gerakan islah

Post on 15-Jul-2015

164 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KUMPULAN 1 �

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN GERAKAN

ISLAH 1898

1.MENDAPAT TENTANGAN DARIPADA:

a) Masyarakat Umum Ahli-ahli sejarah komunis China menegaskan Gerakan Islah 1898

gagal kerana tidak mendapat sokongan orang ramai. Paul H.Clyde dan Burton F.Beers dalam buku mereka iaitu The Far

East menegaskan orang cina tidak mempunyai fahaman yang jelas serta keinginan untuk melaksanakan rancangan pembaharuan.

Mereka menentang Gerakan Islah 1898 kerana dipengaruhi oleh sentimen anti asing dan menganggap idea barat terlalu asing bagi mereka.

Mereka turut mendakwa bahawa tindakan meniru idea barat sebagai satu langkah penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah China serta menghancurkan Tamadun China .

b) ORANG MANCHU

Orang Manchu di bawah Maharani Dowager Tsu Hsi menentang Islah kerana menganggap ianya hanya menguntungkan orang cina dan bukannya orang Manchu .

Terdapat di kalangan orang Manchu yang menganggap Islah 1898 sebagai suatu percubaan untuk menggulingkan Dinasti Manchu.

Orang Manchu juga menentang kerana bimbang kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih lagi mereka tidak memahami rancangan pembaharuan serta perlaksanaannya.

Rancangan pembaharuan bertentangan dengan amalan mereka terutamanya yang berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan.

c)PEGAWAI SARJANA

Pegawai Sarjana yang dipengaruhi oleh fahaman Confucius menentang kerana sebab-sebab ideologi.

Mereka menganggap rancangan pembaharuan seperti kerajaan berperlembagaan terlalu asing di kaca mata prinsip politik dan kesusilan China.

Mereka turut bimbang kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih lagi kerana mereka tidak memahami rancangan pembaharuan serta perlaksanaannya.

2. KELEMAHAN PEMIMPIN Reformis-reformis dikatakan tidak mempunyai ketajaman

fikiran politik. Tindakan Kang Yu Wei menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk

menentang Maharani Dowager Tsu Hsi dianggap sebagai satu kesilapan kerana beliau sepatutnya mencari jalan untuk mendapatkan sokongan Maharani bagi menjayakan Gerakan Islah 1898.

Terdapat pemimpin China yang memahami tetapi tidak yakin ianya dapat dilaksanakan di China.

Kang Yu Wei yang berumur 40 tahun dan Liang Chih Chao yang berumur 25 tahun dianggap terlalu mentah dalam pentadbiran.

Pengetahuan mereka mengenai idea Barat tidak kukuh kerana mereka tidak pernah mendapat pendidikan barat secara formal atau melawat negeri Barat.

Pengetahuan mereka mengenai Barat hanya diperoleh melalui buku dan pergaulan mereka dengan orang Barat di negeri China dari lawatan mereka ke negeri Jepun.

3.KELEMAHAN EKONOMI

Pada akhir abad ke-19 , China mengalami kemelesetan ekonomi akibat peperangan dengan negeri jepun.

Gerakan Islah 1898 memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menampung bayaran ganti rugi,bencana alam,kemasukan barang barat dan sebagainya.

Peruntukan yang terhad sudah tentu dapat menjejaskan perlaksanaan rancangan pembaharuan tersebut.

4.PENYELEWENGAN

Pada mulanya, Yuan Shih Kai iaitu seorang panglima tentera memihak kepada Maharaja Kuang Hsu tetapi akibat hasutan,beliau telah berpaling tadah dan menyebelahi Maharani Dowager Tsu Hsi untuk menentang rancangan pembaharuan.

Yuan Shih Kai yang diarahkan oleh Maharaja Kuang Hsu untuk membunuh pembantu kanan Maharani iaitu Jung Lo dan menangkap Maharani sebaliknya berpaling tadah untuk menyebelahi Maharani dan seterusnya menangkap Maharaja Kuang Hsu.

5.TIDAK MENDAPAT SOKONGAN MAHARANI

Golongan reformis gagal mendapat sokongan Maharani dalam melaksanakan rancangan pembaharuan.

Sokongan Maharani penting bagi menjayakan Gerakan Islah 1898 kerana beliau amat berpengaruh dan mempunyai kekuatan ketenteraan.

Maharaja bukan sahaja tidak menyokong Gerakan Islah ini malah beliau mengambil langkah untuk menggagalkannya.

6.PENYEBARAN TIDAK MENYELURUH

Gerakan Islah 1898 hanya dilaksanakan di wilayah-wilayah tertentu dan bukannya di seluruh China.

Kebanyakan pemimpin wilayah hanya menerima cadangan-cadangan pembaharuan tetapi tidak melaksanakannya kecuali Gabenor wilayah Hunan iaitu Chan Po Chen .

7.PENANGKAPAN MAHARAJA KUANG HSU

Penangkapan Maharaja Kuang Hsu pada 21 september 1898 oleh Yuan Shih Kai atas arahan Maharani menjadi faktor menggagalkan Gerakan Islah 1898.

Maharaja Kuang Hsu dipaksa menyerahkan kuasa kepada Maharani .

Maharaja Kuang Hsu turut dipaksa untuk mengisytiharkan penarikan balik sokongan baginda kepada reformis.

8. KEHILANGAN REFORMISSelepas 21 september 1898 ,Islah telah kehilangan

ramai reformis kerana dipecat dari jawatan masing-masing ,dibunuh atau melarikan diri.

Chan Po Chen dan Weng Tung Ho telah dipecat dari jawatan mereka .

6 orang reformis telah dibunuh oleh Manchu iaitu Kang Kuan Jen, Tao Ssu Tung ,Yau Shen Shin,Lin Shun,Yang Jui dan Kuang Ti.

Maharaja Kuang Hsu dipenjara dan Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao melarikan diri ke Jepun.

9. IMPERIALISME BARAT Pada akhir abad ke-19 ,khususnya selepas kekalahan China di

tangan Jepun dalam Perang China-Jepun 1894-1895,kuasa-kuasa Barat telah menekan China untuk mendapatkan keistimewaan.

Mereka telah berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi di China sehingga ahli-ahli sejarah menganggap China sebagai tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan sesama kuasa Barat dan Jepun.

Sebagai contoh,Rusia menduduki Semenanjung Liaotung 1896,Jerman di Teluk Kiaocho1897,British di Wei Hai Wei 1898 dan Perancis di Teluk Kwangchow 1898.

Kuasa-kuasa Barat telah mendesak China untuk membenarkan mereka membina jalan keretapi di mana British meminta kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batuiaitu Perancis=420 batu, Rusia=1530 batu dan Belgium=650 batu.

• Kegagalan Islah 1898 menyebabkan kekuatan China tidak dapat dipulihkan dan China terus berada dalam

kelemahan. Walaupun Maharani menentang Islah 1898 tetapi beberapa cadangan dalam pembaharuan tersebut

telah dilaksanakan oleh Maharani. Sebagai contoh, penubuhan Universit i Imperial di Peking dan penubuhan

sekolah dan maktab yang mengutamakan pelajaran Barat dan China. Islah 1898 telah melahirkan 2 golongan dalam

masyarakat China iaitu golongan pro Manchu dan golongan anti Manchu. Golongan pro Manchu

memperjuangkan slogan “Lindungi Manchu dan Usir Barat”. Kegiatan mereka telah membawa kepada

berlakunya Pemberontakan Boxer 1898-1900. Manakala golongan anti Manchu membawa kepada kelahiran

gerakan revolusioner di bawah Sun Yat Sen yang berjaya menggulingkan Dinasti Manchu dalam Revolusi Oktober

1911.

top related