laporan big siri 4
Post on 07-Apr-2018
232 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Laporan BIG Siri 4
1/7
Laporan BIG Siri 4
27 Julai 2011 (Rabu)
Pada kali ini Program Bina Insan Guru siri ke-4 (BIG) yang dilaksanakan adalah
Program Anak Angkat yang dilaksanakan 3 hari 2 malam di Kampung Guar, Manong,
Perak Darul Ridzuan. Pada pukul 8.00 pagi kami telah berkumpul di IPG Kampus Ipoh
untuk memulakan pergerakan ke destinasi seramai 17 orang dengan menaiki bas.
Lebih kurang pada pukul 9.00 pagi kami telah bersarapan di Hentian Sungai Perak
untuk menikmati sarapan pagi terlebih dahulu.
Setengah jam selepas itu kami menyambung perjalanan dan telah tiba di
Kampung Guar pada pukul 10.30 pagi. Kami telah di sambut oleh En. Mohd Said bin
Bakri, Ketua Kampung Guar dan beberapa orang penduduk kampung. Program Anak
Angkat ini di pusatkan di sebuah Masjid Al- Mukhlisin Kampung Guar. Selepas itu kami
membawa pelbagai barang-barang keperluan untuk di tempatkan sementara di masjid
tersebut.
Selepas itu kami telah mula membersihkan sedikit peralatan dapur di masjid
untuk kegunaan kami selama 3 hari tersebut. Menjelang pukul 12.00 tengah hari
makanan telah disediakan oleh penduduk kampung untuk kami menjamu selera sekali
lagi dan bersiap sedia untuk mendirikan solat Zuhur secara jemaah. Kami juga diberi
sedikit masa untuk berehat sebelum majlis penyerahan Anak Angkat bermula.
Pada pukul 2.30 petang kehadiran ibu bapa angkat mula memenuhi ruang
khemah di hadapan masjid dan majlis tersebut telah dimulakan dengan taklimat ringkas
berkenaan Program Anak Angkat. Selepas itu kami juga diberi taklimat tentang
penyediakan tapak, ikatan asas dan mendirikan khemah. Selepas itu majlis penyerahan
keluarga angkat dimulakan. Terdapat dua ketiga orang daripada kami akan ditempatkanbagi setiap satu keluarga. Saya bersama dua orang rakan yang lain telah dapat
keluarga angkat daripada keluarga pesara tentera yakni En. Hassan Sabery bin Ibrahim
bersama isterinya Puan Salasiah binti Mohd Arshad.
-
8/6/2019 Laporan BIG Siri 4
2/7
Apabila azan Asar berkumandang kami sekali lagi solat secara berjemaah di
masjid tersebut sebelum kami bertolak kerumah keluarga angkat masing-masing.
Walau bagaimanapun kami keluarga angkat kami tidak tiba sewaktu penyerahan
bersama keluarga angkat tersebut kerana dikhabarkan mempunyai urusan penting.
Kami bertiga terpaksa mengikut keluarga lain untuk ditumpangkan di rumah mereka
seketika.
Pada pukul 7.00 malam kami telah bertolak semula ke masjid untuk mendirikan
solat secara jemaah dan mengikuti program kerohanian dan tazkirah. Program ini
selesai sehingga masuknya waktu isyak. Selesai pula isyak secara jemaah program
diteruskan lagi dengan latihan dalam kumpulan 1 (LDK 1) berkenaan dengan tajuk EIC
dan Intrapersonal. Kami telah mengikuti program tersebut di sebuah bilik kuliah yang
terdapat di masjid.
Pelbagai aktiviti yang telah diketuai oleh tutor kami iaitu En. Khairul Anuar bin
Amran berkenaan dengan tajuk yang disampaikan. Kami telah diberi pendedahan
secara teori dan amali. Terdapat juga nilai-nilai seorang insan yang telah diterapkan
kepada kami. Aktiviti ini telah dilakukan selama dua jam dengan penuh pengisian yang
berguna dan dalam pukul 11.00 malam program telah ditamatkan seketika untuk hari
pertama.
-
8/6/2019 Laporan BIG Siri 4
3/7
28 Julai 2011 (Khamis)
Pada 5.30 pagi kami telah mula membuat persiapan diri dan kami telah ke
masjid untuk solat subuh secara jemaah dan mendengar tazkirah Subuh. Tazkirah pada
pagi tersebut telah di sampaikan oleh saudara Mohamad Yusof bin Abdul Latip. Selesaitazkirah kami telah melakukan Senaman Malaysia Cergas bersama beberapa
penduduk kampung dan bersarapan sebelum melakukan aktiviti seterusnya.
Pada pukul 8.30 pagi kami telah melakukan aktiviti Kembara sosial bersama
keluarga angkat. Aktiviti ini berkenaan dengan melihat keindahan ciptaan tuhan di
kawasan kampung Guar. Kami juga telah di bimbing oleh Pak Su Atan di sepanjang
perjalanan. Pelbagai maklumat telah kami perolehi antaranya pelbagai jenis tumbuhan-
tumbuhan seperti buah-buahan serta herba. Di kampung Guar ini juga terdapat sawahpadi lebih kurang 100 ekar tanah yang di usahakan penduduk kampung. Kehijauan
sawah padi menjadikan panorama pada pagi tersebut sungguh indah.
Selain itu juga kami juga telah ke tempat Loji Penapisan Air, Kampung Guar.
Kami telah di beri penerangan berkenaan penjagaan dan saliran air tersebut.
Pengetahuan ini sangat berguna kepada kami kerana selama ini air yang keluar
daripada paip telah dijaga dengan rapi dengan pelbagai kaedah rawatan yang
dilakukan. Hal ini juga menunjukkan betapa bersyukurnya masyarakat terhadap
keprihatinan kerajaan. Kembara sosial kami tamat kira-kira satu jam perjalanan pada
pukul 11.00 pagi.
Selepas itu kami telah pulang kerumah keluarga angkat masing-masing untuk
berehat sebelum menjelang waktu asar. Apabila tiba sahaja dirumah saya bersama
rakan yang lain telah dijamukan dengan pelbagai juadah. Seperti dalam jadual yang di
rancang kami perlu berkumpul semula di masjid bersama-sama penduduk kampung
untuk menyediakan masakan malam. Antara menu utama untuk makan malam adalah
Ikan Keli masak merah, ikan kembong masak merah, dalcar dan sedikit pencuci mulut.
Tepat pada pukul 3.00 petang kami dan beberapa penduduk kampung sudah
mula memenuhi ruang masjid untuk membantu dalam penyediaan juadah makan
malam. Terdapat beberapa orng daripada kami yang membasuh pinggan, menyusun
-
8/6/2019 Laporan BIG Siri 4
4/7
peralatan masak, menyiang ikan dan sebagainya. Seterus itu penduduk kampung yang
mengetuai bahagian masakan dan kami hanya dapat memngetahui berdasarkan
pemerhatian sahaja. Walau bagaimanapun kerjasama antara kami dan penduduk
kampung begitu mesra.
Apabila tiba waktu Asar masakan sudahpun siap untuk di pindahkan daripada
kawah. Seperti biasa kami menunaikan solat Asar berjemaah dan meneruskan aktiviti
sukaneka dengan penduduk kampung. Antara sukaneka yang dipertandingkan ialah
memancing ikan kertas, kupas kulit kentang, menganyam ketupat dan mewarna.
Pelbagai kategori dan peringkat turut serta dalam sukaneka tersebut. Keadaan tersebut
sebenarnya merapatkan hubungan kami dengan lebih mesra.
Lebih kurang pukul 6.30 petang kami terpaksa memberhentikan sukaneka untukpersediaan waktu maghrib. Kemudian terdapat satu keluarga angkat telah mempelawa
kami semua untuk menjamu durian di rumahnya. Tanpa berlengah kami bergerak
secara berkumpulan untuk menjamu durian yang dikatakan. Belum sempat kami masuk
ke rumah bau durian sudah menusuk ke rongga hidung. Selain durian kami juga dijamu
dengan cempedak yang masak ranum. Walau bagaimanapun masa kami situ agak
singkat dan terpaksa pulang awal untuk persiapan hari malam.
Saya telah pulang kerumah keluarga angkat dan membuat pengurusan diri untuk
ke masjid semula. Apabila tiba di masjid seperti biasa kami solat secara jemaah dan
membuat persiapan untuk menikmati juadah yang telah disediakan pada petang
tersebut. Selepas waktu isyak majlis makan malam akan dilangsungkan. Antara tetamu
yang diundang hadir ialah Tuan Hj. Mat Akhir bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Ipoh dan ketua kampung Guar, Manong.
Kehadiran timbalan pengarah memberikan satu semangat kepada kami kerana
pihak atasan sanggup turun melihat kami mengendalikan program anak angkat
tersebut. Keprihatinan timbalan pengarah sangat kami hargai. Selepas ucapan demi
ucapan, pengakhirannya tetamu yang hadir mula mencapai pinggan untuk menjamu
selera. Keadaan penduduk kampung yang ramah membuatkan kami seronok
-
8/6/2019 Laporan BIG Siri 4
5/7
bersembang dan bekerjasama untuk membersihkan peralatan masak, pinggan
mangkuk dan sebagainya untuk di cuci.
Majlis makan malam tersebut selesai kira-kira pukul 10.30 malam. Alhamdulliah
majlis makan malam berlangsung dengan baik. Sejurus selesai kami telah membuatperjumpaan bersama tutor untuk melihat jadual dan program pada esok harinya.
Memandangkan keluarga angkat menunggu, kami telahpun diberi pulang dan rehat
awal di rumah keluarga angkat masing-masing. Setibanya saya di rumah, saya melihat
ibu angkat sedang sibuk menyediakan bungkusan nasi lemak untuk perniagaannya
esok di pasar pagi. Saya ingin membantu tetapi ibu tidak memberi saya peluang dan
menyuruh saya berehat.
Melihat waktu yang masih awal saya telah duduk di hadapan televisyen bersamaayah angkat. Ayah angkat saya sangat peramah, dia seorang yang mempunyai banyak
pengalaman tentang kehidupan. Dia juga merupakan seorang pesara tentera
berpangkat sarjan. Kini dia seorang yang mempunyai banyak jawatan seperti bendahari
masjid, pengerusi pesawah dan sebagainya. Hal ini kerana dia sangat rajin dan
komitmen terhadap kerja yang bersungguh. Satu persatu fail dibuka di hadapan saya
untuk membuktikan bahawa kerjanya begitu kemas dan tersusun. Seronok berbual-
bual, tanpa disedari jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Lalu saya meminta izin
mengundur diri untuk ke kamar tidur merehatkan mata.
29 Julai 2011 (Jumaat)
Saya bersama 2 orang lagi rakan telah memulakan pergerakan di masjid pada
pukul 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah.
Program kami pada pagi tersebut telah dimulakan dengan LDK 2 yang di bimbing oleh
En. Khairul Anuar bin Amran, yakni tutor kami. LDK 2 ini dipenuhi dengan pelbagai
aktiviti kerohanian. Antara aktiviti yang kemuncak pada pagi tersebut adalah aktiviti
-
8/6/2019 Laporan BIG Siri 4
6/7
-
8/6/2019 Laporan BIG Siri 4
7/7
Selepas waktu asar kami telah pulang ke IPG Kampus Ipoh, walaupun program anak
angkat telah selesai tetapi kenangan yang terpahat masih kekal diingatan.
top related