kesimpulan budaya

Post on 11-Dec-2015

243 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

budaya

TRANSCRIPT

3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai

pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang

tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis

dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam

aspek politik, ekonomi dan sosial. 

saya dapati bahawa seorang guru perlu memainkan peranan penting bagi menyuntik

dan mendidik murid didalam menjaga hubungan dan menghormati sesama manusia. Hal ini

kerana kita hidup didalam sebuah negara yang pelbagai agama, budaya dan kaum. Oleh itu,

guru sendiri yang akan mencorak murid sama ada menjadi insan yang baik ataupun tidak.

Selain itu, seorang guru perlu mengkaji latar belakang murid dan keperluan mereka. Hal

ini bagi mewujudkan serta menghasilkan satu pengajaran yang sempurna. Hakikatnya, jika

guru dapat mengetahui kehendak murid dan permasalahan murid didalam pembelajaran

maka guru akan menghasilkan perancangan pengajaran yang teratur dan baik.

Tambahan pula, seorang guru perlu bijak didalam sesi pengajaran. Apa yang ingin

dijelaskan ialah tidak semestinya mengajar subjek selain sivik dan moral tidak mampu

menyelitkan elemen budaya.  setiap subjek perlu diselitkan dengan elemen moral yang baik

mendidik dan membina satu sifat yang murni dikalangan murid.

Akhir sekali, pengetahuan tentang budaya perlu diperluaskan dan menghormatinya perlu

diterapkan. Hal ini bagi membentuk suasana yang harmoni dan bebas dari keburukan dan

perkauman. Sesungguhnya kita hidup di bawah satu bendera iaitu Malaysia.

top related