education dm for patient

Post on 14-Apr-2017

261 Views

Category:

Healthcare

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DIABETES

Disediakan oleh:Pen. Pegawai perubatan ZulhilmiUnit DiabetesKlinik Kesihatan Merotai Besar

APAKAH ITU DIABETES?

Diabetes adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi

Ini disebabkan berlakunya kekurangan insulin atau fungsi terjejas atau kedua-duanya sekali

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah.

BAGAIMANA DIABETES BERLAKU? Pada keadaan normal, makanan yang dimakan akan

ditukarkan ke dalam bentuk gula iaitu glukosa. Gula ini akan diserapkan kedalam darah. Insulin akan membantu menggunakan glukosa ini sebagai sumber tenaga.

Apabila berlaku kekurangan insulin, paras gula dalam darah akan meningkat. Keadaan ini di panggil diabetes.

Orang normal

Pesakit diabetes

JENIS-JENIS DIABETES? Terdapat 2 jenis utama diabetes:1. Diabetes yang bergantung pada

insulin Selalu terjadi dikalangan kanak-kanak

atau remaja Disebabkan kekurangan insulin

+Hanya boleh dikawal dengan suntikaninsulin, kawalan pemakanan dan senaman+Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes

JENIS-JENIS DIABETES2. Diabetes tanpa bergantung pada

insulin Selalunya berlaku di kalangan orang

dewasa (40 tahun dan keatas) dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan

Disebabkan kekurangan insulin atau insulin yang di keluarkan kurang berkesan

Biasanya boleh di kawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan senaman dan ubat

Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes

JENIS-JENIS DIABETES

APAKAH FAKTOR RISIKO DIABETES? Siapa sahaja boleh mendapatkan

daibetes tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat diabetes terutama mereka yang mempunyai beberapa faktor risiko yang meningkatkan peluang mereka kepada penyakit tersebut.

1). Berat badan yang berlebihan2). Tidak aktif secara fizikal3). Mengamalkan pemakanan tidak sihat4). Sejarah keluarga yang mengidap

diabetes5). Faktor-faktor lain

TANDA DAN GEJALA DIABETES? Apakah gejala diabetes?1. Kerap kencing2. Kerap dahaga3. Kehilanga berat badan yang mendadak4. Terasa letih dan lesu5. Mudah terkena jangkitan kulit6. Luka yang lambat sembuh7. Gatal-gatal terutama di bahgian kemaluan Jika anda mempunyai gejala-gejala inisegerala membuat pemeriksaan segeraTetapi INGAT tidak semua pengidap pesakitdiabetes mempunyai gejala-gejala ini

AKIBAT BURUK (KOMPLIKASI) DIABETES Apakah akibat buruk penyakit diabetes?Paras glukosa darah yang tinggi yang

tidak dirawat atau dikawal akan mengakibatkan gejala yang lebih buruk dan serius

Mereka biasanyahilang deria rasa terutamanya di tangan dan kaki atau kecederaan yang berlaku tidak diketahui. Luka-luka ini lambat sembuh.

Paras glukosa tinggi yang berterusan memburukkan lagi keadaan dengan merosakkan pembuluh darah dalam badan

KOMPLIKASI DIABETES Gangrin Kebutaan Penyakit buah pinggang Serangan jantung Tekanan darah tinggi Angin Ahmar Koma atau tidak sedarkan diri Penyakit saraf

APAKAH DIABETES BOLEH DISEMBUHKAN? Diabetes tidak boleh disembuhkan,

tetapi boleh dikawal. Untuk mengawal diabetes, paras glukosa dalam darah hendaklah berada pada paras yang biasa (normal). Berikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut:-

1) makan secara sihat 2) Makan ubat ikut arahan doktor 3) Mengekalkan berat badan unggul 4) Bersenam selalu 5) Elakkan jangkitan

BOLEHKAH DIABETES DICEGAH? Diabetes terutama diabetes Jenis 2

biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan:-

1) Mempunyai berat badan yang unggul2) Makan makanan yang sihat3) Bersenam selalu

PEMAKANAN PESAKIT DIABETIC

CEGAH DIABETES

LANGKAH BIJAK MENGAWAL DIABETES? Jika anda seorang pengidap diabetes,

matlamat anda ialah mengawal diabetes dengan berkesan dan mengelakkan komplikasi

1. Sokongan keluarga (libatkan ahli keluarga dalam mengawal diabetes anda

2. Rawatan (patuhi nasihat pakar dalam diabetes

3. Pendidikan diabetes4. Sokongan rakan

SEKIAN TERIMA KASIH

top related