isu penampilan guru
Post on 25-May-2015
1.916 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Isu Penampilan Guru : Etika Pakaian Guru
Isu penampilan guru sudah timbul sejak berlakunya peningkatan di dalam
profesionalisme keguruan. Berdasarkan Stewart (2005), beliau mendefinisikan
penampilan sebagai tret-tret perwatakan dan personaliti yang dianggap perlu untuk
kejayaan sebagai seorang guru. Berdasakan kajian-kajian lepas menunjukkan sikap,
nilai, dan kepercayaan guru tentang pelajar membawa kesan kepada pembelajaran
dan perkembangan pelajar (Collinson et. Al.,1999). Penampilan yang ditunjukkan
atau dihasilkan oleh guru membolehkan murid menjadikannya contoh dan ikutan.
Etika pakaian guru menjadi fokus di dalam isu penampilan guru ini. Ini adalah
kerana pelajar menilai guru secara nyata dan apa yang mereka nampak. Nilai
tanggungjawab, kepimpinan dan lain-lain nilai yang melibatkan dalaman seorang
guru tidak dapat dilihat oleh murid malah ia memerlukan masa untuk seseorang
mengenali nilai dalaman seseorang. Howard (2007) telah huraikan 4 ciri utama yang
merangkumi penampilan guru serta sahsiah yang secara signifikannya dapat
menghasilkan hasil pembelajaran yang lebih baik. Penampilan untuk perbezaan
adalah ciri pertama yang dinyatakan di mana sebagai seorang guru, kita perlulah
mempunyai tahap keterampilan berasaskan budaya. Guru perlulah sentiasa mencari
penyelesaian yang tidak memihak kepada satu pihak sahaja. Yang kedua ialah
penampilan untuk berdialog. Pakaian adalah salah satu cara berdialog tanpa suara
yang ditunjukkan oleh guru. Pakaian yang kemas dan teratur menjadikan orang
disekeliling lebih yakin untuk berbincang dan berdialog. Ketiga ialah disilusi di mana
guru hendaklah mengawal emosi kekecewaan di sekolah. Jika guru berasa kecewa
pada hari tersebut, guru hendaklah lebih bersikap profesional dan jangan
menunjukkan perasaan kecewa itu dengan pakaian yang kusut dan tidak teratur.
Yang terakhir ialah demokrasi di mana guru tersebut bersikap lebih terbuka dan
memberi peluang melibatkan diri di dalam perkembangan diri masing-masing sama
ada perkembangan guru ataupun murid.
Guru sepatutnya mematuhi etika pakaian yang telah disarankan oleh
kementerian di dalam pekeliling pakaian yang telah dibuat. Isu penampilan ini timbul
apabila guru tidak lagi mengikut pekeliling yang telah ditetapkan. Guru lelaki tidak
memakai tali leher dengan kemas, memakai kemeja berlengan pendek dan bercorak
yang terlalu menyerlah. Mereka juga tidak dapat mengenakan pakaian mengikut
situasi dan kepentingan sebagai contoh guru tersebut memakai kasut sukan semasa
acara rasmi diadakan. Bagi guru wanita pula ialah pakaian yang terlalu menonjol
seperti baju kebaya yang terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan
warna yang terlalu terang sehingga mengganggu fokus pelajar semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Terdapat juga guru yang memakai skirt
pendek ketika disekolah. Guru wanita juga tidak mengenakan kasut yang sesuai di
mana mereka perlulah memakai kasut yang bertutup dan bertumit sekurang-
kurangnya satu inci. Berdasarkan semua masalah di atas, tidak memakai tanda
nama adalah satu masalah yang paling utama di dalam isu etika berpakaian ini.
Rata-rata masalah ini timbul di kalangan guru lelaki dan juga wanita.
Untuk menangani masalah ini, pihak atasan sekolah ataupun pihak pentadbir
perlulah memainkan peranan yang penting. Pihak atasan perlulah merangka satu
peraturan yang tetap dan fleksible di mana peraturan tersebut mudah diikuti dan
boleh berubah di dalam situasi-situasi tertentu. Pihak atasan juga perlulah mengikuti
peraturan yang telah ditetapkan dan menjadi contoh kepada guru lain. Jika mereka
berjaya melaksanakannya maka guru lain akan lebih mudah untuk mengikuti
peraturan tersebut. Berdasarkan teori tret (teori tradisional), Wright (1996)
menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan antara pemimpin dengan pengikut
derdasarkan mana-mana sifat peribadi pemimpin yang khusus. Jika pemimpin tidak
mengikut peraturan maka tidak mustahil guru lain juga tidak mengikut peraturan.
Teori Semasa (Kepemimpinan Moral) memberikan perhatian kepada nilai dan etika
pemimpin di mana penggunaan kuasa dan pengaruh adalah amat penting.
Sergiovanni (1992) menyatakan bahawa kepemimpinan moral sebagai satu bentuk
bimbingan yang dapat memotivasikan orang lain melalui satu prinsip dan pegangan
nilai yang terpuji. Pemimpin yang menunjukkan nilai positif pasti akan dicontohi oleh
guru-guru lain.
Guru juga perlulah ada kesedaran diri tentang tanggungjawab terhadap
jawatannya. Guru adalah seorang pemimpin di kelas dan guru menjadi contoh
kepada pelajar yang diajarnya. Guru perlu sedar bahawa kita sentiasa diperhati oelh
pelbagai pihak dan setiap perilaku kita akan dinilai. Oleh itu sebagai seorang guru,
kita perlulah sedar bahawa penampilan yang sentiasa kemas menjadikan orang
tertarik dan yakin dengan apa yang kita sampaikan. Teori tingkah laku menyatakan
bahawa tingkah laku itu boleh dibentuk dan dipelajari secara formal atau pun tidak.
Kebiasaan guru dalam etika pakaian yang betul menjadikan mereka suda terbiasa
untuk tampil lebih kemas dan segak. Berdasarkan Teori Y, jika guru sedar akan
tanggungjawab terhadap jawatannya, maka mudahlah kerjasama dihasilkan dan
banyak masalah-masalah kecil di sekolah dapat diselesaikan.
Pihak kementerian dan pentadbir sekolah juga perlulah lebih tegas di dalam
menangani masalah ini. Tindakan tatatertib perlulah dikenakan kepada guru yang
sentiasa melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah dan juga pekeliling
yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Sikap pentadbir yang tidak ambil berat
terhadap isu ini menjadi guru-guru semakin melupakan etika pakaian yang
sepatutnya dikenakan ketika berada di sekolah dan sebagainya. Tindakan yang
boleh dikenakan seperti menarik ataupun menahan pengeluaran gaji guru dan boleh
juga dibuat pengantungan perkhidmatan kepada guru yang kerap melanggar
peraturan pemakaian yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun keterbukaan itu
perlu. Berdasarkan Teori Kontijensi (Fiedler, 1967), tidak terdapat satu cara terbaik
dalam memimpin sebuah organisasi. Sebelum sesuatu tindakan dikenakan, pihak
pentadbir perlulah melihat dari semua segi dan keadaan kenapa guru tersebut
melanggar etika pakaian yang telah dibuat. Pihak pentadbir tidak boleh hanya
mendengar desas desus mengenai pakaian yang dipakai oleh guru tersebut dari
guru lain sahaja dan terus beranggapan bahawa guru tersebut salah dari segi etika
pakaiannya.
Secara kesimpulannya, isu etika ini tidak akan berakhir jika tiadanya
kesedaran dalam diri setiap pihak. Tidak kira pihak yang memimpin ataupun pihak
yang dipimpin. Seperti peribahasa melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jika bengkok rebung yang kita bentuk maka bengkok jugalah buluh yang akan
terhasil. Jika kesedaran tentang isu ini masih diambil remeh maka buruklah hasilnya
dan semakin teruklah isu ini terus bangkit tanpa ada penyelesaian. Setiap guru perlu
sedar bahawa tanggungjawab terhadap jawatan yang diberi bukanlah satu tugas
yang mudah. Banyak yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan. Sebagai seorang guru
isu etika pakaian ini tidak boleh dipandang remeh. Abdullah, Abdul dan abdul (2007)
menyatakan bahawa kepemimpinan tranformasi guru memperlihatkan iltizam yang
tinggi dapat menjana tahap motivasi dan nilai moral yang terpuji. Penampilan guru itu
sendiri dapat memberi pendidikan tidak formal kepada pelajar dalam membentuk
nilai diri yang positif dan membantu mereka menjadi insan yang berguna dan
berketerampilan.
top related