isikandungan 2. pelanlatihanjabatan 3 ... latihan jaba… · memastikan keberkesanan latihan...

6

Upload: dangkiet

Post on 30-Jul-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

1. Prakata

2. Pelan Latihan Jabatan

3. Pelan Latihan Akauntan

4. Pelan Latihan Penolong Akauntan

5. Pelan Latihan Pembantu Tadbir(Kewangan)

PRAKATA BENDAHARI NEGERI SABAH

PELAN LATIHAN JABATAN BENDAHARI NEGERI

1. PENDAHULUAN

1.1.Pelan Latihan Jabatan Bendahari Negeri Sabah(JBNS) dirangka berdasarkanKamus Kompentensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah serta di selaraskandengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005: Dasar Latihan SumberManusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun2005: Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

1.2.Pelan Latihan JBNS sebagai panduan pengurusan sumber masusia secarastrategik berasaskan kompentensi berdasarkan Kamus KompentesiPerkhidmatan Awam Negeri Sabah disamping mengambilkira keperluan dasarperakaunan kerajaan masa kini iaitu kearah pelaksanaan sistem perakaunanakruan.

2. OBJEKTIF LATIHAN

Objektif utama Pelan Latihan JBNS adalah untuk memastikan setiap anggotaperkhidmatan perakaunan JBNS melengkapkan diri dengan pengetahuan,kemahiran dan sikap yang bersesuaian melalui program latihan yang terancangseperti berikut:i. Menyediakan anggota yang berkebolehan dan berkompetensi dalam

menjalankan tugas dan tanggungjawab;ii. Membangunkan kompetensi baru dan meningkatkan kompentensi sedia ada

secara terurus, sistematik dan berstruktur;iii. Meningkatkan kemahiran, kebolehan dan pembangunan diri dan kerjaya

anggota;iv. Memupuk nilai-nilai murni dan sikap positif di kalangan anggota;v. Menyediakan hala tuju dan memberi ruang serta peluang kepada pegawai

dalam membangunkan kerjaya di JBNS berkonsepkan pembelajaranberterusan;

vi. Membudayakan perkongsian ilmu pengatauhan, pengalaman dan kemahirandi kalangan warga JBNS;

vii. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif yang akan mewujudkannilai cipta (Value-creation) dan nilai trambah (value-added) di dalam jabatan.

3. DASAR LATIHAN

Pelan Latihan ini disediakan selari dengan pelan strategiK JBNS dan KamusKompentensi Perkhidmatan Awam negeri Sabah dalam usaha untuk meningkatkanproduktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam. Dasar latihan ini meliputi perkaraberikut:i. Setiap anggota perkhidmatan perakaunan perlu melalui pusingan latihan

yang lengkap bagi meningkatkan kompetensi masing-masing;ii. Latihan yang disediakan hendaklah memberi keutamaan kepada usaha

meningkatkan kepakaran dan kemahiran, serta memenuhi tahap keperluanorganisasi dan berkaitan dengan bidang tugas;

iii. Latihan akan dilaksanakan melalui kursus samada anjuran Institut LatihanAwam atau anjuran swasta di dalam dan di luar negara, seminar, bengkel,simposium, konvensyen, forum, persidangan, lawatan sambil belajar.

4. STRATEGI LATIHAN

Pelan Latihan JBNS dilaksanakan dengan menggunakan strategi-strategi sepertiberikut:i. Mengenalpasti keperluan latihan di samping mengambilkira proses

pembelajaran berterusan.ii. Memastikan keberkesanan latihan melalui Laporan Kursus serta Laporan

Penilaian Keberkesanan Latihan oleh penyelia ke atas pegawai selepas tiga(3) bulan pegawai menghadiri latihan.

iii. Memantau pelaksanaan latihan semua anggota perkhidmatan perakaunandan anggota bukan gunasama JBNS melalui mesyuarat Panel PembangunanSumber Manusia (Latihan) yang dipengerusikan oleh Akauntan NegaraMalaysia.

5. PELAKSANAAN PELAN LATIHAN

Bagi tujuan mencapai objektif dan merealisasikan Dasar Latihan JBNS, PelanLatihan ini telah dirancang sebaiknya untuk semua anggota perkhidmatanperakaunan JBNS. Aspek pendedahan, penerapan, pembangunan dan peningkatanserta pengukuhan kompetensi bagi setiap peringkat jawatan telah diambil kira.Pelan latihan akan dikaji semula selepas dua (2) tahun. Semua anggotaperkhidmatan perakaunan JBNS adalah bertanggungjawab ke atas Pelan LatihanJBNS dalam perkara-perkara berikut:i. Menghadiri dan mengikuti kursus yang ditetapkan dengan penuh komitmen dan

jaya;ii. Mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan

kemahiran dengan mencari peluang-peluang latihan yang disediakan samadaawam atau swasta, dalam dan luar negara;

iii. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melaluilatihan ke dalam tugas harian dan berkongsi ilmu pengetahuan yang diperoleh ditempat kerja masing-masing.

6. PENUTUP

Pelan Latihan JBNS ini diharap dapat menjadi panduan kepada semua anggotaPerkhidmatan Perakaunan JBNS mencapai objektif ke arah meningkatkankemahiran dan pengetahuan. Warga kerja yang mahir, berpengetahuan dan terlatihakan meningkatkan kecekapan prestasi dan produktiviti organisasi dalammemastikan sistem penyampaian dan perkhidmatan yang berkualiti.