edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran · reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga...
Post on 19-Jul-2019
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1
BAB 5: ASAS GRAFIK
5.0 Pengenalan
“Sebuah gambar membawa seribu perkataan”. Pernyataan ini menggambarkan bahawa
bahan visual boleh dijadikan sumber pengajaran yang menarik dan berkesan.
Kebenaran dan kejayaan pernyataan ini bergantung kepada cara reka bentuk dan daya
kreativiti pada bahan tersebut. Bahan yang berkesan akan mendorong interaksi yang
aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar.
Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek “graphikos” bermaksud lukisan. Grafik
ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia merupakan kombinasi gambar,
lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, dan lakaran yang dijadikan satu
media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya. Pada aspek
praktikal, grafik mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui satu
kombinasi lukisan, lakaran, lambang, contengan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik
membawa kepada kejelasan persepsi, kekuatan bahan gambaran dan persembahan
yang berkesan. Oleh yang demikian wajar bagi seorang guru mempraktikkan prinsip-
prinsip pengetahuan asas grafik sebagai panduan agar dapat menghasilkan satu-satu
bahan pengajaran yang mudah menepati objektif pengajaran, dan bersistematik.
5.1 Prinsip Grafik
Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik
supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat
sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu
seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik.
Antara prinsip grafik yang akan dibincangkan ialah kontras, seimbang, mudah,
kehampiran, penegasan, dan pengulangan.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2
5.1.1 Kontras (Contrast)
Kontras terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya
lebih besarlah kontrasnya. Idea utama kontras adalah menjadikan perbezaan-
perbezaan itu nampak ketara. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi.
Contoh, kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar dan,
warna sejuk dengan warna hangat. Ia adalah salah satu daripada cara yang paling
berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.
5.1.2 Seimbang (Alignment)
Kesimbangan merupakan susunatur elemen-elemen grafik dalam bentuk gubahan yang
baik dan elok dipandang. Ia mengikut kecenderungan seseorang dan tidak ada prinsip
yang mengatakan reka bentuk seimbang formal lebih baik daripada imbangan tidak
formal atau sebaliknya.
Seimbang formal menunjukkan pembahagian yang sama antara dua bahagian visual,
sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Ia bagaikan satu timbangan
yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal
pula mempunyai bebanan yang sama di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah
tetapi tidak semestinya serupa pembahagian dari segi bentuk atau kedudukannya.
Biasanya ia lebih dinamik dan mendapat lebih perhatian.
Rajah 5.1 : Kontras
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3
a. formal b. tidak formal
5.1.3 Mudah (Simplicity)
Prinsip mudahmengehadkan idea pada satu reka bentuk untuk memungkinkan
kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan
satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
Contoh, bilangan perkataan dalam satu visual tayangan perlu dihadkan kepada 15 atau
20 patah perkataan sahaja supaya konsep yang hendak dipaparkan ringkas, mudah
dan dapat merangsangkan pemikiran.
5.1.4 Kehampiran (Proximity)
Kehampiran merupakan elemen yang berkaitan bersama dikumpulkansupaya
berdekatan dan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah.Elemen-elemen yang
digunakan haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan.
Rajah 5.2 : Seimbang
Rajah 5.3: Prinsip Mudah
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
4
Mereka perlu saling melengkapi antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea
dasar yang disampaikan. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan anak panah,
garisan, bentuk, warna, tekstur dan ruang.
a. anak panah b. bentuk c. tekstur
5.1.5 Penegasan (Emphasis)
Penegasan diberikan untuk menjadikan sesuatu idea tumpuan minat dan fokus utama.
Penggunaan bentuk, warna, bentuk, garisan, hubungan dan perspektif dapat
menegaskan idea agar dapat dilihat dan difokus.
a. bentuk b. warna c. perspektif
Rajah 5.5 : Penegasan
5.1.6 Pengulangan (Repetition)
Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat
tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, gariskasar,
bulletyang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan
sebagainya.
Surat
berkuatkuasa
mulai
September
Rajah 5.4 : Penyatuan
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
5
Rajah 5.6 : Pengulangan
Latihan
Cuba lihat beberapa poster pilihan anda. Jelaskan prinsip grafik yang digunakan dan
mengapa ia digunakan.
5.2 Reka Bentuk Visual
Reka bentuk visual dibahagikan kepada tiga komponen iaitu elemen, pola/corak dan
susunatur.
5.2.1 Elemen
Elemen merujuk kepada pemilihan dan pengawalan elemen visual ke dalam bentuk
rajah visual. Elemen wujud dalam bentuk visual, lisan atau daya tarikan.
Elemen Visual boleh dihuraikan dalam 3 jenis bentuk iaitu:
i. Realistik – merujuk kepada penyelidikan ke atas objek sebenar.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
6
ii. Analogi – memaparkan konsep atau topik berkaitan sesuatu objek dengan
memaparkan kaedah hubungan di antara objek dengan konsep atau topik
tersebut.
iii. Organisasi – memaparkan hubungan di antara kandungan dan konsep dalam
elemen teks seperti carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.
Elemen lisan
Kebanyakan paparan visual dimantapkan maksudnya dengan menyatukan perkataan
atau ayat sebagai tambahan kepada visual. Penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain
perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam
menilai paparan ini untuk pengajaran, penggunaan huruf perlu diberi pertimbangan dari
aspek-aspek berikut:
i. Stail huruf – stail yang mudah dapat membantu dalam mewujudkan
konsistensi dan kesan harmoni dalam elemen visual. Contoh, huruf Roman
memudahkan pembacaan walaupun dilihat secara sepintas lalu, Helvetica
sesuai untuk paparan visual dan Palatino untuk teks bercetak.
ii. Bilangan stail huruf – digalakkan jangan melebihi tiga stail untuk kelihatan
menarik.
iii. Huruf besar dan huruf kecil – wajar menggunakan huruf besar pada tajuk dan
huruf kecil dalam sub-tajuk dan caption.
iv. Warna huruf – kemudahan dibaca bergantung kepada kontras antara warna
huruf dan warna latar belakang supaya menyumbang kepada mesej yang
hendak disampaikan.
v. Saiz huruf – berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan adalah
berdasarkan kepada kebolehan ianya dibaca dalam satu jarak tertentu
vi. Jarak antara huruf – dijarakkan dalam keadaan yang seimbang, tidak terlalu
jauh dan tidak terlalu rapat berdasarkan kepada penglihatan.
vii. Jarak antara baris – sama prinsip dengan jarak antara huruf di mana jika baris
yang terlalu rapat akan melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala yang terlalu
jarak menghilangkan rasa kepunyaan.
Elemen Daya Tarikan
Visual yang menarik akan mengekalkan perhatian dan minat. Contoh, permukaan 2D
atau 3D, kombinasi warna yang menarik, susunan teks yang kemas dan, bilangan objek
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
7
yang tidak keterlaluan atau terlalu kurang. Komposisi visual ini dipengaruhi oleh
elemen-elemen asas yang digunakan seperti berikut:
i. Ruang – digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara
elemen-elemen yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan
terancang.
Rajah 5.7 : Ruang
ii. Garisan – digunakan untuk menghubungkan elemen visual dan untuk
mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.
Rajah 5.8 : Pelbagai Garisan
iii. Permukaan – digunakan untuk memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat
di atasnya.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
8
Rajah 5.9 : Jenis Tekstur
iv. Bentuk – digunakan untuk menunjukkan dimensi.
Rajah 5.10 : Bentuk 2 Dimensi
Rajah 5.11 : Bentuk 3 Dimensi
v. Warna – digunakan untuk untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan
visual.
Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana
dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan
mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana,
kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka warna-warna ini biasanya
digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
9
Warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan
hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuh-
tumbuhan. Warna-warna ini memberikan kesan pasif dan melahirkan
ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi
lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.
Rajah 5.12 : Skema Warna
5.2.2 Pola/Corak
Pola/corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat menarik dan mengekalkan
perhatian seseorang untuk melihat maksud yang terkandung dalam visual.
Rajah 5.13 : Pola/Corak
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
10
5.2.3 Susunatur
Susunatur elemen rekaan visual mengambil kira aspek-aspek prinsip grafik untuk
menghasilkan karya yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen
dan prinsip grafik yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks itu dapat
mengarahkan pandangan kepada maklumat yang penting. Susunatur ini dapat
diperhatikan dalam paparan visual yang mengamalkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of
Thirds). Ia menunjukkan bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual dengan
menumpu perhatian lebih di sudut atas kiri sesuatu paparan. Oleh itu, perkara yang
utama perlu dipaparkan di bahagian ini. Contoh-contoh tersebut ditunjukkan pada Rajah
5.14.
Rajah 5.14 : Peraturan Satu Pertiga
5.3 Peralatan Penghasilan Grafik
Imej grafik merupakan suatu hasil konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu idea
yang abstrak memerlukan peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan peralatan
dengan cekap membolehkan maklumat yang ingin disampaikan dipaparkan dengan
tepat dan jelas. Bagi grafik berkomputer, peralatan yang digunakan ialah perkakasan
asas sistem komputer, tablet grafik, pengimbas imej, pencetak dan pemplot. Di samping
itu, peralatan lain seperti kamera digital juga merupakan peralatan yang biasa
digunakan untuk menghasilkan grafik. Penggunaan aplikasi berkomputer
memungkinkan kesan dilihat daripada reka letak (layout) atau perubahan tipografi tanpa
menggunakan pen dan dakwat berwarna-warni atau untuk mensimulasikan kesan
daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak ruang.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
11
a. Pengimbas imej
b. Kamera digital
Rajah 5.15 : Peralatan Penghasilan Grafik
RUMUSAN
Tajuk ini telah membincangkan aspek-aspek asas dalam grafik dan reka bentuk visual.
Dengan ini adalah diharapkan anda dapat menghasilkan pelbagai jenis bahan
pembelajaran dan pengajaran dengan memuatkan pelbagai jenis penampilan grafik
yang berkualiti dan berkesan kepada murid.
Amali Dengan penggunaan kamera digital dan/atau membuat imbasan dengan bantuan alat
pengimbas, hasilkan satu media grafik seperti carta, poster atau fotoyang boleh anda
gunakan untuk mengajar satu tajuk dalam matapelajaran yang anda ajar. Pastikan anda
menggunakan pelbagai prinsip grafik untuk menghasilkan reka bentuk visual yang
menarik.
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
12
BIBLIOGRAFI
Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005).The systematic design of instruction. Edisi ke
6. New York: Pearson, Allyn and Bacon.
Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran: penghasilan bahan
pengajaran berkesan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Muhamad Hasan Abdul Rahman (2001). Grafik asas: panduan penghasilan bahan
pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey:
Prentice Hall.
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin
Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam:
Oxford Fajar.
Priscilla, N. & Karin, M. W. (2003). Teaching with technology: designing opportunities to
learn. Edisi ke 2. Canada:Thomson Wadsworth.
Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and
media for learning. (10th ed.). Boston: Pearson.
Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional
technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Prentice-Hall.
top related