komsas sajak warkah kepada generasi t2

Post on 21-Jul-2016

36 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Komsas Sajak Warkah Kepada Generasi, tingkatan 2, komsas, sajak, komponen sastera

TRANSCRIPT

SAJAKWARKAH KEPADA

GENERASI

KOMSASTINGKATAN 2

PENGENALANHalaman 19: Sajak nukilan Amiruddin Md. Ali Hanafiah bertemakan semangat patriotik. Generasi muda diseru supaya menjadi bangsa yang berani dan bermaruah, memartabatkan serta mendaulatkan tanah air tercinta. Sejarah perjuangan nenek moyang dahulu kala hendaklah juga dikenang.

Generasiku tercintakalian adalah kelompok bertuahyang sempat berteduh di langit alaf barudengan keberanian sebagai bangsa bermaruah di tanah merdeka milik abadi kita

Generasiku yang bijak bestariini bumi suci perjuangan nenek moyangyang bersumpah setia memartabatkan bangsamendaulatkan tanah air, mencipta kebebasanmembina istana merdeka yang kalian diami.

Penutup warkah iniingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarahtercabut dari bumi bertuah ini.

MAKSUD SAJAKRANGKAP 1Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka.RANGKAP 2Penyajak mengingatkan generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka sekarang merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha mendapatkan kemerdekaan negara.RANGKAP 3Penyajak mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan sejarah negara.

TEMA..Sajak ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada generasi sekarang tentang sejarah kemerdekaan negara.

PERSOALAN1. Persoalan generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka.

2. Persoalan kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita.

3. Persoalan kepentingan sejarah kemerdekaan negara.

GAYA BAHASA1. Metafora tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5) istana merdeka (Rangkap 2, baris 5)akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

2. Sinkope ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

3. Asonansidengan keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4pengulangan vokal ’a’

4. Aliterasi tercabut dari bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3)pengulangan konosonan ‘t’.

BENTUK SAJAK1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.2. Rima akhir bebas.3. Jumlah baris serangkap bebas Contohnya : Rangkap 1-5 baris, Rangkap 2 – 5 baris dan Rangkap 3 – 3 baris).

4. Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.

5. Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.

NILAI1. Nilai kesyukuranPenyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan

nikmat kemerdekaan negara.

2. Nilai pengorbananNenek moyang kita sanggup berkorban demi

mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah.

3. Nilai cinta akan negaraSemangat cinta akan negara amat penting dalam diri

seseorang agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memajukan negara.

PENGAJARAN1. Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk mempertahankannya.

2. Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara.

3. Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita tidak lagi dijajah pada kemudian hari.

4. Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.

top related