ikatan edisi september 2012
Post on 29-Mar-2016
253 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Menurut ilmu psikologi dan pem-bangunan sumber manusia, perbuatan dan tindakan manusia didorong oleh dua perka-ra. Yang pertama, kepercayaan dan ideolo-gi yang dimiliki seseorang. Di dalam Islam, ia lebih dikenali sebagai 'aqidah. Yang kedua, nilai dan prinsip yang dipegang dan dianggap penting dalam hidup seseorang. Ini lebih dikenali di dalam Islam dengan apa yang disebut sebagai akhlaq. Hasil adu-nan kedua-dua ini akan membentuk para-digma atau tasawwur di dalam seseorang terhadap dunia,hingga lahirlah kemudiann-ya segala tindak-tanduk dan cara hidup.
* * *
Mahasiswa dan mahasiswi Mesir mem-banjiri perlembahan Nil saban tahun, sejak awal kurun ke-20 lagi. Generasi demi gen-erasi datang berduyun-duyun dengan hajat menimba ilmu di bumi yang penuh dengan suasana yang tersendiri, dan asing di sisi bangsa Melayu.
Generasi awal dari Tanah Melayu yang datang ke bumi Anbiya' ini membina se-jarah dan legasi mereka yang tersendiri. Penilaian dan pemerhatian mereka kepada
suasana yang mengelilingi mereka pada zaman itu, membawa mereka kepada beberapa usaha penting di sisi mereka, dengan niat ingin membina suasana sal-ing membantu dan persaudaraan yang tinggi di kalangan semua bangsa Melayu yang ada pada ketika itu. Atas dasar dan semangat persaudaraan ini, serta ruh keterikatan dan kesatuan yang ada di jiwa, mereka dirikan badan yang mampu memenuhi hasrat tersebut. Satu-satunya badan, pada ketika itu, yang wujud sesuai dengan kecilnya bilangan mereka, yang berusaha memelihara keterikatan hati dan sifat saling membantu di ka-langan para penuntut ilmu, khususnya di Al-Azhar.
Zaman demi zaman berlalu.
Generasi yang dahulu membuka jalan menuntut ilmu di Al-Azhar, kini sudah mula menghantar generasi cucu mereka pula menimba di telaga yang pernah mereka timba dahulu. Demi meneguk siraman ilmu yang sama yang pernah mereka rasai dahulu. Cuma bezanya kini, di zaman cucu mereka, penuntut dan penimba ilmu sudah berpuluh kali ganda
Mengubah Paradigma Pemikiran
Mahasiswa Mesir
ramainya. Berkat doa mereka inginkan zuriat yang berilmu, maka Allah alirkan generasi cucu-cucu mereka yang berbon-dong-bondong berasak di bangku ilmu, di Mesir ini.
Selari dengan fitrah manusia yang pelbagai rencah dan kerenahnya, per-tambahan penuntut di bumi Mesir mem-bawa satu suasana yang baru dan tersendiri, ditambah pula dengan para
penuntut ilmu perubatan yang tidak pernah putus dihantar ke sini. Gerombo-lan penuntut ilmu baru ini mencipta satu suasana baru yang tersendiri, yang jauh berbeza dengan suasana datuk dan ne-
...Bersambung di m/s 3
Banyak perkara yang berlaku dan ber-lalu dalam sekitar sebulan ini. Walaupun Hari Merdeka berada dalam bulan Ogos, tetapi saya jangka semangat panasnya pas-ti berlegar pada bulan ini, khususnya dalam diri mahasiswa Mesir. Ditambah dengan seri Syawal, amalan puasa enam, kunjung mengunjung dan rumah terbuka turut menghiasi bulan September ini.
Namun tidak dilupakan juga bebera-pa tarikh penting seperti peringatan 11 september 2001, Pembunuhan Shabra shatilla (16-18 september) dan sambutan Hari Malaysia yang juga pada 16 Septem-ber. Moga sidang pembaca siswa dan siswi cakna dengan keadaan sekeliling samada isu tanah air kita, mahupun dunia islam di luar sana.
Bagi ISMA-Mesir, bulan ini ada keis-
timewaan yang tersendiri. Dua tokoh ISMA hadir bertujuan melawat ISMA Mesir iaitu Exco Tarbiyyah ISMA pusat, Ustaz Rusdi Alias dan juga Dr. Aznan Hasan yang meru-pakan Yang Dipertua Majlis Ulama ISMA (MUIS). Kehadiran mereka menambahkan lagi semangat ahli-ahli ISMA untuk terus berada dalam tarbiyyah dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran samada jurusan pengajian islam atau perubatan.
Kami di ISMA Mesir juga ingin men-
gucapkan selamat datang kepada pelajar baru dan berharap anda semua berani dan tabah dalam menghadapi ujian di bumi mesir ini.
Teruskan bersama kami dan layari ismamesir.com untuk maklumat lanjut!
Siapa nama
kamu? اسمك ايه؟
Berapa umur
kamu?
عندك كم
سنة؟
Kamu tinggal di
mana?
انت ساكن
فين؟
Apakah warga-
negara kamu? جنسك ايه؟
Kamu tinggal
bersama siapa?
ساكن مع
مين؟
Bagaimana ke-
hidupan kamu? انت عملت ايه؟
nek mereka di Mesir dahulu, yang kecil bilangannya, dan sedikit pula ragamnya.
* * *
Imam Ibnu Al-Qayyim, ulama' ulung Islam satu masa dahulu, pernah menyebut di dalam kitabnya I'lam Al-Muwaqi'in :
"Sesungguhnya Syariah ini terbina atas asas hikmah dan kemaslahatan hamba."
Kata-kata beliau ini menjadi petunjuk penting tentang satu hakikat di dalam Sya-riah yang asasi, iaitu kemampuan Syariah untuk berkembang dan berubah (pada yang boleh berubah) sesuai dengan perubahan zaman dan perkembangan situasi semasa. Ini dinyatakan dan ditekankan dengan jelas oleh Dr Yusuf Al-Qardhawy di dalam bukunya Madkhal Li Dirasah Syariah Islami-ah di dalam bab 'Perubahan fatwa menurut perubahan zaman, tempat, dan situasi'. Sifat fleksibel, mampu berkembang, dan sentiasa memelihara faktor kesesuaian situasi inilah yang memungkinkan Islam sentiasa membawa kebahagiaan di dalam hidup para Muslim di dunia ini.
Malangnya, di bumi Mesir, di bumi ilmu berkaitan Syariah luas diajar dan dibin-cangkan, sifat penting Syariah ini tidak pula dihayati dan dijiwai para penuntut ilmu yang datang dari Malaysia. Keghairahan aktivisma dan keasyikan membina bakat kepimpinan, sering kali mengakibatkan sifat penting Syariah ini tidak sedaya upaya diji-wai serta diaplikasikan dalam kehidupan serta pengurusan seharian. Hilanglah hikmah dan kemaslahatan yang dipelihara oleh Islam, dan hilanglah kebahagiaan yang sepatutnya. Bumi Mesir yang luas dan kaya dengan ruang untuk semua mahasiswa disempitkan dimensinya. Pintu-pintu ker-
jasama dan perbincangan yang amat disaran di dalam Islam, tidak diusahakan untuk dibuka, malah dengan selesa dibiarkan tertutup sahaja.
Tiadalah yang rugi melainkan yang tidak menghayati ruh perubahan, ruh keterbukaan, serta ruh keanjalan, yang terpasak padu di dalam inti Islam dan Syariah sendiri.
* * *
Masyarakat Malaysia sedang melalui fasa-fasa perubahan yang besar. Rakyat Malaysia semakin terdedah kepada pel-bagai perkara, secara positif dan negatif. Ini bererti, cabaran bagi mereka yang berada di Mesir, khususnya yang mengambil jurusan pengajian Islam, se-makin berat. Kerja mendidik dan me-mahamkan rakyat terhadap Islam di Ma-laysia bakal menjadi lebih rumit dan menduga.
Di dalam arus dan suasana yang sebegini, mahasiswa yang diperlukan hanyalah mahasiswa yang mampu berka-ta seperti yang diajar oleh Al-Quran :
" Katakanlah (hai Muhamad) : Inilah jalanku, aku menyeru manusia kepada Allah berdasarkan keterangan yang jelas dan nyata..." (Yusuf : 108)
Mahasiswa yang mampu membawa ajaran dan seruan di atas basiirah - kefahaman yang jelas, tepat, dan sahih - tidak akan mampu muncul dan lahir da-lam suasana yang masih berpegang kepada fahaman lapuk, fahaman yang diwarisi, dan fahaman yang statik. Hal ini juga jelas dikritik oleh Al-Quran :
" Dan apabila dikatakan kepada mere-ka : Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul-Nya, mereka menjawab : Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati dari apa yang datuk nenek kerjakan. " (Al-Maidah : 104)
Ketidakmahuan berfikir, kegagalan mengubah paradigma, dan selesa dengan taklid serta kefahaman 'ikut-ikutan' tidak akan membawa mahasiswa ke mana-mana. Lebih teruk, mahasiswa begini jika pulang kelak ke tanah air, lebih banyak mudarat yang dibawa berbanding manfaat yang dinanti-nantikan seluruh warga Malaysia.
* * *
Mana-mana pakar motivasi dan pem-bangunan manusia bersetuju di atas satu perkara :
Hasil yang baru, sama sekali tidak mungkin diperolehi, dengan hanya menggunakan kaedah yang lama.
Seruan anjakan paradigma serta meluaskan hati dan pandangan minda, bukan lagi satu seruan yang hanya seka-dar manduub atau sunat sahaja. Ia meru-pakan kewajipan semasa, dan seha-rusnya difikirkan dan direnungkan oleh semua mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini, demi kemaslahatan bangsa, negara, dan agama.
Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim
Kuliah Syariah Tahun 4
Universiti Al-Azhar, Kaherah
Sambungan dari m/s 1...
Mengimani pertemuan kembali di syurga yang kekal tidak menjadikan perpisahan ini manis. Tetap perit. Apalagi jika harus men-gorbankan perasaan orang yang tersayang. Mengorbankan perasaan sendiri mungkin tidaklah seperit itu.
“Setelah setahun berlalu, aku tidak tahu lagi untuk menangis. Yang ada hanya rinti-han-rintihan bisu bagai gelombang kecil bersembunyi di dasar lautan yang ada masa-masanya tiba-tiba mengganas bak tsuna-mi. Di waktu itu tiada lagi esak tangis bahkan sedu-sedan yang tak tertahan-tahan. Aku akan tergagap-gagap menyusun bicara. Bibir bawah digetap untuk menyem-bunyikan getar di kerongkong sedang pipi
terus dibanjiri air mata.”
Betapa perjuangan ini memerlukan lebih daripada hanya kata-kata.
-Ummu Musaab, IUG2012
Umairah terjelepok ke tanah. Cuba mene-lan ayat yang teramat pahit itu. Cuba menenangkan diri dengan mengandai-andaikan dirinya adalah jelmaan Musaab bin Umair yang kacak. Muhajir terawal ke Madinah, kalau boleh digelarkan begitu.
Belum ada arahan hijrah secara langsung daripada Allah, tetapi arahan daripada Rasulullah untuk pulang ke Madinah bersa-ma penduduk Yathrib selepas perjanjian Aqabah I. Menjadi duta yang mengetuk pintu hati ahli Yathrib. Angin musim sejuk bertiup kasar, menghulur salam pertemuan.
Mujur Allah mencipta bulu mata, jika tidak pastilah berparut korneanya diguris pepasir.
Beza antara dia dan Musaab bukan hanya dia wanita dan Musaab adalah jejaka. Musaab adalah pemuda pilihan Nabi. Wajar dia sehebat itu. Aku tak he-bat. Aku tak mampu!
“Bukankah aku juga pilihan? Pilihan
Allah. Jika tidak, takkan aku masih di sini menghirup bayu bumi Solahuddin,” bisik jiwa besarnya.
Umairah membuka sneaker biru mu-danya yang dibanjiri pasir. Membalik-balikkan. Pasir-pasir halus terbang keluar. Habaan mansura. Debu-debu yang berterbangan. Umairah tak sanggup menggadaikan tiketnya ke syurga. Amal-amalnya bagaikan debu. Apa patut kini dia menyiakan peluang yang hadir sekali
seumur nafas?
Panggilan ke Malaysia semalam benar-benar menyesak nafas.
“Baliklah Maia. Ummi bukan sihat san-gat. Balik!” ringkas kata-kata Insyirah sebelum talian mati. Talian internet pu-tus. Entah buat ke berapa kali hari ini. Bersama matinya talian penghubung itu dikuburkan juga air mata ke lantai meja bagi menyisih resah menggunung di da-da.
Andai Insyirah tahu, pilihannya tidak semudah itu. Perjalanan masuk memakan masa berminggu-minggu. Masih Umairah sabar berulang-alik ke pejabat kedutaan. Penahanan berjam-jam di pintu masuk Rafah bertemankan isy baladi semata-mata untuk menjaga pengaliran wang
keluar.
“TIADA BAJET PULANG,” begitu dicoret dalam diari kecilnya setiap hari. Motivasi diri!
Jika hanya sebelah kaki dihulur ke luar sempadan sekalipun, dia bakal mimpi siang seumur hidup untuk kembali ber-bakti di situ lagi.
“Maia, ni ummi nak cakap.”
“Ummi.”
Umairah memandang sayu lapangan Islamic University Ghaza (IUG). Universiti termuda antara 8 universiti di sekitar Ghaza ini menampung kira-kira 20,000 mahasiswa dan mahasiswi. Sayap timurn-ya hancur kesan amukan Zionis yang tak pernah surut dendam.
„Ah, masih berbaki 3 bulan!‟
Umairah sedang mengusahakan sistem perpustakaan baru buat institut pengajian tinggi ini setelah hancur dalam serangan Zionis pada tahun 2009. Mengumpulkan bahan yang sedia ada, membawa masuk bahan dari luar dan menyusun atur. Se-penuh daya. IUG yang hampir lumpuh menelan kira-kira USD35 juta untuk pros-es membaik pulih. Makmal kejuruteraan dan bioperubatan yang telah musnah pasti diberi tempat duduk yang lebih uta-ma. Maka, sistem sumber ilmu ini
terpaksa dianak tirikan buat sementara waktu. . Melainkan jika ada yang suka dan rela membantu. Tiada sistem kod elektronik seperti di Malaysia. Segalanya manual. Sekurang-kurangnya buat masa ini.
Umairah mengetuai sekumpulan anak
Beliau merupakan salah seorang da-
ripada syuhada‟ Al-Quds, beliau adalah
seorang pemuda yang hidup di zaman
permulaan kezaliman regim Zionis ter-
hadap rakyat di bumi Palestin. Beliau
dilahirkan di Rafah pada 3 Mac 1966.
Nama beliau bermaksud „kehidupan yang
panjang‟ bertepatan dengan maksudnya,
kini namanya tersemat dalam hati para
pencinta Al-Quds. Contoh teladan yang
beliau tonjolkan memberi motivasi kepa-
da para pemuda Palestin, untuk terus
berjuang membebaskan Masjidil Aqsa.
Kisah hidup beliau bukanlah satu kisah
luar biasa. Beliau mempunyai keluarga,
saudara-mara, guru-guru, kawan-kawan
dan beliau juga pernah hidup sebagai
seorang pelajar di Rafah. Cuma ber-
bezanya, beliau hidup dalam keadaan
peperangan, kesusahan, manakala kita
hidup dalam keamanan dan lengkap
dengan pelbagai kemudahan.
Beliau menamatkan persekolahan di
Rafah dengan keputusan yang cemer-
lang. Sehinggakan beliau layak menyam-
bung pelajarannya di Beit Zeit Universiti
dalam ijazah Electrical Engineering pada
tahun 1988. Ketika itu umur beliau 22
tahun. Selepas itu, beliau ingin menyam-
bung pelajarannya ke peringkat master,
tetapi dihalang oleh pihak Zionis. Bermula
daripada inilah, beliau menggunakan
kepakarannya, dengan bergerak secara
aktif dalam Briged Izzuddin Al-Qassam.
Sumbangan beliau dalam pembuatan
bom telah memberi impak yang besar
kepada tentera Zionis. Beliau juga ber-
tanggungjawab dalam misi „pengebom
berani mati‟ dalam peperangan menen-
tang regim Zionis. Hal ini menyebabkan,
pihak Zionis menjadikan beliau sebagai
sasaran. Zionis telah merancang pem-
bunuhan kotor keatasnya. Regim Zionis
menggunakan anak buah beliau untuk
memasukkan bom di dalam telefon bim-
bitnya. Pihak Zionis menyangka kesyahi-
dan beliau akan menyebabkan umat Is-
lam lemah, tetapi sebenarnya mereka
silap, kerana setelah kesyahidannya telah
lahir ramai „beliau‟ yang baru, malah lebih
hebat lagi!
Beliau adalah ‘Sang Jurutera’ Al-
Quds - Yahya Ayyash
Yahya Ayyash sangat mahir dalam
bidang pembuatan bom, beliau adalah
ketua pembuat bom Hamas. Kema-
hirannya begitu terserlah apabila beliau
berjaya membunuh 90 orang tentera
Zionis dalam misi pengeboman yang
dirancang. Beliau juga digelar sebagai „
Sang Jurutera‟ oleh rakyat Palestin.
Yahya Ayyash adalah wira bagi rakyat
Palestin, sehinggakan nama beliau dia-
badikan sebagai nama tempat dan jalan
di sekitar Palestin.
Tentunya masyarakat di Malaysia dan
mahasiswa mahasiswi di Ardul Kinanah
ternanti-nanti akan kelahiran Yahya Ay-
yash. Apa yang pasti, kepakaran dalam
sesuatu bidang sangat memberi manfaat
dalam kebangkitan Islam. Islam kini me-
merlukan lebih ramai pakar dalam pel-
bagai bidang.
Lihat kembali sejarah kegemilangan
Islam, bagaimana ketika itu lahir ramai
ulama‟ dalam bidang fiqh, hadis, falaq
dan mantiq. Umat Islam ketika itu cin-
takan ilmu, mereka benar-benar mahir
dalam bidang yang dipelajari. Sehing-
gakan kini, ilmu mereka masih digunakan
oleh barat dan barat sendiri mengakui
kehebatan mereka.
Yahya Ayyash mampu menyambung
pelajarannya sehinggamemperoleh ijazah
kejuruteraan ,walaupun diakhirnya beliau
disekat oleh pihak Zionis. Apatah lagi
kita, yang tiada sekatan malah dilim-
pahkan dengan pelbagai kemu-
dahan.Tetapkan matlamat dan atur
strategi. Jadilah pemuda yang sentiasa
menguji diri untuk melakukan sesuatu
yang hebat, kerana jika tidak, anda akan
merasakan satu kerugian yang besar
apabila sudah tua nanti.
Nahdiyyah binti Rushdan
Kuliah Syariah
Universiti Al-Azhar
muda dari Malaysia yang secara sukarela menawarkan diri untuk membangunkan sistem sumber ilmu di IUG ini. Kerja mereka tidak kompleks, tidak hebat. Han-ya mereka ini darah muda yang beriman dengan sabda baginda ar-Rasul.
“Sebaik-baik daripada kamu, yang ber-manfaat untuk orang lain.”
Mereka pegang utuh pada hadis me-nyedekahkan sendi-sendi di jalan Allah. Mereka ingin memanfaatkan diri menjadi aset umat, bukan liabiliti.
“Achoo!”
Umairah mengesat hujung matanya yang berair. Alergi. Umairah alah pada udara lembap Malaysia. Umairah mengesat lagi hujung matanya. Makin deras, makin lebat. Bercampur baur anta-ra kesedihan meninggalkan IUG dan bimbang rintangan yang menanti di hadapan. Akhirnya, sireh pulang ke ga-gang. Belut pulang ke lumpur.
Azimat nafi‟un lighayriha akan ber-tebaran di bumi pendekar. Pendekar beriman itulah mujahid. Umairah memba-yangkan sentuhan-sentuhan yang bakal menghidupkan jiwa anak singa yang te-lah lama menjadi kijang. Lalu singa-singa ini meneruskan legasi sentuhan keramat warisan ar-Rasul. Ini manfaat terbesar buat umat yang sedang sakit. Bahkan mungkin lebih besar daripada jerih payah
merentas sempadan Rafah.
“Satu rijal seribu umat,
darah pahlawan ku genggam azimat,
diriku manfaat dan aset umat,
akan aku hantar lebih ramai pendekar ke sana!”
Amirah Binti Jalil
Kuliah Perubatan Tahun 6
Universiti Kaherah
1 paket macaroni - direbus sampai kembang
1 paket mafrum - ayam/daging cincang
2/3 sudu besar - tepung
cheese monzarella/cheddar
sedikit butter
1 biji bawang besar
3/4 biji bawang putih
1 liter susu segar
1 sudu teh lada sulah/lada hitam
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
(Untuk makaroni) 1. Panaskan butter dan tumis bawang putih yang telah di mayang halus. Kemudian ma-sukkan tepung dan susu, kacau sehingga tid-ak berketul dan pastikan pekat. 2. Masukkan origano sedikit dan garam. 3. Apabila siap, tutup api dan kacaukan
makaroni bersama sos ini dan letakkan ketepi.
(Utk mafrum) 1. Panaskkan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan mafrum daging/ayam dan biarkan sehingga daging/ayam masak. 2. Masukkan lada sulah dan lada hitam dan juga sedikit origano, kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan kiub ayam (jika per-lu) dan tambah sedikit garam. 3. Masukkan makaroni yang telah dicampur sos tadi ke dalam Loyang, kemudian di selan-gi dengan daging mafrum dan lapisan atas sekali adalah makaroni. Lapisan atas sekali boleh diletakkan cheese (jika perlu). 4. Bakar dalam suhu 180 darjah selama 40 minit. Sesuai untuk dikongsikan bersama jiran arab, selamat mencuba …… ^_^
top related