kpp 3014 final.pdf

Post on 31-Jan-2016

925 Views

Category:

Documents

18 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KPP 3014 Pembelajaran dan

Perkembangan Pelajar AHLI KUMPULAN:

CHIN JIA HAN

ELLEN LO CHOI YUN

TAN LEE ING

GOH EE SEONG

Tajuk Kumpulan: 1. Perkembangan Emosi Kanak- Kanak dan remaja

2. Teori Kecerdasan Emosi Goleman

Pengenalan ● Perkembangan adalah perubahahan yang

sistematik, progresif dan berkesinambungan dalam

diri individu sejak lahir hingga akhir hayatnya

● Perkembangan juga bermaksud perubahan-

perubahan yang dialami oleh individu menuju tingkat

kedewasaan atau kematangannya. Setiap manusia

pasti mengalami proses ini.

● Menurut Lefrancois emosi adalah perasaan ,

psikologikal (jiwa) dan fisiologikal (kehidupan), dalam

tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara

yang berkaitan keperluan dan kehendak peribadi

seseorang individu.

PERKEMBANGAN

EMOSI

KANAK-KANAK

• Emosi boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu

emosi positif

rasa gembira, seronok, dan bersemangat

emosi negatif

cemas, marah, sedih, rasa bersalah

• Bayi memulakan kehidupan dengan beberapa emosi

asas dan emosi akan berkembang mengikut

peningkatan umur

bayi sedih apabila ibunya tidak memberi perhatian

terhadapnya.

Rasa sedih timbul apabila keinginan tidak dipenuhi atau

kehilangan sesuatu.

• Bayi bertindak balas mengikut emosi orang lain

bayi meniru mimik muka ibu bapa.

• tempoh usia kanak-kanak awal paling penting kerana pada saat

ini seseorang individu

mempelajari

mengecam

mengalami emosi-emosi asas

• Menerusi kajian Krech (1974), kanak-kanak pada umur purata

tiga tahun baru pandai mengidentifikasikan senyuman.

• Semakin meningkat umur seseorang individu, maka semakin

cekap mereka memahami emosi yang kompleks.

• Kanak-kanak yang berusia 3 hingga 5 tahun dapat mengenal

emosi yang dibuat-buat dengan mudah.

• Pada masa ini, kanak-kanak sudah dapat memahami bahawa

tingkah laku mungkin berbeza dengan perasaan dan motif yang

dimiliki olehnya

• Seseorang mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna dia

sedang berasa gembira (Jas Laile Suzana, (2000).

Tingkah laku emosi boleh dipecahkan kepada 2 iaitu

Faktor Luaran

kanak-kanak menunjukkan

reaksi emosi melalui riak muka

seperti ketawa, senyum,

menangis, masam muka, tidak

berkata dan sebagainya.

Faktor Dalaman

perasaan emosi yang

dilahirkan melalui tingkahlaku

emosi yang berubah mengikut

tindak balas emosi untuk

menarik perhatian penjaga

atau rakan-rakan.

Pentafsiran Emosi

(Interpreting Emotion)

bayi yang memasuki usia 2 tahun

menunjukkan tingkah laku yang

menandakan mereka boleh

memahami perasaan orang lain dan

sedar bahawa tingkah laku mereka

boleh mempengaruhi perasaan orang

lain di sekelilingnya

Pengaturan Emosi

(Regulating Emotion)

keupayaan mengawal emosi kanak-

kanak dapat dilihat semenjak mereka

masih bayi lagi.

seorang kanak-kanak akan menutup

mata, menghisap ibu jari atau

membenamkan mukanya ke dada

ibunya jika merasa takut.

Mengikut Lefrancois (2011), perkembangan emosi

kanak-kanak melibatkan tiga jenis keupayaan :

Pemaparan Emosi

(Displaying Emotion)

Menurut Saami (1999) kanak-kanak

menggunakan dua peraturan untuk

memaparkan emosi iaitu:

1. peraturan pemaparan prososial

(pro social airplay rules)

-tingkah laku yang digunakan untuk

menjalinkan hubungan dengan orang

lain.

2. peraturan pemaparan kendiri

(‘self-protective display rules’)

-terhasil daripada keinginan si pelaku

untuk tidak menerima kesan yang

tidak diingini daripada sesuatu situasi

atau peristiwa.

Perkembangan emosi kanak-kanak

Usia Perkembangan Emosi

2 tahun

Memahami sebab-menyebab akibat dan

emosi asas melalui tanda tingkah laku.

Perasaan empati bertambah.

Kadang-kadang memberontak atau melawan

Kadang- kadang marah dengan tiba- tiba

3-4 tahun

Regulasi kendiri bertambah

baik.

Mengalami emosi kesedaran

kendiri berkerap kali.

Sedikit kawal perasaan dan

mengambil perangai ibu bapa

atau orang yang paling rapat

Mengambil atau tiru tabiat

atau mood orang dewasa

Cepat marah

Mempunyai perasaan malu

5-6 tahun

• Keupayaan menginterpret,meramal,dan

mempengaruhi respons emosi orang lain.

• Boleh menggunakan bahasa untuk

menunjukkan empati.

• Boleh mengawal perasaan.

7 tahun

• Kesedaran emosi kebanggaan dan rasa

salah dikawal oleh tanggung jawab individu

sendiri.

• Mengenali individu boleh mengalami

pengalaman dengan lebih daripada satu

emosi pada masa yang sama.

• Boleh menginterpretasi perasaan orang lain.

7-9 tahun

• Kanak-kanak mula sedar akan

perasaan orang lain.

• Mula belajar memahami dan

berinteraksi dengan rakan sebaya.

• Suka membuat perkara yang dapat

menarik perhatian orang lain.

9 – 12 tahun

• Kanak-kanak menghadapi dilema

• Nilai-nilai dan norma-norma

kumpulan rakan sebaya berbeza

dengan nilai norma ibu bapa

mereka

PERKEMBANGAN EMOSI

REMAJA

TEORI KECERDASAN EMOSI GOLEMAN

(EQ)

Daniel Goleman Jay

Ciri-ciri orang yang memiliki kecerdasan

emosional • Tidak merasa bersalah secara berlebihan.

• Tidak mudah marah.

• Tidak dengki, iri hati, benci dan dendam kepada orang lain.

• Tidak menyombongkan diri.

• Tidak mencemaskan akan sesuatu.

• Mampu memahami diri orang lain secara benar.

• Memiliki jati diri.

• Berkepribadian dewasa mental.

• Tidak mudah frustasi.

• Memiliki pandangan dan pedoman

hidup yang jelas berdasarkan kitab suci agamanya.

KECERDASAN

EMOSI

Kesedaran Kendiri

(Self awareness)

Pengurusan Kawalan Kendiri

(self regulation)

Motivasi

Kendiri

(motivation)

Empati (empathy)

Kemahiran Sosial

(Social skills)

Kesedaran Kendiri •

Pengurusan Kawalan Kendiri

• individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif ( marah ) dan mampu mengurus perasaan dan emosi negatif

• tenang dan positif semasa tertekan dan berfikiran waras serta berfokus dalam tekanan.

Kawalan Kendiri

• mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. • bertindak mengikut peraturan, mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan

tidak beretika orang lain serta mengekalkan pandangan yang mempunyai prinsip. Amanah

• sesorang individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. • biasanya mempunyai komitmen dan menunaikan janji, bersifat akauntabiliti untuk

memenuhi objektif serta teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas. Ketekunan

• fleksible dalam menangani perubahan. • dapat menyesuaikan respon dan taktik dengan dengan keadaan yang sering berubah. • fleksible dalam persepsi terhadap peristiwa yang berlaku.

Kebolehsuaian

• seseorang individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru. • mencari idea baru daripada pelbagai sumber, memikirkan penyelesaian kreatif

terhadap masalah-masalah, menjana idea baru. Inovasi

Motivasi Kendiri motivasi

pencapaian

•individu sentiasa berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan

•berorientasikan hasil dengan motivasi tinggi untuk memenuhi objektif , mengejar maklumat untuk mengurangkan ketidakpastian dan mencari jalan untuk penambahbaikan .

komitmen

•seseorang individu itu mempunyai komitmen yang selaras dengan matlamat kumpulan atau organisasi.

•bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk memenuhi matlamat organisasi, menggunakan nilai utama kumpulan dalam membuat keputusan serta mencari peluang secara aktif untuk memenuhi misi kumpulan.

inisiatif

• seseorang individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang.

• bersedia memanfaatkan peluang, mengejar matlamat yang tinggi daripada yang diperlukan atau dijangkakan.

optimisme

• seseorang individu itu mempunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah.

• biasanya terus berusaha mencari matlamat walaupun ada halangan dan masalah.

Kesedaran Sosial ( Empati )

Empati

Orientasi Khidmat

Mengembangkan Orang Lain

Kesedaran Politik

Melayani Kepelbaagaian

KEMAHIRAN

SOSIAL

Pemangkin Perubahan

Kepimpinan Berinspirasi

Komunikasi

Pengaruh Kolaborasi

Dan Kerjasama

Menyemai Dan

Mengekalkan Hubungan

Pengurusan Konflik

• Ibu bapa memainkan peranan

penting dalam perkembangan

kecerdasan emosional anak-anak.

• Goleman berpendapat bahawa

keluarga merupakan sekolah

pertama bagi anak untuk

mempelajari emosi.

• Jika ibu bapa tidak mampu

memberi pengenalan emosi yang

tepat, maka amalan yang salah

akan diterapkan oleh anak-anak.

• Sekolah merupakan faktor penting kerana pelajar mendapatkan pendidikan sekurang-kurangnya 11 tahun di sekolah rendah dan sekolah menengah.

• Guru memegang peranan penting dalam mengembangkan potensi dan bakat pelajar melalui beberapa cara, seperti melalui teknik, gaya kepemimpinan, dan kaedah mengajar sehingga kecerdasan emosi pelajar dapat berkembang secara sepenuhnya.

• Sekolah juga melatih pelajar sebagai individu yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berfikir dan mahir untuk berkomunikasi dengan rakan sebayanya serta dapat mengeluarkan pendapat secara bebas dan tepat tanpa bergantung kepada guru-guru.

• hubungan sesama manusia.

• dapat mengembangkan aspek-aspek kecerdasan emosi pelajar sehingga wujudnya perasaan berharga dalam mengembangkan keperibadian dan pergaulan sosialnya.

• Perhatian, penghargaan, pujian, nasihat atau penerimaan masyarakat dapat mempengaruhi jiwa dan mental bagi seseorang individu.

• Guru perlu membantu pelajar mengurus kecerdasan emosi diri – mengajar pelajar untuk mengawal emosi mereka apabila berasa marah

– mengajar pelajar untuk mengenal pasti perasaan serta emosi berbeza yang mereka alami dalam sistem persekolahan

– menasihati pelajar-pelajar untuk menenangkan diri dalam keadaan-keadaan tegang

– mengajar pelajar tentang kaedah-kaedah untuk mengekalkan persahabatan dengan rakan sebaya tanpa mengira jantina

– mengajar murid-muridnya teknik-teknik untuk bekerjasama dan bertolak ansur dalam aktiviti-aktiviti koperatif dan kolaboratif

– mengajar murid-murid supaya menyelesaikan konflik-konflik yang mungkin timbul hasil daripada aktiviti kumpulan.

•Emosi kanak-kanak haruslah dijaga dan dipantau

dengan baik agar mereka dapat membina

perkembangan emosi yang sempurna.

•Golongan dewasa perlu memberi kasih sayang yang

penuh terhadap remaja supaya tidak melibat dalam

aktiviti yang negatif.

•Kajian psikologi menunjukkan kecerdasan emosi (EQ)

lebih penting dan menjadi peramal yang lebih baik

terhadap kejayaan kerjaya seseorang berbanding IQ.

Menurut Goleman, kecerdasan emosi

dikatakan dapat meramal sehingga 80%

kejayaan seseorang dalam hidup atau

kerjayanya.

Sesi Q & A

Soalan KBAT

Adakah anda setuju bahawa kecerdasan emosi (EQ) lebih

penting berbanding IQ? Sila jelaskan jawapan anda.

TERIMA KASIH

top related