chapter 3

Post on 19-Jun-2015

1.649 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TOPIK 3TEKSTUR PERMUKAAN

3.1 Pengenalan

-Tekstur permukaan adalah surihan atau tanda yang dihasilkan oleh hujung perkakas pemotongan pada permukaan sesuatu komponen.

-Tekstur permukaan di takrifkan sebagai ::- sisihan permukaan sebenar bagi satu komponen dari permukaan umumnya, jika dilihat pada susuk komponen itu.

3.2 Elemen-elemen Tekstur Permukaan

a. Kekasaran - Tinggi puncak permukaan sebenar dari dasar lurah di

sebelahnya.

b. Lay - Arah kebanyakan alur dan banjaran puncak yang terdapat

pada satu permukaan.

c. Gelombang – Bentuk turun dan naik satu siri kekasaran pada satu

permukaan . - Jarak atau tinggi maksimum dari puncak ke

dasar permukaan yang terendah sekali.

d. Lebar Gelombang – diukur dari satu puncak gelombang ke puncak yang

bersebelahan. (disebabkan gegaran mesin)

e. Cacat – tanda atau kerosakan permukaan yang tidak berulang terjadi.

- cth; calar liang dan retak.

3.3 Simbol Bagi Ciri Permukaan

- unit yang digunakan untuk menyatakan darjah tekstur sesuatu

permukaan ialah mikrometer.

- Simbol yang digunakan untuk tekstur permukaan adalah Piawai British

(B.S. 1134)

0.02 - 2

10.016.31.6

Keterangan simbol :

6.3 - Tinggi maksimum bagi kekasaran, dinyatakan dalam unit mikrometer.

1.6 - Tinggi minimum bagi kekasaran, dinyatakan dalam unit mikrometer. Adakala nilai ini tidak dinyatakan.

0.02 - Tinggi maksimum bagi gelombang , dinyatakan dalam unit milimeter.

2 - Lebar maksimum bagi gelombang, dinyatakan dalam unit milimeter.

0.01 - Lebar maksimum bagi kekasaran, dinyatakan dalam unit milimeter.

3.4 Nombor Indeks Bagi Tekstur Permukaan

-Tiga kaedah menyatakan kualiti atau nombor tekstur permukaan.

i. Purata garis tengah, RA

ii. Tinggi purata dari puncak kekasaran ke dasar lurah, RT

iii. Punca Min kuasa dua, RRMS

a. Purata Garis Tengah, RA

- purata tinggi dan kedalaman permukaan sebenar dari garisan min bagi ordinat-ordinat yang dilukis pada satu jarak sampel.

Garisan minh2 h1

1 2 34 5 6 7 8

L

1. Menentukan indeks purata garis tengah dengan kaedah ordinat

RA = h1 + h2 + h3 + h4 + …..hn x 103

n Mh = tinggi ordinat (mm)n = bil. OrdinatM = skala pembesaran tegak

Sebelum mengukur luas surihan, kedudukan garisan min bagi kawasan Itu hendaklah ditentukan terlebih dahulu.

Garisan min

V1 V2 V3

W1 W2 W3

Menentukan kedudukan garisan min;

y = (V1 + V2 + V3 + ……) - (W1 + W2 + W3 +…..) L

V = luas surihan bahagian atas.W = luas surihan bahagian bawahL = panjang surihan

P S

2. Menentukan indeks purata garis tengah dengan kaedah ukuran luas

Garisan minA1

A2

A3

A4

A5

A6

L

RA = A1 + A2 + A3 +…..A6 x 103 μm L M

A = Luas surihan (mm2 )L = Panjang sampelan (mm)M = skala pembesaran tegak surihan

b. Tinggi Purata dari puncak kekasaran ke dasar lurah, RT

- Kaedah ini lebih mudah berbanding kaedah purata garis tengah.

h1

h2

h3

h4

h5

h6

h7

h8

h9

h10

h1

1

RT = (h1 +h3 + h5 + h7 + h9) – (h2 + h4 + h6 + h8 + h10) x 103

5 M

Dimana: h1, h2, h3….hn = tinggi ordinat dalam mm M = skala pembesaran tegak bagi surihan.

c. Punca Min Kuasa Dua, RRMS

RRMS = (h12 + h22 + h32 +…. + hn2 ) n√

Dimana : h1, h2, h3 …. hn = Tinggi ordinat pada titik 1,2,…n dalam mikrometer.

n = Jumlah ordinat dalam jarak sampel

3.5 Memeriksa Tekstur Permukaan

-Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan kualiti sesuatu permukaan yang telah di mesin.

-4 kaedah yang kerap digunakan:

i. Membanding dengan contoh pembanding.ii. Kaedah replika plastikiii. Menggunakan alat jenis stilus, seperti meter Tomlinson dan Talusurf.iv. Kaedah meter gangguan.

* Hanya kaedah “i” sahaja di praktikkan di dalam kursus ini.

i. Membandingkan dengan contoh pembanding

-Sejenis alat pembanding yang dibekalkan digunakan untuk memeriksa atau membandingkan kualiti permukaan yang telah di mesin dengan kualiti permukaan pada bongkah contoh dengan menggunakan deria lihat dan sentuh.

-Bongkah logam mempunyai berbagai-bagai corak lay dan diperbuat daripada pelbagai jenis logam. e.g: keluli tahan karat, aloi nikel, aluminium, plastik dan juga kertas berwarna hitam.

-Komponen yang telah dimesin diletakkan bersebelahan dengan bongkah pembanding.

-Kedua-duanya di bandingkan dengan cara melihat. Sekiranya tekstur permukaan dilihat serupa, pemeriksa hendaklah membanding dengan cara deria sentuhan.

-Gunakan hujung kuku untuk mendapatkan rasa permukaan komponen yang diuji dengan bongkah pembanding.

top related