kursus ladap muzik kssr (2)

Post on 24-Jan-2016

102 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Dunia Muzik

TRANSCRIPT

BENGKEL ASAS MUZIK KSSR

Disampaikan oleh:En. Shahril Abdul Rahman

IPG Kampus Ilmu KhasKuala Lumpur

Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching43500 Semenyih, Selangor

2 Februari 2013

KONSEP MUZIKIramaMelodi

Warna TonBentuk

HarmoniTeksturEkspresi

IRAMA• Muzik bergerak berdasarkan bit yang tetap dan

stabil yang dinamakan detik. Cth: bunyi jarum saat, bunyi tapak kasut orang berjalan, degupan jantung, titisan air dari pili

• Detik mempunyai kelajuan tertentu dan disebut sebagai tempo. Unit tempo adalah detik seminit.

• Setiap bit dan rehat mempunyai nilai samada panjang / pendek.

• Kumpulan bit membentuk tanda masa / meter.• Detik mempunyai tekanan samada kuat atau

lemah.• Gabungan not yang berbeza nilainya membentuk

corak irama yang berlainan.

MELODI• Terdapat pic tinggi, rendah dan sederhana.• Pergerakan pic dalam melodi yang menaik,

menurun, mendatar, bertangga atau melompat dinamakan sebagai kontur.

• Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu rangkaian pic yang dinamakan skel.

• Dua jenis skel – Major dan minor • Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk

sebuah melodi lagu.

WARNA TON• Bunyi yang terhasil daripada pelbagai sumber

mempunyai ciri-ciri berbeza. • Ia mempunyai kualiti ton yang berbeza dan

memberi gambaran atau idea tersendiri. • Perbezaan suara lelaki dan wanita, suara Jamal

Abdillah dan Nubhan, suara kucing dan burung, bunyi trumpet dan rekoder dsb

• Perbezaan kualiti ton sesuatu bunyi adalah disebabkan oleh ciri-ciri unik alat muzik itu sendiri (bahan diperbuat, saiz, kualiti material dan cara ia dibunyikan).

• Deskripsi - garau, nyaring, lemak merdu, nipis, tebal, gelap, cemerlang, padat, kasar dsb.

BENTUK• Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu frasa

yang dinamakan motif. • Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk

menghasilkan satu idea muzikal yang lebih besar. • Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh

diulang dan dipelbagaikan. • Segmen muzik seperti intro dan penamat boleh

ditambahkan sebagai pelengkap. • Deskripsi – motif, frasa, segmen, stanza, korus,

rangkap ABA, AABA

HARMONI• Dua pic boleh dibunyikan serentak. • Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara

serentak menghasilkan kord. • Dua atau lebih rangkaian melodi boleh

digabungkan dan dibunyikan serentak. • Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan

bunyi harmoni.

EKSPRESI• Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau

lembut. • Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau

dilembutkan secara beransur-ansur. • Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dilambatkan,

terputus-putus atau dilicinkan. • Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri

tersendiri - mud. • Deskripsi – forte (f) bermaksud kuat, piano (p)

bermaksud lembut, crescendo (ansur kuat), decrescendo (ansur lembut), ritardando (dilambatkan), staccato (terputus-putus), legato (dengan licin)

TEKSTUR/JALINAN• Sesuatu bunyi boleh dihasilkan oleh satu atau dua

alat muzik (tekstur nipis) dan banyak alat muzik (tekstur tebal).

• Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni (harmoni mudah dan harmoni kompleks)

• Deskripsi – Solo, duet, trio, quartet, orkestra, monofoni, homofoni, polifoni.

PENCERAHAN MINDA

Apa itu MUZIK?

top related