geografi ting.5 bab 3 (fungsi an

Post on 26-Jun-2015

501 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

FUNGSI PETEMPATAN

JENIS PETEMPATAN● Petempatan ialah kawasan tempat tinggal manusia● Terdapat dua jenis petempatan iaitu;

-petempatan kekal-petempatan sementara

● Petempatan sementara ialah kawasan kediaman untuk jangka pendek seperti petempatan pekerja balak dan petempatan orang asli

● Petempatan kekal ialah kawasan kediaman yang tetap untuk suatu jangka masa yang panjang

PETEMPATAN LUAR BANDAR● Petempatan luar bandar merujuk kepada

kawasan petempatan yang mempunyai ciri-ciri ekonomi yang berasaskan pertanian

● Fungsi petempatan luar bandar boleh dibahagikan kepada fungsi ekonomi,sosial,dan governan

FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR● Ekonomi

-Dari segi ekonomi,petempatan luar bandar berfungsi sebagai pusat mengumpul dan memproses hasil pertanian dan perikanan

● Sosial-Dari segi sosial,petempatan luar bandar menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan sosial seperti kemudahan air bersih,elektrik,dll

● Governan-Dari segi governan,petempatan luar bandar menyediakan perkhidmatan kerajaan,mungkin terdapat ketua kampung sebagai perantaraan antara penduduk dengan kerajaan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN DAN TABURAN PETEMPATAN LUAR

BANDAR● Fizikal

-Bentuk muka bumi seperti tanah pamah rata,pinggir pantai,dan tanah tinggi

● Ekonomi-Terdapat kegiatan pertanian dan pusat perlancongan

● Sosial-Biasanya terletak di tepi sungai.-Air sungai juga digunakan untuk pengairan kawasan pertanian selain di jadikan jalan pengangkutan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLETAKAN DAN TABURAN PETEMPATAN LUAR

BANDAR● Governan

-Pembukaan tanah rancangan-Rancangan pembangunan luar bandar yang di anjurkan kerajaan menggalakkan pertumbuhan petempatan luar bandar.Rancangan ini menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya dan bekalan air

PETEMPATAN BANDAR● Petempatan bandar merujuk kepada petempatan

yang mempunyai ciri-ciri moden dari segi guna tanah,kegiatan ekonomi,kemudahan sosial dan infrastruktur,serta cara hidup penduduk.

● Di Malaysia status bandar tercapai apabila suatu kawasan petempatan itu mempunyai penduduk melebihi 10 000 orang.

FUNGSI PETEMPATAN BANDAR● Setiap bandar mempunyai fungsi masing-masing● Fungsi sesuatu petempatan bandar dapat di kenal

pasti berdasarkan peranan utamanya dari segi ekonomi,sosial,dan governan.

FUNGSI PETEMPATAN BANDAR● Ekonomi

-Pembangunan petempatan bandar lazimnya diikuti oleh perkembangan sektor ekonomi bandar berkenaan.

-Antara fungsi petempatan bandar dari segi ekonomi adalah sebagai bandar perindustrian,bandar pelabuhan.bandar perlombongan,bandar pelancongan dan bandar teknologi maklumat

1.Bandar Perindustrian

-Banyak kegiatan industri dijalankan seperti kilang plastik dal sebagainya

-Contoh bandar seperti Petaling Jaya Dan Nilai

2.Bandar Pelabuhan

-Berfungsi sebagai tempat yang menggalakkan kegiatan perniagaan dan perdagangan

-Contoh bandar seperti Klang,Kuantan,dan Kuching

3.Bandar perlombongan

-Bandar perlombongan wujud akibat kegiatan perlombingan yang dijalankan secara giat.

-Contoh bandar seperti Kertih dan Bintulu

4.Bandar Pelancongan

-Terkenal dengan aktiviti pelancongan.Bandar ini menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar.

-Contoh bandar seperti Port Dickson,Genting Highland,dan Melaka

5.Bandar Teknologi Maklumat

-Berfungsi untuk mengembangkan penggunaan teknologi maklumat dan telemunikasi (ICT) di kalangan penduduk

Contoh bandar seperti Cyberjaya.

FUNGSI PETEMPATAN BANDAR● Sosial

-Sesetengah petempatan bandar menyediakan perkhidmatan.

-Bandar pendidikan,bandar satelit dan bandar di raja memberi perkhidmatan sosial yang penting kepada penduduk.

1.Bandar Pendidikan

-Menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan khususnya institusi pengajian tinggi kepada penduduk

-Banyak peluang pekerjaan wujud di kawasan ini seperti pensyarah,tutor dan penyelidik

-Contoh bandar seperti Tanjung Malim

2.Bandar Satelit

-Berfungsi sebagai kawasan sokongan kepada bandar induk.

-Pembangunan yang pesat di bandar induk menyebabkan perebakan pembangunan ekonomi khususnya kegiatan perindustrian ke bandar satelit.

-Contoh bandar seperti Petaling Jaya,Ayer Keroh dan Senawang

3.bandar Diraja

-Bandar diraja menempatkan tempat kediaman rasmi bagi sultan atau kerabat diraja.

-Upacara dan adat istiadat rasmi diraja di jalankan di sini

-Contoh bandar seperti Kuala Kangsar(Perak),Klang(Selangor)dan Pekan(Pahang)

FUNGSI PETEMPATAN BANDAR● Governan

-Fungsi sesuatu bandar juga berkait rapat dengan polisi kerajaan.

-Pembinaan pejabat kerajaan dan penempatan agensi kerajaan di sesuatu kawasan membolehkan bandar berkenaan berperanan sebagai bandar pentadbiran,bandar pertahanan dan bandar sempadan

1.Bandar Pentadbiran

-Berfungsi sebagai ibu negara atau ibu negeri.

-Contoh bandar seperti Putrajaya,Kota Kinabalu,dan Kuching

2.Bandar Pertahanan

-Berfungsi sebagai pangkalan angkatan tentera.

-Penempatan pangkalan tentera mempengaruhi perkembangan bandar berkenaan

-Contoh bandar seperti Port Dickson,Lumut,dan Butterworth

3.Bandar Sempadan

-Berfungsi sebagai jalan keluar dan jalan masuk antara negara kita dengan negara jiran.

-Perkhidmatan imigresen terdapat di bandar sempadan bagi memastikan pelawat mempunyai dokumen perjalanan yang sah

Contoh bandar seperti Padang(Perlis),Johor Bahru(Johor) dan Tebedu(Sarawak)

FAKTOR MEMPENGARUHI PELETAKAN DAN TABURAN PETEMPATAN BANDAR

● Faktor-faktor yang mempengaruhi peletakan sesuatu petempatan bandar ialah fizikal,ekonomi,sosial,dan governan.1.Fizikal

-Petempatan bandar tertumpu di dataran aluvium dan pinggir laut.

2.Ekonomi

-Beberapa bandar di Malaysia berkembang kerana terdapatnya sumber semulajadi.

3.Sosial

-Petempatan bandar biasanya berkembang di pertemuan antara dua jalan perhubungan.

-Pembinaan lebuh raya di Malaysia memajukan kawasan terpencil yang dilalui oleh lebuh raya berkenaan.

4.Governan

-Keputusan pihak berkuasa memindahkan pusat pentadbiran ke tempat yang baru mewujudkan suatu petempatan bandar terancang seperti Putrajaya.

● Pusat pentadbiran ini dilengkapi dengan kemudahan perumahan dan infrastruktur.

SALING BERGANTUNG ANTARA LUAR BANDAR DENGAN BANDAR

● Bandar bergantung kepada luar bandar untuk memperoleh makanan dan bahan mentah untuk perindustrian dan perdagangan.

● Bandar merupakan pasaran bagi hasil pertanian dan penternakan dari luar bandar.

● Bandar menyediakan banyak kemudahan untuk penduduk luar bandar.Peluang pendidikan tinggi terdapat di bandar seperti bandar Baru Bangi dan Tanjung Malim.

● Bandar yang yang mempunyai perkhidmatan perubatan moden membolehkan kemudahan kesihatan yang lebih baik disediakan untuk penduduk luar bandar.

● Bandar menjalankan fungsi pentadbiran untuk penduduk luar bandar

SALING BERGANTUNG ANTARA BANDAR DENGAN BANDAR

● Sesebuah bandar tidak dapat menyediakan semua barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduknya.Oleh itu,wujud saling bergantung antara sebuah bandar dengan bandar yang lain

● Petaling Jaya berfungsi sebagai bandar satelit kepada Kuala Lumpur dengan menyediakan lebih banyak tapak perindustrian dan petempatan untuk menampung keperluan bandar induk

PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN PETEMPATAN LUAR BANDAR KEPADA PETEMPATAN BANDAR

● Setiap petempatan mengalami perubahan dari kawasan kecil kepada kawasan yang lebih luas.

● Pertambahan penduduk di kawasan petempatan luar bandar menyebabkan kawasan berkenaan berubah menjadi bandar.

● Sebagai contoh ialah Kuala Lumpur dahulunya ialah sebuah petempatan perlombongan yang berkembang menjadi bandar kecil dan berkembang menjadi ibu negeri negeri Selangor dan kini menjadi ibu negara Malaysia.

Sekian Terima KasihSekian Terima Kasih

top related