komponen amalan profesional

Post on 05-Oct-2021

10 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KOMPONEN AMALAN PROFESIONAL

AMALAN PROFESIONAL (AP)

•Amalan Profesional adalah komponen penting dalam kurikulumperguruan yang berlandaskan hasrat dan matlamat FalsafahPendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, visi dan misiKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta InstitutPendidikan Guru Malaysia (IPGM). Amalan Profesional diInstitut Pendidikan Guru (IPG) adalah landasan untuk pelajarmempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam pengajaran danpembelajaran (PdP) serta menghasilkan teori PdP yang tersendiri

MATLAMAT AMALAN PROFESIONAL

• Matlamat AP adalah untuk membolehkan para pelajar menguasai

dan mengamalkan konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang

perlu untuk menjadi insan guru yang profesional, kompeten dan

memiliki sahsiah guru yang unggul.

• Selain itu matlamat AP juga adalah untuk membantu

meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya mereka

mempunyai daya tahan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di

sekolah. Matlamat akhir proses pembinaan insan guru dalam

amalan profesional IPG adalah untuk melahirkan guru yang

kompeten dan berjiwa pendidik.

OBJEKTIF AMALAN PROFESIONAL

• Memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamal

nilai profesional perguruan

• Membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta, inovasi dan

kreativiti.

• Meningkatkan keprihatinan dan kepekaan terhadap murid

• Menyesuaikan diri dengan budaya sekolah

• Menyepadukan teori dengan amalan dalam PdP

• Mengusai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP

PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

• Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) memberi

kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan

daripada perspektif seorang guru. Melalui PBS pelajar

dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku

murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang

guru.

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP

Kursus perancangan pengajaran dan pembelajaran bertujuan mendedahkan pelajar kepada

penulisan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan keperluan kurikulum semasa. Kemahiran

pengajaran mikro dan makro merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar sebelum

menjalani praktikum.

Kursus ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan Komuniti

Pembelajaran Profesional (PLC) dan menghayati amalan profesionalisme guru secara

menyeluruh

RASIONAL

Kursus ini penting bagi memastikan pelajar dapat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran

merancang sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum

PRAKTIKUM

PRAKTIKUM

• Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen

wajib dalam Program Pendidikan Guru

• Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan

secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah

• Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada

proses PdP dengan bimbingan pensyarah penyelia dan guru

pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan

antara agensi-agensi KPM.

INTERNSHIP

• Internship ialah satu program latihan lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan

amalan sebenar tugas guru permulaan.

• Semasa Internship, pelajar perlu menunjukkan sifat kepimpinan dalam

pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Ini

memberi peluang kepada pelajar membentuk sifat kepimpinan serta

memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah menjadi guru

permulaan yang berkesan

KerangkaProses Amalan

Profesional

LingkaranAmalan Profesional

KEHADIRAN

• Kehadiran pelajar dalam PBS ,Praktikum dan Internshipadalah 100 peratus.

• Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukanpengesahan doktor/pegawai perubatan

• Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkantempoh PBS,Praktikum dan Internship yang ditetapkanmelainkan mendapat pengecualian daripada Pengarah IPGKberkenaan.

PENENTUAN KEPUTUSAN LULUS

Penentuan lulus adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:

• Pencapaian pelajar dalam Amalan Profesional diputuskan mengikut

gred yang ditetapkan dalam Panduan dan Syarat Penganugerahan

Sijil/Diploma/Ijazah.

• Penentuan lulus pelajar dalam setiap komponen Amalan Profesional

adalah tahap minimum (50%) dicapai.

• Tidak melanggar mana-mana peraturan yang berkaitan dengan Amalan

Profesional dan didakwa di bawah Akta 174 serta disabitkan

kesalahan.

PENENTUAN KEPUTUSAN GAGAL

• Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang disenaraikan

dalam kategori lulus.

• Pelajar menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi

teguran dan bimbingan yang diberikan.

• Pelajar melanggar mana-mana peraturan yang berkaitan dengan

Amalan Profesional dan didakwa di bawah Akta 174 serta

disabitkan kesalahan.

top related