definisi kt
Post on 27-Dec-2015
45 Views
Preview:
TRANSCRIPT
http://pomiziactionresearch.wordpress.com/kajian-tindakan/definisi/
Definisi
Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada
penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara
individu mahupun bersama pengamal lain; untuk
mengubah dan menambah baik amalan sedia ada. Dalam
bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada
seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor
sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,
lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan
yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru
boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan
pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajarannya.
Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para
pelajarnya bagi mengenal pasti kesukaran yang dihadapi
oleh mereka dalam memahami sesuatu perkara atau
topik yang diajar. Melalui penyelidikan yang dijalankan,
guru akan beroleh maklumat bagi merangka suatu
tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu
penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu
berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat
baru akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan
dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini
dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian
ditemui untuk masalah yang dihadapi. Oleh itu, kajian
tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu
penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil
oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta atau
maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang
dijalankan oleh guru sendiri sebagai pengamal.
Terdapat beberapa definisi yang sering dirujuk
tentang kajian tindakan:
Elliot (1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan
sebagai suatu kerangka penilaian kendiri (framework
for self evaluation) dan pendekatan yang digunakan,
mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan
untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam
lingkungan situasi sosial yang terdiri daripada guru,
pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain yang
berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga
merupakan penyelidikan situasi sosial yang bertujuan
untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan
sendiri. Definisi yang selalu dijadikan rujukan, khususnya
di Malaysia, ialah kajian tindakan guru berkaitan dengan
permasalahan harian yang dilalui oleh guru, bukannya
masalah teoritikal seperti mana yang dikemukakan oleh
penyelidik akademik.
Ebbut (1985) - Ebbut mendefinisikan kajian
tindakan sebagai suatu penyelidikan yang
sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap
usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki
amalan pendidikan melalui tindakan praktis
mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau
akibat tindakan tersebut.
McNiff (1988) - McNiff mendefinisikan kajian
tindakan sebagai satu pendekatan untuk
memperbaiki atau meningkatkan kualiti
pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru menyedari amalan
mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-
amalan tersebut, dan bersedia untuk
mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam
inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping
melibatkan guru-guru lain.
Cochran & Lytle (1990) - Cochran & Lytle
mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan
berasaskan bilik darjah yang merupakan inisiatif
guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan
yang dijalankan membolehkan guru meneroka isu-
isu yang menarik perhatian mereka. Pendekatan
ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan
sebahagian daripada literatur pendidikan dan
seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang
ke arah pembinaan struktur pendidikan.
Kember & Gow (1992) - Kember & Gow
menyatakan kajian tindakan melibatkan pengamal
(guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka
melalui lingkaran yang melibatkan proses
perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan
refleksi.
Calhoun (1993) - Calhoun menyatakan bahawa
kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu kajian tindakan individu (individual
action research), di mana kajian tindakan
dilaksanakan oleh guru secara bersendirian; kajian
tindakan kolaboratif (collaborative action
research), iaitu penyelidikan yang dilaksanakan
oleh sekumpulan guru dengan individu di institusi
pengajian tinggi atau yang setaraf
dengannya; school wide action research, iaitu
penyelidikan yang melibatkan seluruh staf atau
guru bersama konsortium sekolah.
McBride & Schostak (1994) - kajian tindakan
merupakan refleksi tentang pengajaran sendiri
yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di
mana fokus utama adalah untuk memperbaiki
amalan kendiri.
Lewin
Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan
suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu
kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu
merancang (planning), memerhati (observing) dan
mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke
kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula,
bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan
kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan
dalam Rajah berikut.
Kemmis & McTaggart
Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi
sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan,
mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana
yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau
bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa
kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal
refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial
reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas
untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan
dalam Rajah di bawah.
Somekh
Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa,
iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang
diminati, mengumpul data, menganalisis data dan
membina hipotesis, merancang pelan tindakan,
melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk
mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta
mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.
Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana
setiap langkah diperjelas dengan lebih terperinci, bermula
daripada langkah yang mudah dan formal kepada
langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan
agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk
mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara
terperinci.
CRASP Zuber-Skerritt
Model Zuber-Skerritt menggariskan lima ciri yang menjadi paksi utama kepada kajian tindakan iaitu:
1.critical collaboration enquiry by
2.reflective practitioners who are
3.accountable in making the results of their enquiry
public,
4.self-evaluative in their practice, and engage in
5.participative problem solving and continuing
professional development
Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian
tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang
dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa
bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka,
menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam
menyelesaikan masalah secara bersama demi
pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun
model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik
tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas
menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian
tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi
kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan.
Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan
sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara
kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama,
bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan
kepada orang lain yang mempunyai kepentingan,
melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-
sama menyelesaikan masalah demi peningkatan
profesionalisme secara berterusan. Walau
bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus
diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik
bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh
menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan
pelaksanaan penyelidikan.
McKernan
Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan
sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana
setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu
mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus
penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan
refleksi, dan membuat keputusan.
Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa
sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian
tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah
melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan.
hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh
McKernan (1990) sangat menekankan proses
membentuk perancangan dan proses penilaian semula
perancangan serta membentuk semula perancangan
untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun
model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif
sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-
Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan
pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum.
Altrichter et.al
Menurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian
tindakan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jadi mereka
keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan
langkah demi langkah kerana ini akan membataskan
laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun,
mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula
dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan
data dilakukan dan data dianalisis dan seterusnya ini
memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu
strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu
strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan dapat
menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi
mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang
akan membawa kepada pembentukan strategi tindakan
yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan
orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah berikut.
McBride & Schostak
McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan
adalah suatu kitaran yang bermula dengan mengenal
pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal
bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah
tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan.
Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada
perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis
dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran
kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya.
Model ini ditunjukkan dalam Rajah di bawah.
Johnson
Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima
langkah pentingdalam proses pelaksanaan kajian
tindakan. Langkah-langkah tersebut ialah:
1.mengenal pasti masalah,
2.membuat perancangan berhubung data yang akan
dipungut dan cara pemungutan
3.memungut dan menganalisis data,
4.merumus serta
5.berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak
lain yang berkaitan.
Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana
penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan dalam
konteks teoritikal. Rajah di bawah menggambarkan model
ini.
Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap
aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan. Pendekatan
yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana
perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks
teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas
penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun
pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana
tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur.
Proses
Proses 1
1. Idea Permulaan
Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea
bahawa suatu perubahan atau penambahbaikan
diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan
terbit daripada rasa prihatin guru terhadap
sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di
mana suatu masalah sedang dihadapi.
Contohnya, apabila hampir separuh pelajar sebuah
kelas gagal dalam ujian topikal yang baru
dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu
perlu dilakukan bagi memulihkan kembali situasi;
guru mendapati segelintir pelajarnya tidak
memberi sokongan dalam tugasan kumpulan yang
diberikan, membuat guru ingin mengetahui
sebabnya; guru mendapati seorang guru mata
pelajaran lain menggunakan teknik pengajaran
berasaskan ICT dengan jayanya di dalam kelas,
dan beliau ingin mengetahui sama ada teknik
tersebut boleh berjaya diaplikasikan dalam mata
pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu
guru tersebut mencari jalan untuk
mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran yang
diajarnya dan mencubanya dalam tindakan kelas.
Pendek kata, seseorang pengamal (guru) akan
sentiasa berdepan dengan masalah, yang terjadi
apabila nilai-nilai yang dipegang bertentangan
dengan apa yang berlaku dalam amalan, yang
menyebabkan suatu penambahbaikan perlu dicari
(Kemmis & Mctaggart,1982; Whitehead,1985).
Situasi tersebut akan memberi idea untuk
memulakan suatu kajian tindakan.
Kemmis & McTaggart (1988) menggariskan empat
langkah penting bagi menjalankan kajian tindakan;
(a) membina suatu rancangan tindakan bagi
membaiki sesuatu yyang sedang berlangsung, (b)
melaksana rancangan yang dibina, (c) memerhati
kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan
(d) mereflek atau mengimbas kembali kesan yang
terjadi sebagai asas untuk merancang tindakan
seterusnya.
Madzniyah et.al (1995) pula telah mengemukakan
prosedur atau proses pelaksanaan kajian tindakan
mengikut langkah-langkah berikut:
1.Mengenal pasti isu atau masalah atau situasi
2.merancang tindakan
3.melaksanakan langkah-langkah tindakan
4.meninjau dan mengutip data
5.tindakan untuk gelungan atau kitaran kedua
McNiff et al (1996) pula berpandangan bahawa
asas proses kajian tindakan boleh digambarkan
sebagai:
1.meninjau amalan semasa
2.mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak
diperbaiki
3.membayangkan langkah ke hadapan
4.cuba membuat atau mengambil catatan apa
yang berlaku
5.mengubah suai perancangan berdasarkan apa
yang ditemui dan meneruskan tindakan
6.menilai model yang telah diubah suai dan
seterusnya sehingga berpuas hati dengan
semua aspek dalam kajian
Walau apapun pandangan ahli akademik di atas,
apa yang dapat disimpulkan ialah proses suatu
kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan
satu kitaran yang jelas yang patut dipatuhi oleh
pengamalnya.
Proses 2
2. Membina Rancangan Tindakan
Setelah mendapat idea awal untuk memulakan
langkah kajian tindakan, penyelidik (guru) perlu
membina rancangan untuk bertindak ke arah
penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik
perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan
maklumat yang akan membantunya merancang
tindakan yang bakal diambil. Contohnya, apabila
hampir separuh daripada sekumpulan gagal dalam
ujian topikal yang ditadbir, maklumat terperinci
diperlukan tentang soalan-soalan yang gagal
dijawab oleh kumpulan pelajar berkenaan.
Maklumat ini dapat diketahui dengan merujuk
kepada isi kandungan yang gagal difahami oleh
pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab soalan
yang berkaitan dengan topik berkenaan dalam
ujiian topikal. Kemudian berdasarkan maklumat
yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk
soalan penyelidikan:
1.Apakah aspek-aspek yang belum difahami
oleh pelajar tentang topik yang diajar?
2.Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar
dalam memahami aspek-aspek tersebut?
3.Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar
semula topik tersebut dengan
kaedah pembelajaran masteri?
Setelah soalan-soalan penyelidikan Setelah soalan-
soalan penyelidikan dibentuk, penyelidik perlu
membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas
yang terlibat, beberapa ujian diagnostik perlu
dibina bagi mengesan kelemahan pelajar,serta
beberapa contoh yang lebih mudah digunakan
dalam pengajaran semula. kemudian, satu ujian
setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka
bagi memastikan sekurang-kurangnya 80%
daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan
yang dikemukakan.
Proses 3
3. Melaksana Tindakan
Setelah membina rancangan tindakan,
tiba masanya bagi pelaksanaan. Penyelidik (guru)
perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar
bagi mengenal pasti soalan-soalan yang gagal
dijawab oleh kebanyakan mereka, diikuti oleh
ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta
kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang
topik yang diajar. Setelah itu, penyelidik akan
mengajar semula topik berkenaan dengan
memberi contoh-contoh yang lebih mudah
difahami oleh pelajar serta disertai dengan latihan
dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.
Proses 4
4. Memerhati Kesan Pelaksanaan
Semasa tindakan sedang diambil,
penyelidik akan mula mengesan perubahan dalam
kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas
yang diberikan oleh pelajar semasa pengajaran
semula yang memberi fokus terhadap aspek-aspek
yang sukar difahami akan memberi maklum balas
kepada penyelidik. Akhir sekali, keputusan ujian
setara tentang topik yang diajar akan memberi
maklum balas sama ada tindakan yang
dilaksanakan berjaya mengurangkan bilangan
pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada
keseluruhan pelajar.
Proses 5
5. Mereflek
Kesan yang berlaku dalam
sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh
dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan
melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik
mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik
yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu
dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar
mungkin gagal menjawab aspek-aspek lain dalam
ujian setara, berikutan kefahaman pelajar yang
tidak kekal untuk tempoh masa panjang. Secara
amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk
mengatasi masalah retention kefahaman pula, dan
ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan
penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk
tindakan seterusnya.
top related