laporan akhir hhhc9801
Post on 15-Apr-2017
92 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBUKTIAN BAGI KURSUS HHHC9801: KEMAHIRAN KREATIF DAN INNOVATIF
NAMA
FADHILAH BINTI MOHD SALLEH
NOMBOR MATRIK
A146379
1. Pengenalan Program1.1 Jawatan Dalam Program : AJK Protokol
1.2 Nama Program : Pertandingan Cabaran Pengaturcaraan 2015
1.3 Tempoh Program (Duration) : 23 mac 2015 – 24 may 2015
1.4 Tema Program:“A Small Program Start With A Line Of Code”
1.5 Anjuran : Kelab Cabaran Pengaturcaraan (PCC)
1.6 No Kelulusan : DN00339/2015
1.7 Penasihat Program : Dr.Bahari Bin Idrus
1.8 Ketua Pengarah : Muhammad Azlan Hanif Bin Abdullah
1.9 Tarikh : 23-24 May 2015
1.10 Tempat :Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
2. Latar Belakang ProgramPertandingan Pengaturcaraan telah dianjurkan di peringkat
kebangsaan secara aktiviti tahunan di beberapa IPT sejak tahun 2007.
Antaranya adalah pertandingan ACM ICPC Programming Contest yang
dianjurkan oleh UIAM serta pertandingan PROMED yang dianjurkan oleh
UiTM. Beberapa universiti lain juga turut menganjurkan acara seumpama ini
setelah melihat sumbangan dalam membentuk pelajar yang cemerlang serta
terampil pengaturcaraan dan penyelesaian masalah yang tinggi.
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui Kumpulan
ATUR juga melihat bahawa pertandingan seperti ini dapat membantu dalam
proses pembelajaran para pelajar dan membentuk sifat daya saing yang
bermanfaat.
Tiga hasil pembelajaran yang diharap akan dicapai oleh pelajar dalam
menyertai dan mengendali Pertandingan Cabaran Pengaturcaraan adalah:
1. Mampu mengaplikasi teori dan pengetahuan akademik bagi
menyelesaikan masalah.
2. Mampu menunjukkan sifat daya saing yang kuat dan kompeten
dalam bidang pengaturcaraan yang kiat berkembang kini.
3. Mampu mempamerkan etika dan integriti dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab.
Program ini dirancang di peringkat UKM khusus sebagai platform bagi
memberi persediaan serta memilih para pelajar terbaik untuk mewakili UKM
ke pertandingan pengaturcaraan di pertandingan peringkat kebangsaan yang
dianjurkan oleh IPT dan juga pertandingan peringkat serantau seperti ACM
ICPC Asia Regional Contest sepanjang tahun 2015 dan seterusnya.
3. Misi/visi/objektif Program
a. Memberi pendedahan kepada pengaturcaraan dalam menyelesaikan
masalah dunia sebenar.
b. Memberi pendedahan dan kemahiran pengaturcaraan setaraf peringkat
kebangsaan dan serantau.
c. Melatih kemahiran pengurusan strategi dan pengaturcaraan pelajar
untuk lebih berkompetensi dalam bidang-bidang tersendiri.
4. Tugasan Yang Dilakukan
4.1 Sebelum program a. Menyediakan teks ucapan pengarah projek untuk majlis perasmian
penutup
b. Menyiapkan Dewan Multimedia untuk digunakan sebagai tempat majlis
perasmian penutup
c. Menyiapkan hadiah-hadiah untuk diberikan kepada pemenang
pertandingan.
4.2 Semasa program
Membantu menyediakan belon-belon yang akan digunakan sebagai
penanda soalan yang telah dijawab oleh peserta.
4.3 Selepas program Membersih dan mengemas kembali tempat-tempat yang digunakan
semasa pertandingan iaitu Dewan Multimedia, Makmal Software
Engineering dan Makmal Pengajaran.
5 Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran yang saya perolehi melalui program ini dan dapat
dikaitkan dengan kursus HHHC9801 adalah seperti berikut ;-
5.1 Sebagai Ajk protocol, saya telah ditugaskan untuk menyediakan draf
ucapan ketua pengarah program untuk majlis perasmian penutup.
Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui cara menggunakan
penghargaan semasa menyediakan teks ucapan. Disebabkan kurang
pengalaman, saya telah membuat rujukan melalui google untuk
mencari contoh-contoh ucapan semasa majlis perasmian.
5.2 Menggunakan belon-belon sebagai penanda kepada jumlah soalan
yang telah dijawab oleh peserta. Setiap belon yang digunakan
diasingkan mengikut warna bagi memudahkan AJK mengetahui soalan
mana yang banyak dijawab oleh peserta. Ini adalah
6 Masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya Semasa mengendalikan program ini, terdapat dua masalah yang timbul iaitu:-
6.1 Salah komunikasi tentang cara untuk menyediakan belon yang akan
digunakan untuk menanda soalan yang telah dijawab oleh peserta.
Terdapat 9 warna belon yang perlu ditanda dengan no 1-9 mengikut
setiap warna sebanyak bilangan peserta. Walaubagaimanapun, kerana
terdapat silap faham, kami telah menanda belon itu dengan no 1-24.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, keputusan yang dibuat adalah
dari ditandakan dengan no 1-9, kami telah tukarkan dengan menandakan
belon tersebut dengan huruf a-i.
6.2 Tidak pasti tentang kehadiran sebenar V.I.P. Oleh kerana tiada
kepastian berapakah bilangan V.I.P yang akan hadir dalam program ini,
kami telah menyusun kedudukan kerusi mengikut bilangan terbanyak
yang dijangka hadir. Jika bilangan yang hadir, kurang daripada itu, kami
akan keluarkan balik kerusi yang telah disusun sejurus sebelum acara
bermula.
7. Teknik Penyelesaian
8. Kesimpulan
Melalui program ini , saya dapat belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah
secara ad-hoc bagi memastikan perjalanan program dapat berjalan secara lancar.
Kita mesti bijak menggunakan apa saja yang terdapat di sekeliling kita untuk
menyelesaikan masalah yang timbul. Misalnya semasa menyediakan belon untuk
menandakan soalan yang dijawab oleh peserta, oleh kerana tersilap faham arahan,
kami telah menukar cara penandaan dari guna angka kepada guna huruf untuk
mengelakkan dari mengeluarkan belanja untuk membeli belon yang lain dan juga
menjimatkan masa dan tenaga.
Menyediakan belon untuk menanda soalan
yang dijawab oleh peserta
Pam untuk digunakan meniup belon tidak mengcukupi,terpaksa tiup secara manual
Warna belon yang disediakan tidak cukup
Silap faham arahanKurang kerjasama
Material
Machine
Man
9. Lampiran
9.1 Minit mesyuarat
Perkara: [Subject] Tarikh: 23/03/2015
Disediakan
:
Syafiqa Masa: 1300 pm – 1400 pm
Lokasi: Ruang Inovasi FTSM
Kehadiran: Semua Ahli PCC dan Puan Marini
Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC
Topik: Perjumpaan dimulakan oleh saudara Mohamad Azlan
Perbincangan: Agenda :
o Pembahagian tugas telah dilakukan. Nama yang berada di atas
dilantik secara automatik sebagai ketua.
o Penerangan setiap jawatan telah dilakukan oleh saudara
Mohamad Azlan
Kesimpulan: Setiap jawatan seharusnya difahami gerak kerja.
Topik: Perjumpaan dimulakan oleh Puan Marini
Perbincangan: Agenda :
o Adakan bengkel sebelum PCC untuk memberi pendedahan
kepada para peserta sebelum menyertai pertandingan.
o Adakan MOC sebelum pertandingan berlangsung
o Sila berjumpa dengan Dr Bahari selain Dr Norazean
o Setiap bengkel yang diadakan, berbeza pendekatan. Dapatkan
maklumat siapa yang akan mengajar pada hari bengkel
tersebut.
Kesimpulan: Setiap jawatan seharusnya difahami gerak kerja.
Perkara: [Subject] Tarikh: 06/04/2015
Disediakan
:
Syafiqa Masa: 1800 pm – 1700 pm
Lokasi: Makmal Kejuruteraan
Perisian
Kehadiran: Ahli PCC dan Dr Norazean
Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC
Topik: Perjumpaan dimulakan oleh saudara Muhammad Azlan
Perbincangan: Agenda :
o Bengkel PCC akan berlangsung selama 4 minggu iaitu
bermula 7 April 2015 sehingga 12 Mei 2015 setiap hari Selasa
bermula jam 8 malam sehingga 10 malam.
o Bengkel akan berlangsung di Makmal Pengajaran 8 dan 9
o Mohon semua ahli PCC untuk memeriksa maklumat peribadi
di dalam page Facebook PCC untuk dimasukkan di dalam
SPI.
o Berkemungkinan akan diadakan Family Day PCC. Ketua
yang dilantik ialah Fatimah Khairunisa.
o Pertandingan akan bermula pada 23 Mei 2015 sehingga 24
Mei 2015
Kesimpulan: Gerakan kerja seharusnya bermula daripada sekarang untuk memudahkan
kerja di kemudian hari.
Perkara: [Subject] Tarikh: 29/04/2015
Disediakan
:
Syafiqa Masa: 1300 pm – 1400 pm
Lokasi: Makmal Kejuruteraan
Perisian
Kehadiran: Puan Azura, Ketua Jawatan PCC dan AJK Tertinggi PCC
Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC
Topik: Perjumpaan dimulakan oleh Puan Azura
Perbincangan: Agenda :
o Gerak kerja untuk mencari dana
o Mohon ketua pemasaran (Ahnanty) untuk berjumpa dengan
Puan Azura
o AJK Tertinggi menyediakan tugas secara terperinci kepada
setiap jawatan.
o Gerak kerja yang drastik mesti dimualakan dari sekarang.
o Dapatkan dana daripada mana-mana syarikat yang sanggup
menderma. Berikan sesuatu yang berharga kepada syarikat itu
untuk balasan.
o Publisiti seharusnya mula membuat hebahan kepada fakulti
yang ditarget. Contoh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dan Fakulti Sains dan Teknologi.
o Sediakan template sponsor dan serahkan kepada Puan Azura.
Kesimpulan: Gerakan kerja seharusnya bermula daripada sekarang untuk memudahkan
kerja di kemudian hari.
Perkara: [Subject] Tarikh: 06/05/2015
Disediakan
:
Syafiqa Masa: 1300 pm – 1400 pm
Lokasi: Makmal Kejuruteraan
Perisian
Kehadiran: Majlis Tertinggi, Ketua Jawatan (Seperti di dalam lampiran)
Objektif : Mesyuarat Dalaman PCC
Topik: Perjumpaan dimulakan oleh saudara Muhammad Azlan
Perbincangan: Agenda :
o Perbincangan bersama Ketua Pemasaran
Sertakan pakej penajaan bersama kertas kerja kepada
setiap syarikat yang ingin dimohon dana
Tetapan tarikh akhir pencarian dana adalah pada 11
Maei 2015
Mohon ketua pemasaran untuk sebarkan tugasan yang
sama rata kepada ahli yang lain.
Menurut Ketua Pemasaran (Ahnanty) sebuah syarikat
akan memaklumkan kembali tentang dana tersebut
pada hari Jumaat. 8 Mei 2015. Mohon Ahnanty follow
up syarikat tersebut. Sila update di dalam group
Whatsapp.
Dapatkan akaun rasmi sekiranya pihak syarikat ingin
memberi wang tunai.
o Perbincangan bersama Ketua Publisiti
Mohon siapkan poster, banner dan hantarkan kepada
Dr Norazean & Dr Bahari
Sekiranya sudah approve iklankan poster tersebut di
papan iklan UKM.
Sila muatnaik poster dan banner di dalam group
Facebook dan tagging kepada mana-mana pensyarah
o Perbincangan bersama Ketua Logistik
Dapatkan belon, batang (untuk gantungkan belon),
benang yang secukupnya, pam yang bersesuaian.
Dapatkan belon yang berwarna ceria. Elakkan
pembelian belon berwarna hitam.
Lihat semua kertas kerja yang telah dimuatnaik di
dalam group FB senarai barang yang diperlukan.
o Perbincangan bersama Ketua Urusetia
Pembukaan pendaftaran adalah sehingga 17 Mei 2015
Sila berjumpa dengan Dr Bahari untuk dapatkan
access ke dalam sistem pendaftaran tersebut untuk
melihat jumlah peserta yang telah berdaftar.
Penetapan di meja pendaftaran adalah seramai 2
orang, di dalam makmal sepanjang pertandingan
berlangsung adalah seramai 3 orang
Kesimpulan: Gerakan kerja seharusnya bermula daripada sekarang untuk memudahkan
kerja di kemudian hari.
9.2 CARTA GANTT
PERKARA MARCH APRIL MAY 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4Mesyuarat pertama 23-Mar-15 Mesyuarat kedua 6-Apr-15 Mesyuarat ketiga 29-Apr-15 Mesyarat keempat 6-May-15 Reheasal 23-May-15Hari Program 24-May-15
9.3 Gambar/video
Penyediaan hadiah untuk pemenang pertandingan.
Menyiapkan dewan multimedia sebagai tempat perasmian penutup
Menyediakan belon sebagai penanda soalan yang telah dijawab oleh peserta.
9.4 capan Aluan Pengarah Projek
Terima kasih saudari/ra pengacara majlis
Yang Berbahagia Prof. Dr.Abdullah Bin Mohd Zain, Dekan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat ,Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yang dihormati para pensyarah,Juri-juri, peserta-pesrta PCC'15, AJK -AJK program dan hadirin sekalian.
Assalamualaikum W.T.B dan salam sejahtera
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana atas limpah dan kurnianya kita sekali lagi diberi kesempatan pada tahun ini untuk menjayakan program “Programming Computer Challenge” ini.
Hadirin sekalian,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Prof . Dr Abdullah Bin Mohd Zain , Dekan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudi meluangkan masa beliau untuk bersama-sama kita bagi merasmikan majlis penutup “Programming Computer Challenge 2015” pada petang ini.
Dikesempatan ini juga, saya mewakili kelab PCC mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FTSM khususnya dan UKM amnya kerana memberi peluang kepada kami untuk menjalankan program ini. Tidak lupa juga kepada saudara Kinanda Nugraha yang sudi untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi menjayakan program ini walaupun beliau bukan lagi bergelar pelajar di FTSM.
Hadirin yang dihormati,
Sepertimana yang kita sedia maklum,tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi persediaan serta memilih para pelajar terbaik untuk mewakili UKM ke pertandingan pengaturcaraan di pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh IPT dan juga pertandingan peringkat serantau seperti ACM ICPC Asia Regional Contest untuk sepanjang tahun 2015 dan seterusnya.
Diharapkan dengan adanya pertandingan ini, UKM mampu untuk melahirkan bakal pengaturcara yang berwibawa.Semoga PCComp’15 ini juga dapat menjadi platform kepada pelajar untuk melatih diri menjadi pengaturcara yang cemerlang. Semoga pengalaman yang didapati semasa menyertai pertandingan ini dapat digunakan di masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Prof . Dr Abdullah Bin Mohd Zain , Dekan Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudi meluangkan masa merasmikan majlis penutup Program “Programming Computer Challenge 2015” pada petang ini.
Bagi pihak Programming Computer Club, saya amat menghargai setiap sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah, Peserta-peserta dan Ajk program telah turut serta dan memberikan kerjasama yang utuh dalam memastikan kelancaran program ini. Harapan saya agar program ini akan menjadi platform bagi melahirkan pengaturcara yang berwibawa.
Sekian Terima Kasih.
9.5 Surat Kelulusan
top related