cempaka berdarah

Post on 05-Jul-2015

191 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Nama: Choi Jia Herng Kelas: 4 Cerdik Nama Guru: Cikgu Nora Azian Binti Haji

Nahar

Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding.

Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, Zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil

parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka.Mereka beredar lalu

pergi ke bukit menembak burung-burung. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku

lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.. Dia juga

mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran

berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman

mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan

mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.

Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar.

Cth:Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.

• Kasih sayang dalam keluarga Mak Jah dan Zaman menyayangi

Cempaka walaupun dia hanyalah anak angkat

• pendidikan penting untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

• peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.

Prof.Peter berpisah dengan adiknya sewaktu perang Jepun di Bukit Putih

usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun.

Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia untuk mencari adiknya yang hilang

Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah

untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi.

Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof.

Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus

berkembang apabila Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir

belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga kenanga.

Pada tahap konflik, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan

berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa

Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi

pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut

Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah

adiknya. Mak Jah datang dan memarahi Prof. Peter.

Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas

kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku

pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas

senapang Prof. Peter.

Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan

ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat

Cempaka yang tidak sedarkan diri.

1.Teknik pemerianPengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka, 

2.Teknik imbas kembaliPengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun. 

Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.

•Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.

• seorang yang penyayang.Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.

• seorang yang berani. Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter..

•seorang yang bijak

Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya.

• seorang yang keras hati.

Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain..

• seorang yang tekun belajarZaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya.

•Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka •seorang yang penyayangMak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat.

•seorang yang tegas.Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter.

•seorang yang bertanggungjawab.Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.

•Seorang lelaki Inggeris•Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan..

• seorang yang bijakDia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang. 

•seorang yang sombongProf Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.

•Seorang yang tegasProf. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.

•Seorang yang sanggup berkorban.Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun.

1.Pada sekitar tahun 60-an2.Pada waktu menjelang tengah hariMak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur.3.Pada waktu petangKetika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter.

1.Di rumah Mak JahProf.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.2.Di pinggir belukar dalam kampung Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka.

1.Masyarakat yang mempertahankan hak.2.Masyarakat yang mengamalkan sifat kasih sayang terhadap keluarga

3.Masyarakat yang memandang rendah terhadap bangsa lain 4.Masyarakat yang mempunyai semangat patriotik 5.Masyarakat yang prihatin

1.SinkopeTuan nak buat apa di sini? Mak Jah tak adakah anak lelaki? Yang itu tak pulak disebut!. 2.PeribahasaTerlajak perahu dapat diundur, terlajak cakap buruk padahnya

3.Bahasa Inggeris Vision

4.Personifikasi Kayu-kayu mati

1.Nilai kasih sayang Cempaka bimbang kerana abangnya , Zaman belum sampai

walaupun sepatutnya dia pulang pada hari itu2.Nilai keberanian3.Nilai hormat-menghormati.

Zaman menghormati Prof.Peter sebagai pensyarah dan profesor4.Nilai bertanggungjawab5.Nilai kesungguhan

Mak Jah bersungguh-sungguh ingin tahu tentang pelajaran anaknya di universiti daripada Prof.Peter

1.kita hendaklah mempertahankan hak keluarga kitaZaman sedaya upaya mepertahankan hak keluarganya terhadap Cempaka-kita mestilah menghormati guru kita-kita hendaklah saling mengingatkan untuk kebaikan bersamaProf.Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya lebih tekun dalam pelajaran supaya dia boleh lulus-kita mesti pandai menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang Prof.Peter tidak sepatutnya berkasar dengan Mak Jah dan Zaman kerana dia berada kampung yang asing baginya

top related