kepimpinan dalam pembinaan negara bangsa

Post on 18-May-2015

13.916 Views

Category:

Technology

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan din di hadapan knitpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai gol organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama lagu yang betul, mengalami usaha-usaha bersatu abli-abli inuzik di dalam orkestranya itu.

PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.” Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah ’self leadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?

Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin

memerlukan ‘The Power Of

Communication.’ Ketika berinteraksi

dengan pengikut akan menghadapi

pelbagai kerenah, keinginan dan

tuntutan yang semestinya mampu

menenangkan mereka walaupun hajat

tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:

1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.

2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.

3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.

4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.

i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

ii-Mesti membesarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.

iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.

iv- Tinggalkan dosa. v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin

mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

Ciri-ciri Kepimpinan Masa Lalu (era kemerdekaan)Sifat-sifat pemimpin : Setia Jujur Ikhlas Bijak Berani Bertoleransi

Ciri-ciri kepimpinan Tun Razak yang berkisar kepada kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan mampu mengangkat kualiti kepimpinan dalam mencorakkan negara pada masa akan datang.

Kebijaksanaan pemimpin terdahulu tidak boleh dipelajari daripada buku. Ia melalui pengalaman daripada orang yang terdekat.

Legasi Tun Razak banyak berkisar kepada tiga perkara iaitu kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan Kalau kita dapat yakinkan orang ramai, kita jujur, kita setia kepada pemimpin dan parti, sudah tentu tidak ada masalah yang tidak akan dapat diatasi.

Turut hadir pada majlis penutup itu, Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Exco Pemuda, Ketua-ketua Pemuda seluruh negara dan tokoh veteran parti dan kerajaan.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya berkata Tun Abdul Razak telah berjaya melalui pelbagai keadaan getir ketika era pemerintahan beliau.

“Peristiwa berdarah 13 Mei dan konfrontasi dengan Indonesia telah berjaya diselesaikan dengan baik oleh Allahyarham. Sikapnya yang jujur, setia dan ikhlas telah membantu beliau mengharungi detik getir berkenaan

..Setia, jujur, ikhlas..

Langkah Tun Abdul Razak yang mempekenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu jasa yang cukup besar dan amat berharga. DEB adalah antara usaha beliau yang dirangka bagi membasmi kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira keturunan. Namun kontrak sosial yang telah terlaksana sejak DEB diperkenalkan semakin dilupakan pada hari ini atas alasan kebebasan. Golongan ini tidak pernah terfikir bahawa kerana kontrak sosial yang wujud sebelum inilah, kini kita dapat bina kemakmuran negara seperti sekarangTambah Zainuddin lagi DEB yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua itu merupakan mekanisme dinamik bagi kemantapan dan pengisian kontrak sosial antara orang Melayu dan bukan Melayu setelah orang Melayu bersetuju memberikan hak kerakyatan kepada bukan Melayu sebagai jambatan ke arah kemerdekaan.

Pejuang-pejuang dari generasi era Kemerdekaan pula telah menampakkan kematangan dalam usaha menuntut kemerdekaan. Berbekalkan semangat perjuangan yang sama dengan orang terdahulu, mereka menggunakan pendekatan yang lebih berilmu. Setelah pendekatan kekerasan dan secara bersendirian telah terbukti gagal, pejuang-pejuang seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan beberapa pemimpin lain telah menggunakan pendekatan penyatuan bangsa dengan menggerakkan penyatuan semua umat Melayu dan Bumiputera untuk menuntut kemerdekaan. Setelah kemerdekaan diperolehi, mereka telah menggunakan kelebihan ilmu yang dimiliki dari luar Negara untuk membangunkan Negara mengikut pembentukan dasar-dasar penting Negara termasuklah Penyata Razak, Bahasa Kebangsaan, Pembukaan Tanah Rancangan dan anatara yang paling penting ialah Dasar Ekonomi Baru.

..Bijak..

Semasa berakhirnya Zaman Kegemilangan Melaka iaitu selepas tahun 1511 Masihi, gerakan menentang penjajahan Portugis dan Belanda telah dimulakan oleh Melayu dan Bumiputera. Pada era penjajahan Inggeris pula, kita lihat semua Negeri-Negeri Tanah Melayu mempunyai tokoh-tokoh pejuangnya tersendiri. Antara yang tersohor termasuklah Dato’ Maharaja Lela di Perak, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Raja Mahadi di Selangor. Tidak lupa juga dengan tokoh-tokoh pejuang di Pulau Borneo yang mana nama Sharif Masahor adalah antara pejuang menentang penjajah yang dikenali di Sarawak. Selain itu, seorang pejuang handalan dari golongan Bumiputera Sarawak yang dikenali sebagai Rentap juga tidak kurang sumbangannya kepada kemerdekaan negeri itu.

..Berani..

Ciri-ciri Kepimpinan Pada Masa Kini Perkataan kepimpinan berteraskan kata

dasar pemimpin.

Pemimpin boleh ditafsirkan sebagai seorang

individu dalam sesuatu kelompok

masyarakat atau organisasi yang diberikan

tanggungjawab mengarah dan menyelaras

aktiviti untuk mencapai matlamat

organisasi atau kumpulan seperti yang

telah ditetapkan.

Ada yang berpendapat, seorang

pemimpin itu adalah manusia agung

zamannya.

Ada kalanya keagungan itu dikenang

dan dianggap suatu yang besar pada

zaman terkemudiannya.

Manusia agung ini mengikut E. E.

Jenning dibahagikan kepada tiga

iaitu ‘superman’, ‘hero’ dan ‘prince’.

Superman

Seorang pemimpin yang berupaya

mengubah nilai lama @ idea lama yang

telah sebati dalam masyarakatnya

dengan idea dan nilai baru.

Nilai @ idea ini kemudian diterima oleh

masyarakat sezamannya atau

sesudahnya dan menjadi ikutan mereka.

Hero

Seseorang pemimpin yang

menumpukan perjuangannya ke

arah cita-cita dan matlamat yang

luhur.

Prince

Pemimpin yang berusaha menguasai

dan mempengaruhi orang lain.

Dianggap sebagai pemburu kuasa @

power seeker.

Seorang ahli ekonomi dan sosiologi

terkenal iaitu Max Weber talah

membahagikan pemimpin kepada

tiga golongan iaitu “ Legal Authority’,

‘Traditional Authority’ dan ‘

Charismatic’.

• Legal Authority : Kepimpinan yang muncul

daripada penguatkuasaan undang-undang dan

peraturan yang telah diterima dan dilembagakan

oleh sesebuah masyarakat.

• Traditional Authority : Kemunculan dan kekuatan

kepimpinan itu berdasarkan kepada unsur dan

kerangka tradisional dalam masyarakatnya.

: Kepimpinan dapat diterima

oleh anggota masyarakatnya berdasarkan status

tradisional yang diwarisinya.

• .Charismatic Authority : Seseorang yang berjaya

memimpin pengikutnya atas dasar karisma yang

ada padanya.

• Garl Yuki (1981) telah memetik pendapat

beberapa pengkaji yang terkemuka dalam bidang

ini bagi menjelaskan pengertian kepimpinan.

Antaranya:

“…Kepimpinan ialah tingkah laku individu apabila ia

sedang mengarahkan aktiviti berkumpulan ke

arah matlamat yang dikongsi bersama.”

“…Kepimpinan adalah pengaruh antara

perseorangan yang dilaksanakan dalam sesuatu

situasi, dan diarahkan, melalui proses komunikasi

ke arah pencapaian matlamat dan matlamat-

matlamat khusus.”

Seseorang pemimpin

mempunyai gaya kepimpinan

yang berbeza, iaitu:

-autocratic leadership

-democratic leadership

-laissez faire leadership

• Autocratic : memiliki kuasa penuh ke atas

organisasi yang dipimpinnya, berhak

membuat keputusan.

• Democratic : melibatkan penyertaan ahli-

ahlinya dalam membuat sesuatu

keputusan, ia bermusyawarah, kuasa

diperturunkan kepada orang bawahannya.

• Laissez Faire : Memberi kebebasan

sepenuhnya kepada orang bawahannya

untuk bertindak dan membuat keputusan.

Al-Mawardi berpendapat kepimpinan merupakan tuntutan fardhu kifayah.

Beliau menggariskan 7 syarat asas kepimpinan islam iaitu:

1.Keadilan iaitu adil dalam tindakan yang diambil.

2.Berilmu.3.Sempurna panca indera.4.Tidak cacat anggota.5.Memiliki akal yang tajam.6.Mempunyai keberanian dan kekuatan.7.Berketurunan mulia.

Ibnu Khaldun, seorang sajerawan islam telah mnyenaraikan beberapa ciri pemimpin yang berkualiti, antaranya:

1.Suka memaafkan orang lain.2.Suka melindungi pihak yang lemah.3.Murah hati kepada tetamu.4.Menjaga orang miskin.5.Sabar dalam kesusahan.6.Jujur dalam kata dan tingkah laku.7.Menghormati agama dan ulama,guru

dan orang yang lebih tua.

8. Tidak sombong.

9. Suka mendengar teguran.

10. Mempunyai semangat jemaah /

organisasi.

11. Menjauhi kehidupan mewah.

12. Mengambil berat terhadap aduan orang.

13. Menghargai dan menghormati lawan.

Teori kepimpinan yang ada pada masa ini

antaranya ialah teori kepimpinan

karismatik, teori kepimpinan perhubungan

kemanusiaan, teori kepimpinan X dan Y

dan teori kepimpinan mengikut situasi.

Teori ini menyatakan kepimpinan

seseorang ketua banyak dipengaruhi oleh

sifat keperibadian yang ada pada

pemimpin tersebut.

Pemimpin berkarismatik merujuk

kepada kebolehan seseorang

pemimpin untuk memobilisasikan dan

meneruskan aktiviti masayarakat

melalui gabungan tindakan-tindakan

serta sifat-sifat peribadi.- sabar,

intelek, berani, tabah dan pintar.

Dalam teori ini, Nadler dan Tushman

membahagikan kepada 3 komponen

utama:

1.berwawasan

Merujuk kepada keupayaan seseorang

pemimpin itu yang berwawasan tinggi

untuk mencipta masa depan sesebuah

negara atau organisasi dengan lebih baik.

Bertenaga

Pemimpin jenis ini berupaya menyatukan

tenaga dan melahirkan dorongan yang kuat

kepada ahli-ahli organisasi yang dipimpinnya.

Berkebolehan

Pemimpin secarapsikologi membantu ahli

untuk bertindak dan melaksanankan tugas

dan dalam masa yang sama menghadapi

cabaran-cabaran dalam proses mencapai

matlamat.

Pemimpin yang berkarisma merupakan

individu yang berupaya mendengar,

berkongsi dan memahami perasaan dan

masalah-masalah ahli-ahli dalam

masyarakat itu.

Teori kepimpinan perhubungan

kemanusiaan menyatakan perhubungan

kemanusiaan boleh mempengaruhi

kelakuan, perlakuan antara kedua-duanya.

Perlakuan pemimpin boleh memberi kesan kepada

kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas.

Terdapat 2 corak perlakuan pemimpin yang

mempengaruhi orang bawahan atau pengikutnya,

iaitu:

1.Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk

mencapai matlamat organisasi atau penubuhan.

2.Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan

baik antara pemimpin dengan orang bawahan.

Teori kepimpinan mengikut

situasi mengandaikan situasi

yang berbeza memerlukan cara

kepimpinan yang berbeza.

Cara memimpin yang berbeza ini

sesuai dalam keadaan yang

berbeza.

top related