copy of minit curai
Post on 10-Nov-2015
243 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BORANG LAPORAN / MINIT CURAI RUJUKAN BIL Nama Pegawai : __CHAN SIEW YEN_______________ Jawatan : _GURU__ ___________Perkara : __Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Balapan Dan Padang MSSR Zon Selama __Tarikh : _13.2.15______ Masa : __2.45pm_____ Tempat : ___ PKG Selama________
Anjuran : __PPD LMS_________________ ________________________________Pengerusi : __Encik Lau Pier Soon__________________________________________________Bahan-bahan yang diedarkan : _Minit Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Balapan Dan Padang MSSR
Zon Selama Kali Pertama 2015Cacatan Minit :
1. Syarat-syarat pendaftaran
~ Setiap sekolah tidak boleh mendaftar lebih daripada 2 orang peserta dalam setiap acara yang
disediakan.
~ Jika peserta telah menyertai acara bawah 11 tahun, maka tidak boleh lagi menyertai acara yang sama bawah 12 tahun
dan sebaliknya.
~ Semua acara tidak melibatkan peserta bawah 10 tahun.
~ Walaupun setiap pertandingan acara mejalani beberapa pusingan, tetapi pemenang dipilih
mengikuti masa yang terbaik.
~ Guru sekolah bertanggungjawab membawa peserta-peserta mendaftar dengan pegawai acara
tersebut sebelum pertandingan bermula.
~Tarikh tutup sistem pendaftaran pada 18.2.15 (Rabu).
2. Perbincangan peralatan yang disediakan oleh setiap sekolah dan tugasnya
~ Peralatan balapan disediakan oleh SK Sri Selama
(pihak sekolah perlu menyediakan stapler sendiri. 10 kotak plastisin perlu disediakan untuk
acara lompat tinggi. 32 pagar perlu disediakan untuk acara lompat pagar kerana setiap
lorong akan diletakkan sebanyak 8 pagar.)
~ AJK Kebersihan: SK Bukit Bertam dan SK Sungai SiPutih
(Perlu menyediakan plastik sampah. Resit plastik sampah boleh dituntut daripada tuan
rumah.)
~ 5 Payung besar disediakan oleh SK Selama, SK Sri Selama, SK Sungai
Dengdang, SK Sungai Bayor
~ Sebanyak 3 buah khemah disewa daripada Encik Haji Abu. Harganya ialah RM430.00 dan En. Haji
Abu boleh diminta untuk menyediakan meja dan kerusi. Ketiga-tiga khemah tersebut disediakan
untuk pentas hadiah, VIP dan stesen pengurusan peserta.
~ PA sistem : SK(T) Ladang Malaya
~ Juruacara : 2 orang cikgu perempuan
~ Pertolongan Cemas : SJK (c) Chi Sheng 1 (perlu membeli spray yang secukupnya untuk
kejohanan ini)
~ Tugas Pengerusi Padang ialah memeriksa peralatan untuk setiap acara sebelum, semasa dan
selepas pertandingan.
~ AJK Makanan dan Minuman : SK Banggol Jas
(Sediakan 3 jenis kuih kepada pegawai-pegawai, sediakan makanan kepada VIP dan air mineral akan disediakan untuk semua orang.)~ Buku Program dan publisiti : Tuan Rumah
~ Sijil : SK (T) Selama
(Sijil peserta dan sijil pegawai perlu hantar kepada PPD untuk tandatangan.)
~ Pihak SJK (c) Sungai Terap akan mengutip barang/alatan mulai 16.2.15 (Isnin) pukul 10.30 pagi.
Sekolah yang terlibat boleh menyediakan satu borang untuk menyemak bilangan alatan.
Alatan yang dikutip akan terus simpan dalam stor stadium.
~ Peralatan perlu melabelkan dengan nama sekolah masing- masing. Peralatan
yang kecil seperti stapler perlu dibawa sendiri
hanya alatan yang besar dihantar dengan lori.
~ Pegawai bertugas perlu mengambil peralatan dari stor stadium untuk kegunaan
acara masing-masing. Selepas kehabisan acara tersebut, pegawai perlu menyimpan peralatan ke dalam stor. Ini adalah rutin sepanjang kejohanan yang
dijalankan.
~ Hari pertama, acara padang dan balapan akan dijalankan dengan serentak.
~ Pada 3 Mac, pendaftaran akan dimulakan pada 12.30pm. Acara-acara
dimulakan pada pukul 2.30pm.
3. Kewangan
~ Yuran penyertaan bagi SMK adalah RM100.00 dan Sekolah Gred A dan B adalah RM200.00.
~ Setiap sekolah boleh membayar secara cek sebelum 25.2.15 (Rabu) atau membayar secara tunai
semasa pendaftaran.
4. Wakil pegawai SJK (c) Chi Sheng 2
~ Pencatat Masa : Encik Lee Che Leong
Penjaga Masa : Encik Cheah Weng Hui
Hakim : Encik Chin Kok Eng
5. Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Peringkat Daerah
~ Peserta-peserta yang dipilih kepada peringkat daerah perlu kutip RM5.00 untuk membeli pakaian.
~ Yuran penyertaan peringkat daerah adalah RM230.00.
~ Tempat: SMK Simpang
~ Surat untuk guru membawa peserta ke pertandingan perlu disediakan oleh Tuan Rumah. Sebab
ini akan memudahkan guru membuat tuntutan perjalanan.
6. Hal-hal lain
~ Tuan rumah mencadangkan penggunaan "Air hon" untuk ganti pistol dan peluru kerana lesen peluru sudah tamat.
~ Cadangan tersebut tidak disokong oleh guru-guru yang hadir. Guru SK Sungai Bayor mencadangkan Tuan Rumah meminta
permit peluru sehari daripada balai polis ataupun boleh meminjam peluru daripada sekolah-sekolah di Taiping seperti
SMK St George.
~Masalah peruntukkan yang dihadapi oleh Tuan Rumah: Harga sekotak peluru adalah RM100.00. Sepanjang masa kejohanan perlu 3 kotak peluru.
Tindakan Susulan / Implikasi Sekolah
Disediakan oleh Tandatangan dan Cop Ketua Jabatan
__________________________ _____________________________
( CHAN SIEW YEN ) ( )
top related