konsep konsep he

Post on 13-Jun-2015

3.484 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Mendefinisikan konsep-konsep asas HE

Menjelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas HE dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Menghuraikan sekurang-kurangnya dua konsep asas HE dalam masyarakat Malaysia.

Usaha memupuk perpaduan, terutama melalui sistem pendidikan.

Untuk faham secara mendalam, perlu kenali konsep-konsep asas HE.

Tiga konsep penting: masyarakat, budaya, perpaduan

• Manusia sebagai Manusia sebagai entiti asasentiti asas

• Makhluk Makhluk homo homo sepiansepian (knowledge (knowledge man) yg dicipta man) yg dicipta Tuhan dengan Tuhan dengan sifat yang sifat yang sempurna:sempurna:

a) fizikala) fizikal b) akal/fikiranb) akal/fikiran c) hawa nafsuc) hawa nafsu

-- kedaerahan (eg. saya orang Muar )kedaerahan (eg. saya orang Muar )- kekeluargaan (keluarga/keturunan al-kekeluargaan (keluarga/keturunan al-

Attas)Attas)- kenegerian (orang Perak)kenegerian (orang Perak)- kewarganegaraan (orang Malaysia, kewarganegaraan (orang Malaysia,

Indonesia,)Indonesia,) - kesukuan (Minangkabau) - keagamaan (Islam, Kristian,

Hindu,Budhism..) - kepartian (UMNO, PAS, MCA, Keadilan..)- bangsa (Melayu, Cina, India, Kadazan,

Iban ..) - etc…

Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan)Bahasa :komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu

Istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara.

Perlu fahami konsep masyarakat sebab:Untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan

lain melainkan hidup bermasyarakat.Memahami cara hidup bermasyarakatMemahami budaya masyarakat sendiri &

lainUntuk memupuk kerjasama dalam

masyarakat sendiri dan lain.

Ciri-ciri utama masyarakat:BerkelompokBerbudayaMengalami perubahanBerinteraksiMempunyai kepimpinanMempunyai aturan sosialnya.

manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.

Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.

Sebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.

Salah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain.

Pemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

Stratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan

Masyarakat Malaysia ≠ bangsa Malaysia

Masyarakat Malaysia- kelompok manusia yang hidup di Malaysia (konsep payung)

Bangsa Malaysia- bangsa idaman berteraskan hubungan kaum yang harmonis (seperti dalam Wawasan 2020)

* Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.

Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu,pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan

Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.

Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.

Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang mana merupakan penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangat kebangsaan dan mejadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia. Pada hakikatnya hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal-balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.

2.2.1 2.2.1 Konsep Konsep Etnik, Etnisiti & Etnik, Etnisiti & EtnosentrismeEtnosentrisme

2.2.32.2.3

Konsep Prejudis Konsep Prejudis & Stereotaip& Stereotaip

2.2.22.2.2

Konsep Ras & Konsep Ras & RasismeRasisme

2.2.42.2.4

Konsep Konsep DiskriminasiDiskriminasi

Konsep EtnikDefinisi- sekelompok manusia yang

mengamalkan budaya yang hampir seragam (adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dll.)

Ada kaitan dengan konsep-konsep ras dan bangsa

Konsep ras/bangsa – ciri fizikal/biologi

Etnosentrik – anggap etnik sendiri lebih baik

Konsep etnik membentuk konsep: Etnisiti: rasa kekitaan kumpulan etnik Etnosentrisme: melihat kelompok etnik

lain menerusi kacamata etnik sendiri

Ras:berdasarkan ciri kolektif seperti

fizikal/biologi berdasarkan warna (kulit, mata, rambut, dsb.)

RasismePandangan, pemikiran, atau

kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok lain berdasarkan perbezaan fizikal

Rasisme wujud pada dua tahap Tahap individu – kepercayaan individu Tahap institusi – tersirat dalam struktur

sosial

PrejudisPandangan negatif mengenai ahli

kumpulan etnik lainTidak diluahkan secara terbukaTidak berasaskan fakta yang jelas,

tepat, dan mencukupiPrejudis yang kuat sukar diubah

walaupun dengan fakta yang kukuh.

StereotaipDefinisi:

Kenyataan umum yang tentang sesuatu kumpulan etnik

Gambaran berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik dan buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik

Kesan: pandang rendah -> bataskan interaksi -> semangat perkauman

Pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap kelompok etnik yang lain

Membandingbeza berdasarkan ciri-ciri etnik

Manifestasi: Mengelakkan diri daripada etnik yang

diprasangka Pembersihan etnik (ethnic cleansing)

‘budhi’ + ‘daya’ = ‘budaya’ “the way of life of a people’ (Dictionary

of Philosophy, 1996) Kemajuan fikiran, akal budi,

berkelakuan dsb. (definisi Kamus Dewan, 2005)

Satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, ekonomi, politik, kepercayaan, etc.

Ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya:Boleh dipelajariBoleh dikongsiBersifat sejagatBoleh diwarisiBerubah-ubah Mempunyai unsur simbolikAdanya pandangan semesta

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Budaya itu dikongsi oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud yang setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan mansuia. Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya keranan masyaarakat menggemarinyabahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Budaya itu bersifat sejagat. Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidaak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota

Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau.

Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengamali perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.rumah beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap rumbia. Dalam sejarah tamadun manusia, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Konsep-konsep Asas HE 42

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor seperti:

i. pertambahan bilangan anggota masyarakat. ii. pertambahan keperluan dan keinginan

manusia. iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru. iv. pertembungan budaya. v. konflik yang berlaku. vi. perubahan alam sekitar.

Perlambangan ini ialah sebagai satu lambang dalam budaya yang memberikan makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil.

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya. Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan sebagainya.

Perpaduan Satu proses yang menyatupadukan

seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama

Integrasi Satu proses bagi mewujudkan satu

identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah

Unsur Integrasi Integrasi wilayah (MB + MT, PT + PB) Integrasi ekonomi Integrasi kebudayaan Integrasi sosial Integrasi pendidikan Integrasi politik

Membina konsensus antara rakyat. Prinsip asas untuk mencapainya:

▪ Integrasi melalui kepelbagaian.▪ Saling hormat-menghormati.▪ Bersedia bekerjasama dan bertolak ansur.▪ Sederhana dalam tuntutan.

Konsensus bermaksud persetujuan tentang nilai asas yang patut dipegang atau dipanggil budaya sivik.

Merapatkan jurang antara pemerintah dengan diperintah. Dikenali sebagai integrasi elit-massa. Keperluan bermesyuarat - demokrasi. Pemimpin punya gaya sendiri dan tiada masa untuk rakyat.

Merapatkan jurang pembangunan antara wilayah. Antara wilayah maju dan wilayah mundur.

2.4.1 2.4.1

Konsep Konsep SegregasiSegregasi

2.4.32.4.3

Konsep Konsep AkulturasiAkulturasi

2.4.22.4.2

Konsep Konsep AkomodasiAkomodasi

2.4.42.4.4

Konsep AsimilasiKonsep Asimilasi

2.4.5 2.4.5

Konsep Konsep AmalgamasiAmalgamasi

Pengasingan: sekolah, tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam.

Contoh: Dasar Aparteid di Afrika Selatan (1948-1994)

| A | B | C |

Pertahan budaya etnik sendiri, hormati kumpulan etnik lain

Contoh Malaysia: MCIL

A + B + C = A + B + C

Satu proses penerimaan unsur budaya lain

Unsur dari budaya asing diterima dan diolah dalam budaya sendiri

Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal penerima

Contoh: talileher, angpau, makanan.

Abc + Bac + Cab

Satu proses percantuman antara etnik berlainan budaya

Contoh: Melayu di Thailand, Cina di Kelantan, Baba dan Nyonya

Berlaku bila ada interaksi yang erat untuk tempoh yang lama

A + B + C = A

Konsep-konsep Asas HE 53

1. Etnik yang berbeza budaya.2. Individu di dalam atau di antara

etnik sering berinteraksi.3. Interaksi berlaku dalam tempoh

yang lama.

Konsep-konsep Asas HE 54

1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.

2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.

4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

Konsep-konsep Asas HE 55

1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.

2. Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.

3. Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

Kanan-kanak Cuba di Amerika Syarikat yg sebahagiannya telah diasimilasikan budayanya oleh budaya dominant.

Asimilasi Budaya: Dikenal juga sebagai akulturasi. Minoriti mempelajari budaya dominan. Contoh: orang Cina dan India. Mereka tidak kehilangan ciri2 budaya mereka.

Asimilasi Struktur: Minoriti menyertai institusi dominan. Contoh: usaha kerajaan menyatukan sistem

persekolahan, penglibatan semua dalam Barisan Nasional.

Ai+B+C=Ai+Bi+Ci (I mewakili institusi).

Terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.

Cara utama ialah melalui perkahwinan campur

Membentuk generasi atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal.

A + B + C = D

SEGREGASI

AKOMODASI

AKULTURASI

ASIMILASI

AMALGAMASI

Pemisahan antara etnik.Dasar apateid

Sedar perbezaan budaya.Hidup dengan harmoni

Minoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asal

Minoriti terima budaya dominan

Percampuran membentuk kelompok baru.Kahwin campur

Rendah

Segregasi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Amalgamasi

Tinggi

Semenanjung: Melayu, Cina dan India.

Sarawak: Dayak Iban, Melayu, Dayak, Bidayuh, Dayak Orang Ulu

dan Cina. Sabah:

Kadazan Dusun, Cina dan Melayu. Ethnik dikategorikan:

cara hidup pola petempatan pekerjaan pendidikan

Ciri-ciri Bumiputera: Tinggal di luar bandar. Mundur dari segi ekonomi, Rendah taraf pendidikan.

Ciri-ciri Bukan Bumiputera: Duduk di bandar. Menguasai bidang ekonomi khususnya di sektor maju dan

berteknologi. Jurang antara:

Bumiputera dan bukan bumiputera. Bumiputera kaya dan miskin. Bukan bumiputera kaya dan miskin. Wilayah bandar dan luar bandar.

Konsep HE wajar dilihat dari sudut luaran dan dalaman

Berteraskan budaya penduduk asal, unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima.

top related