tahap sm 6b nama...2b. pemahaman drama [9 markah] sinopsis “cempaka berdarah” seorang ibu...

32
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 6B Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 06-Jul-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 6B

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan
Page 3: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Kertas 2 1. Rumusan

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 1Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 4: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Latihan:

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kewajarannya kita perlu berubah kepada penggunaan tenaga alternatif dan rintangan yang dihadapi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Hampir setipa kediaman di negara kita menggunakan tenaga elektrik untuk menjanakan pelbagai kuasa pelbagai peralatan elektrik seperti pemanas air, penyaman udara, mesin basuh, dan sebagainya. Sehubungan dengan hal itu, keperluan terhadap kediaman jimat tenaga menjadi idaman setiap pemilik rumah. Pada masa yang sama, sumber tenaga alternatif sedang diteroka, terutama yang melibatkan penggunaan tenaga suria dan angin. Hal ini dikatakan demikian kerana tenaga solar dan angin merupakan sumber tenaga yang paling mesra alam.

Tenaga solar merupakan tenaga yang sangat ekonomik. Hal ini terbukti apabila terdapat sesetengah pengguna yang telah mengaplikasikan teknologi ini di rumah masing-masing. Sumber tenaga tersebut dapat mengurangkan bil elektrik setiap bulan. Penggunaan tenaga solar fotovolta wajar digalakkan atas alasan pengguna dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik konvensional. Setakat ini, usaha yang dilakukan bagi menggalakkan penggunaan fotovolta masih bertumpu pada beberapa projek mewah bagi memperkenalkan konsep perumahan tenaga solar di Malaysia. Dari sudut ekonomi, penggunaan tenaga solar sepatutnya menjadi sumber tenaga pilihan di Malaysia dan perlu dikembangkan dengan lebih meluas. Lagipun, Malaysia menerima cahaya matahari lebih daripada enam jam sehari hampir sepanjang tahun.

Selain penggunaan tenaga solar dan angin sebagai pemangkin sumber tenaga, penerokaan tenaga nuklear di negara ini sebagai sumber tenaga alternatif masih belum meluas. Kemajuan dalam bidang ini harus dipandang serius kerana penerokaan dalam sumber terbabit mampu menjadikannya sumber tenaga alternatif negara. Langkah tersebut wajar dilakukan sebelum Malaysia kekeringan minyak pada masa hadapan. Peralihan daripada tenaga elektrik kepada tenaga alternatif tidak boleh ditangguhkan lagi kerana harga panel solar dijangka meningkat atas runtunan permintaan pada masa akan datang. Di samping itu, negara kita perlu menggiatkan dan memperincikan pelan tindakan bagi penggunaan sumber yang boleh diperbaharui agar dapat mengurangkan pergantungan terhadap sumber bahan api fosil. Hal ini demikian kerana kaedah teknologi solar lebih praktikal serta menjimatkan kos dan masa jika dibandingkan dengap kaedah penyambungan grid yang diamalkan ketika ini.

Penggunaan tenaga alternatif sudah lama membuka mata banyak pihak dan teknologi ini sudah tidak asing lagi di negara maju seperti Jerman, Jepun, dan Switzerland. Penduduk di negara tersebut telah menggunakan tenaga alternatif, termasuk tenaga suria untuk menjanakan kuasa elektrik dan kita berharap agar perkara ini menjadi realiti di negara kita sedikit masa lagi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Faktor Ekonomi Tenaga Solar"

oleh Noor Shuhada Mohammad Yusof, Dewan Ekonomi, Julai 2009.)

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 2Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 5: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

2a. Pemahaman Petikan Umum [9 markah]

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan yang berikut dengan

menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata belum meluas. [2 markah]

(ii) Jelaskan sebab-sebab pengguna harus beralih kepada penggunaan tenaga solar

untuk menggantikan sumber tenaga elektrik konvensional. [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, pihak manakah yang harus memainkan peranan untuk

mencetuskan kesedaran masyarakat tentang penggunaan tenaga alternatif? [4 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 3Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah”

Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan anak perempuannya bernama Cempaka. Mohamad Zaman atau lebih dikenal sebagai Zaman, sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah pada tahun akhir, di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Dia tidak pernah pulang semenjak belajar di sana. Prof. Peter, pensyarah Zaman datang ke rumah Zaman dengan tujuan untuk berkenalan dengan keluarga Zaman tetapi niat asalnya untuk mencari adik kandungnya yang hilang sewaktu ditinggalkan oleh ibu bapa mereka pada Zaman Perang Dunia Kedua. Prof. Peter mengesyaki Cempakalah adiknya yang dicari-carinya selama ini. Pergelutan berlaku antara Zaman dengan Prof. Peter sewaktu Prof. Peter berkeras untuk membawa Cempaka bersama-samanya. Tindakan Prof. Peter itu juga mendapat tentangan daripada Mak Jah dan Cempaka sendiri tidak rela mengikut Prof. Peter. Mak Jah menafikan semua dakwaan Prof. Peter tentang Cempaka. Prof. Peter yang memegang senapang telah tertembak Cempaka kerana mendakwa ada seekor ular di atas kepala Cempaka. Hal ini menyebabkan Cempaka rebah. Zaman naik angin lalu menerpa Prof. Peter namun Prof. Peter segera melarikan diri ke hutan. Zaman mengejar Prof. Peter tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi tembakan. Mak Jah bersyukur kerana Zaman terselamat. Tema

Drama "Cempaka Berdarah" karya A. Rahim Abdullah ini memaparkan tema kasih sayang. Dalam sesebuah institusi kekeluargaan, kasih sayang amat pening. Dalam drama ini, jelas terungkap kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya dan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya digambarkan oleh watak Mak Jah

terhadap anaknya, Zaman dan Cempaka Mak Jah amat menyayangi Zaman walaupun Zaman jarang pulang ke rumah. Mak Jah tetap menanti kepulangan Zaman dengan penuh kesabaran. Mak Jah juga sayang akan Cempaka, sama seperti dia menyayangi Zaman walaupun hakikatnya Cempaka hanyalah anak angkat Mak Jah. Hal ini jelas dipaparkan semasa Prof. Peter mengaku Cempaka sebagai adiknya, Mak Jah menangis dan meraung sambil mempertahankan Cempaka sebagal anaknya. Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya pula jelas digambarkan oleh watak Zaman yang menyayangi Cempaka seperti adiknya sendiri, walaupun Cempaka hanyalah adik angkatnya. Zaman sanggup menentang Prof Peter walaupun hanya bersenjatakan parang sedangkan Prof. Peter bersenjatakan senapang. Demi kasih sayangnya kepada Cempaka, Zaman berusaha untuk mempertahankan haknya sebagai abang.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 4Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 7: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Persoalan 1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak.

Kasih sayang penting dalam mengukuhkan dan mengekalkan ikatan dalam sesebuah keluarga. Mak Jah amat menyayangi Zaman dan Cempaka. Buktinya, Mak Jah sentiasa menanti kepulangan Zaman walaupun Zaman sudah lama tidak balik. Selain itu, kasih sayang Mak Jah jelas digambarkan apabila dia tetap mempertahankan Cempaka sebagai anaknya walaupun Prof. Peter tegas mengatakan bahawa Cempaka adiknya yang hilang ketika Perang Jepun dulu. 2. Kepentingan ilmu

Ilmu penting dalam mengubah nasib seseorang agar lebih baik daripada sebelumnya supaya lebih dihormati oleh orang lain. Zaman melanjutkan pelajaran dalam bidang antropologi dan sosiologi di sebuah universiti yang terletak di Kuala Lumpur. Hal ini memperlihatkan kesungguhan Zaman dalam menuntut ilmu agar mampu mengubah nasib keluarganya. 3. Kemiskinan hidup masyarakat luar bandar.

Kemiskinan menjadi penghalang utama Seseorang itu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya golongan wanita. Sebagai contoh, kemiskinan yang dihadapi oleh keluarga Mak Jah telah memberikan kesan kepada Cempaka untuk melanjutkan pelajarannya. Cempaka tidak dapat meneruskan pelajarannya kerana Mak Jah tidak mampu membiayai kos pengajian anaknya itu. 4. Perubahan sikap manusia

Manusia mudah berubah apabila dipengaruhi oleh seseorang yang berkuasa atau melalui keadaan sekeliling. Malik, pemuda kampung yang tidak berpelajaran tinggi, namun bijak merebut peluang dengan menjalankan perniagaan, iaitu bonsai. Namun begitu, Malik telah mengkhianati persahabatannya dengan Zaman setelah dipengaruhi oleh Prof. Peter. 5. Nasionalisme

Nasionalisme perlu ada pada diri setiap individu terutama generasi muda agar mereka sedar bahawa nasionalisme dapat mengelakkan negara daripada dijajah oleh kuasa asing. Mak Jah mempunyai semangat nasionalisme yang mendalam apabila dia tidak memberikan nama Jepun kepada anaknya kerana Jepun merupakan penjajah yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. 6. Keberanian

Sikap berani perlu ada pada diri setiap individu kerana sikap tersebut dapat mengelakkan diri seseorang daripada ditindas dan digeruni oleh musuh. Sikap berani Zaman jelas terpapar semasa pertengkarannya dengan Prof. Peter. Zaman mengacukan parangnya kepada Prof. Peter walaupun musuhnya itu bersenjatakan senapang.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 5Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 8: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

7. Mempertahankan hak Setiap individu bertanggungjawab untuk mempertahankan haknya daripada

dirampas oleh orang lain. Untuk mempertahankan haknya sebagai abang Cempaka, Prof. Peter sanggup mengajar di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang sewaktu Perang Jepun dulu. Mak Jah dan Zaman juga mempertahankan Cempaka sebagai ahli keluarga mereka daripada dirampas oleh Prof. Peter.

Watak & Perwatakan

Mak Jah: Ibu kepada Zaman dan Cempaka. (a) Penyayang - Mak Jah amat menyayangi Zaman dan berusaha mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh Profesor Peter. (b) Berwaspada - Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke dalam bilik ketika Profesor Peter tiba di rumahnya. (c) Kuat iman - Mak Jah menyebut nama Allah ketika terdengar bunyi letupan senapang dari arah hutan. (d) Menghormati tetamu - Mak Jah memberi layanan yang baik kepada Profesor Peter. (e) Pemikiran sempit - Mak Jah berpendapat bahawa anak perempuan tidak perlu belajar banyak asalkan dapat membezakan alif dengan batang kelapa. (f) Benci akan penjajah - Mak Jah tidak suka akan orang Jepun kerana suaminya telah meninggal dunia semasa perang Jepun. (g) Berpendirian tetap - Mak Jah tetap menyatakan bahawa Cempaka ialah anaknya walaupun dinafikan oleh Profesor Peter. 2 Cempaka: Anak perempuan Mak Jah. Adik Zaman. (a) Rajin - Cempaka menolong Mak Jah mengemas rumah ketika menunggu kepulangan Zaman. (b) Penakut - Cempaka bersembunyi di belakang Zaman ketika Malik dan Profesor Peter muncul secara tiba-tiba di dalam hutan. (c) Manja - Cempaka bermanja kepada Zaman dengan meminta abangnya mengambilkan bunga kenanga. (d) Berterima kasih - Cempaka berterima kasih kepada Zaman kerana memberikan nasihat tentang usaha untuk mencari rezeki yang halal. (e) Pandai merajuk - Cempaka merajuk kerana Zaman lupa akan janjinya untuk mengambilkan bunga kenanga. (f) Sayang akan ibu dan abangnya - Cempaka memberitahu Profesor Peter bahawa Mak Jah merupakan ibunya manakala Zaman merupakan abangnya ketika Profesor ingin merampasnya.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 6Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 9: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

3 Zaman: Anak Mak Jah. Abang Cempaka. Seorang mahasiswa. (a) Keras kepala - Mak Jah mengakui bahawa Zaman memang seorang yang keras kepala seperti arwah ayahnya. (b) Berani - Zaman berani bertikam lidah dan bergelut dengan Profesor Peter demi mempertahankan Cempaka. (e) Pandai mencari rezeki - Zaman mencari akar kayu yang tumbang di belukar untuk dijadikan ukiran. (d) Berpendidikan - Zaman seorang mahasiswa yang sedang menuntut di universiti. (e) Sayang akan adiknya - Zaman memenuhi permintaan adiknya dengan mengambilkan bunga kenanga. 4 Peter Broom: Berbangsa Inggeris. Ibu dan bapanya telah meninggal dunia ketika perang Jepun. Seorang Profesor Antropologi dan Sosiologi. Perwatakan: (a) Sombong - Profesor memberitahu Zaman bahawa dia benci tinggal di kampung yang busuk, kotor, dan daerah yang tidak bertamadun. (b) Berani menuntut hak - Profesor berani meminta hak menjaga Cempaka daripada Mak Jah dan Zaman. (c) Tidak pandai dalam mengatasi masalah - Profesor tidak bijak ketika menuntut hak untuk menjaga Cempaka. (d) Tidak pandai berkomunikasi dengan orang lain - Percakapan Profesor menimbulkan kemarahan Zaman dan pertelingkahan. (e) Tidak mahir dalam menggunakan senapang - Tembakan senapang Profesor yang tidak tepat pada sasaran telah menyebabkan Cempaka menjadi mangsa. 5 Malik: Kawan lama Zaman. Perwatakan: (a) Mudah terikut dengan kata-kata orang - Malik mudah dipengaruhi oleh kata-kata Profesor Peter yang baru dua hari dikenali. (b) Tidak setia akan kawan - Malik sanggup berbaik-baik dengan Profesor untuk menyakitkan hati kawan lamanya, iaitu Zaman.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 7Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 10: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Latar

Latar Masa

(a) Pada cuti semester universiti - Zaman pulang ke kampung. (b) Pagi menjelang tengah hari - Profesor Peter Broom pergi ke rumah Mak Jah dengan tujuan meminta Mak Jah menasihati Zaman yang sibuk dengan kerja-kerja tidak berfaedah. (c) Petang - Mak Jah dan Cempaka mengemas rumah sementara menunggu kepulangan Zaman. Latar Tempat

(a) Rumah Mak Jah - Mak Jah dan Cempaka menunggu kepulangan Zaman dari universiti. (b) Di pinggir belukar sebuah kampung - Zaman dan Cempaka masuk ke dalam hutan untuk mencari akar-akar kayu.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang pernah dijajah - Mak Jah dan suaminya pernah dijajah oleh orang Jepun. (b) Masyarakat yang bersikap berwaspada - Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke dalam bilik sebelum Profesor Peter Broom masuk ke rumah. (c) Masyarakat yang prihatin - Profesor meminta agar Mak Jah dapat menasihati Zaman yang sibuk dalam kerja-kerja tidak (d) Masyarakat yang berfikiran sempit - Mak Jah berpendapat bahawa Perempuan tidak perlu banyak belajar.

Gaya Bahasa

1. sinkope : mak, dah, tak; nak; saja; bang. 2. bahasa Inggeris : vision 3. peribahasa : keras hati, keras kepala, sedap hati, putih hati, 4. simile : Orangnya tinggi mak, macam orang putihlah; Dia mahu masuk

universiti macam abangnya juga; Pakaian segak macam koboi.

Nilai

1 Kasih sayang - Mak Jah dan Zarnan sanggup bertelingkah dengan Profesor yang ingin merampas Cempaka daripada keluarga mereka. 2 Berwaspada - Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke dalam bilik ketika Profesor Peter tiba di rumahnya. Hal ini demikian kerana Mak Jah khuatir akan apa-apa yang mungkin berlaku.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 8Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

3 Keberanian - Zaman berani bergelut dengan Profesor Peter ketika Cempaka ditembak olehnya. 4 Kerajinan - Zaman rajin mencari sumber pendapatan untuk mengubah keadaan hidup keluarganya yang miskin. 5 Hormat-menghormati - Mak Jah memberi layanan yang baik kepada Profesor Peter yang datang ke rumahnya. Pengajaran 1 Kita harus memberi kasih sayang kepada ahli keluarga.

2 Kita harus berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali.

3 Kita harus berani bertindak demi kebaikan diri dan keluarga.

4 Kita harus rajin berusaha untuk mempertingkat taraf hidup keluarga.

5 Kita haruss menghormati hak keperibadian seseorang.

Latihan:

ZAMAN : Profesor, kamu tak ada hak hendak mengambil tahu hal adik aku

dan keluargaku semua. Semua yang berlaku dengan kehendak Tuhan.

PROF. PETER : Tuhan? (Tertawa) Mana boleh kehendak Tuhan dan alam. Mesti dengan faktor lain: generasi dan darah tahu tak?

ZAMAN : Darah semuanya merah, Profesor. PROF. PETER : Sebagai Profesor Antropologi, aku tahu perkara itu. Zaman.

Tetapi adik kamu itu bukan lah adik kamu yang sebenarnya! , MAK JAH : (Berjalan cepat membawa tongkat, separuh tongkat dan separuh

marah) Hai, Orang Putih, mengapa kamu datang lagi! Apa kamu nak sakitkan hati aku lagi: Kamu nak merampas anak aku ini?

CEMPAKA : (Lari memeluk Mak Jah) Mak, siapa Orang Putih ini, mak? (Menangis) Dia nak apa daripada Cempaka, mak?

PROF. PETER : Hai, Mak Jah , jangan pura- pura lupa pada apa yang sudah berlaku! Jangan pura-pura tidak tahu. Aku sedang mencari adik aku tanpa mengira apa-apa pun yang ditinggalkan oleh ibu semasa Perang Jepun dulu.

MAK JAH : Di sini tidak ada adik kamu.Di mana ada Orang Putih di sini! CEMPAKA : Aku bukan adikmu. Ini ibuku. Itu abangku. Lebih baik tuan pergi

dari sini! PROF. PETER : Kamu semua sudah berpakat, ya. Jangan hendak menutup bangkai gajah dengan nyiru yang buruk dan kecil, Mak Jah.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 9Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 12: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Kamu semua tidak boleh menipu aku! ZAMAN : Profesor jangan hendak menempah aral di sini. Terlajak perahu

dapat diundur, terlajak cakap buruk padahnya! Kamu Malik, kamu yang menjadi tali barut rupanya. Kamu menjadi barua kepada Profesor aku ini, ya?

(i) Mengapakah Mak Jah separuh marah dan separuh takut? [2 markah] (ii) Apakah kesilapan yang dilakukan oleh Prof. Peter hingga berlakunya konflik? .

[3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama.

[4 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 10Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 13: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

2c. Pemahaman Cerpen [9 markah]

Israk

Sinopsis Cerpen 'Israk' bermula dengan Israk dan keluarganya bercuti di rumah neneknya, Wah, di Kampung Sayong. Suasana di kampung itu menyebabkan Israk berasa kurang selesa kerana dia dibesarkan di luar negara. Walaupun begitu, adiknya, Mikraj, suka akan suasana di kampung itu. Mereka berdua sering bergaduh kerana perbezaan pendapat mereka.

Semasa berada di situ, Israk sering menyakiti hati Wah. Perkara ini menyebabkan Mikraj mempertikaikan sikap Israk itu. Dia ingin Israk mengenali Wah dengan lebih baik kerana Wah telah menjaganya sejak dia dilahirkan. Walaupun hati Wah terluka, dia menasihati Israk dan Mikraj agar mereka berhenti bergaduh.

Pada suatu hati, bekalan air paip di rumah Wah terputus. Mikraj memberitahu Israk untuk mandi di sungai. Namun begitu, Israk terjatuh ke dalam sungai dan hampir mati lemas. Wah berjaya menyelamatkannya dengan menghulurkan sebatang kayu kepadannya dan berusaha untuk menariknya ke tebing. Kaki Israk berdarah.

Selepas kejadian itu, Israk mengubah sikapnya terhadap Wah. Dia berpakaian baju Melayu dan mencari jering serta tempoyak untuk makan. Tema Kasih sayang dan pengorbanan seorang wanita terhadap keluarganya Persoalan i. Ketabahan hati dalam menempuh pelbagai cabaran hidup. ii. Ketidakselesaan anak bandar menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung. iii. Kasih sayang yang mendalam terhadap keluarga. iv. Rasa simpati seorang cucu yang memahami kehidupan neneknya di kampung. v. Kesedaran tentang asal usul seseorang. Watak & Perwatakan Wah a) Ibu kepada Adam.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 11Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 14: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

b) Sudah berusia lanjut dan tinggal seorang di kampung. c) Tabah menghadapi dugaan membesarkan anaknya selepas kematian suami. d) Sangat menyayangi anak dan dua orang cucunya. e) Berpegang teguh pada janji, iaitu tidak akan menjual rumah kepada Majlis Daerah. f) Tidak mudah berkecil hati meskipun layanan dan tindakan Israk agak keterlaluan. g) Bersemangat kental dan berani demi memastikan cucunya selamat. Israk a) Cucu kepada Wah. b) Berlagak sombong. c) Tidak menghormati orang yang lebih tua. d) Mementingkan diri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. e) Sedar akan sikapnya yang suka memperlekeh kehidupan di kampung. Mikraj a) Gadis yang rasional b) Tidak suka akan sikap abangnya c) Cucu yang amat mesra dengan neneknya d) Berminat dalam bidang sastera Plot Permulaan : Israk dan keluarganya pulang ke kampung Wah di Kampung Sayong. Israk tidak suka akan suasana dan keadaan di situ Perkembangan : Israk selalu menyakiti hati Wah. Mikraj sering bergaduh dengannya

atas sebab ini. Mikraj tidak suka akan sikap Israk yang menyakiti hati Wah

Klimaks : Apabila air paip di rumah Wah terputus, Israk pergi ke sungai untuk mandi. Namun begitu, dia terjatuh ke dalam sungai tersebut. Wah

berjaya menyelamatkannya sebelum dia mati lemas. Israk berdarah di kakinya.

Peleraian : Ibu bapa Israk terkejut melihat perubahannya selepas diselamatkan

oleh Wah

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 12Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 15: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Latar Latar Tempat Di sebuah perkampungan, di rumah Wah. Latar Masa Masa kini, siang, dan awal pagi. Latar Masyarakat a) Masyarakat kampung yang sedar tentang asal usul. b) Masyarakat bandar yang memperlekeh kehidupan kampung. c) Masyarakat bandar yang mencintai kehidupan di kampung. d) Masyarakat bandar yang sedar tentang asal usulnya. Nilai Murni a) Nilai hormat akan ibu bapa -Israk menolak pelawaan ayahnya untuk makan durian dengan baik. b) Nilai jati diri yang tinggi -Mikraj suka tinggal di rumah Wah ,di Kampung Sayong. Mikraj juga suka akan buah- buahan tempatan. c) Nilai kasih sayang - Wah amat sayang akan anak,menantu,dan cucu-cucunya. Wah tetap menyayangi Israk walaupun Israk menunjukkan rasa kurang senang tinggal di kampung. d) Nilai ketabahan -Wah tabah menerima kenyataan apabila suaminya meninggal dunia ketika kandungannya berusia sembilan bulan tiga hari. e) Nilai taat akan perintah agama -Wah segera mengerjakan solat sebaik-baik sahaja azan habis dilaungkan. f) Nilai berani -Wah berusaha menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam sungai. Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk dan berusaha sedaya upaya menarik Israk naik ke tebing. Pengajaran 1) Janganlah lupa akan asal usul kita supaya tidak mudah dengan budaya negatif luar .

Israk yang dibesarkan di luar negara lupa akan asal usulnya yang pernah dijaga oleh neneknya di kampung.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 13Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 16: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

2) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan setempat Mikraj pandai menyesuaikan dirinya dengan suasana di kampung walaupun dia

tinggal di bandar. 3) Janganlah kita mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sehingga mengecilkan hati orang lain

Israk mengatakan dia tidak suka tinggal di kampung dan lebih rela tinggal di bandar. 4) Sayangilah ibu kita yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita Latihan:

"Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti," rayu Mikraj.

"Tak perlu!" Israk mengayun kata-kata. "Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian

cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?" Suara Mikraj makin lama makin meninggi.

Israk mengambil nafas dalam-dalam, dan berkata. "Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?"

"Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan tercubit paha kiri turut berasa sakit. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!"

"Aku cukup pantang kalau diherdik budak kecil!" "Saya ajak pa dan ma bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang

mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-benar terhiris sewaktu atuk 'Perth' bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita. Wah orangnya ...," butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata.

"Sudah hujan," perli Israk. "Abang jangan terkejut kalau saya mampu membuatkan abang menangis

nanti!" Israk bersahaja. Dia mencapai gitarnya lalu lagu sumbang itu kembali beralun.

Perasaan meluat mula bersarang d$am kalbu Mikraj. Kalau tersilap jolok, terjolok sarang itu. Bahaya. ('Kalau bercakap dengan abang mesti ada kompromi," katanya, memandang tepat ke wajah Israk. Fikirannya di awang-awangan.

"Sastera? Kalau kau jadi macam aku tentu pa dan ma berbangga." "Saya ni kreatif. Abang sedar, pa dan ma sangat menggalakkan saya

memilihnya kerana minat saya terhadap sastera." Sejak itu Israk dan Mikraj tidak sejalan. Bagai minyak dan air. Entah bila akan

bercantum.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 14Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 17: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

(i) Mengapakah Mikraj mengajak keluarganya pulang ke kampung?

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelemahan yang ada pada perwatakan Israk berbanding dengan perwatakan Mikraj? [3 markah] (iii) Nyatakan satu nilai murni daripada petikan dan dua nilai murni daripada keseluruhan cerpen. [3 markah] 2d. Pemahaman Prosa Klasik [8 markah]

Hikayat Indera Nata

Kepulangan Indera Jenaka disambut dengan gembira oleh bondanya, iaitu Si Batu Kembar. Ayahanda baginda, iaitu Tuanku Syah Alam pula bertanyakan tentang Si Piatu. Indera Jenaka menjelaskan bahawa Si Piatu atau nama sebenarnya Indera Nata dibawa oleh lembur (ular sakti) menyeberang lautan ke negeri Pattani.

Menurut cerita Indera Jenaka, ketika Indera Nata mengembara, baginda ternampak sebuah bukit yang amat tinggi lalu mendaki bukit itu. Ketika Indera Nata menghampiri sebuah rumah yang terlalu besar dan tinggi Fang terletak di atas bukit itu, baginda melihat beberapa helai pakaian yang keemasan. Di sebelah rumah itu ada mahligai yang terlalu tinggi dan sangat indah hiasannya. Indera Nata ternampak tujuh orang puteri di dalam mahligai tersebut. Indera Nata memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa baginda sedang mencari gajah bergading emas. Puteri-puteri itu, iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma, Puteri Norlila, Puteri Indera Paksi, Puteri Ratna Cahaya, Puteri Ratna Bagang, dan Puteri Cendera Maha Dewi

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 15Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 18: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

memperkenalkan diri mereka dan menyatakan bahawa mereka dikurung di dalam mahligai itu oleh sepasang raksasa untuk dijadikan makanan apabila mereka besar kelak. Ketujuh-tujuh orang puteri itu berpakat dengan Indera Nata untuk melepaskan diri.

Sekembalinya di mahligai, raksasa bertanya kepada puteri-puteri itu tentang bau manusia tetapi Puteri Cendera Kesuma berdalih dengan mengatakan bahawa bau tersebut daripada mereka kerana mereka manusia. Puteri Cendera Kesuma meminta raksasa mencari gajah bergading emas dengan alasan supaya hati mereka cepat membesar. Raksasa akhirnya menemui gajah tersebut yang sedang ditunggang oleh Raja Rom. Raksasa makan Raja Rom dan kesemua pengikutnya lalu membawa gajah tersebut ke mahligai. Para puteri meminta raksasa laki-laki mencari kijang putih bertanduk emas manakala raksasa perempuan diminta untuk mencuci sehelai kain hitam sehingga menjadi putih. Sepeninggalan raksasa, Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri itu melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas.

Meskipun tidak berjaya menunaikan kehendak para puteri itu, kedua-dua raksasa itu pulang. Raksasa sangat marah kerana mendapati gajah bergading emas dan kesemua puteri itu telah tiada. Raksasa mengikuti jejak tapak kaki gajah itu sehingga menemukan mereka. Dengan bantuan Betara Gangga, lembur dan naga menyeberangkan Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri itu. Tangan raksasa ditarik oleh lembur dan naga lalu raksasa itu lemas di dalam laut. Indera Nata akhirnya sampai di rumah bondanya. bersama-sama kesemua puteri pada waktu malam. Bonda Indera Nata, iaitu Tuan Puteri Cenderawati amat sukacita kerana sudah lama baginda menunggu kepulangan anaknya itu. Namun demikian, pada masa yang sama, Tuan Puteri Cenderawati berasa amat sedih kerana suaminya, Raja Rom telah tiada lagi. Tema Keberanian dan kehebatan dalam menempuh pelbagai dugaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Indera Nata berani dan bijak dalam mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang perjalanan untuk mencari gajah bergading emas dan tujuh orang puteri atas perintah Raja Rom. Persoalan 1 Perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anak - Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya, Indera Jenaka ketika kepulangannya ke istana. 2 Memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya - Indera Nata menyelamatkan Indera Jenaka yang berhadapan dengan binatang buas di dalam hutan. 3 Kebijaksanaan mencari helah demi keselamatan - Tuan Puteri Cendera Kesuma mengadakan helah agar pasangan raksasa mencarikan gajah bergading emas, kijang

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 16Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 19: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

putih bertanduk emas, dan mencuci kain hitam untuk menyelamatkan diri dan puteri yang lain. 4 Kepatuhan kepada arahan yang diamanahkan - Indera Nata berusaha mencarikan gajah bergading emas dan tujuh orang puteri atas perintah Raja Rom. 5 Orang yang jahat akan mendapat balasan - Pasangan raksasa yang menculik tujuh orang puteri dari negeri yang berbeza telah dibunuh oleh lembur dan naga. 6 Kuasa sakti - Indera Nata telah menggunakan batu sakti yang diberikan oleh Betara Gangga untuk menyelamatkan diri, tujuh orang puteri, dan gajah bergading emas ketika diserang oleh pasangan raksasa.

Watak & Perwatakan

1 Indera Nata: Nama lainnya ialah Si Piatu; anak raja Rom; anak Tuan Puteri

Cenderawati; mempunyai rupa paras yang kacak.

Perwatakan:

(a) Berani - Indera Nata berani masuk ke dalam istana raksasa yang tidak pernah

dimasuki oleh manusia, jin atau syaitan.

(b) Bijak - indera Nata menggunakan batu sakti ketika menghadapi masalah untuk

menyelamatkan dirinya, tujuh orang puteri, dan gajah bergading emas.

(c) Tabah - Indera Nata tabah menghadapi pelbagai rintangan untuk melaksanakan

tugas yang diamanahkan oleh Raja Rom.

(d) Kesungguhan - Indera Nata bersungguh-sungguh mencarikan gajah bergading

emas dan tujuh orang puteri.

(e) Memiliki kesaktian - Indera Nata memohon bantuan daripada Betara Gangga

dengan batu sakti ketika diusir oleh pasangan raksasa di tepi laut.

2 Tuan Puteri Cendera Kesuma: Puteri Raja Mesir; mempunyai rupa paras yang

cantik.

Perwatakan:

(a) Bijak - Tuan Puteri Cendera Kesuma mengadakan helah agar dirinya dan enam

orang puteri yang lain dapat diselamatkan.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 17Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 20: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

(b) Berani - Tuan Puteri Cendera Kesuma berani menyuarakan kehendak hatinya

kepada Indera Nata agar rnereka dibawa ke negeri Rorn.

3 Pasangan raksasa: Bukan manusia.

Perwatakan:

(a) Zalim dan tidak berperikemanusiaan - Pasangan raksasa menculik dan

membesarkan tujuh orang puteri agar mereka boleh makan hati ketujuh-tujuh orang

puteri apabila dewasa kelak.

(b) Mudah percaya akan kata orang - Pasangan raksasa percaya akan kata puteri

ketujuh dengan mencarikan gajah bergading emas, kijang bertanduk emas, dan

mencuci kain yang berwarna hitam sehingga putih.

4 Si Batu Kembar: Ibu Indera Jenaka; isteri Raja Rom.

Perwatakan: Sayang akan anak - Si Batu Kembar memeluk dan mencium Indera

Jenaka apabila anaknya pulang ke istana.

5 Tuan Puteri Cenderawati: Ibu Indera Nata; isteri Raja Rom.

Perwatakan:

(a) Sayang akan anak - Tuan Puteri Cenderawati memeluk dan mencium Indera

Nata ketika anaknya pulang ke rumah.

(b) Belas kasihan - Tuan Puteri Cenderawati membenarkan tujuh orang puteri itu

tinggal bersama-sama dengannya kerana mereka berjauhan dengan ayah dan bonda

mereka.

Latar

Latar Masa

(a) Berlaku pada zaman pemerintahan beraja.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 18Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 21: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

(b) Pada waktu siang - Pasangan raksasa pergi ke hutan untuk mencari gajah bergading emas. Raksasa lelaki masuk ke dalam hutan untuk mencari kijang bertanduk emas. Raksasa perempuan pergi ke tepi laut untuk mencuci kain hitam menjadi kain putih. (c) Tujuh hari tujuh malam – Idera Nata dan tujuh oran puteri menempuh jalan untuk pulang ke rumah Puteri Inderawati.

Latar Tempat

(a) Di istana raja Rom - Indera Jenaka pulang ke istana dan bertemu dengan bondanya, Si Batu Kembar serta mengisahkan kehebatan Indera Nata kepada bonda dan ayahandanya, Raja Rom. (b) Di atas gunung - Indera Nata mendaki gunung dan mendapati ada sebuah rumah terletak di puncaknya. Istana kepunyaan raksasa terletak di sebelah rumah itu. (c)Di dalam rumah - Indera Nata mendapati pakaian yang diperbuat daripada emas di dalam rumah tersebut. (d) Di istana raksasa - Indera Nata bertemu dengan tujuh orang puteri yang ditawan oleh pasangan raksasa. Tujuh orang puteri tersebut meminta agar Indera Nata dapat menyelamatkan mereka daripada cengkaman pasangan raksasa.

(e) Di dalam hutan - Pasangan raksasa mencari gajah bergading.

(f) Di tepi laut - Raksasa perempuan mencuci kain hitam supaya menjadi warna putih. (g) Di rumah Tuan Puteri Cenderawati - Indera Nata pulang ke rumah bondanya, iaitu Tuan Puteri Cenderawati.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang terdiri daripada bangsawan - Golongan ini terdiri Indera Jenaka, Indera Nata, dan tujuh orang puteri. (b) Masyarakat yang hidup bantu-membantu - Indera Nata membantu tujuh orang puteri melepaskan diri daripada cengkaman raksasa. (c) Masyarakat yang hidup bersama dengan makhluk lain – Tujuh orang puteri hidup bersama-sama dengan raksasa setelah diculik oleh mereka.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 19Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 22: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

(d) Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan - Raksasa menawan tujuh orang puteri untuk makan hati mereka apabila mereka dewasa kelak. (e) Masyarakat yang mempunyai kuasa sakti - Indera Nata mempunyai batu sakti yang menyelamatkannya daripada usiran raksasa. (f) Masyarakat yang hormat kepada pemerintah - Indera Nata mencari gajah bergading emas dan tujuh orang puteri atas perintah Raja Rom.

Gaya Bahasa

1. Bahasa klasik : Hatta; syahadan; maka; arakian; sebermula.

2. Bahasa istana : Baginda, hamba, tuanku, ayahanda, kakanda, adinda, bonda

3. Bahasa Arkaik : cetera, mahligai, menengar, amarah

4. Bahasa Arab : Allah

5. Prosa tradisional : Rakit-rakit dari Inderagiri, Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;

Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri, Nanti esok kakanda

bawa. "

6. Hiperbola : Parasnya gilang-gemilang cahayanya kilau-kilauan

7. Sinkope : neneku, cucuku, bondaku, mak

8. Simile : ...adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga

9. Kata ganda : indah-indah, laki-laki, koyak-koyak, berseru-seru

Nilai

1 Keberanian - Indera Nata berani berdepan dan berkomunikasi dengan binatang yang

buas di dalam hutan.

2 Kebijaksanaan - Tuan Puteri Cendera Kesuma bijak mengadakan helah untuk

melepaskan dirinya dan puteri yang lain daripada cengkaman raksasa.

3 Kasih sayang - Tuan Puteri Cenderawati memeluk dan mencium Indera Nata yang

pulang ke rumah.

4 Belas kasihan - Tuan Puteri Cenderawati menerima ketujuh-tujuh orang puteri itu

agar tinggal bersama-sama dengannya di rumah.

5 Baik hati - Indera Nata menyelamatkan Indera Jenaka daripada binatang yang buas

di dalam hutan.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 20Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 23: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Pengajaran

1 Kita harus bersimpati terhadap orang yang mengalami kesusahan atau bernasib malang. 2 Kita harus taat dan setia kepada pemerintah. . 3 Kita harus bijak mencari jalan penyelesaian ketika ditimpa musibah. 4 Kita harus berani menempuh segala rintangan tanpa berputus asa. 5 Kita harus membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.

Latihan:

Mak mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya mendengar Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan

Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya, "Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan.

Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya, "Hai anakku Indera Nata, betapakah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?"

Maka Indera Nata pun berceterakan ha1 ehwalnya daripada permulaannya datang kesudahannya itu. Maka tuan puteri pun menangis menengar cetera anaknya itu serta katanya, "Wah anakku tuan, adapun jika anakku tiada datang nescaya matilah bonda ini tuan!"

Maka Indera Nata pun terlalu kasihan mendengar bondanya itu. Sebermula maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun bercintakan ayah bondanya. Seketika maka ia pun menangis pula bersama-sama dengan bonda Indera Nata itu. Setelah sampailah kepada tengah malam tiadalah beroleh tidur. Adapun tangisnya itu dua perkara suatu sebab bertemu dengan anakanda Indera Nata dan kedua tangisnya itu sebab bercerai dengan ayahandanya. Setelah itu maka hari pun sianglah, maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun berdiamlah ia bersama-sama dengan Tuan Puteri Cenderawati. (i) Apakah maksud rangkai kata hiduplah rasa hatiku? [1 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 21Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 24: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

(ii) Mengapakah Tuan Puteri Cenderawati terlalu sukacita melihat Indera Nata? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah perasaan kasih sayang amat penting dalam kehidupan? [4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Melengkapkan Ayat

1. Baca arahan dengan teliti untuk memahami kehendak arahan tersebut. 2. Anda perlu memahami ayat-ayat atau peritkan yang diberikan untuk mendapatkan idea keseluruhan atau petikan tersebut. 3. kenal pasti kedudukan perkataan yang tertinggal. 4. Fikirkan perkataan-perkataan yang tertinggal itu. Kemudian, masukkan perkataan yang tertinggal itu pada tempat yang betul.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 22Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 25: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

5. Pastikan pilihan perkataan yang tertinggal itu bersesuaian dengan konteks petikan yang diberikan. 7. Jangan berikan lebih daripada satu jawapan bagi setiap kata yang tertinggal atau mengubah maksud atau struktur asal ayat tersebut. Teknik:

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 23Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 26: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Latihan:

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 24Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 27: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat perkataan-perkataan yang tertinggal. Tulis semula setiap ayat tersebut dengan memasukkan perkataan yang tertinggal itu tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. A.

(i) Kejadian kebakaran itu oleh salah seorang daripada keselamatan yang ditugaskan

mengawal kilang tersebut.

(ii) Ibu bapa tidak sepatutnya cepat melatah anak-anak mereka oleh pihak sekolah.

(iii) Masyarakat perlu prihatin segala kejadian yang berlaku di sekeliling mereka

untuk masyarakat yang penyayang.

(6 markah)

(B)

(i) Anak-anak sentiasa kasih sayang perhatian daripada ibu bapa sepanjang masa.

(ii) Kemalangan dapat dielakkan jika para sentiasa ketika memandu di jalan raya.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 25Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 28: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

(iii) Setiap dugaan dan cabaran hidup perlu dihadapi tenang dan cepat berputus asa.

(6 markah)

2. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat kata-kata yang tertinggal. Kenal pasti tempat kata-kata itu digugurkan dan lengkapkannya dengan menambahkan kata yang sesuai. Tulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Calon-calon peperiksaan diminta duduk di tempat masing-masing kertas-kertas

soalan diedarkan.

(ii) Ibu menasihati ayah supaya tidak secara berlebihan memandangkan berat

badannya semakin naik.

(iii) Air matanya apabila mengenang detik-detik manis ketika bersama amah adiknya.

[6 markah]

3. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua perkataan yang tertinggal. Tulis semula setiap ayat tersebut dengan memasukkan perkataan yang tertinggal itu tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 26Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 29: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

A.

(i) Kejadian kebakaran itu hanya oleh seorang pengawal keselamatan yang asap

berkepul-kepul naik ke udara kilang tersebut.

(ii) Ibu bapa tidak sepatutnya cepat melatah anak-anak mereka oleh pihak sekolah.

(iii) Masyarakat perlu prihatin segala kejadian yang di sekeliling mereka untuk

masyarakat yang penyayang.

[6 markah]

B.

(i) Anak-anak sentiasa kasih sayang perhatian daripada ibu bapa sepanjang masa.

(ii) Kemalangan dapat dielakkan jika para sentiasa ketika memandu di jalan raya.

(iii) Setiap dugaan dan cabaran hidup perlu hadapi tenang demi kejayaan.

[6 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 27Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 30: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Soalan 4 : Novel ‘Papa...(akhirnya kau tewas jua!)”

Latar Latar Tempat (a) Di dalam rumah Julia. (b) Di Pusat Matrikulasi UIA. (c) Di Hospital Universiti Kebangsaan. (d) Di Coffee House, Hotel Paya Serai. (e) Di Restoran A & W. (f) Di padang tenis. Latar Masa (a) Pada waktu siang dan malam. (b) Mengambil masa lebih kurang tiga tahun. (c) Pada zaman moden. Latar Masyarakat (a) Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam menjaga ikatan

kekeluargaan

agar kehidupan sejahtera.

(b) Masyarakat yang bertanggungjawab apabila diberi kepercayaan untuk

melaksanakan sesuatu tugas tersebut.

(c) Masyarakat yang mementingkan pendidikan dan gigih berusaha.

(d) Masyarakat yang mengambil berat dan prihatin terhadap orang lain.

(e) Masyarakat yang mengingkari perintah Tuhan dan melakukan dosa.

(f) Masyarakat yang sanggup berkorban kerana kasih kepada keluarga.

(g) Masyarakat yang prihatin dan bersimpati terhadap musibah yang melanda orang

lain.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 28Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 31: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Latihan:

1. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan empat latar tempat dan peristiwa yang berlaku [8 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM406B 29Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 32: Tahap SM 6B Nama...2b. Pemahaman Drama [9 markah] Sinopsis “Cempaka Berdarah” Seorang ibu tunggal, iaitu Mak Jah mempunyai sepasang anak. Anak lelakinya bernama Mohamad Zaman dan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my