keberkesanan program latihan mengajar dalam … · keberkesanan program latihan mengajar dalam...
Post on 19-Mar-2019
280 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM
MENYEDIAKAN GURU-GURU PENDIDIKAN TEKNIKAL BERDASARKAN
MODEL KONTEKS, INPUT, PROSES DAN PRODUK
NOORSHAFINA BINTI IBRAHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATITAN : * Potong yang tidak berkenaan **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:
KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM MENYEDIAKAN GURU-GURU PENDIDIKAN TEKNIKAL BERDASARKAN MODEL KONTEKS, INPUT, PROSES DAN PRODUK
SESI PENGAJIAN: 2008-2009
Saya NOORSHAFINA BINTI IBRAHIM_______________________
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA) NOORSHAFINA BT IBRAHIM PROF.MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA Nama Penulis Nama Penyelia Alamat Tetap: NO 13 JALAN LAMPAM, TAMAN SERI TENGGARA , PARIT BUNTAR, PERAK. Tarikh : __________________________ Tarikh : _________________________
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda. Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penyelia : PROF.MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA
Tarikh : ………………………………………..
KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM
MENYEDIAKAN GURU-GURU PENDIDIKAN TEKNIKAL BERDASARKAN
MODEL KONTEKS, INPUT, PROSES DAN PRODUK
NOORSHAFINA BINTI IBRAHIM
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
ii
“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penulis : NOORSHAFINA BINTI IBRAHIM
Tarikh : …………………………………………
iii
DEDIKASI
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan
izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan
dengan sempurna.
Teramat istimewa buat,
Arwah ayahanda, IBRAHIM BIN HAJI AHMAD
Pengorbanan dan susah payah untuk melihat kejayaan anakmu. ~ al - Fatihah
Bonda, NOORAINI BT NOOR
Kasih sayang, kesabaran, pengorbanan dan doa.
Abang, kakak-kakak dan adik yang disayangi, Mohd Saiful Rizam,
Noorshafida, Noorshafiza dan Noorshafira atas dorongan dan semangat yang
diberikan
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran, dan doa kalian
sepanjang pengajian sehingga sampai ke tahap ini. Semoga kalian mendapat rahmat
serta hidayah dari Allah s.w.t.
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
dapat saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin
mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
ribuan terima kasih buat Prof Madya Dr Azizi Bin Yahaya selaku Pensyarah
Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat,
memberi dorongan serta tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya
menyempurnakan projek ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih disampaikan buat rakan-rakan daripada
program Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan iaitu 4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, dan 4
SPH. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Terima kasih juga dirakamkan kepada pensyarah, rakan –rakan seperjuangan
khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) dan juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu
memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.
Akhir sekali istimewa buat mak dan arwah abah serta adik-beradik terhadap
pengorbanan serta dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala
pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan program latihan
mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan Model
Konteks, Input, Proses dan Produk. Penilaian berpandukan kepada Model KIPP yang
diperkenalkan oleh Stufflebeam pada tahun 1971 iaitu dari dimensi input, proses dan
produk. Seramai 127 pelajar daripada program Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan dipilih sebagai responden secara persampelan rawak mudah. Kajian
rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik.
Dapatan kajian diproses menggunakan SPSS versi 16 untuk mendapatkan kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi seperti. kolerasi
Pearson bagi mengenalpasti hubungan antara pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
kemahiran generik, keyakinan, pencapaian dan sikap dengan pencapaian latihan
mengajar. Analisis ANOVA digunakan untuk mengenalpasti perbezaan yang
signifikan antara pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kemahiran generik,
keyakinan, pencapaian dan sikap pelajar mengikut program Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan 4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH. Oleh itu, beberapa cadangan telah
dikemukakan dalam kajian ini dalam usaha untuk memperbaiki terhadap
keberkesanan latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal
berdasarkan Model Konteks, Input, Proses dan Produk.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the effectiveness of teaching practise
program in providing the technical education teachers based on the Context, Input,
Process and Product Model. The evaluation based on the CIPP Model from input,
process and product, which was introduced by Stufflebeam in year 1971. Total of
127 students from program Technical and Engineering Education were chosen as a
respondent by using random sampling. The pilot study was done in order to
determine reliability and suitability of the questionnaire. The data were analyzed
using SPSS version 16 software and findings were presented in the form of the
frequency, percentage, mean and standard deviations. The inferential statistic such as
Pearson Correlation was used to identify the relationship between the knowledge,
skills, experiences, generic skills, confident, achievement, and attitude with the
teachers trainee achievement. The ANOVA was used to identify the significant
differences between the knowledge, skills, experiences, generic skills, confident,
achievement, and students attitude according to Technical and Engineering
Education program 4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, and 4 SPH. Therefore, the research
suggested that more effort have to be done to improve towards the effectiveness of
teaching practise program in providing the technical education based on the Context,
Input, Process and Product Model.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Hipotesis Kajian 11
1.7 Kepentingan Kajian 14
1.8 Skop Kajian 15
1.9 Batasan Kajian 16
1.10 Definisi dan Konsep
1.10.1 Persepsi
1.10.2 Pelajar
1.10.3 Guru pelatih
17
17
17
18
viii
1.10.4 Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan
1.10.5 Keberkesanan
1.10.6 Latihan mengajar
1.10.7 Input
1.10.7.1 Pengetahuan
1.10.7.2 Kemahiran
1.10.8 Proses
1.10.8.1 Pengalaman
1.10.8.2 Kemahiran Generik
1.10.8.3 Keyakinan
1.10.9 Produk
1.10.9.1 Pencapaian
1.10.9.2 Sikap
1.10.10 Model KIPP
18
19
19
19
20
20
20
21
21
21
22
22
22
23
1.11 Penutup 23
2
SOROTON KAJIAN
2.1 Pengenalan 25
2.2 Kajian Lepas 26
2.3 Model Pengajaran Yang Berkaitan
2.3.1 Model Sistem Bell
2.3.2 Model CIRO (Context, Input,
Reaction, Outcome)
2.3.3 Model Penilaian KIPP
38
38
39
40
2.4 Kerangka Kajian
2.4.1 Pemilihan Model KIPP Oleh
Stufflebeam Sebagai Model
Kajian Ini
2.4.2 Penilaian Input
2.4.3 Penilaian Proses
2.4.5 Penilaian Produk
41
41
43
44
44
2.5 Penutup 46
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 47
3.2 Rekabentuk Kajian 48
3.3 Lokasi Kajian 49
3.4 Persampelan Kajian
3.4.1 Populasi
3.4.2 Sampel Kajian
50
50
51
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Pembinaan soal selidik
3.5.1.1 Bahagian A
3.5.1.2 Bahagian B
52
53
53
54
3.6 Cara Pemarkatan 55
3.7 Pemarkatan Pencapaian Latihan
Mengajar
57
3.8 Interpretasi Jadual 57
3.9 Kajian Rintis 58
3.10 Analisis Data
3.10.1 Min
3.10.2 Anova
3.10.3 Kolerasi Pearson
59
60
61
61
3.11 Kesahan Instrumen
3.11.1 Kebolehpercayaan Instrumen
63
63
3.12 Prosedur Kajian 64
3.13 Penutup 65
4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 66
4.2 Bahagian A
4.2.1 Jantina Responden
4.2.2 Bangsa
4.2.3 Kursus
4.2.4 Gred Latihan Mengajar
67
67
68
68
69
x
4.2.5 Jenis Sekolah Semasa Latihan
Mengajar
69
4.3 Analisis Persoalan Kajian 70
4.4 Analisis Inferensi
4.4.1 Hipotesis nol
4.4.2 Hipotesis nol
4.4.3 Hipotesis nol
4.4.4 Hipotesis nol
93
93
95
98
100
4.5 Penutup 105
5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 106
5.2 Rumusan 107
5.3 Perbincangan Hasil Kajian
5.3.1 Jantina Responden
5.3.2 Bangsa
5.3.3 Kursus
5.3.4 Gred Latihan Mengajar
5.3.5 Jenis Sekolah Semasa Latihan
Mengajar
5.3.6 Perbincangan Keberkesanan
Dimensi Input
5.3.7. Perbincangan Keberkesanan
Dimensi Proses
5.3.8 Perbincangan Keberkesanan
Dimensi Produk
5.3.9 Perbincangan Hasil Kajian
Berdasarkan Hipotesis Kajian
110
111
111
112
112
112
113
117
122
126
5.4 Cadangan
5.4.1 Pihak UTM
5.4.2 Pensyarah Pembimbing dan
Guru Pembimbing
5.4.3 Guru pelatih
136
136
137
138
xi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 139
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI
140
141
Lampiran A-D 146-158
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
Jadual 3.0 Bilangan populasi bagi pelajar pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan mengikut program
4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH
50
Jadual 3.1 Penentuan saiz sampel berdasarkan populasi
Krejcie dan Morgan
51
Jadual 3.2 Item mengikut persoalan kajian 54
Jadual 3.3 Skala likert 55
Jadual 3.4 Skala pemeringkatan likert & cara pemarkatan 56
Jadual 3.5 Contoh item positif dalam soal selidik 56
Jadual 3.6 Contoh item negatif dalam soal selidik 56
Jadual 3.7 Pemarkatan skor pencapaian latihan mengajar 57
Jadual 3.8 Jadual Guilford’s Rule of Thumb 58
Jadual 3.9 Nilai Alpha Cronbach 59
Jadual 3.10 Skor min dan tahap persepsi 61
Jadual 3.11 Ringkasan pengujian statistik persoalan kajian 62
Jadual 3.12 Jadual keputusan analisis nilai kebolehpercayaan 64
Jadual 4.1
Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut jantina
67
Jadual 4.2 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut bangsa
68
Jadual 4.3 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut kursus
69
xiii
Jadual 4.4 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut gred latihan mengajar
69
Jadual 4.5 Taburan bilangan dan peratus responden
mengikut jenis sekolah semasa latihan
mengajar
70
Jadual 4.6 Taburan bilangan responden mengikut
peratusan, min, dan sisihan piawai dari
dimensi input iaitu pengetahuan (n=127)
72
Jadual 4.7 Taburan responden mengikut tahap, frekuensi dan
peratus dari dimensi input iaitu pengetahuan
74
Jadual 4.8 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,
min, dan sisihan piawai dari dimensi input iaitu
kemahiran (n=127)
75
Jadual 4.9 Taburan responden mengikut, frekuensi, dan
peratus dari dimensi input iaitu kemahiran
77
Jadual 4.10 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,
min, dan sisihan piawai dari dimensi proses iaitu
pengalaman (n=127)
78
Jadual 4.11 Taburan responden mengikut tahap, frekuensi,
dan peratus dari dimensi proses iaitu pengalaman
80
Jadual 4.12 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,
min, dan sisihan piawai dari dimensi input iaitu
kemahiran generik (n=127)
81
Jadual 4.13
Taburan responden mengikut tahap, frekuensi dan
peratus dari dimensi proses iaitu kemahiran
generik
83
Jadual 4.14 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,
min, dan sisihan piawai dari dimensi proses iaitu
keyakinan (n=127)
84
Jadual 4.15 Taburan Responden Mengikut Tahap, Frekuensi
Dan Peratus Dari Dimensi Proses Iaitu Keyakinan
86
xiv
Jadual 4.16 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,
min, dan sisihan piawai dari dimensi produk iaitu
pencapaian (n=127)
87
Jadual 4.17 Taburan responden mengikut tahap, frekuensi,
dan peratus dari dimensi produk iaitu pencapaian
89
Jadual 4.18 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,
min, dan sisihan piawai dari dimensi produk iaitu
sikap (n=127)
90
Jadual 4.19 Taburan responden mengikut tahap, frekuensi dan
peratus dari dimensi produk iaitu sikap
92
Jadual 4.20 Analisis hubungan antara keberkesanan dari
dimensi input iaitu pengetahuan dengan
pencapaian latihan mengajar
93
Jadual 4.21 Analisis hubungan antara keberkesanan
dari dimensi input iaitu kemahiran dengan
pencapaian latihan mengajar
94
Jadual 4.22 Analisis hubungan antara keberkesanan dari
dimensi proses iaitu pengalaman dengan
pencapaian latihan mengajar
95
Jadual 4.23 Analisis hubungan antara keberkesanan dari
dimensi proses iaitu kemahiran generik dengan
pencapaian latihan mengajar
96
Jadual 4.24 Analisis hubungan antara keberkesanan dari
dimensi proses iaitu keyakinan dengan
pencapaian latihan mengajar
97
Jadual 4.25 Analisis hubungan antara keberkesanan dari
dimensi produk iaitu pencapaian dengan
pencapaian latihan mengajar
98
xv
Jadual 4.26 Analisis hubungan antara keberkesanan dari
dimensi proses iaitu sikap dengan pencapaian
latihan mengajar
99
Jadual 4.27 Analisis Anova perbezaan yang signifikan
antara pengetahuan pelajar mengikut program
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,
4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH
100
Jadual 4.28 Analisis Anova perbezaan yang signifikan
antara kemahiran pelajar mengikut program
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,
4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH
101
Jadual 4.29 Analisis Anova perbezaan yang signifikan antara
pengalaman pelajar mengikut program
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,
4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH
102
Jadual 4.30 Analisis Anova perbezaan yang signifikan
antara kemahiran generik pelajar mengikut
program Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH
102
Jadual 4.31 Analisis Anova perbezaan yang signifikan
antara keyakinan pelajar mengikut program
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,
4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH
103
Jadual 4.32 Analisis Anova perbezaan yang signifikan antara
pencapaian pelajar mengikut program Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ,
dan 4 SPH
104
Jadual 4.33 Analisis Anova perbezaan yang signifikan
antara sikap pelajar mengikut program
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,
4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH
105
xvi
SENARAI RAJAH
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
Rajah 2.1 Konsep rancangan latihan mengajar 32
Rajah 2.2 Kerangka kajian berdasarkan
Model Stufflebeam 1971
45
xvii
SENARAI SINGKATAN
CIRO Context, Input, Reaction, Outcome
Df Define Groups
ICT Information Communication Technology
JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal Kejuruteraan
KBSM Kemahiran Berasaskan Sekolah Menengah
KIPP Konteks-Input-Proses-Produk
n Bilangan
OHP Projektor Overhed
P&P Pengajarana Dan Pembelajaran
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PTK Pendidikan Teknikal Kejuruteraan
SP Sisihan Piawai
SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPSS Statistical Packages For The Social Sciences Version 16
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT Soal selidik 146
Pengesahan Item Soal Selidik 154
Surat Kebenaran Meminta Senarai Nama
Daripada Fakulti Pendidikan
155
Keputusan Kajian Rintis 157
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Abdul Raof Dalip (1991) latihan mengajar adalah satu komponen
yang sangat penting dalam sesuatu program latihan perguruan. Melalui latihan
mengajar, guru pelatih akan dapat menunjuk dan mengamalkan tingkah laku-tingkah
laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan
segala teori yang telah didedahkan kepada mereka semasa mengikuti kursus
pendidikan. Di samping itu, latihan mengajar boleh memberikan kesempatan dan
peluang yang banyak kepada guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal
sebelum mereka memasuki profesion perguruan yang akan ditempuh nanti. Di dalam
masa latihan mengajar, guru pelatih itu menerima tunjuk ajar, bimbingan,
pandangan, nasihat, teguran dan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajarannya
sebagai suatu proses penyeliaan kearah pengajaran yang lebih berkesan.
Menurut beliau lagi, pelatih gagal menunjukkan kebolehan dan kecekapannya
sebagai guru pelatih, ini bererti dia belum layak memasuki bidang keguruan. Semasa
2
mengikuti kursus di institusi guru pelatih diberi pedagogi dan teori yang berkaitan
dengan pembelajaran atau pengajaran serta kemahiran asas dalam kursus kaedah dan
pengajaran mikro. Selama tempoh 12 minggu latihan mengajar dijalankan, tumpuan
khusus adalah diberikan kepada proses pengajaran-pembelajaran di dalam bilik
darjah dan penilaian ke atas guru pelatih dibuat oleh penyelia berdasarkan
pemerhatian proses pengajaran sebagaimana ditunjukkan oleh guru pelatih.
Menurut Abdul Hamid Awang (1979) latihan mengajar telah menjadi
bahagian terpenting dalam mana-mana sistem latihan guru. Ia menjadi suatu syarat
yang diwajibkan kepada tiap-tiap penuntut latihan guru. Latihan amali ini merupakan
peluang pertama bagi penuntut–penuntut untuk mencuba mengamalkan teori-teori,
kaedah–kaedah dan pendekatan-pendekatan yang diperolehi dalam bilik-bilik kuliah.
Kejayaan sesuatu latihan mengajar amat bergantung kepada hubungan harmonis dan
persefahaman yang terjalin antara guru besar, guru-guru penyelia dan penuntut
latihan guru itu. Segala kesulitan dan masalah yang timbul berkaitan latihan
mengajar dapat diusahakan untuk mengatasinya sekiranya ada kerjasama dan
persefahaman antara mereka.
Semasa latihan mengajar dijalankan, guru pelatih dibimbing dan diselia oleh
penyelia-penyelia yang dilantik khas oleh pihak universiti. Disamping menjalankan
tugas membimbing dan menyelia, penyelia juga ditugaskan untuk membuat penilaian
formatif dan sumatif terhadap prestasi guru pelatih (Shariff Omar, et al, 1994). Guru
pelatih harus cuba menunjukkan dia mempunyai faktor-faktor seperti mempunyai
asas pendidikan, penguasaan isi pelajaran akademik, penggunaan prinsip-prinsip
pedagogi dan sahsiah yang diharapkan. Dengan bekalan ini barulah seseorang itu
layak dipertimbangkan untuk mengamalkan dan mempraktikkan kemahiran mengajar
dalam bilik darjah. Walaupun guru pelatih itu diperhatikan dan dinilai untuk
berbagai-bagai tujuan pentadbiran, namun rasional untuk diselia adalah demi
membaiki pengajarannya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan guru yang cekap
berwibawa.
3
Justeru itu, latihan mengajar yang dijalankan di peringkat universiti di
Malaysia ini adalah satu latihan untuk guru pelatih dalam jangka masa tertentu untuk
mendapat pengalaman mengajar dalam keadaan sebenar bilik darjah di sekolah-
sekolah. Dalam proses melahirkan bakal guru yang cekap dan betul-betul berdedikasi
terhadap tugasnya, adalah diharapkan bakal guru itu akan sedar tanggungjawab dan
keperluan semasa dalam latihan. Ini sesuai dengan falsafah penyeliaan yang
merupakan satu proses tarbiah ke arah membentuk seorang individu supaya
mempunyai sifat-sifat pendidik yang mulia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Program latihan mengajar yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi
Malaysia merupakan satu daripada syarat yang diwajibkan untuk bakal guru untuk
mendapat kelayakan menjadi seorang guru. Latihan mengajar merupakan peluang
pertama bagi bakal guru-guru untuk mengamalkan teori-teori, kaedah dan
pendekatan yang diperolehi daripada perkuliahan.
Menurut Kamaruddin (1986) latihan mengajar merupakan satu kursus penting
dalam program perguruan. Dalam program ini, guru-guru pelatih berada dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Dalam interaksinya dengan
situasi pengajaran dan pembelajaran itu, mereka berpeluang memupuk kecekapan
mengajar, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan dalam teori dan amali
pengajaran dan pembelajaran. Program ini sudah tentu akan dapat membantu para
pelatih apabila mereka keluar mengajar nanti. Latihan mengajar merupakan
permulaan awal bagi guru-guru pelatih untuk menimba pengalaman di sekolah
terutamanya pengalaman mengajar, mengenal suasana persekolahan yang sebenarnya
dan perkara yang berkaitan dengan pengurusan sekolah menengah. Latihan mengajar
4
juga mendedahkan pelatih supaya menghayati makna profesion perguruan dan
menikmati kerja pengajaran dengan hati yang terbuka. Jangka masa selama 12
minggu menjalani latihan mengajar, belum dapat menentukan keupayaan seorang
guru pelatih untuk mengajar di sekolah sebenar.
Seperti yang diketahui, isu kualiti guru sering dipersoalkan dan dibahaskan
oleh orang ramai dan ahli pendidik. Menurut Siew (2003) menyatakan semua orang
mahukan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak mereka supaya berkembang
dengan baik dalam bidang kognitif, efektif, dan psikomotor. Maka, tidak hairanlah
masyarakat sangat berminat dan mengambil berat tentang guru yang diamanahkan
untuk memberi ilmu dan kemahiran serta bimbingan kepada anak-anak mereka sama
ada berkelayakan ataupun tidak.
Menurut T. Subahan Mohd Meerah (1991) pengetahuan akademik yang ada
pada diri seseorang individu itu, walaubagaimana tinggi sekalipun, belum lagi
mencukupi untuk menjadikannya seorang bakal guru yang berkesan. Hal ini kerana
keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan yang mencakupi sama urusan-urusan
bimbingan, latihan, dan teladan, melalui proses pengajaran dan pembelajaran,
menjadi ukuran utama atau petanda yang memperlihatkan hasil kerja sebenar
seseorang guru. Terdapat dua persoalan yang berbangkit iaitu yang pertama ialah
apakah ciri-ciri yang harus ada pada diri seseorang guru untuk digelar sebagai
seorang guru yang baik. Keduanya, apakah latihan mengajar sebagaimana yang
dijalankan sekarang dapat memberikan persediaan dan pengalaman awal kepada
guru-guru pelatih sebelum mereka benar-benar memasuki alam kehidupan keguruan
nanti.
5
Bagi persoalan pertama, William Arthur Ward (1991) menyatakan bahawa:
“ Guru yang sederhana akan memberitahu, guru yang bagus akan
menerangkan, guru yang lebih bagus akan membuat demonstrasi,
guru yang hebat akan menyemai rangsangan”. (ms 22)
Menurut Abdul Raof Dalip (1991) latihan mengajar merupakan satu aspek
penting dalam program pendidikan perguruan. Latihan mengajar dilihat sebagai
kemuncak kepada latihan dalam persediaan seseorang guru pelatih menjadikan
dirinya guru yang bertauliah dan berwibawa. Latihan mengajar memberikan peluang
kepada guru pelatih mendapatkan pengalaman praktikal di dalam bilik darjah
daripada apa yang telah dipelajarinya dalam kuliah. Dengan kata lain, sewaktu
menjalani latihan mengajar, guru pelatih mengajar dengan menggunakan segala teori
dan prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran-pembelajaran sebenar di bilik
darjah.
Selama tempoh 12 minggu latihan mengajar dijalankan, tumpuan khusus
adalah diberikan kepada proses pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah dan
penilaian ke atas guru pelatih dibuat oleh penyelia berdasarkan pemerhatian proses
pengajaran sebagaimana yang ditunjukkan oleh guru pelatih. Sepanjang tempoh
latihan mengajar yang dijalankan oleh guru pelatih, apakah mereka mampu mengutip
banyak pengalaman dan dapat di aplikasikan semasa mengajar kelak.
Menurut T Subahan Mohd Meerah (1991) lagi, latihan mengajar menekankan
aspek pengajaran pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Sedangkan tuntutan
profesional perguruan adalah lebih dari itu. Kini guru menghadapi banyak tekanan
sosial. Di antaranya, masalah berkaitan dengan disiplin dan tuntutan ibu bapa dan
masyarakat yang mementingkan pencapaian akademik yang cemerlang. Dengan itu
6
program latihan mengajar perlulah mengambil kira keupayaan guru pelatih dalam
bidang akademik dan segala aspek pendidikan.
Menurutnya lagi, semasa menjalankan latihan mengajar di sekolah-sekolah
bukanlah hanya untuk ‘mengajar’ sahaja. Mereka hendaklah menjalankan semua
bentuk pengajaran yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan, mengekalkan
pengetahuan, melakukan latihan memahirkan diri dengan pelajar-pelajar itu,
termasuk memberikan mereka kecekapan memahami, mencatat isi pelajaran,
melakukan latihan atau ujian, membuat projek-projek berkenaan mata pelajaran yang
diajar dan diharapkan dapat menyalurkan pendidikan melalui mata pelajaran yang
diajar. Selain itu, guru pelatih yang efisien perlulah menguasai subjek yang diajar
bagi memastikan keberkesanan pengajarannya. Oleh itu, guru pelatih perlu
mempunyai lebih banyak pengetahuan sebelum menjadi seorang guru yang
berkaliber. Pengalaman guru pelatih selama 12 minggu menjalani latihan mengajar
tidak cukup untuk menjadikan mereka menjadi seorang guru yang berkaliber.
Menurut Mohd Salleh Lebar (1998) latihan yang terdapat dalam profesion
perguruan adalah tidak mencukupi. Walaupun mereka telah berkursus dan mendapat
latihan mengajar tetapi apabila mereka menjadi guru kebanyakannya kurang
mempraktikkan dengan sepenuhnya. Jadi kewibawaan seseorang guru mulai diragui
oleh masyarakat.
Bagi menunjukkan keberkesanan latihan mengajar, guru-guru pelatih perlu
mencari peluang untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang tertentu sebanyak
yang mungkin. Setiap guru pelatih yang mengikuti latihan mengajar selama beberapa
minggu perlulah memperolehi kemahiran-kemahiran dalam profesion keguruan.
Guru pelatih perlulah mengambil peluang dengan mempelajari kemahiran pengajaran
daripada guru terlatih dan berpengalaman di sekolah yang ditempatkan. Hal ini
penting supaya guru pelatih mempunyai beberapa jenis kemahiran untuk
7
menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Menurut Abdul Raof Dalip (1991)
menyatakan seseorang guru pelatih akan diajar kemahiran memulakan pelajaran,
mengemukakan soalan, menggunakan contoh-contoh, menggunakan papan hitam,
menutup pelajaran, menggunakan alat bantu mengajar, menggunakan peneguhan
serta pelbagai rangsangan. Kemahiran-kemahiran seperti inilah yang perlu diperolehi
sepanjang menjalani latihan mengajar kerana kemahiran ini adalah perlu supaya guru
dapat mengendalikan pelajaran yang tinggi mutunya. Persoalannya apakah guru-guru
pelatih yang menjalani latihan mengajar selama 12 minggu di sekolah yang
ditetapkan berpeluang mempelajari kemahiran-kemahiran yang telah dinyatakan.
Menurut Ibrahim (2001), program latihan yang berkesan adalah satu program
latihan yang dapat dipraktikkan sepenuhnya di tempat kerja. Faktor ini penting dalam
memastikan bahawa kemahiran yang diperolehi dapat diaplikasikan kepada
pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian dan di alam pekerjaan kelak.
Justeru itu, guru pelatih perlulah sedaya upaya untuk mengatasi kekurangan-
kekurangan yang masih terdapat dalam latihan mengajar. Hal ini penting dalam
memastikan keberkesanan latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru
pendidikan teknikal.
1.3 Penyataan Masalah
Latihan mengajar adalah satu komponen yang sangat penting dalam sesuatu
program latihan perguruan. Melalui latihan mengajar, guru pelatih akan dapat
menunjuk dan mengamalkan tingkah laku-tingkah laku yang diinginkan untuk
mengajar secara berkesan. Di samping itu latihan mengajar boleh memberikan
8
kesempatan dan peluang yang banyak kepada guru pelatih untuk menimba segala
pengalaman awal sebelum mereka memasuki profesion perguruan yang akan
ditempuh nanti. Isu keberkesanan latihan mengajar bukanlah suatu perkara yang
baru. Ia akan terus diperkatakan dan dibincangkan dalam usaha menjadikan bakal
guru sebagai seorang guru yang berkaliber.
Sepanjang latihan mengajar yang dilalui oleh guru pelatih apakah berjaya
memberi perubahan dari segi tingkah laku ke arah yang lebih positif dalam
menjadikan bakal guru yang berkeyakinan, berkemahiran, berubah dari segi
kemahiran generik, berpengetahuan dan memperolehi banyak pengalaman. Justeru
itu, berjaya mendapat pencapaian yang cemerlang di akhir latihan mengajar. Namun
ramai bekas guru pelatih menyatakan bahawa setelah menjalani latihan mengajar
banyak kelemahan-kelemahan yang ada dapat diperbaiki terutamanya dari segi
keyakinan, kemahiran, kemahiran generik, pengetahuan, pengalaman, pencapaian
dan sikap. Mereka berpendapat bahawa perubahan yang ketara sekali dari segi
keyakinan. Mereka lebih yakin dan berani dalam mengutarakan pendapat-pendapat
yang bernas ketika di kelas. Selain itu, mereka mahir dalam mengaplikasikan teori
dan amali pengajaran yang dipelajari sepanjang latihan mengajar. Keberkesanan
dalam kemahiran generik dapat dipertingkatkan apabila mereka lebih yakin dalam
berkomunikasi terutamanya ketika pembentangan di kelas. Pada peringkat ini,
mereka dapat mempertingkatkan prestasi mereka kepada yang lebih baik kerana
mereka telah diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan berdasarkan
pengalaman latihan mengajar. Menerusi pengalaman menjalani latihan mengajar
secara tidak langsung mematangkan mereka dari segi pemakaian, pemikiran dan
pertuturan. Perubahan sikap guru pelatih sebelum menjalani latihan mengajar dan
selepas menjalani latihan mengajar adalah penting supaya perubahan ke arah yang
lebih positif ini akan menjadikan guru pelatih seorang yang bertauliah dan
berwibawa dalam mendidik pelajar kelak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
membincangkan tentang keberkesanan program latihan mengajar dalam
menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan berdasarkan Model Konteks,
Input, Proses dan Produk.
9
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti keberkesanan latihan mengajar dari dimensi input iaitu
pengetahuan dan kemahiran pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan Model
Konteks, Input, Proses dan Produk.
1.4.2 Mengenalpasti keberkesanan latihan mengajar dari dimensi proses iaitu
pengalaman, kemahiran generik dan keyakinan pelajar Pendidikan Teknikal
dan Kejuruteraan dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal
berdasarkan Model Konteks, Input, Proses dan Produk.
1.4.3 Mengenalpasti keberkesanan latihan mengajar dari dimensi produk iaitu
pencapaian dan sikap pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dalam
menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan Model Konteks,
Input, Proses dan Produk.
1.4.4 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan
latihan mengajar dari dimensi input iaitu pengetahuan dan kemahiran pelajar
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan mengajar
pelajar tahun 4 Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan.
1.4.5 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan
latihan mengajar dari dimensi proses iaitu pengalaman, kemahiran generik
dan keyakinan pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dengan
pencapaian latihan mengajar pelajar tahun 4 Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan.
1.4.6 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan
latihan mengajar dari dimensi produk iaitu pencapaian dan sikap pelajar
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan mengajar
pelajar tahun 4 Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan.
10
1.4.7 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan signifikan antara pengetahuan,
kemahiran, pengalaman, kemahiran generik, keyakinan, pencapaian dan sikap
pelajar mengikut program Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,
4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah keberkesanan latihan mengajar dari dimensi input iaitu pengetahuan
dan kemahiran pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dalam
menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan Model Konteks,
Input, Proses dan Produk ?
1.5.2 Apakah keberkesanan latihan mengajar dari dimensi proses iaitu pengalaman,
kemahiran generik dan keyakinan pelajar Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan
Model Konteks, Input, Proses dan Produk ?
1.5.3 Apakah keberkesanan latihan mengajar dari dimensi produk iaitu pencapaian
dan sikap pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dalam menyediakan
guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan Model Konteks, Input, Proses dan
Produk ?
1.5.4 Adakah terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan latihan mengajar
dari dimensi input iaitu pengetahuan dan kemahiran pelajar Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan mengajar pelajar tahun
4 Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan?
11
1.5.5 Adakah terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan latihan mengajar
dari dimensi proses iaitu pengalaman, kemahiran generik dan keyakinan
pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan
mengajar pelajar tahun 4 Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan?
1.5.6 Adakah terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan latihan mengajar
dari dimensi produk iaitu pencapaian dan sikap pelajar Pendidikan Teknikal
dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan mengajar pelajar tahun 4
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan?
1.5.7 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, kemahiran generik, keyakinan, pencapaian dan sikap pelajar
mengikut program Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA, 4 SPE,
4 SPJ, dan 4 SPH?
top related