laporan akhir program 2

Post on 01-Jul-2015

41 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Nama: Arika Binti Khairul Azam

No Matrik: A143684

Program: “One For All, All For One”

Penganjur : Pelajar Perubatan Tahun 1, Fakulti Perubatan, UKM

Tarikh : 2/2/2014- 4/2/2014

Tempat : Merlimau, Melaka

Jumlah peserta : 36 orang pelajar perubatan tahun 1 dan seorang penyelia

Jawatan: Exco Tugas tugas Khas & Urus setia

REFLEKSI

Secara keseluruhannya aktiviti ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang

baik antara setiap ahli jawatankuasa yang terlibat. Walaupun terdapat beberapa

kesulitan yang tidak dijangka, semua itu boleh diambil ikhtibar supaya tidak

berulang semula di masa akan datang. Program kali ini telah memberi banyak

manfaat kepada banyak pihak, terutamanya bagi pihak ahli jawatankuasa sendiri

selain pelajar SMAAK. Melalui program ini, ahli jawatankuasa program yang terdiri

daripada pelajar perubatan tahun 1 dapat mengasah kemahiran insaniah iaitu

kemahiran bersosial dalam diri masing-masing yang merupakan kemahiran asas

yang penting dalam dunia perubatan. Kami juga dapat berinteraksi dengan semua

lapisan masyarakat, seperti pengetua sekolah, guru-guru dan para pelajar dan

dengan cara ini dapat meningkatkan keyakinan dlaam diri seterusnya dapat

bersosial dengan lebih baik. Program ini juga melatih kami untuk peka terhadap

permasalahan masyarakat. Seterusnya program ini telah melatih kami untuk

mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan mampu

berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat. Sejurus itu, program ini

boleh dikatakan sebagai suatu latihan untuk maju dalam kemahiran insaniah

terutama dalam bidang mengendalikan program, kepimpinan dan kemahiran

bersosial dengan masyarakat luar.

top related