dear son dear daughter(bm) v2

Post on 29-Jan-2018

848 Views

Category:

Entertainment & Humor

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Wahai anak-anak ku...

Satu hari nanti, apabila kamu dapati diri ayah semakin tua, bersabarlah…

dan cubalah memahami ayah…

Jika ayah kelihatan kotor ketika menjamah makanan… Jika ayah kelihatan begitu sukar mengenakan pakaian…

bersabarlah wahai anak-anak ku ! Ingatlah, ayah telah berhadapan semuanya itu sewaktu

hari-hari kecilmu dulu…

Jika ayah berulangkali mengucapkan perkara yang sama, berilah ayah masa ! Dengarlah apa yang ayah ucapkan !

Sewaktu kecil mu, wahai anak-anak ku, kau sentiasa bertanya sesuatu berulang-kali, petang hingga ke malam, sehinggalah kau terlena, dan ayah tetap sabar melayani mu !

Anak-anak ku jika di hari tua ayah nanti..jika ayah tidak Anak-anak ku jika di hari tua ayah nanti..jika ayah tidak mampu membersihkan diri atau ayah sentiasa berada di bilik mampu membersihkan diri atau ayah sentiasa berada di bilik mandi, janganlah kau jijik melihat ayah dan janganlah kau mandi, janganlah kau jijik melihat ayah dan janganlah kau

malu dengan kelakuan ayah…malu dengan kelakuan ayah…

Ingatlah anak-anak ku, betapa ayah telah berhadapan Ingatlah anak-anak ku, betapa ayah telah berhadapan dengan kerenah mu ketika ayah ingin memandikan mu dengan kerenah mu ketika ayah ingin memandikan mu

sewaktu kecil mu dulu…sewaktu kecil mu dulu…

Jika ayah kelihatan begitu bodoh dengan teknologi baru, janganlah kau

memtertawakan ayah, berilah ayah masa untuk

memahaminya...

Sesungguhnya anak-anak ku, ayah telah mengajar mu banyak perkara dalam hidup ini, cara makan… cara

berjalan.. cara berpakaian… cara menjaga tingkah-laku.. Dan bagaimana berhadapan dengan asam-garam hidup ini…

Jika kadang-kadang, ayah hilang ingatan atau ayah tidak dapat mengikuti perbualan, berikanlah ayah masa untuk cuba mengingati atau mengikutinya …

dan jika ayah masih gagal, janganlah kau serik dan cemas, kerana sesungguhnya yang paling penting

dan membahagiakan ayah, ialah apabila ayah dapat bersama mu…, dan dapat berbual dengan mu.

Jika ayah tidak mahu makan, jangan paksa ayah ! Sesungguhnya ayah lebih tahu bila ayah lapar dan perut

ayah memerlukan...

Apabila kaki ayah yang uzur tidak membenarkan ayah bergerak lagi seperti dahulu …

…Bantulah ayah seperti ayah telah lakukan dengan memegang kedua belah tangan mu semasa kau mula belajar

melangkah.

Dan jika satu hari nanti, Dan jika satu hari nanti, Ayah ucapkan bahawa ayah tidak mahu hidup lagi… Ayah ucapkan bahawa ayah tidak mahu hidup lagi…

bahawa ayah ingin mati…, janganlah kau memarahi ayah… bahawa ayah ingin mati…, janganlah kau memarahi ayah… kerana sesungguhnya satu hari kau juga akan memahami!kerana sesungguhnya satu hari kau juga akan memahami!

Memahami bahawa pada usia tertentu, kita akan merasakan bahawa diri kita tidak diperlukan lagi

untuk terus berada di alam maya ini !

Satu hari nanti, kau akan memahami bahawa di sebalik semua kesilapan dan kesalahan yang pernah ayah lakukan, Ayah sentiasa mengharap dan berdoa yang terbaik untuk

anak-anak ayah… dan segala yang ayah lakukan sewaktu membesarkan mu adalah dengan harapan supaya anak-anak ayah menjadi

manusia yang baik dan berjaya.

Anak-anak ku, kau tidak perlu bersedih dan kesal di hadapan ayah. Dekatilah ayah, fahamilah kehidupan hari-hari tua ayah, lakukanlah yang terbaik sebagaimana ayah

lakukan sejak lahir mu di dunia ini.

Bantulah ayah untuk berjalan, bantulah ayah mengakhiri sisa-sisa hidup ini dengan kesabaran

dan kasih-sayang. Satu-satunya yang ayah merasa amat membahagiakan dan berterima kasih,

ialah senyuman mu… dan rasa kasih-sayang daripada kamu anak-anak ayah…...

Wahai anak-anak ku, sesungguhnya ayah amat menyayangi kamu semua !

Secebis coretan Daripada Ayah Mu

Fajar Saleh1 Mei 2009

Slide ini diterima dalam versi Bahasa Inggeris,

Ia amat menyentuh hati…

Lalu ku terjemah dan sesuaikannya ke dalam Bahasa Melayu …

Khususnya untuk tatapan anak-anak ku …

Fajar Saleh

Mei 2009

Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

top related