2O

enoil KoA

hidratase

Δ2 trans-enoil KoA β-hidroksiasil KoA

iii) Oksidasi oleh NAD+

β-hidroksiasil KoA dehidrogenase menukarkan kumpulan –OH pada C3 kepada kumpulan keton.

Proses ini menghasilkan NADH.

R-CH2-C-C-C~SCoA

-H

- H- H

-

OH

=O

R-CH2-C-CH2-C~SCoA

=O

=O

NAD+ NADH

β-hidroksiasil KoA

dehidrogenase

β-hidroksiasil KoA β-ketoasil KoA

iv) Pemotongan Tiolitik oleh KoA Tiolase memotong molekul β-ketoasil KoA kepada

molekul asetil KoA dan asil KoA yang kurang dua molekul karbon.

Asil KoA yang kurang dua karbon itu seterusnya akan memasuki proses oksidasi beta sekali lagi.

Keempat-empat langkah akan berulang sehingga akhirnya 2 molekul asetil KoA terbentuk.

R-CH2-C-CH2-C~SCoA

=O

=O

CH3-C~SCoA

=O

R-CH2-C~SCoA=

O+

CoA

tiolaseβ-ketoasil KoA asetil KoA

Oksidasi β

Tambahan

Bagi asid lemak tepu yang mempunyai bilangan karbon genap, bilangan asetil KoA yang terhasil:

= n/2, di mana n adalah jumlah C

Bagi asid lemak tepu yang mempunyai bilangan C yang ganjil akan menghasilkan 1 molekul asetil KoA dan 1 molekul propionil KoA di kitaran akhir oksidasi beta.

Propionil KoA seterusnya akan dimetabolisma kepada suksinil KoA yang boleh memasuki kitar Krebs.

Tambahan Oksidasi asid lemak

tepu yang mempunyai

bilangan C ganjil.

TAMAT

top related