e-mel: bhekstra@sph.com.sg sihat sembuh selepas … and visitors... · terkena jangkitan hepatitis...

Post on 06-Feb-2018

236 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

UBAT baru, Victrelis (bocep-revir), merupakan ubat terbaruyang diluluskan untuk merawatpenyakit Hepatitis C dalam tem-poh 10 tahun.

Ubat yang dihasilkan di Singa-pura oleh syarikat ubat-ubatanglobal MSD untuk edaran di selu-ruh dunia itu telah diluluskanoleh Penguasa Sains Kesihatan(HSA).

Ia untuk merawat Hepatitis Cdengan kombinasi ubat yang di-gunakan selama ini – peginterfer-on alfa dan ribavirin – untuk pe-sakit dewasa (18 tahun ke atas)yang belum pernah mendapat ra-watan atau tidak serasi denganubat-ubat lain yang digunakansebelumnya.

Presiden MSD Asia Pasifik,Encik Patrick Bergstedt, semasaberucap di majlis perasmian ubatbaru itu di kilang MSD di Tuasbaru-baru ini, berkata, adalahwajar MSD menubuhkan kilang-nya di sini kerana majoriti pesak-it Hepatitis C seramai 170 jutahingga 180 juta orang adalahdari Asia.

Ubat pertama yang dilulus-kan untuk Hepatitis C kronik ju-ga dihasilkan syarikat itu pada1991.

Pengarah Sains Biomedikal,Lembaga Kemajuan Ekonomi(EDB), Encik Kevin Lai, pula ber-kata pencapaian MSD melam-bangkan pertumbuhan industribiofarmasi di sini.

Dalam tempoh 10 tahun, ha-sil pengeluaran industri bio-medikal di sini telah melonjakdaripada $6 bilion kepada $23.3bilion dan jumlah pekerja daripa-da 6,000 kepada 14,000 orang,katanya.

Oleh DEWANI ABBASdewani@sph.com.sg

MENGHIDAP penyakit Hepatitis Ckronik boleh menjadi beban ber-panjangan bagi pesakit keranaada di antara mereka yang sukar

dirawat dengan ubat yang biasa digunakan sela-ma ini untuk merawat penyakit tersebut.

Salah seorang penderita penyakit itu ialahCik Ulfah Rumaria Simanjuntak, 65 tahun,yang berasal dari Jakarta, tetapi mendapatkanrawatan di hospital di sini.

Dalam satu pertemuan, ibu lima anak itumemberitahu bahawa beliau telah dikesanmenghidap Hepatitis C pada 1997 dan menda-patkan rawatan pertama di Jakarta.

“Badan saya selalu menggigil dan ada kalapanas dan saya selalu muntah,” kata suri rumahtangga itu, menyingkap detik-detik permulaanbeliau menghidapi penyakit tersebut.

Oleh kerana tidak sembuh, beliau menda-patkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth disini dan diberikan rawatan standard atau yangbiasa digunakan, sehinggalah pada sekitar Meilalu, penyakitnya sembuh terus.

Cik Ulfah menikmati detik menggembira-kan itu setelah menggunakan ubat baru yang da-pat menghapuskan terus virus yang menyebab-kan penyakit Hepatitis C-nya.

“Sekarang saya rasa sihat, tetapi masih ma-kan ubat. Setelah 15 tahun mendapat penyakit

ini, alhamdulillah, saya sudah sembuh kerana vi-rusnya sudah negatif (tiada lagi),” katanya,yang ditemani dua anak lelaki dan seorangmenantu semasa melawat hospital di sini untukrawatan.

Hepatitis ialah masalah radang atau inflama-si pada organ hati. Keadaan ini boleh disebab-kan oleh toksin, beberapa jenis ubat, penyakit,minum arak berlebihan dan jangkitan bakteriaserta virus.

Beberapa jenis hepatitis yang biasa ialahHepatitis A (paling lazim dihidapi), Hepatitis B(serupa Hepatitis A, tetapi boleh menjadi jenisyang kronik) dan Hepatitis C (yang bolehmenyebabkan radang hati).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), kira-kira 3 peratus penduduk dunia (se-kitar 130 juta hingga 170 juta orang), dijangkitiHepatitis C kronik ketika ini.

Mesir antara negara yang mempunyai palingramai penduduk yang dijangkiti Hepatitis C –sekitar 25 peratus.

Di Singapura, tiada data baru mengenai kesHepatitis C, tetapi data lama 1995 menunjuk-kan ia menjejas 1.7 peratus penduduk, menurutProfesor Lim Seng Gee, Pengarah Hepatologidi Jabatan Gastroenterologi dan Hepatologi,Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).

JENIS HEPATITIS C

Hepatitis C boleh sama ada daripada jenisakut (acute) iaitu mudah sembuh, atau kronik.Sekitar 75 hingga 85 peratus pesakit yang baruterkena jangkitan Hepatitis C, kemudian meng-hidap Hepatitis C kronik.

Sesiapa saja boleh menghidap Hepatitis C ji-ka mereka terkena jangkitan dari darah orangyang dijangkiti virus itu, misalnya daripadadarah atau produk darah yang tidak ditapis,berkongsi perkakas seperti alat tatu, pisau

cukur dan berus gigi orang yang dijangkiti, sertaberkongsi perkakas suntikan ubat.

Faktor risiko lain ialah mengadakan hubu-ngan seks tanpa perlindungan dengan orangyang dijangkiti atau beribukan pesakit HepatitisC.

Beberapa tanda penyakit ini termasuk de-mam, letih, sakit perut, mual, muntah, kulit danmata berwarna kuning, sakit sendi dan otot, hi-lang selera makan, warna air kencing gelap, ku-lit mudah lecet, badan bengkak air dan pendara-han di dalam.

PENYAKIT SENYAP

Namun, 70 hingga 80 peratus pesakit yangbaru dijangkiti tidak menunjukkan sebarangtanda, lantas penyakit ini disebut sebagai‘penyakit senyap’.

Malah, bagi sebahagian orang, tanda penya-kit itu tidak dirasai atau ia timbul hanya selepasbeberapa tahun.

Ujian-ujian darah biasa tidak semestinya da-pat mengesan jangkitan Hepatitis C, dan buat

masa ini belum ada vaksin yang diluluskan un-tuk mencegah jangkitan virus itu, menurut Pu-sat Penyakit Berjangkit (CDC).

RAWATAN

Rawatan biasa untuk Hepatitis C ketika iniialah suntikan ubat bernama pegylated interfer-on seminggu sekali, dan tablet Ribavirin yang di-makan dua kali sehari.

Tetapi, ada pesakit yang tidak serasi denganrawatan-rawatan ini. Namun, sejenis ubat baru,Victrelis (boceprevir), didapati memberi kesanlebih baik dengan kadar kesembuhan yang le-bih tinggi bagi pesakit yang tidak serasi denganubat-ubat standard yang diberikan.

Ubat ini terus menyasar kepada virus danmeningkatkan mekanisme pertahanan bagi se-rangan virus tersebut. Sebaik dimakan, ia lang-sung diserap ke dalam saluran darah, dan se-baik berada di dalam hati ia akan memasukisel-sel hati yang terjejas. jelas Profesor Lim.

Ubat inilah yang dimakan Cik Ulfah ketikaini.

SEMBUHDARIPADAHEPATITIS C

Ubat terbaruselepas10 tahun

Ubat baru dapathapuskan virus

penyebab penyakit

SUDAH SEMBUH: Cik Ulfah Rumaria Simanjuntak (kedua dari kanan), 65 tahun, lega kerana sembuhdaripada penyakit Hepatitis C yang dihidapinya selama 15 tahun. Bersama beliau ialah (dari kiri)menantunya, Cik Megaputri Irawan, 33 tahun; anaknya, Encik Krepky Pabedi Simanjuntak, 33 tahun; danseorang lagi anaknya, Encik Nino Raja Simanjuntak, 29 tahun. – Foto DEWANI ABBAS

Sihat

E-mel: BHEkstra@sph.com.sg

Berita Harian 9Rabu, 22 Ogos 2012 9

top related