kertas kerja pengurusan dan pengelolaan pertandingan bola baling
Post on 05-Feb-2016
233 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJA
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
PERTANDINGAN BOLA BALING
ANJURAN:
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
P2A- MT [AMBILAN JAN 2014]
TARIKH
22 SEPTEMBER 2014 (ISNIN)
TEMPAT
GELANGGANG BOLA BALING IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,
KEDAH DARUL AMAN
MASA
9 PAGI – 3 PETANG
1
Penghargaan
Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada beberapa pihak yang telah membantu kami bagi menjayakan kertas
kerja Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Bola Baling yang diwajibkan
dilaksanakan oleh guru-guru pelatih PISMP P2A.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi
subjek Permainan Bola Baling, Encik Mohd. Zainuri Embi dan Encik Shuid Abdul Kadir.
Mereka telah menyumbangkan idea serta pendapat mereka untuk memudahkan kami
melaksanakan kerja kursus kami dan tidak berasa jemu menjawab pertanyaan kami
sepanjang beberapa minggu ini. Kami memperoleh banyak pengetahuan atas tunjuk ajar
mereka.
Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas
sesama sendiri. Kami telah menghulurkan bantuan antara satu sama lain apabila kami
menemui kesusahan dalam proses menyediakan kertas kerja ini. Atas bantuan daripada
pihak-pihak yang dinyatakan di atas, kami berupaya menghasilkan kertas kerja yang baik
tanpa halangan yang besar. Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk
ajar dan bimbingan semua pihak.
2
1.0 Pendahuluan
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal seseorang
selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam
konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan insan yang
sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan sosial
serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi
menarik minat masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Pada zaman moden ini, aktiviti sukan yang diberikan tumpuan ialah bola baling. Bola
baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan
teras negara. Bagi melahirkan juara-juara baru dalam bidang sukan ini, permainan ini
memerlukan latihan dan pertandingan yang diadakan secara berterusan. Untuk melahirkan
atlet yang cemerlang, sudah pasti negara memerlukan pemain yang benar-benar berkaliber
yang akan berjaya menjadi juara di peringkat antarabangsa.
3
2.0 Pengenalan
Pertandingan bola baling ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan
oleh guru pelatih PISMP P2A. Aktiviti ini boleh disertai oleh para guru pelatih kelas P2A,
PISMP Ambilan Januari 2014. Pertandingan ini akan diadakan di gelanggang bola baling
IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada 22 September 2014.
Penganjuran pertandingan ini bertujuan memberikan satu pendedahan kepada
setiap ahli pengurusan tentang satu sistem pengurusan acara sukan yang bakal
berlangsung dengan jayanya. Pengurusan yang ditadbir melalui perancangan strategik,
pengelolaan efisien, pengarahan adil, kerjasama sepasukan, koordinasi, pelaporan tugas,
penganggaran dan kegunaan belanjawan yang bijak. Dengan ini, para guru pelatih dapat
mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dengan baik. Selain itu, pertandingan ini juga
dapat melatih para guru pelatih untuk mengelola sesuatu aktiviti atau program apabila sudah
berada di medan utama iaitu di sekolah.
4
3.0 Rasional
Pertandingan bola baling ini merupakan sebahagian pengisian unuk menggerakkan
sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang
tidak memaksa supaya peka terhadap arena bola baling. Dasar ini dibentuk atas rasional
kegiatan pertandingan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang
sama sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik
dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan pemain yang seimbang dari segi
kesejahteraan minda dan jasmani.
Melalui pertandingan bola baling, guru pelatih dapat memupuk etika pemain iaitu
mempunyai displin diri, saksama, bersemangat kesukanan, sentiasa bertindak
mempertingkat dan melengkapkan serta memantapkan diri dari segi mental, fizikal, sosial,
emosi dan sahsiah. Selain itu, pertandingan ini juga dapat memupuk semangat yang tinggi,
keazaman yang kuat dan sikap toleransi serta dapat memberi penekanan kepada
seseorang guru pelatih selaras dengan matlamat dan objektif permainan untuk
menghasilkan pemain-pemain bola baling yang mantap, berwibawa, berpengetahuan dan
seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni ke
arah pembentukan tingkah laku dan peribadi seseorang.
Kursus ini menitikberatkan penglibatan guru pelatih PISMP P2A Ambilan Januari
2014. Untuk mencapai rasional pertandingan bola baling pada tahun ini, penglibatan semua
amatlah dihargai kerana komitmen serta kerjasama merupakan kunci utama dalam usaha
menjayakan kursus ini.
5
4.0 Matlamat
Matlamat pertandingan ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan
dan teknik permainan bola baling. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga dapat
membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang
seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
5.0 Objektif
Memberi peluang kepada guru pelatih merasai pengalaman dalam pertandingan
bola baling.
Membentuk guru pelatih yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam pelbagai situasi.
Melatih guru pelatih untuk memupuk toleransi, bertanggungjawab dan menghargai
kesihatan tubuh badan.
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai pertandingan yang
disediakan.
Melahirkan guru pelatih yang berpengetahuan dalam sukan bola baling.
Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
Melahirkan guru pelatih yang seimbang dari segi intelek, rohani ,emosi dan sosial.
6.0 Aktiviti
Aktiviti yang akan dijalankan dalam pertandingan ini adalah seperti yang berikut.
6.1 Pertandingan Permainan Bola Baling
Rujuk Lampiran 1 untuk Aktiviti Pertandingan.
6
7.0 PERINCIAN PROGRAM
Program ini dicadangkan untuk diadakan seperti perincian berikut:
Nama Program : Pertandingan Permainan Bola Baling
Tarikh : 22 SEPTEMBER 2014
Hari
Masa
:
:
Isnin
9 pagi – 3 petang
Rujuk Lampiran 2 untuk Tentatif Program.
8.0 PENGLIBATAN
Seramai 20 orang guru pelatih akan menyertai pertandingan ini dan 2 orang pensyarah yang
akan mengiringi guru pelatih sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Kumpulan SasaranPelajar Pensyarah
Lelaki Perempuan
Kumpulan Guru Pelatih
P2A
10 10 2
Jumlah 22
Sila rujuk pada Lampiran 3 untuk senarai nama guru pelatih.
8.1 PENGADIL PASUKAN BOLA BALING
9.0 PENSYARAH YANG TERLIBAT
7
Jadual 8.1 Jumlah guru pelatih dan pensyarah yang terlibat.
1. Agnes Chong Tze Yan
2. Chang Foo Yung
3. Cheok Sye Wei
4. How Chun Yip
9.1 Encik Mohd. Zainuri Embi
9.2 Encik Shuid Abdul Kadir
10.0 JAWATANKUASA PROGRAM
10.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK
10.1.1 Penasihat : Encik Mohd. Zainuri Embi
Encik Shuid Abdul Kadir
Pensyarah Permainan Bola Baling
10.1.2 Pengerusi : How Chun Yip
10.1.3 N. Pengerusi : Agnes Chong Tze Yan
10.1.4 Setiausaha : Penny Thian Tene Tene
10.1.5 Bendahari : Amanda Wong Seow Jyun
10.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
10.2.1 Buku Program : Tong Cindy
Wong Khing Yun
10.2.2 Aktiviti / Peralatan : Hu Hin Won
Saw Kuan Che
10.2.3 Urusetia dan Pendaftaran : Cheok Sye Wei
Chieng Shaw Hwa
8
10.2.4 Makanan / Minuman : Chua Bao Ying
Lui Yin Yik
10.2.5 Tempat : Tie Tzer Sung
10.2.6 Hadiah dan Cenderahati : Cheok Siew Bee
Yeow Kang Le
10.2.7 Kebajikan / Keselamatan : Albert Ling Nguong Baul
10.2.8 Publisiti : Alex Ngu Ing Loong
Sim Jia Jin
10.2.9 Permainan : Chang Foo Yung
10.2.10 Dokumentasi : Teoh Teik Yong
10.3 GARIS PANDUAN DAN SENARAI TUGASAN MENGIKUT PENGKHUSUSAN
BIDANG TUGAS
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
Pengerusi
Bertanggungjawab dalam pengendalian dan menentukan
kursus berjalan dengan lancar.
Memastikan semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas.
Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam
pelaksanaan program.
Naib Pengerusi
Bertanggungjawab membantuPengerusi di dalam
Jawatankuasa.
Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat jawatankuasa
9
dan penyediaan laporan program.
Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam
pelaksanaan program.
Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat.
Setiausaha
Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail
sebagai rujukan.
Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam
pelaksanaan program.
Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
berkenaan.
Menyediakan dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan
surat pekeliling kepada yang berkenaan.
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan untuk
mengendalikan program.
Bendahari
Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab
atau persatuan.
Membuat kutipan daripada setiap ahli.
Membuat bajet untuk persediaan program.
Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agong.
Buku Program
Menyediakan buku program dan mengedarkan kepada
semua orang yang terlibat.
Memastikan bahawa semua orang ada dapat buku program.
Maklumat dalam buku program mesti jelas dan lengkap.
Aktiviti/ Peralatan Menyenaraikan senarai semak peralatan bagi setiap aktiviti.
Memastikan segala peralatan berada dalam keadaan baik.
Menyediakan dan memastikan alatan untuk melakukan aktiviti
10
berada dalam keadaan yang baik.
Menerangkan cara pelaksanaan dan perjalanan aktiviti.
Memastikan langkah – langkah keselamatan setiap aktiviti
dipatuhi.
Urusetia dan
Pendaftaran
Menyambut tetamu.
Menyediakan kaunter pendaftaran untuk sebarang urusan
pendaftaran dan pertanyaan.
Membuat pendaftaran peserta.
Menguruskan tempat pendaftaran.
Memastikan keperluan/borang-borang yang diperlukan
semasa pendaftaran.
Makanan/Minuman
Menyediakan menu makanan dan minuman sepanjang
program.
Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi
untuk pensyarah pengiring dan pelajar yang terlibat dalam
program.
Menguruskan makanan dan minuman yang disediakan
kepada pihak-pihak tertentu.
Memastikan pengurusan makanan dan minuman berjalan
lancar.
Tempat
Memohon kebenaran penggunaan dewan untuk program
selama dua hari.
Memastikan dewan berada dalam keadaan yang bersih dan
teratur.
Memastikan semua penggunaan elektrik dalam dewan ditutup
apabila prgram sudah tamat.
Hadiah dan Bertanggungjawab untuk menyediakan hadiah dan
11
Cenderahati
cenderahati yang diperlukan.
Menyusun hadiah dan cenderamata.
Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Kebajikan /
Keselamatan
Meminjam dan membawa peti pertolongan cemas sewaktu
program.
Menyediakan tempat rawatan bagi pesakit.
Memastikan keselamatan peserta dengan memastikan
kawasan pertandingan tidak licin dan selamat digunakan.
Memastikan keselamatan penonton.
Publisiti
Menyediakan banner atau kertas maklumat dan
mamaparkannya di tempat-tempat yang strategik.
Menyusun hadiah dan cenderamata.
Menghebahkan maklumat yang berkaitan dengan
pertandingan dengan cara yang berbeza seperti banner,
poster, papan infomasi ataupun laman sosial.
Permainan
Menyusun jadual pertandingan dan memastikan pertandingan
dapat berjalan dengan lancar.
Menyediakan petak permarkahan untuk digunakan oleh
pengadil semasa pertandingan berlangsung.
Memastikan jadual pertandingan mengikut susunan yang
telah ditetapkan.
Dokumentasi Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti yang
berlangsung sepanjang program dijalankan.
12
11.0 KEWANGAN
11.1 Sumber Kewangan
BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH
1. Yuran Pendaftaran (20 orang x RM10.00) RM 200.00
2. Peruntukan Aktiviti RM100.00
JUMLAH RM 300.00
11.2 ANGARAN PEMBELANJAAN
BIL PERKARA SEUNIT JUMLAH
1. Makanan Peserta, Ahli Jawatan
Kuasa dan Pengadil
20 orang x RM 5.00 RM 100.00
2. Sijil Peserta dan AJK 20 orang x RM 1.00 RM 20.00
3. Cenderamata Penyampaian
Hadiah Peserta
5 pemenang x RM 10.00 RM 50.00
4. Cenderamata Pengadil 4 pengadil x RM 10.00 RM 40.00
JUMLAH BESAR RM 210.00
13
12.0 Rumusan
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta
tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-
suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Permainan bola baling telah dicipta
sejak sekian lama serta diperkenalkan pada zaman silam. Sukan ini mula diperkenalkan di
Malaysia pada tahun 1976 oleh Encik Lim Hock Han. Pertandingan bola baling ini
merupakan sebahagian pengisian untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke
suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa supaya peka
terhadap kepentingan bola baling dalam arena sukan.
Kini, aktiviti sukan yang diberikan tumpuan ialah bola baling. Permainan bola baling
merupakan salah satu sukan yang digalakkan dalam kalangan masyarakat kerana dapat
mendatangkan bervariasi faedah. Tujuan utama pertandingan bola baling ini adalah untuk
memberi pendekatan berkaitan peraturan dan teknik permainan bola baling kepada para
guru pelatih supaya mereka dapat menguasainya dan mengaplikasikannya. Di samping itu,
pertandingan ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta. Keyakinan diri dari segi rohani dapat dikukuhkan agar dapat
membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang
mampan.
Sudah terang lagi bersuluh, permainan bola baling dapat mendatangkan pelbagai
faedah dan dapat melatih pemain-pemain supaya menjadi pemain bola baling yang handal.
Oleh itu,dengan adanya pertandingan bola baling ini, guru pelatih yang handal dalam sukan
bola baling dapat dilahirkan supaya mereka dapat memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam setiap pertandingan pelbagai peringkat dan mengharumkan nama IPG serta nama
negara Malaysia.
Akhir sekali, usaha ini menampakkan daya dan usaha menyahut seruan kerajaan
yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam bidang sukan secara
14
seimbang serta dapat melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dari segi JERI. Adalah
amat diharapkan agar pertandingan yang dijalankan ini akan mendapat sokongan daripada
semua pihak dalam mencapai matlamat yang telah digariskan. Semoga usaha yang murni
ini akan dilimpahi oleh Allah dengan petunjuk hidayah dan juga keberkatan, dan
dipermudahkan bagi kita dalam melaksanakannya. Segala kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak, didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
________________ __________________________
(PENNY THIAN TENE TENE) (ENCIK SHUID ABDUL KADIR)
Setiausaha, Pensyarah Penasihat,
Pertandingan Bola Baling 2014, Pertandingan Bola Baling 2014,
Institut Pendidikan Guru Kampus Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Abdul Halim. Sultan Abdul Halim.
Disahkan oleh:
______________________________
(TN HAJI YAKATH ALI SM HABIB MOHAMED)
Ketua Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Abdul Halim.
Diluluskan oleh:
15
________________________
(TN HAJI MUSTAFA BIN ABDUL HAMID)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Abdul Halim.
Bahawasanya dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan program dalam kertas kerja
ini.
Ulasan:
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
16
Lampiran 1
Jadual Perjalanan Pertandingan Bola Baling
17
Perlawanan 1
Agnes Chong Tze YanAlex Ngu Ing LoongAmanda Wong Seow JyunWong Khing YunYeow Kang Le
Perlawanan 2
Albert Ling Nguong BaulChang Foo YungChieng Shaw HwaLui Yin YikTie Tzer Sung
Perlawanan 3
Cheok Siew BeeHow Chun YipPenny Thian Tene TeneSim Jia JinTeoh Teik Yong
Perlawanan 4
Cheok Sye WeiChua Bao YingHu Hin WonSaw Kuan CheTong Cindy
Perlawanan 5 (separuh)
Pemenang Perlawanan 1
VS
Pemenang Perlawanan 2
Perlawanan 6 (separuh)
Pemenang Perlawanan 3
VS
Pemenang Perlawanan 4
Perlawanan 7 (akhir)
Pemenang Perlawanan 5
VS
Pemenang Perlawanan 6
Lampiran 2
TENTATIF PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING
22 SEPTEMBER 2014 (ISNIN)
08.30 - 09.00 am Pendaftaran di Gelanggang Bola Baling
09.00 - 09.30 am Majlis Perasmian dan Taklimat
9.30 - 12.00 pm Pertandingan Pusingan Pertama dan Separa Akhir
12.00 - 01.00 pm Makan Tengah Hari
01.00 – 01.30 pm Rehat
01.30 - 02.30 pm Pertandingan Pusingan Akhir
02.30 – 03.00 pm Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
Majlis Tertutup
03.00 pm Bersurai
18
Lampiran 3
Senarai nama guru pelatih kelas P2A yang terlibat dalam Pertandingan Permainan
Bola Baling
BIL NAMA PENUHNO KAD
PENGENALANKELAS
1 AGNES CHONG TZE YAN 940730-12-6036 P2A
2 ALBERT LING NGUONG BAUL 940625-13-5651 P2A
3 ALEX NGU ING LOONG 940429-13-6673 P2A
4 AMANDA WONG SEOW JYUN 930708-13-5674 P2A
5 CHANG FOO YUNG 940820-13-6289 P2A
6 CHEOK SIEW BEE 940219-05-5066 P2A
7 CHEOK SYE WEI 940211-02-5882 P2A
8 CHIENG SHAW HWA 940909-13-5696 P2A
9 CHUA BAO YING 931023-12-6278 P2A
10 HOW CHUN YIP 930625-08-6037 P2A
11 HU HIN WON 940311-13-5595 P2A
12 LUI YIN YIK 940629-11-5308 P2A
13 PENNY THIAN TENE TENE 940422-13-5352 P2A
14 SAW KUAN CHE 940503-89-5011 P2A
15 SIM JIA JIN 940730-01-5221 P2A
16 TEOH TEIK YONG 940329-07-5973 P2A
17 TIE TZER SUNG 940423-13-5821 P2A
18 TONG CINDY 940108-02-5606 P2A
19 WONG KHING YUN 941214-13-5686 P2A
20 YEOW KANG LE 940707-05-5209 P2A
19
top related