pili bomba

14
BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Upload: maziana89

Post on 10-Sep-2015

168 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

pdp

TRANSCRIPT

  • BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

  • VIDEO

  • PILI BOMBA

  • MEMBAIKI PILI BOMBA

  • FUNGSI PILI BOMBASUMBER AIRMEMADAMKAN KEBAKARAN

  • TEMAN PILI BOMBAApakah itu Program Teman Pili Bomba?Program Teman Pili Bomba berperanan untuk memberikan pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan pili bomba dan aset kerajaan untuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa semasa berlaku kebakaran. Program ini telah dilancarkan untuk mewujudkan kerjasama erat di antara masyarakat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

  • Bagaimanakah hendak menjadi Teman Pili Bomba?

    Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas;Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran;Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan;Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan;Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan;Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai;SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.

  • Apakah peranan Teman Pili Bomba?Teman Pili Bomba berperanan sebagai penjaga dan pelapor kepada JBPM agar pili bomba: i. Tidak dihalang oleh sesiapa dengan meletakkan bahan-bahan binaan seperti pasir, kayu, besi, simen atau halangan-halangan lain; ii. Tidak ada kenderaan diletakkan ditepi atau di atas pili bomba; dan iii. Memastikan kerja-kerja membaiki atau penurapan jalan oleh mana-mana pihak.

  • TEMAN PILI BOMBAPada petang ini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berkunjung ke Taman Melati. Mereka menyampaikan sijil pelantikan Teman Pili Bomba kepada Encik Daud dan Encik Dharmaraj. Sebagai Teman pili Bomba, mereka bertanggungjawab menjaga pili bomba di hadapan rumah masing-masing. Mohan, Aznan, Ratna, Siew Min dan Kai Chun turut hadir untuk menyaksikan penyampaian sijil tersebut.

  • Program Teman Pili Bomba dapat menyedarkan masyarakat supaya menghargai pili bomba. Teman Pili Bomba hendaklah memastikan pili bomba dijaga dan tidak dihalang pada bila-bila masa. Dengan ini, pihak JBPM mudah menyalurkan air daripada pili bomba ke kereta bomba semasa berlaku kebakaran.

  • PINDAHKAN MAKLUMAT DALAM BENTUK GRAFIK

  • TEMAN PILI BOMBA

  • PEMBENTANGAN HASIL GRAFIK

  • TULIS AYAT DI BAWAH DALAM PERENGGAN DENGAN BETUL DAN KEMAS.Program Teman Pili Bomba dapat menyedarkan masyarakat supaya menghargai pili bomba. Teman Pili Bomba hendaklah memastikan pili bomba dijaga dan tidak dihalang pada bila-bila masa. Dengan ini, pihak JBPM mudah menyalurkan air daripada pili bomba ke kereta bomba semasa berlaku kebakaran.