kuliah 1 & 2: hubungan etnik di malaysia secara umum & konsep asas hubungan etnik

Post on 08-Jun-2015

22.997 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KULIAH 1

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM

PENGENALAN

Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara MUNDUR kpd negara sedang MEMBANGUN dan kini menuju ke arah status negara MAJU.

Hubungan etnik paling kritikal sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka adalah PERISTIWA 13 MEI 1969.

PENGAJARAN PENTING 13 MEI 1969;

1. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik.

2. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang.3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang.

APA PENTINGNYA

MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK?

Senarai Etnik di Malaysia.

KULIAH 2

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK1. Masyarakat2. Budaya3. Perpaduan & Integrasi

MASYARAKATRoucek & Warren (1979):

“Masyarakat sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. “

CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT:a) berkelompok;b) berbudaya;c) mengalami perubahan;d) berinteraksi (dalaman & dengan pihak

luar)e) mempunyai kepimpinan; danf) mempunyai aturan sosial (susun lapis,

kelas, status dan kasta)

KONSEP ETNIK- Sekelompok manusia yang mengamalkan

budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.

- Etnik pada dasarnya bersikap ETNOSENTRIK. Iaitu mengganggap ciri-ciri budayanya wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah, ganjil atau tidak bermoral.

Konsep Etnik membentuk konsep ETNISITI

dan ETNOSENTRISME

ETNISITI:merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan

etniktertentu.

ETNOSENTRISME:Rasa bangga yang wujud dalam kalangan

sesebuahetnik tertentu bahawa budaya mereka lebih baik

danhebat dari kelompok lain

RAS DAN RASISME

RAS:

Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata (warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.)

RASISME:

Pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.

KONSEP PREJUDIS DAN STEREOTAIPPREJUDIS:

- Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.

- Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

STEREOTAIP:merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik.

Contohnya “semua orang dari etnik X bersifat kasar” .” si A dari etnik A, maka A adalah orang yang kasar.”

KONSEP DISKRIMINASI

- Ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif.

- Kesannya, muncul perbuatan membandingbeza dan prasangka terhadap kumpulan etnik lain.

KONSEP BUDAYA

BUDAYA: “Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.”

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA:1. Dipelajari.2. Dikongsi.3. Bersifat sejagat.4. Diwarisi5. Berubah-ubah6. Mempunyai unsur simbolik7. Adanya pandangan semesta (world view)

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

PERPADUAN

- sebagai satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air.INTEGRASI

- Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu SEGREGASI sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu AMALGAMASI

KONSEP SEGREGASI- merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dalam sesebuah negara.

KONSEP AKOMODASI- merupakan proses yang

menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

KONSEP ASIMILASI- Adalah satu proses percantuman

dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama.

KONSEP AMALGAMASI- Satu proses penyatuan pelbagai

kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu.

KONSEP AKULTURASI Satu proses penerimaan unsur kebudayaan

dalam kalangan individu atau kelompok dari satu kebudayaan lain yang berbeza. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

ISL: Analisiskan kepentingan

perpaduandan integrasi dalam kontekshubungan etnik di Malaysia.

top related