gmga1013_nota bab 7-10
Post on 14-Apr-2016
251 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BAB 7PERBANDINGAN PENGURUSAN SEKTOR
AWAMDAN
SEKTOR SWASTA
OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:•Mendefinisikan pentadbiran awam.•Membezakan antara pengurusan dan pentadbiran.•Membezakan antara pengurusan awam dan pengurusan sektor swasta.•Menjelaskan skop pengurusan awam.•Menerangkan elemen-elemen penting dalam pengurusan awam.
PENGENALAN• Organisasi sektor awam kerap dikaitkan
dengan pertubuhan-pertubuhan, badan-badan dan jabatan-jabatan milik kerajaan pusat atau negeri
• Bagi sektor swasta pula, jawapan yang kerap diberikan oleh masyarakat ialah organisasi-organisasi milik persendirian yang mengenakan bayaran untuk mendapatkan perkhidmatan atau barangan mereka
• Peranan organisasi sektor awam dan swasta dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara adalah sama penting
DEFINISI PENTADBIRAN SEKTOR AWAM
• Gordon (1986:7): pentadbiran awam boleh didefinisikan sebagai keseluruhan proses, organisasi dan individu (kemudiannya bertindak atas jawatan dan peranan masing-masing) yang melaksanakan undang-undang dan perintah yang diisukan oleh badan perundangan,eksekutif, dan kehakiman
• Fungsi ketiga-tiga badan tersebut dipisahkan mengikut Doktrin Pengasingan Kuasa
• Basu (1988:1): pentadbiran awam ialah apa-apa bentuk pentadbiran demi memenuhi kepentingan awam.
DEFINISI PENGURUSAN SEKTOR SWASTA
• Definisi umum tentang pengurusan ialah satu proses dan tindakan merancang, mengorganisasi, mengarah, dan mengawal segala sumber organisasi.
• Pengurusan sektor swasta ialah satu proses menjalankan fungsi-fungsi pengurusan mengikut cara atau pilihan masing-masing
• Sesebuah organisasi terdapat dua pihak utama iaitu pemilik atau tuan punya organisasi dan satu pihak lagi ialah pekerja.
Title• Lock (1998:12): Dalam melaksanakan tugas
pengurusan organisasi, pemilik menggunakan khidmat pekerja (orang lain) untuk membantu.
• Pengurusan juga adalah satu aktiviti yang bersifat universal tetapi pendekatannya tidak boleh sama dalam semua situasi
• Gatewood et al. (1995:4): pengurusan sebagai satu set aktiviti yang dibentuk untuk mencapai objektif-objektif organisasi dengan menggunakan sumber-sumber secara cekap dan berkesan dalam persekitaran yang sentiasa berubah
PERSAMAAN PENGURUSAN SEKTOR AWAMDAN SWASTA
PERBEZAAN PENGURUSAN SEKTOR AWAMDAN SWASTA
Title
BAB 8HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN
OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:•Mendefinisikan konsep hubungan antara kerajaan.•Mengenal pasti jenis-jenis negara.•Menghuraikan sejarah pembentukan negara.•Menerangkan tentang skop dan bentuk hubungan antara kerajaan di Malaysia.•Membincangkan hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan tempatan.
PENGENALAN
• Konsep hubungan antara kerajaan membincangkan mengenai perhubungan antara tahap-tahap pentadbiran dalam se sebuah negara
• Menurut O’toole, Jr. (1993:2) hubungan antara kerajaan melibatkan hubungan yang komprehensif dalam semua bidang antara tahap-tahap kerajaan berkenaan
JENIS-JENIS SISTEM PENTADBIRAN NEGARA
1. Negara Persekutuan• Negara persekutuan adalah satu bentuk negara
yang mempunyai dua tahap kerajaan yang utama, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah naungan.– Hubungan langsung dengan kerajaan pusat– Hubungan dengan kerajaan pusat melalui kerajaan
negeri– Hubungan langsung dengan kerajaan-kerajaan negeri
Title
2. Negara Kesatuan• Negara kesatuan adalah satu bentuk negara yang
mempunyai sistem pentadbiran kerajaan pusat dan pentadbiran kerajaan tempatan di bawahnya.
• Kuasa membuat keputusan terletak se penuhnya kepada kerajaan pusat.
• Fungsi kerajaan tempatan hanyalah untuk melaksanakan apa yang diputuskan oleh kerajaan pusat.
• Kerajaan tempatan lebih merupakan cawangan kepada kerajaan pusat di peringkat tempatan.
Title
3. Negara Konfederasi• Negara konfederasi adalah satu bentuk negara
yang mempunyai dua tahap kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah naungannya.
• Kerajaan bawahan biasanya lebih kuat daripada kerajaan pusat kerana kerajaan wilayah mempunyai autonomi yang sangat luas dalam membuat keputusan tertentu.
• Fungsi kerajaan pusat lebih merupakan sebagai penyelaras kepada kerajaan-kerajaan bawahan.
Title
• Rakyat bagi negara jenis konfederasi mempunyai hubungan langsung yang sangat luas dengan kerajaan-kerajaan wilayah.
• Kerajaan pusat lebih berperanan dalam aspek hubungan dengan negara lain di peringkat antarabangsa.
Title
4. Negara Jamhiriyah• Maklumat mengenai negara berbentuk
Jamhiriyah sangat terhad. • Ini kerana bentuknya yang begitu eksklusif dan
tersisih dari amalan lain-lain negara di dunia.• Mengamalkan pentadbiran berpusat. • Segala keputusan dibuat oleh pemimpin negara
melalui satu jawatankuasa pusat (dikenali Majlis Syura).
SEJARAH PEMBENTUKAN PENTADBIRANMALAYSIA
1. Pentadbiran Negeri-Negeri Selat• Sistem pentadbiran Negeri-negeri Selat
adalah satu bentuk pentadbiran negara konfederasi kerana mempunyai struktur pentadbiran kerajaan wilayah yang kuat walaupun berada di bawah satu pentadbiran pusat.
Title
2. Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
• Memperkenalkan sistem pentadbiran negara persekutuan di Tanah Melayu.
• Inggeris memperkenalkan sistem pentadbiran kerajaan pusat dengan negeri-negeri bawahan yang mempunyai autonomi tertentu untuk membuat keputusan.
Title
3. Pentadbiran Malayan Union• Terdapat sebilangan negeri yang tidak berada
di bawah pentadbiran langsung British. • Negeri-negeri tersebut dikenali sebagai Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu.• Matlamat British iaitu menukar status negeri-
negeri Tanah Melayu daripada wilayah naungan kepada Tanah Jajahan
Title
4. Pentadbiran Persekutuan 1948• Inggeris seterusnya telah mengambil langkah
menggubal perlembagaan sebuah negara persekutuan bagi Tanah Melayu.
• Perlembagaan ini digubal melalui satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kerajaan British, Raja-Raja Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) yang mewakili majoriti orang Melayu.
• Akhirnya negara Persekutuan Tanah Melayu berjaya di tubuhkan pada tahun 1948.
Title
5. Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu Merdeka 1957
• Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah meletak asas ke arah pentadbiran berkerajaan sendiri bagi Tanah Melayu.
• Mengadakan pilihan raya untuk membentuk pentadbiran kerajaan tempatan dan seterusnya kerajaan Persekutuan melalui pilihan sendiri oleh rakyat.
Title
6. Pembentukan Malaysia 1963• Sistem pentadbiran corak persekutuan telah berjaya
membawa penyatuan kepada negeri-negeri dalam Tanah Melayu.
• Singapura, Sabah dan Sarawak membentuk persekutuan yang dikenali sebagai Malaysia pada tahun 1963.
• Memberi peluang kepada negeri-negeri untuk membuat keputusan dalam hal-hal tertentu walaupun terletak di bawah satu pentadbiran pusat.
• Kerajaan pusat pula mempunyai kuasa ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan keseluruhan negeri anggota.
SKOP HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DIMALAYSIA
1. Hubungan Kewangana) Peruntukan kewangan• Segala hasil dan perbelanjaan utama
persekutuan dibuat melalui kerajaan pusat. • Setiap tahun kerajaan negeri dan kerajaan
tempatan menerima hasil utama daripada peruntukan belanjawan negara.
Title
b) Pengauditan• Perlembagaan juga menetapkan supaya
dilantik seorang Ketua Audit Negara yang bertanggungjawab mengaudit akaun Kerajaan Persekutuan.
• Semua akaun kerajaan pusat dan negeri hendaklah diaudit dan dilaporkan kepada Ketua Audit Negara.
Title
c) Kawalan• Kerajaan pusat juga mempunyai kawalan ke atas kerajaan
tempatan dariaspek kewangan.• Parlimen (Legislatif) mempunyai tanggungjawab membuat
undang-undang termasuk perundangan berkaitan kewangan.
• Eksekutif – Badan eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri merupakan badan pemerintah (kerajaan) bagi
• Persekutuan. • Kerajaan pusat boleh mengenakan kawalan kewangan ke
atas negeri-negeri dalam Persekutuan melalui perintah eksekutif yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Title
2. Hubungan Pentadbirana) Kedudukan insitusi-institusi negara• Secara hierarki,kerajaan bawahan berada di bawah
struktur kerajaan pusat.• Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang
tertinggi negara• Kedudukan Parlimen sebagai pembuat undang-undang
Persekutuan.• YDPA merupakan kepala utama Persekutuan.• Terdapat perjawatan-perjawatan Persekutuan yang
mempunyai kuasa lebih tinggi daripada perjawatanperjawatan peringkat kerajaan bawahan.
Title
b) Kedudukan agensi-agensi kerajaan• Kerajaan pusat juga mempunyai hubungan
dengan kerajaan bawahan melalui agensi-agensi yang ditubuhkan untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
• Terdapat lima bentuk agensi yang menghubungkan kerajaan pusat dengan kerajaan bawahan, khususnya kerajaan negeri, iaitu Majlis- Majlis Negara, Kementerian Persekutuan, Jabatan Persekutuan, dan Perbadanan Awam.
Title
3. Hubungan Fungsi• Kerajaan pusat juga mempunyai hubungan
dengan kerajaan bawahan berdasarkan fungsi.
i. Senarai I – Senarai Persekutuanii. Senarai II – Senarai Negeriiii. Senarai III – Senarai Bersama
HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN TEMPATAN
• Kerajaan tempatan (Laporan Athi Nahappan 1970) adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal tempatan, bertaraf lebih rendah daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri, tertakluk di bawah kerajaan tertinggi, mempunyai kuasa autonomi terhad daripada kerajaan tertinggi, ada ciri-ciri perwakilan, berasingan daripada kerajaan tempatan lain, dan berkeupayaan untuk memberi kemudahan kepada penduduk se sebuah kawasan (Saadon, 1993:3-4).
Titlea) Hubungan melalui kerajaan negeri• Di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.• Kerajaan pusat mempunyai kawalan ke
atas kerajaan-kerajaan tempatan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
• Majlis ini dipengerusikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan ahli-ahlinya terdiri daripada wakil kerajaan pusat dan negeri.
• Segala arahan dasar kepada kerajaan tempatan akan disalurkan melalui kerajaan negeri.
Title
b) Hubungan berdasarkan prosedur dan peraturan kerajaan
• Kerajaan tempatan ditubuhkan melalui enakmen Dewan Perundangan Negeri.
• Ia merupakan sebuah badan berkanun kerajaan di peringkat negeri.
BAB 9PERUBAHAN DAN PEMBAHARUAN
PERKHIDMATAN AWAM
OBJEKTIF BABSetelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:•Menerangkan tentang dasar-dasar pembaharuan struktur Pentadbiran Awam.•Membincangkan nilai-nilai cemerlang yang perlu ada pada kakitangan awam.•Menjelaskan tentang program-program yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam.•Membincangkan program-program pembangunan sumber manusia di sektor awam.•Mengenal pasti program-program yang diwujudkan untuk meningkatkan akauntabiliti dan displin kakitangan awam.
PENGENALAN• Hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 tidak akan kesampaian sekiranya Perkhidmatan Awam masih lagi tidak dapat memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.
• Perkhidmatan Awam perlu merubah corak perkhidmatan daripada hanya memfokuskan kepada kawalan dan penguatkuasaan berbagai undang-undang dan peraturan kepada perkhidmatan yang lebih proaktif dan responsif kepada kehendakkehendak dan keperluan semasa (Ahmad Sarji, 1996:1).
PENGENALAN• Perubahan-perubahan yang
dilaksanakan di dalam Perkhidmatan Awam ini dibuat melalui perancangan dan pelaksanaan strategik yang diterajui oleh Panel Memajukan Perkhidmatan Awam (PANEL) yang diwujudkan pada 1 Mac 1986.
• PANEL bertindak sebagai sesebuah kumpulan kerja atau "think-tank“ (Ahmad Sarji, 1996:2).
DASAR PEMBAHARUAN STRUKTUR PENTADBIRANAWAM
• Dasar Persyarikatan Malaysia• Dasar Penswastaan• Pengecilan Saiz Perkhidmatan Awam• SSB• SSM• Terkini?
PROGRAM PEMBUDAYAAN KAKITANGAN AWAMDENGAN NILAI-NILAI CEMERLANG
• Etika Perkhidmatan Awam• Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah• Dasar Pandang Ke Timur• Kempen Kepimpinan Melalui Teladan• Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam• Budaya Kerja Cemerlang
PROGRAM MENINGKATKAN KUALITIPERKHIDMATAN AWAM
• Perkhidmatan Berorientasikan Pelanggan• Peningkatan Sistem dan Prosedur Kerja• Penggunaan Teknologi Maklumat
PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN SUMBERMANUSIA
• Rujuk Bab 5
AKAUNTABILITI DAN DISIPLIN KAKITANGANAWAM
1) Akauntabiliti Pengurusan Kewangan
• MBS, Sistem Perakaunan Mikro (SPM) dan penggunaan Sistem Perakaunan Berkomputer yang Standard Untuk Badan-badan Berkanun (SAGA).
AKAUNTABILITI DAN DISIPLIN KAKITANGANAWAM
2) Pengukuran Prestasi• Sistem Baru Penilaian Prestasi
(SBPP) yang diperkenalkan di bawah Sistem Saraan Baru (SSB)
• PTK• SKT
AKAUNTABILITI DAN DISIPLIN KAKITANGANAWAM
3) Peraturan Tatatertib dan Disiplin• Peraturan Tatatertib dan Disiplin
dikuatkuasakan melalui Perintah-perintah Am Pegawai Awam Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1980.
AKAUNTABILITI DAN DISIPLIN KAKITANGANAWAM
1) Pengendalian Pengaduan Awam• Maklum balas dan aduan orang awam tentang
kelemahan-kelemahan yang terdapat di sesebuah agensi kerajaan dapat menentukan tahap kualiti perkhidmatan yang diberikan dan juga memastikan sama ada wujud akauntabiliti di kalangan kakitangan awam.
• Aduan-aduan ini dijadikan panduan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tahap disiplin penjawat awam.
• Setiap aduan dapat disiasat dengan adil dan cekap serta diambil tindakan yang sewajarnya.
BAB 10ISU-ISU SEMASA DALAM
PENTADBIRAN AWAM
OBJEKTIF BABSetelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:•Menjelaskan peranan-peranan pentadbiran awam.•Membincangkan isu-isu semasa dalam pentadbiran awam.•Menghuraikan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh pentadbiran awam menjelang alaf baru.
PENGENALAN• Pentadbiran awam Malaysia pada hari ini boleh
dianggap antara yang terbaik di kalangan negara-negara membangun.
• Ini kerana pentadbiran awam negara telah melalui proses yang panjang dalam pengukuhannya.
• Unsur-unsur penting dalam pentadbiran awam seperti hierarki, pengkhususan dalam pekerjaan, pengambilan, serta kenaikan pangkat berdasarkan kebolehan adalah ciri-ciri yang wujud dalam sistem pentadbiran Inggeris.
• Di samping itu, sistem federalisme yang digunakan sekarang di dalam pentadbiran negara adalah diperkenalkan oleh kerajaan British ketika memerintah Tanah Melayu.
PERANAN PENTADBIRAN AWAM
• Pengurusan Mikroekonomi– Merancang dan menentukan sasaran
pertumbuhan ekonomi– Pengawasan terhadap pasaran terbuka akan
sentiasa dilakukan bagi memastikan pengguna tempatan tidak menjadi mangsa kepada sistem pasaran yang terlalu liberal
PERANAN PENTADBIRAN AWAM
• Kesejahteraan Sosial– Tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan
asas kepada masyarakat seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, sekolah, hospital, mahkamah, keselamatan, dan kebersihan alam sekitar
– Pertambahan penduduk akan menyebabkan permintaan kepada perkhidmatan tersebut akan meningkat
PERANAN PENTADBIRAN AWAM
• Perancangan Pembangunan– Perancangan pembangunan bandar, luar bandar,
pemuliharaan alam sekitar termasuk hutan dan hidupan liar, dan pemuliharaan warisan sejarah
– Kesan globalisasi
PERANAN PENTADBIRAN AWAM
• Perhubungan Antarabangsa – Peranan negara dalam pentas dunia akan
semakin bertambah ekoran era liberalisasi– Isu-isu keselamatan, perdagangan mata wang,
pelaburan, pencemaran, dan migrasi buruh – Kerjasama antara kerajaan juga sering diberi
perhatian kerana sifat kebergantungan antara satu negara dengan negara yang lain dalam konteks ekonomi, politik mahupun sosial (Muhammad Asri dan Ali, 1999)
PERANAN PENTADBIRAN AWAM
– Mekanisme lama yang terlalu bergantung kepada prosedur yang ketat, pemusatan kuasa, red tape, tiada ketelusan, korupsi, dan tiada inovasi perlu digantikan dengan amalan-amalan baru yang lebih bersifat “outward-looking”
– Perlu memperluaskan peranan, bukan setakat pengurusan konvensional seperti membuat belanjawan dan melaksanakan polisi-polisi kerajaan sahaja, bahkan perlu meliputi pembangunan bidang-bidang yang strategik seperti pengurusan krisis dan keusahawanan (entrepreneurial)
ISU-ISU SEMASA: PENGENALAN
• Konsep pengurusan awam ala Weber yang menekankan birokrasi telah digantikan dengan corak pengurusan yang lebih peka kepada kehendak masyarakat.
• Perubahan budaya kerja juga semakin ketara di mana budaya keusahawanan (Osborne dan Gaeblar, 1992) dan persaingan (Al Gore,1993) telah menjadi budaya dominan dalam pentadbiran awam terutama di negara-negara maju.
• Penekanan terhadap pelanggan juga menjadi teras utama dalam matlamat perkhidmatan awam seperti mana yang berlaku di dalam sektor swasta.
ISU-ISU SEMASA: PENGENALAN
• Trend terkini yang melanda perkhidmatan awam di seluruh dunia ialah penekanan terhadap teknologi maklumat
• Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC), Konsep kerajaan berelektronik, sekolah bestari, dan satu tempat perhentian (one-stop center) dll
• Konsep masyarakat madani menekankan amalan partisipasi demokrasi, di mana rakyat diberi peranan dalam pembuatan keputusan kerajaan
ISU-ISU SEMASA: KONSEP PENGECILAN SAIZ
• Ken dan Johnson (1994): merujuk kepada pengurangan pekerja, kedua merujuk kepada strategi perniagaan, dan ketiga merujuk kepada keberkesanan dalam melaksanakan sistem perniagaan.
• Dalam konteks pentadbiran awam, pengecilan saiz bermaksud suatu proses yang cuba menentukan jumlah pekerja yang tepat berdasarkan kemahiran, kebolehan, dan tahap minimum pekerja yang diperlukan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
ISU-ISU SEMASA: KONSEP PENGECILAN SAIZ
• Pelaksanaan konsep pengecilan saiz dalam pentadbiran awam adalah berlandaskan kepada lima pendekatan utama, iaitu (Ahmad Sarji, 1997):– Kawalan akan dibuat terhadap jawatan-jawatan baru
yang ingin diperkenalkan;– Jawatan-jawatan yang tidak kritikal akan
dimansuhkan;– Organisasi sektor awam akan melalui proses
penstrukturan semula;– Badan Statut akan dikaji semula; dan– Pelaksanaan Dasar Penswastaan.
ISU-ISU SEMASA: KONSEP PENGECILAN SAIZ
• Perubahan peranan ini sejajar dengan pendapat yang dikemukakan oleh Osborne dan Gaeblar (1992) bahawa pentadbiran awam hanya perlu menentukan arah pembangunan negara sahaja tanpa perlu terlibat aktif dalam proses pembangunan ekonomi (tetapi sekarang berbeza)
• Revolusi teknologi maklumat, di mana kerja-kerja manual digantikan dengan automasi, juga mengurangkan peranan kakitangan awam
ISU-ISU SEMASA: LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
• Kemudahan dan perkembangan IT• Konsep kerajaan berelektronik (electronic
government) akan mampu mengurangkan karenah birokrasi dan seterusnya dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat
• Mempunyai kebaikan/keburukan
ISU-ISU SEMASA: PIAGAM PELANGGAN
• Penekanan terhadap pelanggan telah lama menjadi agenda utama sektor swasta
• 4 langkah utama yang boleh dilakukan oleh agensi kerajaan untuk memberikan kuasa yang lebih kepada pelanggan dalam menentukan mutu perkhidmatan yang ditawarkan:i. Kepentingan pelanggan sebagai teras operasiii. Bersaing antara satu sama lainiii. Perubahan operasiiv. Mengubah paradigma
ISU-ISU SEMASA: INOVASI DALAM PENTADBIRAN
• Pentadbiran awam sering dikaitkan dengan budaya lesu dan penentangan terhadap perubahan.
• Kenyataan ini berdasarkan kepada bentuk organisasi tradisional yang lebih menekankan prosedur, sistem laporan, sistem berhierarki, peraturan, kuasa, dan mekanisme kawalan
• Mengurangkan semangat kakitangan awam untuk lebih berinovasi di dalam pekerjaan (Mazlan, 1997)
ISU-ISU SEMASA: INOVASI DALAM PENTADBIRAN
• Ahmad Sarji (1996): inovasi bukan sahaja meliputi aspek pengenalan idea-idea baru yang menyentuh keperluan teknologi seperti peralatan elektrik, bahkan juga merangkumi perubahan dalam proses, sistem, dan prosedur bagi meningkatkan keberkesanan sesuatu pekerjaan.
• Inovasi juga sesuatu idea baru hanya boleh diklasifikasikan sebagai inovasi apabila ia boleh dilaksanakan dan telah terbukti membawa kebaikan hasil daripada pelaksanaannya.
ISU-ISU SEMASA: INOVASI DALAM PENTADBIRAN
• Pengenalan Hadiah Inovasi adalah sebagai insentif bagi menggalakkan kakitangan awam untuk lebih berinovasi di dalam pekerjaan mereka demi meningkatkan keberkesanan organisasi (Ahmad Sarji, 1995)
• 4 kriteria:i. Mampu mengurangkan kos operasiii. Mestilah mampu menjimatkan masa iii. Mestilah boleh meningkatkan produktivitiiv. Mampu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan
ISU-ISU SEMASA: INOVASI DALAM PENTADBIRAN
• Sokongan ketua jabatan amatlah penting dalam menerapkan budaya ini di dalam pentadbiran awam.
• Organisasi perlu memberi kepercayaan kepada pekerja untuk menggunakan potensi mereka bagi mencipta idea-idea yang bermutu tinggi.
• Budaya ini juga memerlukan persekitaran kerja yang menekankan disiplin, di mana setiap pekerja perlu memahami matlamat organisasi dengan jelas
ISU-ISU SEMASA: MORAL DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
• Etika sering ditafsirkan sebagai suatu percubaan sistematik untuk menentukan peraturan-peraturan bagi mengawal tingkah laku manusia
• Fenomena ini kepada tiga perkara, iaitu gaji yang rendah, peluang yang besar untuk penyalahgunaan kuasa, dan peraturan yang longgar (Tasie, 1997)
ISU-ISU SEMASA: MORAL DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
• Perintah Am B, Pekeliling-pekeliling, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Perancangan Rasuah 1961
• Ahmad Sarji (1996) telah mencadangkan beberapa perkara sebagai panduan untuk kakitangan awam, iaitu:– Organisasi mempunyai satu kod peraturan yang jelas;– Mengadaka sesi penerangan bagi mewujudkan suasana
persekitaran kerja yang beretika;– Pemimpin sebagai role model;– Sentiasa mengawasi bidang-bidang pekerjaan yang sentiasa
yang terdedah kepada amalan rasuah dan tidak bermoral– Tegas dalam mengambil tindakan
ISU-ISU SEMASA: PERUBAHAN DEMOGRAFI PEKERJA (DIVERSITY)
• Demografi pekerja akan bertukar menjelang abad ke-21• Isu diskriminasi• Cross (1996): lima kesan utama akibat kegagalan
menguruskan persoalan diversiti dengan berkesan– Gagal memastikan pekerja-pekerja wanita dan minoriti yang
berpotensi tinggi kekal lama– Terdapat pertambahan rungutan dan tindakan undangundang
terhadap organisasi yang mengamalkan dasar Diskriminasi– Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang tegang– Mengalami penurunan dalam produktiviti akibat ingin
mengekalkan status quo– Mengurangkan keupayaan untuk merekrut calon-calon– minoriti yang sangat berbakat dan berkebolehan
ISU-ISU SEMASA: PERUBAHAN DEMOGRAFI PEKERJA (DIVERSITY)
• Bagi mengatasi masalah ini, Elsie telah mencadangkan 5 tindakan, iaitu:i. Dialog secara terbukaii. Merubah sistem pembahagian kuasa dan
autoriti yang berlandaskan penekanan status quo
iii. Bengkel dan seminariv. Merubah dasar-dasar dan amalan-amalanv. Mengambil kira keperluan dan kepentingan
pekerja wanita dan minoriti
Sistem Pengurusan Islam dan Barat: Suatu Perbandingan
• Mohd. Affandi (1990): 2 faktor utama kesan pengaruh pengurusan barat di dalam sistem pentadbiran awam negara, iaitu:i. Bentuk pemerintahan British yang pernah
menjajah negara sebelum kemerdekaanii. Pengaruh sistem pemerintahan bercorakkan
Amerika juga begitu kuat dalam pemerintahan negara
CABARAN PENTADBIRAN AWAM MENJELANGALAF BARU
• Globalisasi• Konsep Perkongsian Pintar• Akauntabiliti dan Rasuah• Ketelusan (Transparency)• Lain-lain?
TAMATBAB 7, 8, 9 DAN 10.
top related