garis panorama (satera melayu moden)

Post on 30-Jun-2015

808 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN 922/2 CERPEN : GARIS PANORAMA KARYA : JAIS SAHOK

DISEDIAKAN OLEH : > NORATIKAH BINTI JAMBRI > MOHR RIDHWAN BIN MD.DIN

JAIS SAHOK

JAIS SAHOK dilahirkan di Lundu pada 14 November 1959. Lulus STPM pada tahun 1978 dan kemudian mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang pada tahun 1980-1981. Pada tahun 1985-1988, Jais melanjutkan pelajaran di UPM sehingga memperoleh Ijazah Bacelor Pendidikan. Jais menulis dalam pelbagai genre – cerpen, novel, skrip drama, puisi serta esei kritikan dan telah banyak kali memenangi peraduan menulis serta menerima hadiah/anugerah penulisan (dalam hampir kesemua genre) baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan seperti Hadiah Cerpen Esso-Gapena, Hadiah Cerpen DBP-Malayan Banking, Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak (HPPS) dan Hadiah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak. Sehingga kini, Jais sudah menghasilkjan lebih sepuluh novel dan empat buah kumpulan cerpen persendirian di samping banyak lagi tulisan yang disiarkan/diterbitkan secara eceran ataupun secara bersama dengan tulisan penulis-penulis lain.

Dak-Joh terkejut dan marah apabila Ongkat memberitahu bahawa sederet kedai akan dibina di Kampung Sebiris. Walaupun Dak-Joh bukan berasal dari Sebiris, tetapi dia sudah sebati dengan kampung itu. Khidmat bomohnya sangat-sansat diperlukan di Kampung Sebiris. Dak-Joh tidak setuju kawasan perkuburan kampung itu hendak dibangunkan. Ketika Dak-Joh dan Ongkat ke rumah ketua untuk bermesyuarat, majlis sudah berlangsung. Ketua sudah bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Hamdan. Dak-Joh menyuarakan pendapatnya walaupun ramai sudah bersetuju. Dak-Joh tidak setuju tanah perkuburan itu dibina dengan deretan rumah kedai. Terjadi kekecohan kerana Dak-Joh menerkam Yang Berhormat Hamdan tetapi disabarkan oleh Ongkat. Yang Berhormat Hamdan terpaksa mengeluarkan pistol. Dak-Joh meninggalkan rumah ketua.

TEMA PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN HAK

☻Dak-Joh berani mempertahankan tanah perkuburan di Kampung Sebiris daripada dijadikan tapak deretan kedai.

PERSOALAN PEMBANGUNAN☻Pembangunan cuba diserapkan di Kampung Sebiris oleh

pihak yang bertanggungjawab. Akan tetapi, pembangunan

ini dikatakan tidak kena pada tempatnya.

PENGARUH KUASA DAN BENDA☻Yang Berhormat Hamdan dan orang-orangnya datang ke

ru,ah ketua dengan membawa pelbagai jenis makanan. Hal ini dapat melembutkan hati penduduk kampung.

KEKUATAN MENGATASI KELEMAHAN ☻Sebagai seorang tua, Dak-Joh tidak boleh

berbuat apa-apa apabila Yang Berhormat Hamdan mengeluarkan dan mengavcu pistol ke arahnya.

KESETIAAN SEORANG SUAMI☻Dak-Joh setia kepada isterinya kerana dia

tidak berkahwin lagi walaupun disuruh berkali-kali oleh penduduk kampung.

NILAI (KEMANUSIAAN)

KEBERANIAN☻Keberanian Dak-Joh yang cuba mempertahan

tanah perkuburan daripada dijadikan tempat pembinaan deretan kedai.

TANGGUNGJAWA☻Tanggungjawab wakil rakyat memajukan

kampung atau kawasan yang dijaganya.

NILAI (KEMASYARAKATAN)

MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN PERMUAFAKATAN

☻Ketua mengumpul orang kampung apabila Yang Berhormat Hamdan ingin membincangkan masalah tanah perkuburan yang ingin didirikan deretan kedai di situ.

MASYARAKAT YANG MENCINTAI HAK☻Dak-Joh mempertahankan tanah perkuburan yang

dianggap suci bagi kaum mereka.

MESEJ KEPENYINGAN MENGHORMATI

TANAH PERKUBURAN

☻Membawa mesej tentang pentingnya menghormati tanah perkuburan kerana ia adalah kawasan suci atau mulia.

JANGAN MENINDAS ORANG BAWAHAN

☻Orang atasan tidak semestinya memandang rendah dan menindas orang bawahan yang lemah.

JANGAN MENGGUNAKAN KEKERASAN☻Kita tidak semestinya menggunakan kekerasan

untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

LATAR TEMPAT RUMAH KETUA☻Tempat diadakan mesyuarat antara Yang Berhormat

Hamdan dengan penduduk Kampung Sebiris. Di sinilah Dak-Joh memberontak tetapi dapat disabarkan oleh Ongkat.

RUMAH DAK-JOH☻Perbualan antara Dak-Joh dengan Ongkat mengenai

deretan kedai yang hendak dibina di Kampung Sebiris dan kemungkinan akan menggunakan kawasan perkuburan.

DI KEBUN LADA☻Ongkat mula memberitahu Dak-Joh tentang berita

yang diketahuinya, iaitu sederetan kedai akan dibina di kampung itu.

KAMPUNG SEBIRIS☻Tempat utama berlakunya cerita ini. Terdapat

sekolah rendah, tanah perkuburan dan warung kepunyaan lelaki Cina. Penduduk kampung ini dihuni oleh kaum Dayak.

LATAR MASA ☻Cerpen ini mengambil jarak masa selama

tujuh hari. Ia bermula dengan penjelasan Ongkat kepada Dak-Joh mengenai sederet rumah kedai yang hendak didirikan di Kampung Sebiris. Tujuh hari selepas itu, mesyuarat diadakan di rumah ketua . Mesyuarat tersebut telah berakhir dengan kekecohan antara Yang Berhormat Hamdan dengan Dak-Joh.

LATAR MASYARAKAT

KATEGORI ☻Menapilkan masyarakat kampung,

iaitu Kampung Sebiris. Memfokuskan pelbagai jenis pekerjaan seperti ketua, Yang Berhormat, bomoh, dan sebagainya.

GOLONGAN ☻Memfokuskan masyarakat Dayak di Malaysia

Timur.

CORAK HIDUP☻Corak hidupnya adalah bermuafakat dalam

menentukan sebarang keputusan. Contohnya, diadakan mesyuarat di rumah ketua untuk membincangkan tentang pembinaan sederet rumah kedai di tanah perkuburan.

SASPEN☻Pembaca tertanya-tanya adakah tanah

perkuburan itu akan diambil dan didirikan kedai seperti yang dirancang.

☻Pembaca juga tetanya-tanya apakah tindakan Dak-Joh apabila bermesyuarat di rumah ketua.

KONFLIK☻Konflik dalaman Dak-Joh apabila Ongkat memberitahu

bahawa tanah perkuburan di Kampung Sebiris akan dibangunkan dengan deretan kedai.

☻Konflik antara Dak-Joh dengan Yang Berhormat Hamdan apabila Dak-Joh tidak bersetuju dengan pengambilan tanah kubur itu untuk dibangunkan deretan kedai.

DAK JOH ☻Watak utama. Berusia lebih 70 tahun.

Sudah kematian isteri. Mempunyai tiga orang anak yang sudah berkahwin. Berasal dari Pueh tetapi membesar dan berkahwin di Tembaga. Dikenali sebagai seorang bomoh, tetapi masih ke huma, sawah dan kebun. Tenaganya masih kuat dan pergerakannya masih lincah.

PERWATAKAN

YANG BERHORMAT HAMDAN

☻Wakil rakyat yang dihormati dan disegani oleh penduduk kampung.

PERWATAKAN

SIMILE,PENGULANGAN DAN PERSONAFIKASI

SIMILE☻…muka Ongkat tidak ubah macam muka anjing

(m/s 76:baris 10)

☻Perdu pohon ara yang besar itu akan memancarkan pelita atau dian itu bagaikan mata hantu.

(m/s 80:baris 19)

PENGULANGAN

☻ Setiap kali dia turun mandi, hari hujan panas.

Setiap kali dia berak di tepian mandi itu, setiap kali hujan panas, setiap kali itu juga dia didatangi “teman” nya.

(m/s77:baris 4)

PERSONAFIKASI

☻Dia mati di kampung itu bermaksud tanah perkuburan di seberang kawasan sekolah rendah itu akan menelan batang tubuhnya.

(m/s80:baris 10)

DIALOG

☻Perbualan antaraDak-Joh dengan Ongkat mengenai kawasan tanah perkuburan di Kampung Sebiris yang hendak dibangunkan.

(m/s81:baris 14)

IMBAS KEMBALI☻Dak-Joh teringat akan peristiwa dia mendapat mimpi kemudian

berjaya menjadi seorang bomoh. Dia juga teringat peristiwa pertapakannya di Kampung Sebiris.

(m/s76:baris 27)

IMBAS MUKA☻Dak-Joh membayangkan bahawa dia akan menentang jika

tanah perkuburan di Kampung Sebiris hendak diambil dan dijadikan tapak kedai.

(m/s81:baris 30)

PEMERIAN

☻Pengarang menggunakan teknik ini untuk menceritakan asal usul Dak-Joh hinggalah Dak-Joh menetap di Kampung Sebiris.

(m/s76:baris 16)

SUDUT PAANDANGAN ORANG KETIGA

☻Pengarang menggunakan sudut pandangan jenis ini tanpa masuk campur dalam memberi pendapat dan sebagainya.

☻Pengarang bebas menceritakan tentang latar dan watak dan mengubah dari satu latar dan watak kepada latar dan watak lain. Contohnya, pengarang mengalih pandangannya dari watak Yang Berhormat Hamdan kepada watak Dak-Joh.

☻Pengarang turut menyelami perasaan watak terutama watak Dak-Joh.

SOALAN

1) Berdasarkan Cerpen Garis Panorama, huraikan empat persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. (8m)

2) Analisiskan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang melalui cerpen “Garis Panorama” (9m)

3) Berikan beberapa mesej yang terkandung di dalam cerpen dan jelaskan (8m)

top related