geografi ting 1
Post on 29-Jan-2016
164 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
GEOGRAFI TING 1
UNIT 5: PETA
KEMAHIRAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1
UNIT 5: PETA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran murid dapat :
Mengenal pasti ciri fizikal dan budaya berdasarkan simbol dalam peta lakar.
Menyatakan kedudukan, arah, dan jarak ciri gegrafi yang diperhatikan.
Mengaplikasikan simbol yang mewakili ciri fizikal dan budaya ke dalam peta lakar.
Mentafsir peta lakar.
TAHUKAH ANDA APA ITU PETA?
PETA
Gambaran atau lukisan tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
Digunakan bagi melihat taburan ciri fizikal dan budaya sesuatu kawasan.
Simbol digunakan bagi mewakili ciri geografi bagi merekod maklumat dalam sesebuah peta.
PETA
DILAMBANGKAN OLEH
• Simbol• singkatan • warna
CIRI FIZIKAL
• Bentuk muka bumi• Saliran • tumbuh-tumbuhan semula jadi
CIRI BUDAYA
• Perhubungan dan pengangkutan• Kegiatan ekonomi• Petempatan
MELUKIS PETA
MENTAFSIR PETA• Saling kaitan antara ciri fizikal dengan ciri budaya
SIFAT PETA YANG LENGKAP
Tajuk Skala Petunjuk Mata angin
SIMBOL FIZIKAL Mewakili ciri-ciri semula jadi Contohnya bentuk muka bumi, saliran, dan
tumbuh-tumbuhan semulajadi.
SAMBUNGAN…
SIMBOL BUDAYA Mewakili ciri-ciri buatan manusia. Contohnya petempatan, tanaman,
perhubungan, perindustrian, dan perlombongan.
SAMBUNGAN…
SINGKATAN Singkatan digunakan untuk menunjukkan
lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahahn awam lain yang terdapat dalam peta.
Contoh :
Sek. = Sekolah T.A. = Tali air W.P. = Wakil Pos Pdg. = Padang B.P. = Balai Polis Kg. = Kampung P.D. = Pejabat
Daerah Pt. = ParitBt. = Bukit
Kb. = Perkuburan K. = Kuala Ldg. = LadangP.P. = Pejabat Pos Tg. = TanjungR.R. = Rumah RehatW.P. = Wakil PosHosp. = HospitalG. = Gunung
WARNA Warna digunakan juga untuk menunjukkan
ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat. Contoh:
Jalan raya = Merah
Tanah tinggi = Oren/ Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Petempatan = Hitam
PETA LAKAR
MELUKIS PETA LAKARLangkah-langkah melukis peta lakar: Lukiskan sebuah peta rangka kawasan. Pilih simbol yang sesuai bagi
melambangkan ciri geografi. Lukiskan ciri geografi dengan
menggunakan simbol, warna dan singkatan yang sesuai.
Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta dan tajuk.
MENTAFSIR PETA LAKARLangkah-langkah mentafsir peta: Perhatikan tajuk peta. Perhatikan penunjuk arah mata angin. Perhatikan petunjuk peta. Perhatikan skala. Kenal pasti ciri fizikal dan ciri budaya. Tafsir saling kaitan antara ciri fizikal
dengan ciri budaya.
SEKIAN TERIMA KASIH
SILA BUAT LATIHAN DI
RUMAH
top related