modulprigelkomsastingkatan4 - prigel... · sajak karyaabdulghaffaribrahim sajak dalamkebundiriku...

Download ModulPrigelKOMSASTingkatan4 - PRIGEL... · Sajak KaryaAbdulGhaffarIbrahim Sajak Dalamkebundiriku akutanamsaujanarancangan

Post on 30-Mar-2019

353 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

ii

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

UCAPAN PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah-Nya,Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat dapat dihasilkan. Oleh sebab itu, saya merakamkansetinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik, JabatanPelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul Prigel Bahasa Melayu atas komitmen dalammenghasilkan modul yang sangat bermanfaat ini.

Prakarsa penghasilan modul ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa MelayuSPM yang bertujuan untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). KPM telahmengetengahkan isu murid yang gagal dalam peperiksaan SPM walaupun 11 tahun berada dalamalam persekolahan. Salah satu punca kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid tidak dapatmenjawab dengan baik soalan peperiksaan Bahasa Melayu khususnya soalan yang berkaitandengan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk soalan 2(b), 2(c), 2(d), dansoalan 4 (novel). Murid dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta teknikmenjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian, untuk membantu murid lulus dalampeperiksaan SPM makaModul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat dihasilkan untuk memenuhikeperluan pembelajaran murid di negeri Sabah.

Modul ini sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan sokonganpembelajaran dan pemudahcaraan subjek Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang estetikseperti yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4. Sayaberharap agar pihak yang berkenaan baik guru mahupun murid dapat memanfaatkan modul inidengan sebaik mungkin demi meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaanSPM bagi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulismodul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul Prigel KOMSAS ini. Modulini diharapkan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam peperiksaan awam khasnya SPM.

Sekian.

ENCIK ABIDIN BIN MARJANKetua Sektor,Sektor Pengurusan Akademik,b.p Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

iii

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PRAKATA PANEL PENGGUBAL MODUL

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat ini dihasilkan dengan satu tujuan iaitumembantu pelajar Tingkatan Empat mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaranBahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Hal ini dikatakan demikian kerana Bahasa Melayumerupakan mata pelajaran teras yang memerlukan pelajar mendapat keputusan yangcemerlang dan membantu mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, modul ini dihasilkan untuk membantu para guru membuat persediaanmengajar yang lebih rapi dalam usaha melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarandi dalam bilik darjah. Modul ini boleh digunakan oleh guru untuk mengajar dan pelajardapat menggunakannya untuk tujuan latih tubi dan juga sebagai rujukan.

Modul ini dihasilkan mengikut topik tetapi masih mengekalkan formatpeperiksaan Bahasa Melayu SPM yang sebenar sama ada dari aspek bentuk soalan dan arassoalan. Selain itu, setiap topik yang terdapat dalam modul ini mengikut Huraian SukatanPelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tingkatan 4.

Modul ini dihasilkan oleh ahli Panel Penggubal Modul yang dilantik oleh SPAJabatan Pendidikan Sabah yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas BahasaMelayu SPM dan Jurulatih Utama Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, diharapkan guru-gurudan murid-murid memanfaatkan modul ini dalam usaha memperoleh keputusan yangcemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Sekian. Terima kasih

PANEL PENGGUBAL MODUL PRIGEL KOMSASJabatan Pendidikan Negeri Sabah

iv

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

KANDUNGAN

Ucapan Penghargaan iiPrakata Panel Penulis Modul iii

PUISI TRADISIONALA NOTA

1. Syair Bidasari 2-52. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 6-8

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9

C PRAKTIS TOPIKAL1. Syair Bidasari

Praktis 1 10Praktis 2 11Praktis 3 12Praktis 4 12Praktis 5 13

2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)Praktis 1 14Praktis 2 15Praktis 3 16Praktis 4 17Praktis 5 18

GENRE PUISI MODENA NOTA

1. Sang Gembala Kuda 20-222. Aku Membaca Lagi 23-253. www.sibermerdeka.com.my 26-284. Gelanggang 29-32

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 33

C PRAKTIS TOPIKAL1. Sang Gembala Kuda 34

Praktis 1 35Praktis 2 36Praktis 3 36Praktis 4 37Praktis 5 37

2. Aku Membaca Lagi 38Praktis 1 39

v

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2 40Praktis 3 41Praktis 4 42Praktis 5 43

3. www.sibermerdeka.com.my 44Praktis 1 45Praktis 2 46Praktis 3 46-47Praktis 4 47Praktis 5 47

4. Gelanggang 48Praktis 1 49Praktis 2 49Praktis 3 50Praktis 4 50Praktis 5 51

PROSA TRADISIONALA NOTA

1.Sinopsis Kepimpinan Melalui Teladan 52-57

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 58-59Latihan PraktisPraktis 1 60Praktis 2 61Praktis 3 62Praktis 4 63Praktis 5 64

GENRE CERPENA NOTA

1. Kaduk, Ayam dan Raja 65-712. Munsyi 72-773. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 78-81

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 82

C PRAKTIS TOPIKAL1. Kaduk, Ayam dan Raja

Praktis 1 83Praktis 2 84Praktis 3 85Praktis 4 86Praktis 5 87

http://www.sibermerdeka

vi

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

2. MunsyiPraktis 1 88Praktis 2 89Praktis 3 90Praktis 4 91Praktis 5 92

3. Jaket Kulit Kijang dari IstanbulPraktis 1 93Praktis 2 94Praktis 3 95Praktis 4 96Praktis 5 97

GENRE DRAMAA NOTA

1. Berkhidmat untuk Negara 98-104

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 105

C PRAKTIS TOPIKAL1. Berkhidmat untuk Negara

Praktis 1 106Praktis 2 107Praktis 3 108Praktis 4 109Praktis 5 110

GENRE NOVEL DI SEBALIK DINARAA NOTA

1. Biodata 1112. Sinopsis 112-1193. Tema 1204. Persoalan 1205. Watak dan Perwatakan 121-1246. Plot 125-1267. Latar 127-1298. Nilai 1309. Pengajaran 13110. Gaya bahasa 132

B PANDUANMENJAWAB NOVEL 133

C PRAKTIS NOVEL 134-137LAMPIRANSenarai Panel Penulis Modul Prigel KOMSAS 138

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

SYAIR BIDASARI

Syair

Rangkap 1Dengarkan tuan suatu riwayat,Raja di desa Negeri Kembayat,Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supayamenjadi tamsil ibarat.

Rangkap 2Ada raja suatu negeri,Sultan halifah akas bestari,Asalnya baginda raja yang bahari,Melimpah ngadil dagang senteri.

Rangkap 3Hairan orang empunya temasya,Baginda itulah raja perkasa,Sangat tiada merasai susah,Entah pada esok dan lusa.

Rangkap 4Seri sultan raja bestari,Setelah ia sudah beristeri,Beberapa bulan beberapa hari,Hamillah puteri permaisuri.

Rangkap 5Beberapa lamanya dalam kerajaan,Baginda duduk bersuka-sukaan,Datanglah beroleh kedukaan,Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Rangkap 6Datanglah kepada suatu masa,Melayanglah unggas dari angkasa,Unggas gurda sangat perkasa,Menjadi negeri rosak binasa.

Maksud

Penyair ingin menceritakan suatu kisah yangberlaku di Negeri Kembayat. Kisah ini ditulis olehseorang fakir untuk dijadikan pedoman atauteladan.

Negeri Kembayat diperintah oleh seorang sultanyang bijak. Baginda mempunyai rupa paras yangelok dan pekerti yang mulia. Baginda sentiasamelayani rakyat dan para ulama yang datangmendalami ilmu dalam bidang agama dengan adil.

Rakyat begitu kagum akan baginda yang gagahperkasa. Baginda amat disenangi oleh rakyatkerana tidak pernah mendapat kesusahan semasadi bawah pemerintahan baginda. Namun, merekatidak dapat menduga ketentuan yang akan berlakupada masa akan datang.

Sultan telah berkahwin dan beberapa bulankemudian permaisuri telah hamil.

Setelah lama memegang tampuk pemerintahandalam suasana yang aman dan penuh kegembiraan,akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayatditimpa bencana, baginda telah mangkat.

Pada waktu itu, negeri baginda telah diserang olehburung geroda yang sangat besar dan kuat lalumembinasakan negeri tersebut

2

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Rangkap 7

Datanglah menyambar suaranya bahana,Gemparlah sekalian mulia dan hina,Seisi negeri gundah-gulana,Membawa diri ke mana-mana.

Rangkap 8

Baginda pun sedang dihadap orang,Mendengar gempar seperti perang,Bertitah baginda raja yang garang,Gempar ini apakah kurang

Negeri Kembayat diserang geroda yang ganastelah menimbulkan bunyi yang sangat kuat lagimenakutkan. Seluruh rakyat berada dalamkebimbangan lalu melarikan diri.

Para pembesar pergi berjumpa dengan sultan yangbaharu. Baginda telah mendengar suasana yangriuh rendah di luar istana. Baginda berasa hairan.Baginda menanyakan tragedi yang menimpanegeri tersebut.

TEMA

Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika mentadbir negara.Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus negara.

PERSOALAN

1. Keadilan dalam pemerintahan.Cth : Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda

melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.2. Tanggungjawab semasa menjalankan tugas.

Cth : Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana bagindamengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

3. Ketaatan terhadap pemimpin/pemerintahCth : Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama dengan baginda ketika

susah dan senang.4. Kasih sayang terhadap isteri.

Cth : Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang beberapabulan hamil.

3

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BA