kertas kerja
Post on 18-Jun-2015
2.247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MEMORANDUM
Perkara: bermula dari tarikh 16 ogos 2008 sehingga 17 sept 2008 . PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan seperti berikut:-
*** Acara/ pertandingan1. Menulis Khat2. Carta pelajaran3. Menjawikan karangan pendek.4. Syair / sajak hari kemerdekaan
*** Terbuka kepada semua pelajar SRAMS Tahap 1 dan Tahap 2.
*** Pertandingan ini
Jika berminat sila berhubung dengan guru kelas atau terus datang ke pejabat.
Yang benar,
……………………………………Pn. Norsilawati bt HairanBendahari PIBG SRAMS
KERTAS KERJA
KE1. PUSAT SAINS NEGARA
2. muzium kesenian islam3. masjid negara
Pada:-07/11/2007 (Rabu)
Anjuran:-Sekolah Rendah Agama
Merbau Sempak ( SRAMS)&
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
SRAMS, Kg Merbau Sempak, 47000 Sungai Buloh
Selangor.Darul Ehsan
Tajuk :Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara, Muzium
Kesenian Islam dan Masjid Negara.
Objektif :Mendedahkan murid tahun 6 kepada sejarah bermulanya Islam di dunia dan agar mencintai agama islam.Mengetahui akan teknologi terkini dalam menerokai alam
angkasa lepas.Dapat memupuk minat dalam matapelajaran sains.
Rasional :1. Sebagai satu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bagi memantapkan lagi ilmu berkaitan agama
islam dan sains.2. Mengenali akan sejarah keujudan agama islam dan latar belakang ulamak-ulamak islam yang terkenal.3. Mendedahkan murid mengetahui dan mengenali para ulamak dan cendiakawan islam.4.Agar murid dapat memahami dan menghormati agama
islam yang di bawa oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
5..Murid dapat pengetahuan dalam bidang ilmu sains dan kecanggihan teknologi sains yang terkini dalam meneroka alam angkasalepas seperti yang telah di buktikan oleh angkasawan pertama Malaysia beragama islam iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,serta dapat memupuk minat pelajar dalam matapelajaran sains..
Sasaran : Murid tahun 6 sahaja.
Tempat :. Pusat Sains Negara, Muzium Kesenian Islam dan Masjid Negara.
Tarikh : 07hb November 2007
Masa : 8.00 Pagi – 6.00 Petang
Tempat : Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak (SRAMS) Berkumpul
Bayaran : RM 34.00 seorang
Lampiran 2
Ahli jawatankuasa :
PengerusiPn.Aminah Bt. Zainuddin
Setiausaha Pn. Zunaidah bt. Hamsi
BendahariPn. Norsilawati bt Hairan
Ajk/fasilitator
1. Pn. Norbaiti bt. Mohd Ambiah2. Pn. Rohaidah bt. Arbain3. Pn. Rehayu bt. Ramly4. Pn. Nabibah bt. Shuhud5. Pn. Ommahani bt. Mat Jidin6. Cik Ilmiyana bt. Idham @ Buang7. Pn. Nooraini bt. Dzekaria
Lampiran 3
Anggaran : 2 buah basPerbelanjaan
1. Makan pagi 88 orang x RM 2.00 = RM 176
2. Makan tengahari 88 orang x RM 450 = RM 396
3. Tambang bas 88 orang x RM13.50= RM1188
4. Tiket 88 orang x RM 9.00 = RM 792
5. Insuran 88 orang x RM 1.50 = RM 132
JUMLAH = RM2684.00
Budget : 88 orang X RM34.00 = RM2992.00
Penutup : Semoga dengan adanya program seumpama ini, dapat membantu murid-murid SRAMS menambah dan menjanakan minda dalam ilmu pengetahuan serta menggalakkan serta menanamkan kecintaan murid kepada agama kita iaitu agama ISLAM selari dengan kecanggihan teknologi sains dalam meneroka alam angkasalepas seperti yang telah dibuktikan oleh angkasawan pertama Malaysia beragama islam iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, serta dapat memupuk minat pelajar dalam matapelajaran sains.
Justeru itu, diharap program ini mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid tahun 6 khasnya dan sokongan serta sumbangan dari pihak PIBG Srams.
Lampiran 4
Di sediakan oleh,
…………………………………………………………(Pn. Zunaidah binti Hamsi)SU Projek,Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara, Muzium Kesenian Islam & Masjid Negara. Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak. (SRAMS)47000,Sungai Buloh,Selangor.
Disemak oleh,
………………………………………………..(Pn.Aminah Bt. Zainuddin)Pengerusi dan Guru BesarLawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara, Muzium Kesenian Islam & Masjid Negara. Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak. (SRAMS)47000,Sungai Buloh,Selangor.
Di sahkan oleh,
…………………………………………………( En.Berahun Bin Sakimon)YDP. Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG)Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak. (SRAMS)47000,Sungai Buloh,Selangor.
Lampiran 5
Tajuk :Sambutan hari kemerdekaan
Objektif :Mendedahkan murid – murid kepada sejarah kemerdekaan negara Malaysia dari penjajahan Inggeris dan komunis.
Rasional :1. Dapat menonjolkan bakat kanak - kanak dalam Seni khat, mewarna, syair dan menulis jawi .
2. memupuk semangat mencintai negara Malaysia yang aman dan sejahtera dari pihak penjajah.
3. menghargai perjuangan pemimpin – pemimpin dalam memerdekakan negara Malaysia.
Sasaran : Murid tahun 1 hingga 6.
Tempat : Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak
Tarikh : 17. Ogos 2007 hingga 17. September. 2007
Masa : 8.00 Pagi – 11.00 Pagi
Kategori pertandingan Tahap 1 & 2 :-
1. Menulis Khat
2. Mewarna / melukis logo kemerdekaan dan jalur gemilang
3. Menjawikan karangan pendek.4. Syair / sajak hari kemerdekaan
Ahli jawatankuasa :
PengerusiPn. Aminah bt Zainuddin
Setiausaha Pn. Zunaidah bt Hamsi
BendahariPn. Norsilawati bt Hairan
Lampiran 2
Ajk/fasilitatorPn. Norbaiti bt. Mohd AmbiahPn. Rohaidah bt. ArbainPn. Nabibah bt. ShuhudPn. Ommahani bt. Mat JidinPn. Nooraini bt. Dzekaria
______________________________________________________________________
Anggaran : Hadiah hadiah pemenang bagi setiap kategori Perbelanjaan
No 1 = Rm 12 x 8 = RM 96.00No 2 = Rm 10 x 8 = RM 80.00No 3 = Rm 7 x 8 = RM 56.00Saguhati = Rm 5 x 40 = RM 200.00
Perbelanjaan lain-lain = RM150.00
Jumlah Keseluruhan = RM582.00
Penutup : Semoga dengan adanya program seumpama ini, dapat membantu murid-murid SRAMS menambah dan
menjanakan minda dalam ilmu pengetahuan serta menggalakkan serta menanamkan kecintaan murid kepada negara Malaysia dan menghormati pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita ini..
Justeru itu, diharap program ini mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid SRAMS dan sokongan serta sumbangan dari pihak PIBG Srams.
Lampiran 3
KERTAS KERJA
Pada:-31/08/2007 ( Jumaat )
Anjuran:-
Sekolah Rendah AgamaMerbau Sempak ( SRAMS)
&
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)SRAMS, Kg Merbau Sempak,
47000 Sungai BulohSelangor.Darul Ehsan
Tajuk :Hari Kecemerlangan Pelajar SRAMS 2007.
Objektif : Menghargai dan mengiktirafkan pencapaian pelajar di dalam pelajaran Khususnya peperiksaan akhir tahun dan penglibatan para pelajar dalam
ko-kurikulum SRAMS.
Rasional :1. Sebagai satu inisiatif kepada pelajar agar lebih berusaha dengan cemerlang di dalam pelajaran.
2. Menghargai segala kerjasama paMengenali akan sejarah keujudan agama islam dan latar belakang ulamak-ulamak islam yang terkenal.3. Mendedahkan murid mengetahui dan mengenali para ulamak dan cendiakawan islam.4.Agar murid dapat memahami dan menghormati agama
islam yang di bawa oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
5. Mendidik murid agar sentiasa mengimarahkan masjid ( Rumah ALLAH)
Sasaran : Murid tahun 6 sahaja.Tempat : Pusat Islam dan Masjid Negara.Tarikh : 07 November 2007Masa : 9.00 Pagi – 3.00 PetangTempat : Sekolah Rendah Agama merbau Sempak (SRAMS) BerkumpulBayaran : RM 30.00 seorang
Ahli jawatankuasa :
PengerusiPn. Norsilawati bt Hairan
Setiausaha Pn. Norbaiti bt Mohd Ambiah
Bendahari
Ajk/fasilitator
Anggaran : 2 buah basPerbelanjaan
6. Makan pagi7. Makan tengahari8. Tambang bas9. Cenderahati
Budget : orang X RM30.00 = RM
Penutup : Semoga dengan adanya program seumpama ini, dapat membantu murid-murid SRAMS menambah dan menjanakan minda dalam ilmu pengetahuan serta menggalakkan serta menanamkan kecintaan murid kepada agama kita iaitu agama ISLAM.
Justeru iti, diharap[ program ini mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid tahun 6 amnya dan sokongan serta sumbangan dari pihak PIBG Srams.
Di sediakan oleh,
…………………………………………………( Pn. Zunaidah bt Hamsi)SU Projek,Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia peringkat sekolah.Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak. (SRAMS)47000,Sungai Buloh,Selangor.
Disemak oleh,
………………………………………………..(Pn.Aminah bt Zainuddin)Pengerusi,
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia peringkat sekolah.Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak. (SRAMS)47000,Sungai Buloh,Selangor
Di sahkan oleh,
…………………………………………………( En.Berahun Bin Sakimon)YDP. Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG)Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak. (SRAMS)47000,Sungai Buloh,Selangor.
Lampiran 4
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH RENDAH AGAMA MERBAU SEMPAK
47000, SUNGAI BULOH SELANGOR03-60383773
SRAMS/PIBG/01/01 Bil (02)01hb Oktober 2007
Guru Besar,Sekolah Kebangsaan.Merbau Sempak47000, Sungai BulohSelangor
Puan,
KEBENARAN MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Merujuk kepada perkara di atas di maklumkan pihak SRA Merbau Sempak akan mengadakan lawatan sambil belajar yang di khaskan kepada murid tahun enam (6) sahaja adalah seperti berikut:-
Tarikh/Hari : 07.11.2007 / RabuMasa : 8.00 am hingga 6.00pmTempat lawatan : Pusat Sains Negara, Muzium Kesenian Islam & Masjid Negara
Sehubungan dengan ini besarlah harapan kami sekiranya pihak Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak memberikan kebenaran/pelepasan kepada murid tahun enam (6) yang terlibat sahaja mengikuti program anjuran sekolah kemi pada tarikh tersebut.
Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama pelajar yang mengikuti program lawatan sambil belajar.
Sekian untuk makluman pihak Puan.Terima kasih.
“ BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”
Yang benar,
……………………………Pn. Zunaidah binti HamsiSetiausaha PIBG, SRA. Merbau Sempak
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH RENDAH AGAMA MERBAU SEMPAK
47000, SUNGAI BULOH SELANGOR03-60383773
SRAMS/PIBG/01/01 Bil (01)01hb Oktober 2007
Kepada,Ibubapa / PenjagaMurid-murid Tahun Enam (6) SRA. Merbau Sempak
Tuan/Puan,
KEBENARAN MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR.
Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan pihak sekolah akan membuat satu program lawatan seperti berikut:-
Tarikh/Hari : 07/11/2007 / RabuMasa : 8.00 am hingga 6.00pmTempat lawatan : Pusat Sains Negara, Muzium Kesenian Islam & Masjid NegaraBayaran : RM17.00
2. Sila kembalikan keratan di bawah sebelum 26. Oktober. 2007 hari Jumaat kepada guru kelas masing-masing untuk tindakan selanjutnya.
Segala kerjasama tuan/puan amat kami hargai.Sekian untuk makluman pihak tuan/puan.
Terima kasih.Wassalam.
“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………………Pn. Zunaidah binti HamsiSetiausaha PIBG, SRA. Merbau Sempak
-----------------------------------------------------potong di sini------------------------------------------------------Dengan ini saya ______________________________ibubapa/penjaga kepada __________________________________________________No surat beranak_____________darjah 6__________________ membenarkan/tidak membenarkan anak di bawah jagaan saya mengikuti lawatan tersebut.Di sini saya sertakan jumlah bayaran sebanyak RM________
Saya juga faham dan akur jika berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini,pihak saya tidak akan mendakwa dan menyalahkan pihak sekolah.
Yang benar,
……………………………………….( )
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH RENDAH AGAMA MERBAU SEMPAK
47000, SUNGAI BULOH SELANGOR03-60383773
JADUAL/AKTIVITI LENGKAP LAWATAN SAMBIL BELAJAR.
Tarikh : 07/11/2007 (Rabu
8.00 am :Berkumpul di sekolah Rendah Agama Merbau Sempak.
9.00 am :Bertolak ke Kuala Lumpur
10.00 am :Di Muzium Kesenian Islam
12.00 tgh :Makan Tengahari
01.30 pm :Solat Zohor di Masjid Negara
02.30pm :Pusat Sains Negara
05.00pm :Balik
06.00pm :Di jangka sampai di SRA Merbau Sempak
Lampiran 6
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH RENDAH AGAMA MERBAU SEMPAK
47000, SUNGAI BULOH SELANGOR03-60383773
SRAMS/PIBG/01/01 Bil (02)25hb Oktober 2007
Pusat Sains Negara,
U/P: UNIT LAWATAN
Tuan/Puan,
KEBENARAN MEMBAWA PELAJAR MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Merujuk kepada perkara di atas di maklumkan pihak SRA Merbau Sempak akan mengadakan lawatan sambil belajar kepada pelajar –pelajar adalah seperti berikut:-
Tarikh/Hari : 07.11.2007 / RabuMasa : 2.30 pm hingga 5.00pm
Jumlah Pelajar/Guru : 88 orang
Sehubungan dengan ini besarlah harapan kami sekiranya pihak Pusat Sians Negara dapat memberikan kebenaran kepada pelajar SRA Merbau Sempak melawat tempat tuan/puan pada tarikh tersebut.Ini adalah bertujuan mendedahkan kepada pelajar kecanggihan teknologi sains dalam meneroka alam angkasalepas seperti yang telah di buktikan oleh angksawan pertama Malaysia beragama islam iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,serta dapat memupuk minat pelajar dalam matapelajaran sains.
Sekian untuk makluman pihak Tuan/Puan.Terima kasih.
“ BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”
Yang benar,
……………………………Pn. Zunaidah binti HamsiSetiausaha PIBG, SRA. Merbau Sempak
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH RENDAH AGAMA MERBAU SEMPAK
47000, SUNGAI BULOH SELANGOR03-60383773
SRAMS/PIBG/01/01 Bil (02)02hb November 2007
Muzium Kesenian IslamKuala Lumpur
U/P: EN. MOHD ZAKI JABATAN PENDIDIKAN UNIT LAWATAN
Tuan,
KEBENARAN MEMBAWA PELAJAR MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Merujuk kepada perkara di atas di maklumkan pihak SRA Merbau Sempak akan mengadakan lawatan sambil belajar kepada pelajar –pelajar adalah seperti berikut:-
Tarikh/Hari : 07.11.2007 / RabuMasa : 10.00 am hingga 12.00 tgh.
Jumlah Pelajar/Guru : 88 orang
Sehubungan dengan ini besarlah harapan kami sekiranya pihak Muzium Kesenian Islam dapat memberikan kebenaran kepada pelajar SRA Merbau Sempak melawat tempat tuan/puan pada tarikh
tersebut.Ini adalah bertujuan mendedahkan kepada pelajar sejarah awal bermulanya Islam di dunia Agar murid dapat memahami dan menghormati agama islam yang di bawa oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.dan seterusnya mencintai agama islam agama rasmi rakyat Malaysia. Sekian untuk makluman pihak Tuan/Puan.Terima kasih.
“ BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”
Yang benar,
……………………………Pn. Zunaidah binti HamsiSetiausaha PIBG, SRA. Merbau Sempak
top related