kertas kerja bengkel bina insan
Post on 03-Apr-2018
269 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Kertas Kerja Bengkel Bina Insan
1/7
KERTAS CADANGAN BENGKEL BINA INSAN (BIG) GURU FASA
DUA SESI 2012
_______________________________________________________________
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah
berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada
masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui program ini,
guru pelatih akan didedahkan dengan pengalaman dan kefahaman yang
menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru /
sekolah dengan komuniti serta peranan dan akauntabiliti guru yang profesional
selaras dengan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang
seimbang.
2.0 RASIONAL
Program bengkel BIG ini merupakan satu program yang diwajibkan kepada
bakal guru pelatih dan merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran Bina
Insan Guru. Dalam program ini, guru-guru pelatih didedahkan dengan
kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap
profesion keguruan, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan
hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-
bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Di samping itu juga,
program ini dapat melatih guru-guru pelatih untuk menganjurkan bengkel pada
masa hadapan.
3.0 MATLAMAT
-
7/28/2019 Kertas Kerja Bengkel Bina Insan
2/7
Aktiviti bengkel dalam program Bina Insan Guru adalah bertujuan untuk
mendedahkan guru pelatih kepada pelbagai persekitaran komuniti dan melatih
mereka menjadi lebih peka kepada realiti persekitaran budaya, taraf hidup serta
keperluan komuniti. Penglibatan guru pelatih dalam bengkel ini juga dapat
meningkatkan kesedaran sosial dan kepentingan perkhidmatan komuniti serta
melatih mereka dalam menguruskan hubungan dengan komuniti pendidikan
terutamanya keluarga dan masyarakat setempat ke arah perkembangan
pendidikan murid-murid yang lebih seimbang pada masa hadapan.
4.0 OBJEKTIF
Aktiviti-aktiviti yang dirancang melalui program ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul
untuk:
Melatih bakal guru pelatih merancang, megurus dan mengelolakan
sesebuah bengkel
Melakukan interaksi sosial yang bermakna dengan semua guru pelatih
yang lain
Membina sengat kekitaan dan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan
berkumpulan
Menyemai sikap bertanggungjawab dan kualiti pemimpin
Memahami peranan sebagai seorang guru dalam kehidupan
bermasyarakat
5.0 ANJURAN
Program Bengkel BIG kali ini adalah salah satu aktiviti dalam program Bina
Insan Guru yang dianjurkan secara bersama oleh Unit Kokurikulum bersama
-
7/28/2019 Kertas Kerja Bengkel Bina Insan
3/7
PISMP Ambilan Januari 2012 yang terdiri daripada tiga kumpulan iaitu kumpulan
PISMP Bahasa Melayu 1 (BM1), PISMP Bahasa Melayu 2 (BM2) dan PISMP
Pendidikan Seni Visual (PSV), Institut Perguruan Kampus Rajang.
6.0 TARIKH
Bengkel Bina Insan Guru: 27 Julai 2012
7.0 TEMPAT
Dewan Kenanga, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang
8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Jarau Anak Richard
Naib Pengerusi : Nursafawati Binti Saupi
Setiausaha : Pauline Anna Anak John
Naib Setiausaha : Naszrene Anne Alius@Alexius
Bendahari : Alvin Lau
Lydia Usun
Elizabeth Umang Anak Daok
AJK Protokol
Evelyne Orai William
Yolanda Chandie Anak Nicholas Apit
Joyce Chong Yuan Ru
Jacqueline Sapok
-
7/28/2019 Kertas Kerja Bengkel Bina Insan
4/7
Mohd Asyrullah Bin Mansor
AJK Majlis
Prizstella
Silla Anak Edwin
AJK Peralatan
Roy Anak Penggang
Stewart Padan
David Raymund
Ambrose Jenggieng Anak Chelok
Jay Franklin Anak Jeffery
Jackson Linang Anak Nanggai
AJK Teknikal
Firdaus Bin Kasim
Garry Russel Anak Gorger Lennon
Gira Anak Egai
AJK Makanan
Dorence Anak Julius Tungkiong
Nurul Syazwani Binti Awang Nordin
Victoria Marzuin Malarn
Hanisah Binti Tirmizi
-
7/28/2019 Kertas Kerja Bengkel Bina Insan
5/7
Siti Zuraida Binti Ibrahim
Kwek Shi Yi
AJK Dokumentasi
Syamsidar Binti Haji Majit
Fabian Anak Ling
Muhammad Farid Ariffin Bin Suhaimi
AJK Porfolio
Nur Ezatti Binti Norizan
Siti Nadzirah Binti Yusof
Jennifer Anak Ricky
Siti Haja Binti Daud
Nur Syazwani Binti Yahya
Nurul Ayu Fatihah Binti Mansor
9.0 ATUR CARA
Masa Perkara2.15 petang Ketibaan para guru pelatih, pensyarah dan mentor.
Bacaan doa
2.30 petang PEMBENTANGAN OLEH KUMPULAN PISMP PSV
o Tajuk 1.1: Pembinaan Insan Guru Yang
Seimbang
Dibentang oleh: Siti Zuraida Binti Ibrahim
o Tajuk 1.2: Kualiti Peribadi Profesionalisme
Seorang Guru
-
7/28/2019 Kertas Kerja Bengkel Bina Insan
6/7
Dibentang oleh: Phristella Sherlly Ak Chundang
o Tajuk 1.3: Pembelajaran Berterusan dan Seluas
Hayat
Dibentang oleh: Naszerene Ak Alius @ Alexius3.30 petang PEMBENTANGAN OLEH KUMPULAN PISMP BM 2
o Tajuk 2.1: Cabaran dalam merealisasikan
pendemokrasian pendidikan
Dibentang oleh: Jarau Anak Richard
o Tajuk 2.2: Hubungan sekolah dengan komuniti ke
arah pembangunan pendidikan
Dibentang oleh: Ambrose Jenggieng Anak Chelok
o Tajuk 2.3: Guru sebagai agen perubahan
Dibentang oleh: David Raymund
4.30 petang PEMBENTANGAN OLEH KUMPULAN PISMP BM 1
o Tajuk 3.1: Pembinaan sikap kearah perkhidmatan
bertaraf dunia
Dibentang oleh: Roy Anak Penggang
o Tajuk 3.2: Guru refleksi menjana keberkesanan
tugas
Dibentang oleh: Evelyn Orai William
o Tajuk 3.3: Dasar dan wawasan pendidikan serta
implikasi kepada peranan dan tangungjawab guru
Dibentang oleh: Nursafawati Binti Saupi
o Tajuk 3.4: Etika dan moral profesional
Dibentang oleh: Gira Anak Egai
5.30 petang Bersurai
10.0 PENUTUP
Semoga bengkel BIG ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan
dengan kerjasama semua pihak untuk mencapai objektif dan matlamat yang
dikehendaki. Pendedahan aktiviti seperti ini akan dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan memberi pengalaman kepada para guru pelatih
-
7/28/2019 Kertas Kerja Bengkel Bina Insan
7/7
untuk mendekatkan diri dengan kerjaya sebagai seorang guru pada masa akan
datang. Kesemua ilmu yang diperolehi dalam bengkel ini sangat berguna apabila
kami menjawat jawatan sebagai seorang pendidik dan terlibat secara langsung
dalam profesion keguruan setelah selesai menjalani latihan di institut perguruan.
Disediakan oleh:
(PAULINE ANNA ANAK JOHN)
Setiausaha,
Bina Insan Guru Fasa 2 Sesi 2012,
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.
top related