hbhe 3103 gaya hidup sihat topik1
Post on 20-Jun-2015
695 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GAYA HIDUP SIHAT
Pengenalan
• Gaya hidup sihat (GHS) dikaitkan dengan individu yang mengamalkan cara hidup aktif dan cergas.
• Mengamalkan aktiviti fizikal yang kerap dan pemakanan yang sihat
• Aktiviti fizikal : – Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit
setiap sesi– Mengurangkan obesiti
Definisi
• Lyons & Langille (2001)– “kehidupan yang seimbang”– Membuat pilihan yang bijak– Amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan,
pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu kehidupan
• Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946)– Sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan
tidak hanya ketika ketiadaan sakit
• Takrif umum– Satu proses atau amalan kesihatan ke arah
perubahan hidup yang memuaskan– Meliputi aspek;
• Penjagaan makanan yang seimbang• Bersenam• Mengawal tekanan atau stress• Menghindarkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang
negatif dan berisiko
Konsep dan Matlamat
• Bersifat universal• Membentuk individu yang sihat dari aspek
jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit.
• Melahirkan masyarakat yang cergas dan aktif tanpa mengira peringkat umur, sosioekonomi, latarbelakang dan gender.
Konsep Kecergasan
• Merupakan integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani
• Membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna
• Mencerminkan perasaan individu tentang kehidupan dan keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan
1. Kecergasan Fizikal
Keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan
2. Kecergasan Mental
Keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimum
3. Kecergasan Sosial
Keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini
4. Kecergasan Emosi
Keupayaan individu menangani kehidupan harian dan perasaan kendiri secara membina, proaktif dan optimistik
5. Kecergasan Rohani
Keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan dan menetapkan serta melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif
Berlandaskan Kesihatan
• Komposisi badan
• Daya tahan kardiovaskular
• Kelenturan / Kelembutan / Fleksibiliti
• Kekuatan otot
• Daya tahan otot
Berlandaskan Perlakuan / Kemahiran
• Kelajuan
• Ketangkasan
• Kuasa
• Imbangan
• Masa reaksi
• Koordinasi
1. Daya Tahan Otot
Kebolehan sesuatu otot/kumpulan otot menghasilkan daya berulang-ulang bagi sesuatu jangkamasa tertentu atau otot-otot menguncup untuk suatu masa yang lama
2. Kekuatan Otot
Kebolehan sesuatu otot/kumpulan otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja)
3. Daya Tahan Kardiovaskular
• Merupakan bentuk daya tahan otot khas yang melibatkan jantung, saluran darah dan paru-paru
• Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengaliran darah membekalkan sel-sel dan organ-organ di dalam badan dengan oksigen yang diperlukan bagi melakukan kerja untuk jangkamasa yang panjang
5. Kelembutan / Kelenturan / Fleksibiliti
• Keupayaan sesuatu sendi/sendi-sendi untuk membenarkan pergerakan berlaku dengan licin tanpa menghadapi sebarang rintangan
• Hasil pergerakan biasanya ditentukan oleh panjangnya otot, ligamen, tendon dan struktur sendi seseorang individu
• Kemampuan sendi-sendi tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin
4. Komposisi Badan
Menekankan peratusan lemak dalam badan berbanding berat badan yang terdiri daripada tulang dan otot-otot badan
Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor
1. Koordinasi2. Imbangan3. Kuasa (Power)4. Ketangkasan (Agility)5. Masa Tindakbalas (Reaction
Time)6. Kepantasan
Kepentingan Gaya Hidup Sihat
• Asas bagi memastikan negara kekal maju dan berdaya saing
• Meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja
Individu sebagai tenaga kerja :• sentiasa sihat dan bertenaga
• Menangani stress dengan baik
Promosi Hidup Sihat
• Agensi Penggerak– Kementerian Kesihatan dan Kementerian Belia &
Sukan
• Promosi– Menaik taraf kemudahan dan prasarana sukan
disemua peringkat komuniti– Kempen melalui media massa, iklan dan poster
Tips Gaya Hidup Sihat
1. Berat badan yang ideal2. Meningkatkan aktiviti fizikal3. Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang4. Pengambilan kalium, magnesium dan kalsium yang
mencukupi5. Tingkatkan pengambilan serat6. Menghadkan pengambilan lemak7. Mengurang @ mengelakkan pengambilan alkohol8. Tidak merokok9. Menangani stress dan tekanan dengan betul
Sekian…
top related