kata pemeri

Post on 02-Jun-2015

2.112 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Bahasa MelayuSK Perumahan Tampoi 2

Kata Pemeri

Kata Pemeri

ialah - digunakan sebelum kata nama.- Kata nama:Orang : ayah, kerani, polis, guru, doktor, askar dllBinatang : ayam, gajah, kerbau, kuda, burung, ikan dllTumbuh-tumbuhan : pokok, betik, rumput, lalang dllBenda : pasir, kayak, radio, rumah, pen, buku dllTempat : pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar dll

Contoh Ayat Kata Pemeri “Ialah”

Makanan kegemaran saya ialah ayam goreng.

Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

MEASAT 1 ialah satelit pertama Malaysia.

Rumah banglo di atas bukit itu ialah rumah Encik Ahmad.

Kata pemeri ialah boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama.

Contoh: Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik anak-anak.

Kata Pemeri

adalah - digunakan sebelum kata adjektif atau kata sendi.- Kata adjektif : tinggi, luas, tebal, cantik, lambat dll…- Kata sendi : untuk, bagi, seperti, tentang, daripada, pada, antara dll…

Contoh Ayat Kata Pemeri “Adalah”

Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.Wang peruntukan itu adalah untuk semua murid.

Guru kelas saya ______ Encik Ahmad.

Surat yang sampai tadi ____________ daripada peguam.

Tarikh kejohanan itu ______ pada 28 Februari 2012.

Makanan kegemaran saya ______ mi goreng.

Tuduhan itu ______palsu.

Permainan ragbi _________ kurang sesuai untuk kaum wanita.

Kereta pacuan empat roda ini __________ kepunyaan Azrul.

Hadiah ini _______ untuk adik saya.

Encik Ahmad _______ Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka.

Sumbangan itu ________ daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan para pekerja sekolah ini.

Hari ini ______ hariJumaat.

Keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah itu _______ tidak adil.

Baju itu _________ pemberian kakak saya.

Disket ______ alat penyimpan data digital.

Suara guru itu ______ tidak jelas.

Cita-cita saya ______ menjadi seorang peguam.

Mesyuarat itu ________ tentang masalah pengeluaran produk.

Tugas seorang guru _________ mendidik anak bangsa.

Kempen Bebas Denggi _____ anjuran SK Perumahan Tampoi 2.

Menara Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Nanas ________ sangat tinggi.

Puan Siti __________ seorang suri rumah tangga yang bertanggungjawab.

Hadiah yang diterima itu ________ mahal harganya

top related