inovasi satu.doc

Post on 24-Dec-2015

224 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

inovasi pengajaran bahasa melayyu

TRANSCRIPT

AKMAL HAKIM BIN ABDUL MAJID

INOVASI PEDAGOGI SENDIRI YANG DIHASILKAN

NAMA INOVASI :

Bintang Kebaikan

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI :

Papan Bintang Bertuah merupakan sebuah inovasi untuk mengawal murid-murid di

dalam bilik darjah semasa murid-murid membuat bising atau melakukan apa-apa

kesalahan yang sudah diberi amaran oleh guru. Papan ini mewakili warna-warna

kumpulan yang telah dibahagikan oleh guru, iaitu warna merah, biru, hijau, kuning dan

ungu.

Sekiranya ahli-ahli kumpulan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam

pelajaran dan menunjukkan tingkah laku yang baik, guru akan melekatkan sticker

berbentuk bintang dalam kotak yang mewakili warna kumpulan tersebut. Namun

demikian, sekiranya ada ahli kumpulan yang melakukan kesalahan, guru akan menarik

semula sticker berbentuk bintang pada kotak warna tersebut dan memberitahu

kesilapan yang telah dilakukan mereka supaya mereka tidak akan mengulanginya pada

masa hadapan.

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI :

Setelah menyediakan papan ini, kawalan kelas saya menjadi lebih baik kerana mereka

suka bersaing dan belumba-lumba untuk mengumpul bintang. Mereka sentiasa saling

ingat-mengingati antara satu sama lain dalam satu kumpulan agar tidak melakukan

kesalahan supaya bintang mereka tidak ditarik balik oleh guru. Mereka juga lebih

paham apabila guru memberi amaran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama

selepas dikenakan hukuman tarik balik bintang pada papan tersebut.

top related