e-majalah dunia sukan
Post on 10-Mar-2016
422 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
HAI-O
Makin
Tua
Makin
Menjadi
Australia
Kuasai Futsal
Viking B-16
KLHC
Benam
TNB
Edisi-1 | 15 November 2011
-
SIDANG REDAKSI
Penasihat :
Ahmad Feisal
Editor : Fadzlie Ahmad
editor@duniasukan.com
Webmaster :
Denny Arif
Grafik :
Altra Et Cetera Enterprise
(altra.etc@gmail.com)
Swithcimageproject
Jurugambar :
Joe Pengkalan
Azhari Mohd Yusof
Rubiq Radi
Shazli Shamsuddin
Nazri Hashim
Ahmad Ridhuan
Kombat Pancasona
Aiok Canonfreak
Norazmi Ibrahim
Wartawan :
Faliq Firdaus
Al Zaem
Keypadlock
Diterbitkan oleh :
DS MEDIA & EVENT 8 Mezzanine
Floor Jalan Tengku Ampuan Zabedah
J Seksyen 9, 40000 Shah Alam
Email : myduniasukan@gmail.com,
editor@duniasukan.com
Dengan kerjasama :
Altra Et Cetera Enterprise
(altra.etc@gmail.com)
| mukasurat 2
Menuju Piala Monsoon 2011
KLHC Sapu Bersih Gelaran
Australia Juara Remaja Dunia Viking B-16
Kelayakan Liga Futsal Kebangsaan Felda-FAM 2011
HSBC Cobra 10s ke-42 2011
Piala Merdeka 1984
Kejuaraan Piala Malaysia Milik Negeri Sembilan
Kesebelasan Pilihan Editor Piala Malaysia 2011
Hai-O : Makin Tua Makin Menjadi
Elice Mahu Date Dengan Semua Pemain Skuad Harimau Malaya? Autawan
MENARIK EDISI INI 3
4
8
9
10
12
12
22
23
26
28
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian ini tidak boleh diulang cetak, disiarkan
dalam apa jua bentuk sebelum mendapat kebenaran bertulis dari pihak penerbit.
-
RANGKUMAN
WMRT 2011
MENUJU PIALA
MONSUN
Oleh : Ahmad Ridhuan
Kemuncak Jelajah Match-Racing Dunia (WMRT) 2011 akan
tiba dalam bulan November ini apabila berlangsung Piala
Monsun di Ri-Yaz Heritage Marina, Spa & Resort, Pulau
Duyong, Kuala Terengganu. Kejohanan yang berprestij itu
bakal menabalkan juara untuk edisi 2011 dengan saingan
masih terbuka di antara lapan 'skipper' yang akan berentap di
muara Sungai Terengganu nanti.
Enam 'skipper' berjaya melayakkan diri berdasarkan kepada
kedudukan terakhir mereka selepas kejohanan Piala Emas
Kumpulan Argo di Bermuda. Kedudukan terakhir itu juga
telah mengambil kira mata yang diperolehi dari kejohanan
Terbuka Denmark yang telah dibatalkan dan dibahagikan
mengikut pencapaian sepanjang musim kepada para
'skipper' yang telah mengesahkan penyertaan di kejohanan
tersebut. Kedudukan terakhir tersebut menyaksikan Ben
Ainslie (Britain/Team GAC Pindar) mendahului pencabar-
pencabar utama, Francesco Bruni (Itali/Bruni Racing Team)
dan Torvar Mirsky (Australia/The Wave Muscat) dengan
hanya perbezaan enam mata sahaja di antara ketiga-tiga
mereka.
Pelayar muda Australia, Mirsky pasti datang ke Pulau
Duyong dengan keyakinan tinggi untuk menjulang kejuaraan
WMRT buat kali pertama selepas menjuarai dua kejohanan
terakhir sebelum Piala Monsun iaitu Kejohanan Match-
Racing St. Moritz dan Piala Emas ARGO Bermuda. Mirsky
yang berjaya menaiki podium di akhir musim WMRT
beberapa kali sebelum ini, pasti akan berusaha keras untuk
memastikan dia bersama rakan-rakan sepasukannya
menjejakkan kaki di tempat teratas podium apabila Piala
monsun berakhir pada 27 November nanti.
Namun juara dunia dua kali, Williams juga pasti akan
berusaha keras untuk merebut kembali gelaran 'Juara Dunia'
yang dimenangi oleh Ben Ainslie tahun lepas. Sekiranya
berjaya, 'skipper' kelahiran Exeter itu akan bergelar juara
buat kali ketiga, menjadikan beliau pelayar British yang
paling berjaya dalam siri ini. Persembahan yang kurang
memberangsangkan di St. Moritz dan Bermuda mungkin
menjejaskan usaha Williams tetapi beliau pasti akan
menggunakan pengalamannya untuk memastikan kejuaraan
WMRT akan menjadi miliknya sekali lagi.
Di samping itu, pelayar Itali Bruni yang kini berada di tempat
kedua juga akan turut berusaha gigih untuk bergelar juara
keseluruhan WMRT buat kali pertama. Keyakinan Bruni
meningkat selepas mengharungi musim yang menyaksikan
dia memenangi Kejohanan 'Match-Race' Jerman, gelaran
juaranya yang pertama dalam siri WMRT ini. Selain dari para
'skipper' di atas, Piala Monsun 2011 akan menyaksikan
cabaran-cabaran dari juara dunia WMRT sebanyak empat
kali, Dato' Peter Gilmour (Australia/Yanmar Racing Team),
Bjorn Hansen (Sweden/Mekonomen), Damien Iehl
(Perancis/French Match Racing Team) Johnie Berntsson
(Sweden/ Berntsson Sailing Team) dan Jesper Radich
(Denmark/Adrian Lee & Partners).
Turut akan beraksi di Kuala Terengganu nanti ialah dua
peserta 'wild-card', Mathieu Richard (Perancis/French Match
Racing Team) dan Phil Robertson (New Zealand/WAKA
Racing Team). Semua 'skipper' di atas masih berpeluang
secara matematik untuk bergelar juara WMRT 2011 tetapi
tumpuan sudah pasti terarah kepada Williams, Bruni dan
Mirsky. Tidak ketinggalan untuk beraksi di Piala Monsun
nanti ialah juara Malaysian Match Racing Championship
2011, Jeremy Koo (Malaysia/Abdullah Chan KRT) dan
William Tiller (New Zealand/Full Metal Jacket) yang menjadi
juara Asian Match Racing Championship 2011.
| mukasurat 3
-
KL
HC
20
11
-
KLHC
Kejayaan tersebut menyaksikan KLHC
berjaya menyapu bersih piala pada
musim ini selepas muncul juara dalam
saingan Piala Sumbangsih dan juga
Liga Perdana Hoki Malaysia.
Penyandang juara, Kelab Hoki Kuala
Lumpur (KLHC) mempertahankan
kejuaraan mereka selepas
menewaskan musuh tradisi, Tenaga
Nasional Berhad (TNB) 3-2 dalam aksi
sengit perlawanan akhir yang diadakan
di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil
baru-baru ini.
| mukasurat 5
-
Gol-gol KLHC dijaringkan oleh Mohd
Ameerullah, Chua Boon Huat dan
Razie Rahim manakala TNB
membalas dengan jaringan Faisal
Shaari serta Amir Farid.
Dalam pada itu, tempat ketiga pula
digondol kelab Sapura selepas
menewaskan Maybank semasa
perlawanan penentuan tempat ketiga
dan keempat.
| mukasurat 6
-
Juara Keseluruhan Piala TNB - KLHC
Naib Juara Piala TNB - TNB
Tempat ke-3 Piala TNB - Sapura
Tempat ke-4 Piala TNB - Maybank
Liga Perdana
Juara: KL Hockey Club
Naib Juara: Sapura
Tempat Ke-3: Tenaga Nasional Berhad
Divisyen Satu
Juara: SSTMI-Thunderbolts
Naib Juara: Uniten
Tempat Ke-3: Majlis Bandaraya Ipoh
Fairplay: Maybank
Pemain Terbaik Kejohanan:
Azlan Misron (KLHC)
Penjaga Gol Terbaik:
Roslan Jamaluddin (KLHC)
Penjaring Terbanyak:
Faisal Saari (TNB) 19 goals Pemain Terbaik Perlawanan (Final):
Chua Boon Huat (KLHC)
KLIK UNTUK KE GALERI
FINAL PIALA TNB TNBMHL 2011
SENARAI
KEMENANGAN
| mukasurat 7
-
AUSTRALIA
JUARA REMAJA
DUNIA VIKINGS
DUNIA BAWAH 16
TAHUN
Australia terbukti jaguh apabila
muncul juara dalam Kejohanan
Futsal Dunia Viking Bawah 16
Tahun yang berlangsung di
Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Pasukan Australia menewaskan
pasukan Vikings Sarawak (1)
dengan jaringan besar 6-2.
Steven Arnold dan Kylie Walker
muncul wira apabila masing-
masing menyumbat 2 gol selain
gol dari Jeremy Webster dan
Jake Crisp.
Vikings Sarawak (1) membalas
jaringan melalui Mohamad
Azwan dan Hamizan Abdullah di
separuh masa pertama.
Untuk kategori terbuka wanita
yang turut dipertandingkan,
Vikings Australia menewaskan
Viking Malaysia untuk muncul
sebagai juara.
KATEGORI LELAKI BAWAH 16
TAHUN
Juara - Vikings Austalia,
Naib Juara - Vikings Sarawak (1)
Ketiga - Vikings Sarawak (2)
Keempat - Vikings Kuala Lumpur
KATEGORI TERBUKA WANITA
Juara - Vikings Australia
Naib Juara - Vikings Malaysia
Ketiga - Vikings Sarawak
FUTSAL
| mukasurat 8
-
Rangkuman
Aksi Kelayakan
Liga Futsal
Kebangsaan
Felda-FAM
2011/2012
Juara setiap kumpulan kategori lelaki iaitu Kedah KSR Hicom Honda, Sarawak DBKU, Kedah dan Negeri Sembilan mengenepikan saingan pasukan lain untuk merebut 4 slot terakhir ke saingan akhir Liga Futsal Kebangsaan Felda-FAM 2011/2012 yang dijadualkan bermula pada Disember nanti. Pasukan yang telah layak secara automatik adalah Selangor, Johor FC, Selangor MPSJ, Felda United, Pahang, Selangor PKNS, PBSMM Adabi, Pulau Pinang, Kelantan, KL KWSP, ATM dan Sabah. Bagi kategori wanita, Johor SAJ, Kencana, Sarawak DBKU, Perlis Unimap dan Terengganu PBD Setiu layak ke pertandingan liga tanpa perlu bertanding bagi mengiringi pasukan yang telah layak secara automatik iaitu Selangor, PDRM, Selangor MPSJ, Selangor MBPJ, Selangor PKNS, Sabah UMS, Felda United, ATM, Sabah, KL Putraria, Kedah dan Negeri Sembilan
FUTSAL
| mukasurat 9
-
Keputusan penuh Kejohanan
HSBC Cobra 10s ke-42 2011
Yang berlangsung pada
12 dan 13 November 2011:
Kategori Cup :
Penguins International ( UK )
RFC 12 - COBRA 10 (Malaysia)
Kategori Bowl :
NS Silverbacks (Australia) 25 -
ASAS 20 (Malaysia)
Kategori Plate :
Tradition RFC (Jepun) 17 -
NADROGA RU (fiji) 12
| mukasurat 10
-
| mukasurat 11
-
JERSI KITA
Piala Merdeka 84 merupakan kejohanan tahunan utama bolasepak negara yang diadakan buat kali ke-28. Kejohanan yang hampir keseluruhan
perlawanannya berlangsung di Stadium Merdeka dari 21 Ogos hingga 9
September 1984. Walaupun begitu, terdapat juga perlawanan yang diaturkan
di beberapa stadium lain.
Piala Merdeka 84 yang disertai oleh 12 pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Malaysia menghantar dua pasukan iaitu skuad senior dan
Malaysian Tigers. Kumpulan A disertai oleh pasukan tuan rumah Malaysia,
Minas Gerais XI (Brazil), Papua New Guinea, Liberia, Indonesia dan Thailand.
Antara pemain utama skuad negara di kejohanan ini adalah seperti
R.Arumugam, Soh Chin Aun, K.Gunasegaran, Lim Teong Kim, Wong Hung
Nung,Ahmad Yusof, Azizul Abu Haniffa, Zulkifli Hamzah, Serbegeth Singh,
Zainal Abidin Hassan, Nasir Yusof, Hassan Sani dan Rashid Hassan. Minas
Gerais XI pula adalah wakil Brazil yang terdiri daripada permain negeri Minas
Gerais manakala Thailand pula menghantar pasukan kedua mereka berikutan
pasukan utama Thailand baru saja pulang dari perlawanan kelayakan Piala
Asia di Indonesia.
PIA
LA
M
ER
DE
KA
1984
| mukasurat 12
-
JERS
I KIT
A
Kumpulan B pula disertai oleh Malaysian Tigers, Korea Selatan U-21, China
B, Algeria U-20, Pakistan dan wakil dari Argentina Primera B XI yang terdiri
dari pemain pilihan liga kedua Argentina.
Malaysia Tigers yang terdiri daripada pasukan pembangunan remaja telah
dilatih oleh bekas bintang antarabangsa dari England, Kevin Keegan, untuk
kejohanan ini. Meskipun dengan penampilan khas Keegan yang turut
bermain untuk skuad Malaysian Tigers, ianya masih tidak cukup untuk
melayakkan pasukan ini ke peringkat seterusnya dengan pencapaian 2
menang, 2 seri dan 1 kalah dalam lima perlawanan.
Piala Merdeka 84 adalah antara kejohanan yang agak baik untuk skuad utama negara walaupun tewas kepada pasukan Korea Selatan U-21 di
perlawanan separuh akhir. Pasukan ini boleh berbangga kerana berada di
tempat kedua Kumpulan A di belakang pasukan Minas Gerais XI yang
menjuarai peringkat kumpulan. Minas Gerais XI turut tewas di perlawanan
akhir dengan pasukan Korea Selatan U-21.
| mukasurat 13
-
KEJUARAAN PIALA MALAYSIA
-
MILIK NEGERI SEMBILAN
-
Oleh : Muhammad Al-Zaem
Tirai Piala Malaysia 2011 telah
dilabuhkan secara rasmi dengan tiupan
wisel penamat pengadil perlawanan
akhir pada malam itu, Mohd Shukri Nor.
Dan dengan itu, kempen Liga Malaysia
2011 juga telah menamatkan
saingannya musim ini.
Negeri Sembilan akhirnya berjaya
menjulang Piala Malaysia untuk kali
ketiga dalam tempoh 85 tahun ianya
diperkenalkan iaitu sejak 1921 dengan
menewaskan Terengganu 2-1 di
Stadium Shah Alam. Tahun lalu mereka
dikecewakan Kelantan dengan
keputusan yang sama.
Jaringan S. Kunanlan dan Hairuddin
Omar dalam 10 minit terakhir berjaya
memastikan kemenangan Negeri
Sembilan yang ketinggalan sebelum itu
hasil jaringan Ashaari Shamsuddin.
Hairuddin mencipta gol menarik, hasil
sepakan libasnya ke penjuru kanan gol
menewaskan Sharbinee Allawee untuk
kali kedua pada malam itu.
Perjalanan Negeri Sembilan dan
Terengganu ke Pentas Akhir
Perjalanan Negeri Sembilan dan
Terengganu ke final bermula dengan
mereka sama-sama mengungguli
Kumpulan B dimana mereka berkongsi
13 mata dan layak ke suku akhir
dengan Negeri Sembilan menjadi johan
kumpulan berdasarkan perbezaan gol.
Turut berada dalam kumpulan yang
sama adalah PKNS FC dan Sime Darby
FC.
Di peringkat suku akhir, Terengganu
menewaskan musuh Pantai Timur
mereka dan juga pasukan pilihan ke
final, Kelantan dengan agregat 5-3
dalam perlawanan yang diwarnai lima
layangan kad merah. Di separuh akhir,
Sang Penyu menonjolkan permainan
menarik dan berjaya membenam
Selangor bersama-sama Misi 33
mereka dengan agregat 4-1.
Manakala Negeri Sembilan melalui detik
sukar di suku akhir apabila dipaksa
bermain sehingga masa tambahan
sebelum menewaskan pasukan kelab,
Felda United dengan agregat 3-1.
Namun, di separuh akhir mereka
berjaya menumpaskan satu lagi
pasukan kelab, T-Team dengan
keputusan yang lebih baik. Negeri
Sembilan ke pentas akhir dengan
agregat besar 6-3.
REBIU PIALA MALAYSIA 2011
| mukasurat 16
-
Pengalaman Kunci Kejayaan Negeri
Sembilan
Pengalaman memberikan sedikit
kelebihan untuk Negeri Sembilan
menjinakkan Terengganu, yang dalam
misi mahu menamatkan penantian 10
tahun mereka menjulang Piala
Malaysia. Peranan yang dimainkan
pemain-pemain berpengalaman seperti
Norhafiz Zamani Misbah, Shukor Adan,
Idris Karim, Irwan Fadhli dan Hairuddin
Omar adalah amat besar dan berharga.
Mereka adalah pemain-pemain yang matang dan mereka berjaya buktikan
dengan sedikit bantuan sains sukan,
mereka masih bernilai, komen Azraai tentang pemain-pemainnya yang lebih
senior.
Terengganu sememangnya terbukti
mempunyai rangkaian penyerang yang
mampu meledak dan kesefahaman
yang mereka tonjolkan sebelum ini
menjadikan mereka sebagai pilihan
juara mengatasi Negeri Sembilan,
namun, pengalaman memihak pada
skuad Hoben Jang Hoben ini mengatasi
segalanya.
REBIU PIALA MALAYSIA 2011
Di samping itu, kehadiran Mr Double
Treble dari Kedah, Mohd Azraai Khor
Abdullah sebagai jurulatih sedikit
sebanyak membantu Negeri Sembilan
merealisasikan kejayaan mereka ini.
Azraai Khor turut berjaya menangkis
tanggapan pelbagai pihak yang
mengatakan faktor pemain import yang
membolehkannya memperolehi
kejayaan berganda dalam Liga
Malaysia tahun 2007 dan 2008 bersama
Kedah sebelum ini.
Secara peribadinya, ini adalah pencapaian terbaik saya. Sekurang-
kurangnya saya berjaya buktikan pada
pengkritik yang menganggap saya
hanya bagus dengan pemain import, katanya selepas tamat perlawanan di
Stadium Shah Alam tempohari.
Pentas Akhir : Hai-O Wira Negeri
Sembilan
Sementara itu, pentas akhir Piala
Malaysia kali ini menyaksikan hampir
70,000 penyokong kedua-dua pasukan
memenuhi segenap ruang di Stadium
Shah Alam. Laungan Hoben Jang
Hoben dan Peteh Ganu Peteh juga
kerap kali kedengaran dari penyokong
yang hadir sejak jam 2 petang lagi.
| mukasurat 18
-
| mukasurat 19
-
Azraai Khor menggunakan formasi yang
agak berlainan kali ini dengan Shukor
Adan, Halim Zainal dan Idris Karim
diletakkan di tengah-tengah padang,
Shahurain Abu Samah bersama S.
Kunanlan bergerak di bahagian sayap,
meninggalkan Hairuddin berseorang di
bahagian depan.
Manakala, kesebelasan Terengganu
sememangnya sudah dijangkakan dari
awal-awal lagi. Dengan Manaf Mamat
bersama Abd Hadi Yahya bergerak
sebagai penggempur utama, mereka
akan dibantu dengan tenaga kreatif
Kallang Tie, Ashaari Shamsuddin dan
Reesyafiq Alwi di bahagian tengah.
Walaupun menguasai hampir
sepenuhnya babak pertama, Negeri
Sembilan agak tumpul di bahagian
depan kerana banyak tenaga
dikerahkan di bahagian tengah
pasukan. Peluang-peluang yang
didapati anak buah Irfan Bakti cuma
melalui serangan pantas mereka ke
kubu lawan.
REBIU PIALA MALAYSIA 2011
| mukasurat 20
Pada minit ke 20, Farizal Marlias
menyelamatkan gawang Negeri
Sembilan dari dibolosi awal apabila
menyelamatkan bola yang dirembat
Ashaari Shamsuddin, hasil gerakkan
Reesyafiq bersama Abd Hadi Yahya.
Dua minit kemudian, palang pula
menjadi penghalang apabila Manaf
Mamat berjaya menggelecek tiga
pertahanan Negeri Sembilan dan
melepaskan rembatan padu
menewaskan Farizal.
Bermula babak kedua, Sang Penyu
nampak kembali selesa dan pada minit
ke 58, bermula dari gerakkan Manaf
Mamat di tengah padang, bola
kemudiannya dapat pada Ashaari yang
berjaya melepaskan rempatan kaki kiri
menewaskan Farizal untuk gol pertama
perlawanan akhir dan gol pendahuluan
Terengganu.
Terengganu cuba mencari gol
tambahan namun banyak percubaan
mereka tersasar dari gol. Dalam pada
itu, Negeri Sembilan yang nampak
tertekan mencari gol penyamaan turut
melancarkan beberapa serangan
merbahaya namun dinafikan Sharbinee
ataupun tersasar dari gol.
-
Dan berpunca daripada kesilapan Sharbinee yang gagal
menangkap kemas lantunan bola di depannya memberikan
gol penyamaan buat Negeri Sembilan. Gol pada minit ke 80
ini adalah hasil bola yang cuba dihantar Kunanlan kepada
Hairuddin, namun ianya melantun di depan Sharbinee yang
teragak-agak untuk menangkapnya.
Hairuddin akhirnya memastikan Negeri Sembilan
menjulang Piala Malaysia edisi 2011 dengan gol
menariknya pada minit ke 85. Ianya bermula dari
hantaran lintang Shukor Adan dan Hairuddin
menyambar bola tersebut dengan libasan
menarik menerjah sisi kanan gol.
Hairuddin Omar diumumkan Pemain Terbaik
Perlawanan Akhir dan juga lebih manis, dia
adalah penjaring terbanyak dalam Piala
Malaysia kali ini dengan lapan gol. Mengikut
rekod, dia sudah tiga tahun berturut-turut
menjulang Piala Malaysia dan
menjaringkan gol dalam semua aksi
final tersebut.
Tahniah Hoben Jang Hoben!
Cuba lagi Sang Penyu!
REBI
U PI
ALA
MAL
AYSI
A 20
11
| mukasurat 21
-
PENJAGA GOL - Mohd Sharbinee Allawee
Ramli (Terengganu)
Penjaga gol yang terbaik apabila melayangkan
badannya menurut jurulatih penjaga gol
kebangsaan, Mohd Faozi Mukhlas. Hanya
melepaskan 9 gol dalam 11 aksi Piala
Malaysia 2011. Walaupun melepaskan gol
mudah di final, secara keseluruhan aksinya
masih memikat
PERTAHANAN KANAN - Razman Roslan
(Selangor)
Kerap kali membuat overlap untuk membantu
jentera tengah.
PERTAHANAN TENGAH - Mohd Marzuki
Yusof (Terengganu)
Tenang, kental dan seorang ketua pasukan
yang ada daya kepimpinan. Badannya yang
besar dan tinggi menyukarkan pihak lawan
apabila bersaing bola tinggi. Digelar Tony
Adam oleh Alan Harris
PERTAHANAN TENGAH - Norhafiz Zamani
Misbah (Negeri Sembilan)
Berusia 30 tahun, berpengalaman dan
sentiasa kelihatan tenang mengawal benteng
pertahanan Negeri Sembilan. Kerap kali naik
untuk membantu pasukannya melakukan
serangan.
PERTAHANAN KIRI - Mohd Zubir Azmi
(Terengganu)
Ong Kim Swee pernah menyatakan
kekagumannya melihat aksi Zubir di padang.
Pertahanan kiri yang pantas dan lincah.
TENGAH KANAN - Shahurain Abu Samah
(Negeri Sembilan)
Watak penting untuk pasukannya. Sentiasa
beraksi baik dalam perlawanan penting dan
ada kebolehan menjaringkan gol.
TENGAH - Shukor Adan (Negeri Sembilan)
Sangat berpengalaman dan mempunyai
karakter yang nampak kasar. Pakar sepakan
percuma
TENGAH - Safiq Rahim (Selangor)
Kapten pasukan kebangsaan ini ada inspirasi
yang tersendiri. Menjadi tunjang dalam
kebangkitan semula Selangor dalam kempen
Piala Malaysia 2011.
TENGAH KIRI - Ashaari Shamsuddin
(Terengganu)
Kedua-dua kakinya yang hidup membolehkan
dia melakukan rembatan dalam apa jua
keadaan sekalipun. Bijak mencari ruang dan
peluang. Pemalu tetapi bijak di padang.
PENYERANG - Hairuddin Omar (Negeri
Sembilan)
Pernah dikritik hebat akibat pemilihannya
dalam skuad kebangsaan satu masa dulu
kerana tidak mampu menjaringkan gol
untuk membantu skuad kebangsaan ketika
itu. Namun, dalam usia 32 tahun sekarang,
dia adalah sumber inspirasi pasukannya
dalam meraih kejuaraan Piala Malaysia
2011.
PENYERANG - Abdul Manaf Mamat
(Terengganu)
Penyerang berbisa dalam kempen Piala
Malaysia dengan kemampuan mencipta
sendiri ruang dan peluang untuk dirinya
menjaringkan gol. Kecemerlangannya
telah menutup nama besar seperti
Norshahrul Idlan Talaha dari Kelantan dan
rakan sepasukannya sendiri iaitu Abd Hadi
Yahya.
KESEBELASAN PILIHAN EDITOR
PIALA MALAYSIA 2011
| mukasurat 22
-
Hairuddin Omar
-
Hairuddin Omar mula mencipta nama
dalam arena bolasepak tempatan sejak
berusia 20 tahun bersama pasukan
negeri kelahirannya, Terengganu. Dia
kini sudah berusia 32 tahun, namun
aksinya di padang tidak
menggambarkan usianya yang sebenar.
Hairuddin adalah seorang penyerang
yang ada aura tersendiri dan
mempunyai tandukan berbisa.
Lebih mesra dengan panggilan Hai-O,
dia kini meniti zaman penghujung
kariernya sebagai pemain bolasepak.
Tetapi, aksinya tidak pernah
menghampakan pasukan yang masih
menagih kudratnya. Bak kata pepatah,
makin tua, makin menjadi. Walaupun pernah mengalami zaman kejatuhan
dan dikritik hebat satu masa dahulu, dia
kini kembali mencuri tumpuan.
Terbukti, sudah tiga tahun berturut-turut
anak kelahiran Setiu, Terengganu ini
berjaya menjulang Piala Malaysia
bersama dua pasukan berbeza iaitu
Negeri Sembilan dan Kelantan, malah
menjadi penjaring gol dalam ketiga-tiga
final tersebut.
Selain itu, sepanjang kariernya sebagai
pemain bolasepak, dia sudah
menjulang Piala Malaysia empat kali
(2001, 2009, 2010 dan 2011), Piala FA
sekali iaitu ketika bersama Pahang
tahun 2006 dan juga membantu Pahang
menjuarai Liga Super 2004.
sebarang keputusan.
Pernah dilabel sebagai pemain muda
berbakat ketika berusia 20 tahun, dia
telah dibawa oleh jurulatih kebangsaan,
Abdul Rahman Ibrahim menyertai
kejohanan Piala Tiger 2000 dimana dia
membantu Malaysia mendapat tempat
ketiga dan menjaringkan dua gol
sepanjang kejohanan berlangsung.
Dia juga pernah dilantik sebagai kapten
skuad bawah 23 tahun negara ketika
memenangi pingat perak acara
bolasepak Sukan Sea 2001 di Kuala
Lumpur.
Walaubagaimanapun, Hairuddin melalui
zaman sukar pada 2007 dimana dia
dikritik hebat ketika mewakili pasukan
kebangsaan untuk kejohanan Piala Asia
2007 dibawah kendalian Norizan Bakar.
Kegagalannya menjaringkan gol dan
aksi hambarnya sepanjang kejohanan
mengundang perdebatan hangat
dikalangan peminat tempatan ketika itu.
Sejak itu, dia hilang dalam pasukan kebangsaan dan sunyi dalam aksi liga tempatan. Jurulatih baru skuad
kebangsaan selepas itu, B.
Sathianathan mengambil keputusan
memberi peluang pada pemain lain
yang lebih muda seperti Safee Sali dan
Mohd Zaquan Adha.
MAKIN
TUA
MAKIN
MENJADI
Oleh : Muhammad Al Zaem
| mukasurat 24
-
Namun, tahun 2009 bermula episod
baru untuknya. Hairuddin beraksi untuk
Negeri Sembilan sebagai pemain
pinjaman dari T-Team FC dalam
kempen Piala Malaysia. Hasil
jaringannya bersama Shahurain dan
Zaquan Adha membantu Negeri
Sembilan menamatkan penantian 61
tahun pasukannya meraih Piala
Malaysia. Negeri Sembilan menang 3-1
ke atas Kelantan.
Tahun berikutnya, dia membantu pula
Kelantan meraih gelaran pertama Piala
Malaysia dengan kemenangan 2-1
menundukkan Negeri Sembilan, hasil
jaringannya bersama Badri Radzi. Dan
kini, kembali bersama Negeri Sembilan,
dia menjadi wira menjaringkan gol
kemenangan pasukannya.
"Peluang gol yang saya harapkan
menjelma pada minit ke-85 dan saya
gembira kerana berjaya
menyempurnakannya, sekali gus
menjadi gol kemenangan perlawanan
akhir musim ini," katanya.Gol hasil
libasan cantiknya pada minit ke-85 itu
membolehkan Negeri Sembilan
menjulang Piala Malaysia pada edisi
yang ke 85 ini.
Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai
Khor Abdullah pernah menyifatkan
bahawa Hairuddin adalah sumber
inspirasi pada pasukannya dan
mengundang resah pada lawan
mereka. Azraai turut mengatakan
pemain-pemain veteran seperti
Hairuddin dan yang lain, ada nilai
mereka yang tersendiri.
Disebalik gembira dengan kejayaan itu,
Hairuddin turut memohon maaf kerana
telah mengguris hati penyokong
bolasepak negeri kelahirannya,
Terengganu. Katanya, sebagai pemain
Negeri Sembilan, dia perlu komited
membantu pasukannya dan
mengetepikan perasaan
kenegerian.Saya harap mereka tidak membenci saya, tambahnya pendek tapi penuh makna.
Pemain berpengalaman ini dikhabarkan
bakal berhijrah ke pasukan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) untuk kempen
musim hadapan. Walaupun sudah
menerima tawaran dari Negeri
Sembilan untuk menyambung
kontraknya, dia kelihatan masih belum
membuat sebarang keputusan.
-
Nama: Intan Julianie Mansor
Nama Panggilan: Ellice
Umur: 24
Tarikh Lahir: 17/9/87
Tempat Lahir: HKL
Pendidikan: Degree in Mass Communication
UKM
Kerjaya: Card Officer American Express
Status: Single atau Taken? - Taken Hobi: Menonton wayang & memasak
Cita-cita: Cita-cita dari kecil nak jadi doktor
psikologi
Penyanyi diminati: Rossa & Anuar Zain
Pelakon diminati: Tan Sri P.Ramlee & Ashton
Kutcher
Makanan disukai: Char kuay tiaw & semua
jenis kek
Tempat Percutian yang diminati: Pulau atau
tanah tinggi
Famili: Pertama dari 3 adik beradik
ELLICE MAHU DATE DENGAN
SEMUA PEMAIN SKUAD
HARIMAU MALAYA?
| mukasurat 26
Studio Rasmi :
Klik pada logo untuk ke
laman web Studio A
-
Ceritakan sedikit tentang diri anda.
Simple, friendly boleh bercampur dengan smua
orang & peramah sebab memg jenis banyak
cakap. Kurang penyabar dan agak panas baran
sebenarnya. Paling tak boleh tengok SALES
sebab jenis boros dan akan shopping. Sangat
sukakan warna pink, putih dan hitam. Workaholic
dan komited pada kerja.
Sejak bila anda mula meminati sukan bola
sepak?
Lima tahun lepas sebab zaman kampus majoriti
kawan dengan lelaki, jadi aktiviti malam banyak
lepak di kedai mamak dan menonton perlawanan
bola. Salah seorang penyokong Liverpool dan
Sepanyol tapi dah hilang arah nak sokong siapa
selepas Torres tukar kelab. Jadi, saya memang
tunggu Piala Dunia nak sokong Sepanyol lagi
nanti.
Adakah Ellice turut mengikuti perkembangan
bola sepak di luar negara?
Kadang-kadang ketika baca akhbar dan mengikuti
berita sukan di televisyen.
Pada pandangan Ellice, apakah ciri-ciri yang
perlu ada pada seorang pemain bola sepak
yang hebat?
Mempunyai stamina dan kesihatan fizikal dan
mental yang baik, komited dan berdisiplin.
Seseorang yang profesional dalam sukan perlu
membuat banyak latihan bagi membantu
kejayaan seseorang atlet.
Siapakah pemain Malaysia yang anda minati
dan mengapa?
Hero bola sepak Malaysia, Safee Sali, sebab
beliau digelar penyerang hebat Malaysia dalam
perlawanan menentang Liverpool tempoh hari.
Sekiranya anda diberi peluang untuk date' dengan pemain bola sepak Malaysia, siapakah
yang akan anda pilih?
Kalau boleh nak jumpa satu skuad Harimau
Malaya, boleh?
Apakah yang akan anda lakukan ketika waktu
lapang?
Menonton wayang atau mengemas rumah dan
berehat, suka tidur lama-lama.
Berikan tiga ciri lelaki yang disukai dan tiga
ciri lelaki yang tidak disukai.
Saya suka lelaki yang penyabar (cool),-bijak dan penyayang. Saya tidak seorang lelaki yang
perokok atau pemabuk, panas baran dan
pengotor.
| mukasurat 27
top related