jenis jenis pili, tangki simbah dan sanitasi 1 2

Post on 28-Nov-2014

5.765 Views

Category:

Education

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

jenis pili

TRANSCRIPT

• Tangki simbah adalah sejenis kelengkapan yang terdapat di tandas.

• Fungsi tangki simbah ~ digunakan untuk menyimpan air pada paras tertentu dan kemudian menyimbahnya melalui paip simbah pada tekanan tertentu untuk membersihkan mangkuk tandas.

• Muatan yang biasa ialah 9 liter.• Biasanya tangki simbah sekarang diperbuat

daripada plastik ( PVC )• Ada 3 jenis mangkuk tandas yang biasa

digunakan.

JENIS TANGKI SIMBAH

1.TANGKI SIMBAH ARAS TINGGI

• Tangki ini digunakan pada tandas jenis cangkung.• Tangki ini terletak 2 meter dari aras lantai pada mangkuk tandas • Kebiasaannya tangki ini diperbuat daripada PVC.

2.TANGKI SIMBAH ARAS RENDAH

- Biasanya tangki simbah jenis ini dibekalkan bersama set mangkuk tandas jenis duduk.

- Set tandas ini agak menarik kerana dibuat dalam warna yang sama dan terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik.

- Dipasang 1 meter dari lantai .

- Tangki simbah jenis ini biasanya diperbuat daripada tembikar atau PVC.

3. TANGKI SIMBAH AUTOMATIK

•Tangki simbah jenis ini digunakan pada bekas urinal yang biasa terdapat pada tandas awam lelaki.

•Tangki ini menyimbah air ke bekas urinal secara automatik mengikut masa tertentu.

Gambarajah Tangki Simbah

GUNALAH TANDAS DENGAN BIJAK

Fungsi tangki simbah

a) Melepaskan air apabila tuas simbahan ditarik.

 b) Mengisi semula air.

 c) Menahan kemasukan air apabila tangki dipenuhi.

Lengan Pelampung

Tiub Sifon

FUNGSI KOMPONEN TANGKI SIMBAH 

1.  Alur masuk dan keluar.~Tangki simbah dipasang dengan paip alur masuk dan paip alur keluar.Alur masuk mengalirkan air untuk menyimbahkannya ke dalam mangkuk tandas. Paip alur keluar juga dinamakan paip simbah.

2.  Pelampung dan lengan pelampung~Apabila paras air dalam tangki turun, pelampung dan lengannya pun akan turun dan membukakan injap bebola untuk membenarkan air masuk dan mengisi kembali tangki.

3.  Injap bebola~Injap bebola mengawal aliran air ke tangki sinbah. Apabila aras air dalam tangki bertambah, pelampung mengerakkan lengan pelampung ke atas untuk menolak omboh dalam injap bebola dan menutup muncung alur masuk serta menghentikan aliran air ke dalam tangki.

4.  Injap gegendang dan tiub sifon.~Apabila tuas simbahan ditarik, ia akan menaikkan plat tertebuk dan injap gegendang yang terletak di bawah tiub sifon. Plat dan injap ini akan menolak air masuk ke tiub sifon dan mengalirkannya keluar melalui paip simbah.

5.  Paip limpah~Apabila pelarasan injap bebola tidak betul, paras air dalam tangki akan naik. Lebihan air ini akan disalurkan keluar melalui paip limpah.

3. Sebaik sahaja aras air di tangki menurun,pelampung juga akan turut menurun dan menyebabkan injap bebola terbuka semula dan air akan mengalir masuk semula ke tangki simbah secara automatik.

1. Selepas menggunakan tandas, tarik tuil simbah. Plat

tertebuk dan injap gegendang akan dinarik naik .

2. Sebaik sahaja plat tertebuk dan injap gegendang naik, air akan mengalir masuk melalui lubang-lubang pada plat tertebuk ke ruang kosong tiub sifon.

Proses Simbahan

MENGAPA AIR MELIMPAH

Ada 2 sebab:Pelampung bocor

Pelampung yang sudah bocor tidak boleh terapung lagi. Oleh itu, injap bebola tidak baleh ditutup. Pelarasan injap bebola tidak betul

Pelarasan pada injap bebola adakalanya tidak betul. Ini menyebabkan air di tangki melebihi aras paip limpah dan melimpah keluar. Pelarasan yang tidak betul juga menyebabkan aras air terlalu rendah. lni menyebabkan kekurangan air untuk menyimbah mangkuk tandas. Masalah tersebut dapat diatasi dengan melakukan langkah menyenggara dan baik pulih.

MENGGANTI PELAMPUNG DAN MELARASKAN INJAP BEBOLA

LANGKAH

1. Tutup paip alur masuk.

2. Keluarkan air dari tangki dengan menekan tuil simbahan.

3. Tanggalkan pelampung dari lengannya dengan memutarkan ke arah lawan pusingan jam. Lihat Rajah di bawah.

4. Gantikan pelampung dengan yang baru.

5. Uji pelampung yang baru dengan memasukkan air ke tangki simbah.

MENGGANTI PELAMPUNG DAN MELARASKAN INJAP BEBOLA

6. Perhatikan aras air dalam tangki. Sekiranya aras air dalam tangki melebihi aras lubang paip limpah, laraskan skru pelaras sehingga jarak di antara hujung skru pelaras berdekatan dengan hujung pin omboh injap bebola. Lihat rajah di bawah. Sekiranya aras air terlalu rendah, jauhkan jarak di antara hujung skru pelaras dengan hujung pin omboh.

7. Setelah selesai melaras, kunci pelaras injap bebola dengan mengetatkan nat pengunci. (Gunakan pemutar skru rata untuk melaraskan skru pelaras).

Bahagian-bahagian injap pelampung

MENGGANTI INJAP GEGENDANG

1. Tutup paip alur masuk.

2. Keluarkan air dari tangki dengan menggunakan tiub plastik.

3. Tanggalkan dawai penghubung dari tiang plat tertebuk.

4. Tanggalkan tiub sifon dari tangki simbah.

5. Keluarkan plat tertebuk bersama injap gegendang dari tiub sifon.

6. Tanggalkan pengapit injap gegendang dan spring (jika ada) dari tiang plat tertebuk.

7. Keluarkan injap gegendang dan gantikan dengan yang baru.

8. Pasangkan semula injap gegendang dan letakkan pengapitnya.

9. Masukkan pepasangan injap gegendang ke dalam tiub sifon.

10. Sambungkan hujung tiang plat tertebuk kepada tuil simbahan dengan dawai penghubung.

11. Uji injap gegendang.

MENGGANTI INJAP GEGENDANG

Bahagian – bahagian tiub sifon

Cara – cara membuat injap gegendang

Pemasangan tangki simbah

1. Pasangkan tiub sifon pada tangki simbah dengan menggunakan nat heksagon.

2. Pastikan injab gegendang berada di bawah tuas simbah dan Pasangkan tuas simbah dengan nat heksagon kecil.

3. masukkan gelang pada hujung tuas simbah dan seterusnya pasangkan pin supaya tuas simbah tidak tertanggal dari tangki simbah.

4. Pasangkan dawai penghubung yang berbentuk cangkuk dari tiang plat tertebuk dengan lengan tuas simbah.

5. Pasangkan lengan tuas simbah kepada tuas simbah dan mengetatkan skru pada tepinya supaya tidak tertanggal.

6. pasangkan alur paip limpah pada tepi tamgki simbah bersebelahan tuas simbah dengan nat heksagon.

7. Menentukan kedudukan dan pasangkan bebola pada lengan injab bebola dengan arah yang bersesuaian.

8. alur masuk air hendaklah dipasang sebelah injab gegendang dengan nat heksagon.

9. Paip simbahan dipasang gegelang dan dimasukkan ke dalam tiub sifon seterusnya nat diketatkan.

10. pada sebelah bawah paip simbahan juga dipasang gegelang dan disambungkan kepada mangkuk tandas.

Sekian

top related