buletin psikologi mosti 2014
Post on 22-Dec-2016
255 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BULETIN
PsikologiPsikologi 2014
15 tips
Ceria di
tempat kerja
RESEPI
KEJAYAAN
“ANDA ADALAH APA
YANG ANDA MAKAN”
“SAINS DAN INOVASI, PEMACU TRANSFORMASI”
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
stres vs
PRESTASI
BOLEHKAH
BERHUTANG?
PENAUNG
ENCIK KHAIRULAZLI BIN OTHMAN
PENASIHAT
PUAN FAIZAH BINTI JAARUDIN
EDITOR
MUHAMAD FAIZAL BIN ZALIP
(Pelajar Praktikal)
ROSDALILA BINTI MASBULLAH
(Pelajar Praktikal)
PENASIHAT EDITOR
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI (UPPsi),
BAHAGIAN PSM, MOSTI
ENCIK KHAIRULAZLI BIN
OTHMAN
SUBK (P)
Sidang Editor Isi Kandungan
‘Dia’ Datang & Pergi: MOTIVASI 4
Peranan Psikologi di dalam Organisasi 5
Anda Adalah Apa Yang Anda Makan 6
Diet Seimbang 7
Stres Vs Prestasi 8
Anak Anda dan Teknologi 10
Bolehkah Berhutang? 12
15 Tips Ceria Di Tempat Kerja 14
Fakta Pisang
Mangkuk Yang Cantik, Madu dan Sehelai
Rambut
16
Uji Tahap Kecerdikan Anda ! 17
Psikologi Positif 18
Ujian Penghargaan Kendiri 19
Resepi Kejayaan 20
1000 Tahun Dalam Kubur 22
Assalamualaikum w.b.t. dan salam mesra,
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur
ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Unit
Pengurusan Psikologi (UPPsi), BPSM MOSTI telah berjaya
menghasilkan Buletin Psikologi ini buat julung-julung
kalinya.
Buletin ini bukan sahaja satu usaha untuk
memperkenalkan Unit Pengurusan Psikologi di MOSTI,
malah memaparkan informasi mengenai fungsi Psikologi
dalam organisasi yang turut boleh diamalkan dalam
kehidupan seharian. Artikel yang diterbitkan juga adalah
untuk memberikan satu bentuk pendidikan
kesejahteraan psikologi terhadap warga MOSTI. Harapan
saya agar pengetahuan yang diperolehi ini dapat
diterjemahkan oleh warga MOSTI melalui peningkatan
produktiviti organisasi hasil daripada warga yang
memiliki keperibadian yang seimbang.
Akhir kata,
Kalau tuan pergi menjerat,
Melangkah jangan terpijak kaca,
Semoga tuan mendapat manfaat,
Buletin diterbit silalah baca.
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1 MOSTI,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t.
kerana dengan izinNya, Buletin Psikologi MOSTI telah
berjaya diterbitkan untuk julung kalinya.
Sekalung penghargaan kepada barisan sidang
editor yang telah memberikan komitmen sepenuhnya
dalam menerbitkan buletin ini. Edisi ini tampil dengan
pelbagai rencana dan informasi berhubung dengan
pengaplikasian psikologi dalam organisasi dan
kehidupan seharian. Dengan adanya perkongsian ilmu
pengetahuan dan penyebaran informasi ini, adalah
diharapkan ia dapat membantu kita dalam merancang
dan menempuh masa hadapan dengan lebih yakin.
Sehubungan dengan itu, saya berharap agar
buletin ini dapat dijadikan sebagai bahan bacaan dan
ruang perkongsian ilmu untuk semua warga MOSTI
amnya bagi merealisasikan budaya pembelajaran
berterusan di kementerian ini in shaa Allah.
Sekian.
Selamat Maju Jaya.
PUAN FAIZAH BINTI
JAARUDIN
SUB (PSM)
TINTA PENA
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1 Malaysia.
A lhamdul i l lah , se t ingg i - t ingg i
kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t.
kerana dengan izinNya Buletin
Psikologi tahun 2014 dapat diterbitkan
buat julung kalinya.
Penerbitan Buletin Psikologi ini
merupakan satu langkah yang baik
untuk mendokumentasikan informasi
mengenai peranan Unit Psikologi di
dalam organisasi khususnya MOSTI.
Wa laupun MOST I merupakan
Kementerian yang menekankan
aspek sains, teknologi dan inovasi,
namun peranan psikologi dalam
organisasi tidak boleh dipandang
ringan. Ianya selaras dengan objektif
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi)
iaitu membangunkan semua warga
MOSTI dari segi emosi, tingkah laku
dan pemikiran serta berintegriti dan
berprestasi kerja yang tinggi.
Bahan-bahan yang dimuatkan
di dalam buletin ini boleh menjadi
input berguna kepada pembaca
mengenai peranan psikologi di
samping memperkenalkan UPPsi
dalam kalangan warga MOSTI dan
Jabatan serta Agensi di bawahnya.
Sehubungan i tu , saya ing in
merakamkan sekalung penghargaan
kepada UPPsi di atas usaha dan
komitmen yang diberikan dalam
merealisasikan penerbitan buletin ini.
Syabas dan tahniah saya ucapkan!
Saya berharap penerbitan ini dapat diteruskan sekaligus dapat menjadi kebanggaan dan panduan berguna kepada
semua yang membacanya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sekian.
Selamat membaca!
DATO’ DR. ROSLI BIN MOHAMED
Ketua Setiausaha
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
DARI MEJADARI MEJADARI MEJA KETUA SETIAUSAHAKETUA SETIAUSAHAKETUA SETIAUSAHA
4
K ehidupan kita sebagai manusia
bukanlah satu kisah yang hanya terdiri daripada satu
babak sahaja. Kehidupan yang kita lalui merupakan
satu perjalanan kisah hidup yang akan menjadi satu
lipatan memori untuk dikenang atau sebaliknya.
Perkara yang menyeronokkan akan dikenang.
Manakala, perkara yang menduga emosi seperti
kecewa, sedih dan keperitan akan dijadikan iktibar
buat diri. Kedua-dua peristiwa emosi tersebut
menjadi input kepada diri yang merupakan suatu
perjalanan dalam hidup; dimana output-nya sama
ada akan menjadikan diri seseorang itu ‘motivated’
atau ‘demotivated’.
Penekanan motivasi merupakan isu yang
tidak pernah lekang dalam mengekal dan
meningkatkan prestasi kerja individu. Motivasi
adalah satu dorongan (driving force) yang bertindak
mendorong emosi dan tingkahlaku pekerja untuk
melaksanakan dan menyelesaikan tugasan dengan
penyertaan rasa kesungguhan. Motivasi tidak hanya
menjadi perkara yang difikirkan oleh kaunselor
sekolah yang ingin meningkatkan pencapaian
akademik pelajar. Malah, ia merupakan penekanan
yang utama bagi ahli psikologi dan kaunselor dalam
organisasi untuk membantu meningkatkan prestasi
pekerja yang sekaligus meningkatkan komitmen
pekerja dalam organisasi. Menurut Wexley dan Yukl
(1987), motivasi menimbulkan niat pada diri
seseorang. Niat pula akan mewujudkan keinginan
yang merupakan salah satu proses psikologikal.
Menggalakkan motivasi dan mengurangkan
gejala tidak bermotivasi (kurang kesungguhan,
tahap komitmen rendah) memerlukan pelbagai
intervensi bagi meningkatkan keseronokkan dan
kepuasan pekerja di dalam organisasi. Antara cara
yang boleh diamalkan adalah;
1. Cabaran – motivasi meningkat apabila sesuatu yang dilakukan memberi makna kepada diri. Sebagai contoh, tugasan melibatkan komunikasi dua hala; meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi individu.
2. Kawalan – pekerja ingin mengawal kerja mereka sendiri, dan setiap dari mereka telah mahir dan mengetahui skop pekerjaan mereka.
3. Kerjasama & persaingan – kepuasan meningkat apabila seseorang pekerja dapat membantu pekerja lain. Di dalam suatu keadaan, membandingkan prestasi diri dengan rakan sekerja dapat membantu diri meningkatkan prestasi diri sendiri
4. Penghargaan - penghargaan diri seperti pujian apabila sesuatu tugasan berjaya dilaksanakan
Oleh itu, pengekalan motivasi pada tahap
yang tinggi adalah amat penting bagi memastikan
prestasi berada pada tahap yang optimum. Motivasi
mampu memberi dorongan dan ledakan luar biasa
kepada diri sendiri, malah kepada rakan sejawat.
Hasilnya, memberi kepuasan, meningkatkan
motivasi sekaligus meningkatkan prestasi
cemerlang warga kerja di dalam organisasi.
‘Dia’ Datang & Pergi:
MOTIVASI
Ke manakah Prestasi ?
Kepuasan
KOMITMEN
4
Page 5
P s i k o l o g i d i d a l a m
organisasi merupakan satu
cabang psikologi yang
menggunakan teori dan
prinsip di dalam organisasi. Ianya
juga dirujuk sebagai Psikologi
Industri dan Organisasi. Bidang ini
memberi fokus dalam meningkatkan
produktiviti dan menyelesaikan isu
berkaitan fizikal dan mental pekerja.
Pegawai Psikologi di dalam
organisasi memainkan peranan yang
penting dalam melaksanakan
pelbagai tugasan termasuk mengkaji
sikap dan tingkahlaku, menilai
prestasi pekerja, menjalankan sesi
kaunseling dan menjalankan latihan
dan program pe m bangunan,
pencegahan dan pemulihan.
Di dalam organisasi, seorang
ahli psikologi memberi fokus dalam
memahami bagaimana organisasi
mempengaruhi tingkahlaku pekerja.
Struktur organisasi, norma sosial,
gaya pengurusan dan jangkaan
peranan adalah faktor yang boleh
mempengaruhi bagaimana individu
bertingkahlaku di dalam organisasi.
Keberkesanan menangani
aspek pembangunan kerjaya oleh
Pegawai Psikologi dan kaunselor di
dalam organisasi dapat membantu
anggota organisasi meningkatkan
prestasi kerja yang tinggi di samping
meningkatkan kepuasan pekerja
apabila melaksanakan tanggungjawab.
Dengan memahami faktor-
faktor tersebut, peranan pegawai
psikologi di dalam organisasi
d i h a r a p k a n d a p a t m e m b a n t u
meningkatkan prestasi individu dan
kesihatan serta pada masa yang sama
memberi faedah kepada organisasi
secara keseluruhannya. Seiring dengan
visi dan misi Unit Pengurusan Psikologi
MOSTI:
Peranan Psikologi di dalam
Organisasi Unit Pengurusan Psikologi
MOSTI
Peranan Psikologi
Meningkatkan produktiviti.
Pemilihan dan pelantikan pekerja.
Mengenalpasti & membangunkan potensi.
Meningkatkan kecekapan pekerja.
Melatih & membangunkan tenaga kerja berkemahiran.
Meningkatkan disiplin & moral pekerja.
‘Saya percaya bahawa
sekiranya kita selaku
penjawat awam dapat
membudayakan amalan-
amalan positif, hasrat
Kerajaan untuk melihat
mutu perkhidmatan
awam berada di kelas
pertama akan menjadi
suatu realiti”.
-Tan Sri Sidek Hassan
(2007)-
Visi
Membantu Pengurusan Sumber Manusia bagi menyediakan modal
insan yang berminda kelas pertama.
5
Misi
Melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling berpandukan atau
selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan berkenaan Psikologi dan Kaun-
seling yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) ke arah peningkatan pengupayaan kendiri
warga kerja MOSTI.
Membantu pegawai dan kakitangan:
i. Menilai kekuatan dan kelemahan diri supaya dapat
membangunkan potensi diri.
ii. Bekerja dengan lebih konstruktif.
iii. Berhadapan dengan masalah interpersonal dan intrapersonal
secara produktif dan menangani dengan lebih berkesan.
“Saya tidak menghidap penyakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?”
Tidak dinafikan setiap individu mahu kesihatan
pada tahap optimum, sama ada dari segi fizikal
mahupun mental. Namun, gaya hidup kini yang
semakin sibuk dan sentiasa mengejar masa
menyebabkan ramai yang hilang fokus sehingga
mengabaikan kesihatan diri demi mencapai
kejayaan.
Individu yang sihat mental tidak bermakna
terlepas dari penyakit mental. Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu
yang sihat mental berupaya mengekalkan
perhubungan yang harmoni dengan orang lain,
mengambil bahagian dalam akt ivit i
kemasyarakatan dan boleh menyumbang di
dalam masyarakat.
Secara amnya, individu mempunyai kesihatan
mental yang positif jika:
Selesa dengan diri sendiri
Selesa dengan orang lain
Selesa dengan persekitaran
Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
M i n d a a d a l a h
bahagian yang paling
penting pada tubuh
badan dan jika tidak
dijaga, pemikiran
s e s e o r a n g a k a n
bercelaru hingga
m e n y e b a b k a n y a
gagal mengurus diri.
A p a b i l a m e n t a l
menjadi tidak sihat
termasuk mengalami
t e k a n a n a k i b a t
masalah hidup seperti putus cinta, bergaduh dengan
rakan atau bercerai, hormon menjadi tidak seimbang
hingga ia kelihatan pada kulit.
Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr
Khaidzir Ismail berkata, “kulit boleh timbul ruam dan
kering akibat hormon yang bercelaru disebabkan
tekanan pada minda. Kadangkala kita ingatkan kulit
kering kerana tidak sapu losen tetapi sebenarnya ia
terjadi kerana stres. Apabila mental tidak stabil,
perubahan pada tubuh dapat dilihat dengan nyata,
antaranya fizikal menjadi tidak terurus, rambut
kusut atau kulit kering.”
Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan mental
yang baik adalah melalui amalan pemakanan
seimbang. Apabila seseorang itu mengambil
pemakanan berkarbohidrat tinggi, tubuh akan menjadi
lesu dan ia memberi kesan secara tidak langsung pada
minda. Begitu juga apabila seseorang mengambil
makanan yang mempunyai kandungan gula yang
tinggi dalam diet, ia akan membuatkan diri menjadi
terlalu aktif dan mudah naik marah.
“Makanan sememangnya mempunyai hubung kait
dengan kesihatan mental kerana ia memberi kesan
kepada kesihatan fizikal. Nutrien makanan seperti zat besi dan protein memberi kesan pada tubuh badan.
Oleh itu, untuk mendapat mental yang sihat,
pemakanan juga perlu dijaga kerana minda memer-
lukan zat daripada pemakanan yang disalurkan ke
dalam tubuh," kata Dr Khaidzir. Oleh itu, pemakanan
seharusnya dikawal dengan mengamalkan diet yang
seimbang.
6
Rasulullah s.a.w bersabda:
(Hadis riwayat Bukhari)
“Anda Adalah Apa Yang Anda Makan” - Andreas Feuerbach & Brillat-Savarin -
Makanan & Kesihatan
“Shima, saya tengok awak ini asyik makan saja dari tadi. Tapi, tubuh badan awak tak pula gemuk. Cuba awak tengok saya ni, walaupun dah mengamalkan diet, tetap tak kurus-kurus juga. Apa petua awak?”
Nurul berasa hairan melihat Shima yang sering makan
tetapi tidak bertambah berat badan. Sedangkan dia
yang telah mengamalkan diet yang ketat selama tiga
bulan masih tidak dapat mengurangkan berat
badannya.
Hal ini berlaku kerana definisi dan amalan diet yang
difahami adalah tidak betul. Sesetengah individu
berpendapat bahawa diet bermaksud berpuasa, tidak
mengambil makanan berat seperti nasi dan tidak
memikirkan tentang makanan sehingga takut untuk
makan seperti Nurul.
Walhal, diet yang sihat datangnya daripada makanan
yang seimbang. Sewaktu di bangku sekolah, kita sering
didedahkan dengan piramid makanan. Piramid
makanan merupakan satu carta yang membantu kita
merancang pengambilan makanan dan sukatan
makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Namun,
kita masih mengabaikannya kerana tidak begitu
memahami fungsi dan pengkelasan makanan. Kini,
Harvard Medical School telah memperkenalkan
“Healthy Eating Plate” dimana ianya lebih mudah untuk
difahami dan diamalkan. 7 prinsip pemakanan sihat
yang boleh diamalkan oleh setiap individu:
1. Lebihkan sayuran
Terutama sayuran yang berwarna hijau
2. Lebihkan buah-buahan dari pelbagai warna
Segelas jus buah-buahan dikira sebagai snek diet yang
menyihatkan.
3. Pengambilan karbohidrat
Terdiri daripada sumber makanan berkanji seperti nasi,
bijirin dan roti. Kurangkan mengambil nasi yang
berwarna putih.
4. Lebihkan protein bersumberkan ikan
Ikan adalah sumber protein yang mengandungi vitamin,
mineral dan lemak omega yang boleh membantu untuk
mengelakkan penyakit jantung.
5. Kurangkan pengambilan gula
Gula adalah sumber karbohidrat yang ringkas dan
menyumbang kepada kalori yang tinggi. Pengambilan
gula yang banyak boleh menyebabkan berat badan
mudah naik.
6. Kurangkan pengambilan lemak tepu
Lemak tepu seperti mentega, keju dan krim boleh
menyebabkan risiko penyakit jantung di mana ianya
akan meningkatkan kolestrol dalam darah. Oleh itu,
kurangkan pengambilan lemak bagi mengelak penyakit
jantung.
7. Kekal aktif!
Sentiasa kekal aktif dengan mengamalkan
senaman ringan dan berjoging untuk
mengekalkan berat badan kerana dengan
bersenam boleh membantu membakar kalori.
7
Diet Seimbang
Diet dengan cara puasa,
tidak mengambil makanan
berat seperti nasi dan tidak
memikirkan tentang
makanan adalah
SALAH.
Diet yang BETUL adalah makan pada kadar
yang betul dan seimbang.
Inside Story Headline
Inside Story Headline
“To catch the reader's attention,
place an interesting sentence or quote
from the story here.”
meningkatkan motivasi diri untuk
m e n y e m p u r n a k a n t u g a s a n
sebelum tiba tarikh dateline
sesuatu tugasan. Hal demikian
hanya berlaku apabila wujudnya
rasa gelisah dan perasaan gelisah
tersebut berjaya diuruskan
d e n g a n b a i k s e h i n g g a
membenamkan kesan -kesan
negatif akibat gelisah seperti
b u r n ou t , k e mu ru n ga n d an
sebagainya.
Apakah stres?
Stres merupakan satu
tindakbalas yang tidak diingini
yang mendatangkan kerisauan
dan rasa tidak selesa.
Hakikatnya, seseorang
berada dalam keadaan stres
hanya apabila mereka sedar
wujudnya tekanan terhadap diri
mereka. Namun, tekanan tidak
semestinya menghasilkan stres.
Malah tekanan yang diuruskan
dengan baik mendatangkan
kesan yang positif seperti
meningkatkan daya kreativiti diri.
Tekanan dan bebanan
yang ditanggung oleh seseorang
bukan sahaja memberi kesan
terhadap diri sendiri, malah
memberi kesan terhadap prestasi
kerja di dalam organisasi.
Semestinya kita tidak mahu
tekanan yang ditanggung
memberi kesan terhadap prestasi
kerja. Juga sedikit sebanyak
memberi impak terhadap
Petunjuk Prestasi Utama atau Key
Performance Indicator (KPI)
dalam organisasi.
Namun hakikatnya, stres
juga datangnya dari pekerjaan
rutin di tempat kerja. Hal
demikian menurut Health and
Safety Executive (2013), rutin
kerja yang memerlukan pekerja
mengejar sesuatu dateline
tugasan berisiko peroleh stres.
Mereka juga merupakan
golongan yang berisiko tinggi
mengalami stes di tempat kerja.
N a m u n d e m i k i a n ,
adakalanya tekanan juga
memberi impak positif dalam
prestasi kerja. Hal demikian
kerana dengan adanya tekanan,
ia memberi peluang untuk diri
fokus terhadap sesuatu perkara
d i s a m p i n g m e n i n g k a t k a n
prestasi kerja pekerja. Tetapi
hanya dengan syarat; sekiranya
diri mampu menguruskan stres
dengan baik.
Berikut adalah KESAN stres
terhadap PRESTASI KERJA
individu;
1. Pengurusan Masa
Dari sisi positif, stres
m e m b a n t u m e l o n j a k k a n
adrenalin diri menjadikan
seseorang lebih proaktif dan
“seseorang dalam
keadaan stres akan
sedar apabila wujudnya
tekanan dalam diri
mereka”
stres vs PRESTASI
8
Inside Story Headline
Inside Story Headline
Inside Story Headline
Page 9
“To catch the reader's attention,
place an interesting sentence or quote
from the story here.”
“Semakin jauh kita
cuba lari dari
menyelesaikan
masalah, semakin
dekat ianya datang
menghampiri
kita…”
2. Hubungan
Stres merupakan penyumbang
kepada kelesuan (burnout) dan
fak tor yang menje jaskan
hubungan diri pekerja dengan
rakan kerja dan penyelia.
Menurut penulis Bob Losvsk,
seseorang menjadi sensitif dan
mudah tersinggung apabila
wujudnya perasaan putus
harapan dan tidak berdaya.
Pekerja juga mudah
tersinggung terhadap kritikan,
menjadi defensif, cepat marah
dan yang paling ditakuti adalah
kemurungan (depression) yang
m e n j e j a s k a n k e s e l u r u h a n
prestasi kerja serta menjejaskan
hubungan sosial individu.
3. Fokus
Stres memberi kesan kepada
kemampuan diri untuk proses
mengingat, mengingat sesuatu yang
kita sendiri tahu (retrieval process),
m e n g a n g g g u p e m p r o s e s a n
maklumat, menjejaskan dir i
mempelajari dan memahami
sesuatu perkara yang baru.
Apabila mental kita kelesuan
akibat kebimbangan, kerisauan dan
sebagainya yang mewujudkan stres,
diri akan mudah hilang tumpuan
kewarasan, dan gangguan proses
k o g n i t i f i n d i v i d u s e h i n g g a
mendatangkan risiko kemalangan di
tempat kerja semasa menjalankan
tugasan. Sebagai contoh apabila
terjatuh ketika menuruni tangga.
Satu penemuan yang mengejutkan
oleh Spain National Cancer Institute
(SNCI) mendapati stres boleh
mengakibatkan kanser. Setiap hari
kita terdedah dengan agen-agen
pembawa kanser seperti minuman,
makanan dan pencemaran.
P e n e m u a n o l e h S N C I
mendapati sistem imun badan
bertindak sebagai mekanisma
pertahanan diri. Namun, sekiranya
diri stres, imun badan menjadi
lemah. Stres membebaskan hormon
stres secara berlebihan dan ini
mengakibatkan apoptosis (sel mati)
terhadap sel darah putih; sel yang
melawan sebarang jangkitan dalam
tubuh. Kemusnahan sel darah putih
menyebabkan diri terdedah kepada
risiko kesihatan yang lain.
4. Kesihatan
Stres boleh mengakibatkan
pelbagai masalah kesihatan seperti
sakit kepala, masalah kesukaran
untuk tidur, masalah gangguan
penglihatan, turun atau naik berat
badan serta peningkatan tekanan
darah tinggi.
9
Rutin Tangani Stres
Relaksasi (beribadah,
riadah, teknik
pernafasan dan urutan).
Kaunseling atau talk
therapy.
Pendidikan kesihatan.
Sokongan sosial.
Pemakanan sihat dan
seimbang.
10
Perkembangan merupakan satu proses yang tidak pernah berhenti.
Manusia terus menerus berkembang dan berubah dipengaruhi oleh
proses pembelajaran dan pengalaman hidup. Perkembangan juga
meliputi dari aspek perkembangan emosi, mental, fizikal, intelligen dan
sosial. Perkembangan teknologi tidak terlepas melalui proses ini.
Perkembangan teknologi merupakan proses berterusan selagi mana
terdapat manusia yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan
sesuatu teknologi.
Peringkat Pendedahan Teknologi
Mengikut Peringkat Usia
2 hingga 4 tahun
Ibubapa kini cenderung memilih permainan interaktif yang terdapat di
dalam gadget seperti tablet dan telefon bimbit kerana ia jauh lebih
menarik dan mudah dibawa. Layanan diberi juga dapat mengukuhkan
hubungan emosi antara anak dengan ibu bapa.
Anak Anda dan Teknologi
KELUARGA
Pada peringkat usia ini, anak-anak mula meneroka sendiri persekitaran mereka.
Mereka mula mencuba-cuba dan bermain dengan peralatan teknologi
disekeliling mereka. Pada peringkat ini, kawalan ibubapa perlu diberi kerana
pendedahan teknologi secara berlebihan boleh membantutkan perkembangan
sensorimotor anak-anak. Ibubapa perlu memberi lebih banyak layanan secara
fizikal seperti membawa anak-anak bermain di taman permainan bagi
membolehkan keupayaan motor anak-anak berkembang dengan normal.
4 hingga 7 tahun
11
Pada peringkat usia ini, anak-anak mula
mencari kehidupan sosial di luar dari konteks
keluarga. Anak-anak yang memasuki alam
persekolahan mula berinteraksi dan
membentuk pergaulan. Pada peringkat ini juga,
mereka mula mencari kebebasan daripada ibu
bapa (bermain bersama rakan-rakan
berbanding dengan ibubapa). Situasi ini adalah
normal kerana proses perkembangan kanak-
kanak sedang berlaku. Perhatian dan
pengawasan oleh ibubapa adalah penting pada
peringkat ini kerana kebebasan yang dilakukan
anak-anak mungkin bukan sesuatu yang
diingini oleh ibubapa.
12 hingga 14 tahun
Anak-anak mula aktif dalam kehidupan
sosial. Bagi yang mempunyai internet, anak-
anak lebih cenderung untuk ‘online chatting’
tanpa mengira batasan masa dan tempat.
Pengawasan ibubapa perlu ada kerana
jumlah jam yang dihabiskan oleh anak-anak
di dalam laman sosial boleh membantutkan
skil sosial anak-anak di alam realiti
kehidupan. Kekurangan berkomunikasi
secara lisan dan fizikal mendatangkan
pelbagai masalah personaliti anak-anak
seperti kurang keyakinan diri dan skil
komunikasi yang lemah.
10 hingga 12
1. Wujudkan komunikasi tidak formal
dengan anak-anak supaya mereka
boleh berkomunikasi dengan orang
dewasa dengan lebih baik.
2. Ibubapa turut serta dengan apa
anak mereka main, dan lebih meng-
galakkan permainan yag memben-
tuk IQ.
3. Bersikap tegas dengan memberi
batasan kepada anak-anak dalam
mereka melayari internet dan
melibatkan anak-anak dalam aktivi-
ti masyarakat seperti gotong-
royong dan solat berjemaah.
4. Dampingi anak-anak dengan lebih
kerap.
Tanggungjawab Ibu bapa
Pada peringkat usia ini,
anak-anak lebih proaktif untuk
meneroka persekitaran mereka.
Pemikiran anak-anak mula
berkembang dan membentuk
norma diri sendiri. Mereka lebih
cenderung untuk meneroka sekeliling sama ada
secara realistik atau maya. Pengawasan ibu bapa
pada peringkat usia ini sangat kritikal kerana
anak-anak masih sukar untuk membezakan
sesuatu yang bermanfaat dan benar semasa
melayari internet. Anak-anak juga mungkin
didorong oleh rakan-rakan untuk membuka
laman-laman tidak berfaedah dan yang
berpotensi untuk menjejaskan perkembangan
mental dan akhlak.
8 hingga 10 tahun
Definisi Definisi
Definisi Hutang atau Al-Qard
bermaksud memberikan harta
kepada seseorang tanpa imbalan,
dan harta itu dikembalikan baik
dalam bentuk serupa ataupun
yang senilai dengannya setelah
peminjam mampu.
Hukum Hukum Hukum
berhutangberhutangberhutang
Pada asalnya, hukum
berhutang adalah dibolehkan.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah
Al-Baqarah ayat 282, maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman!
Apabila kalian bermu’aama-
lah tidak secara tunai untuk waktu
yang ditentukan, hendaklah
kalian menuliskannya.”
Rasulullah s.a.w. juga
pernah berhutang. Diriwayatkan
dari Aisyah r.a.
“ N a b i s h a l l a l l a a h u ‘ a l a i h i
wasallam membeli makanan dari
seorang Yahudi dengan tidak tunai,
kemudian beliau menggadaikan
baju besinya.”
HR Bukhari
Bila boleh Bila boleh Bila boleh
berhutang?berhutang?berhutang?
Secara asasnya, berhutang
adalah tidak digalakkan di dalam Islam. Namun, akibat desakan dari
kos sara hidup yang semakin
meningkat menyebabkan kita tidak
boleh menolak kemungkinan untuk
b erh ut an g de m i me me nuh i
keperluan hidup.
Wal au ba ga iman ap un,
kebanyakan individu berhutang
kerana ingin memenuhi kehendak
dan keinginan diri. Salah satu faktor
yang menyebabkan seseorang itu
berhutang adalah kerana wujudnya
persepsi diri yang takut dilabel
sebagai kedekut berbelanja kerana
terlalu memikirkan soal bajet.
Di samping itu, punca yang
turut memainkan peranan adalah
pengaruh dari jiran tetangga dan
juga rakan selain dari tidak berpuas
hati dengan apa yang dimiliki.
H a k i k a t n y a , k i t a p e r l u l a h
merancang perbelanjaan dengan
bijak untuk mengelak bebanan
yang akan ditanggung kelak
seperti yang dinyatakan dalam
hadis Rasulullah s.a.w.
“Berhati-hatilah kamu dalam
berhutang, sesungguhnya hutang
itu mendatangkan kerisauan di
malam hari dan menyebabkan
kerendahan diri (kehinaan) di siang
hari.”
HR Baihaqi
Rukun hutangRukun hutangRukun hutang
1. Peminjam
2. Pemberi pinjaman
3. Ijab dan qabul
Bolehkah berhutang?
12
“ Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang paling baik dalam pembayaran hutangnya.”
(HR. Bukhari)
Bahaya berhutang ! Bahaya berhutang ! Bahaya berhutang !
Selain dari mendatangkan
kerisauan dan kerendahan diri,
natijah berhutang turut dinyatakan
lagi dalam beberapa hadis
Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah:
Baginda bersabda:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari dosa
dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa
engkau sering meminta perlindungan dari
hutang, wahai Rasulullah?; Baginda menjawab:
”Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia
dusta, bila berjanji ia mengingkari.”
HR Bukhari
Rasulullah s.a.w pernah menolak untuk
mensolatkan jenazah seorang yang diketahui
masih berhutang dan tidak meninggalkan harta
untuk membayarnya. Rasulullah bersabda:
“Akan diampuni orang yang mati syahid semua
dosanya, kecuali hutangnya.”
HR Muslim
Dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
“Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan
menanggung hutang satu Dinar atau satu Dirham,
maka dibayarilah (dengan diambilkan) dari
kebaikannya; kerana di sana tidak ada lagi Dinar
dan tidak (pula) Dirham.
HR Ibnu Majah
13
Rancang kewangan peribadi dan keluarga
dengan sebaik mungkin
Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang
melebihi pendapatan
Hindari berhutang melainkan sekiranya
terpaksa
Buat perancangan pembayaran sekiranya
terpaksa berhutang
Libatkan saksi dalam proses peminjaman
Pelajari dan berusaha dengan kaedah
mendapatkan pendapatan sampingan
Hidup bersederhana dan jangan ikut
masyarakat sekeliling
Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang
Mutiara Kata
"Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini"
15 Tips Ceria di Tempat Kerja
Adakah dengan mengambil sarapan yang berbeza, menghidupkan radio,
dan mendengar lawak lucu penyampai radio dan rakan-rakan boleh
menjadikan anda seorang yang sangat bahagia di tempat kerja? Menurut
Shawn Achor, iaitu seorang pakar dalam Psikologi Positif dan juga pengkaji
dalam topik kegembiraan, terdapat beberapa perkara ringkas yang
sebenarnya yang boleh menjadikan diri anda sebagai seorang pekerja
yang gembira dan ceria di tempat kerja.
1. Tidur
Tidur sekurang -
kurangnya 7 jam, dan
elakkan tidur kurang 5
jam. Kekurangan tidur
menjadikan anda
mengantuk, sekaligus
menjejaskan prestasi
kerja di tempat kerja.
2. Bangun pada awal
pagi dan mandi awal
Mandi dengan air suam
dan sabun yang
mempunyai bau-bauan
yang wangi sebagai
satu bentuk terapi.
3. Perancangan sehari
awal
Perancangan awal atau
melakukan jadual
tugasan amat penting
untuk menjadikan diri
lebih terurus. Ini juga
dapat mengelak diri
daripada melakukan
pembaziran masa.
4. Pakai pakaian yang
bersesuaian
Dari segi psikologi,
berpakaian kemas dan
menarik membuatkan
diri lebih bersemangat
dan lebih berkeyakinan
tinggi.
5. Beri salam atau
ucapkan selamat pagi
kepada rakan anda
Memberi salam dan
ucapan membuka
peluang untuk sesuatu
komunikasi bermula.
Menjadikan hari anda di
pejabat lebih ceria dan
bertenaga.
6. Senyum!
98% senyum dibalas
dengan senyuman.
Jangan serik untuk
senyum sekiranya
senyum anda tidak
dibalas kerana ia hanya
2% sahaja senyuman
anda tidak dibalas.
7. Banggalah dengan
hasil kerja
Hasil kerja yang baik
berhak mendapat pujian
dari diri sendiri.
Sekiranya tidak
memuaskan, anda
sendiri yang perlu
berusaha untuk
mencapai tahap
kepuasan diri anda
sendiri.
8. Elakkan
Elakkan perkara-perkara
seperti mengumpat,
fitnah dan berpolitik
ditempat kerja. Ia
mungkin menimbulkan
rasa ghairah dan teruja,
namun bukan itu kunci
kepada faktor ceria anda
di tempat kerja.
14
9. Ajak rakan anda
keluar sarapan dan
makan tengahari
Makan berseorangan
membuatkan diri
sentiasa bermain dengan
pemikiran. Sekiranya
pada hari tersebut anda
kecewa, sedih, ia
menjadikan makan
tengahari anda tidak
penuh kenikmatan.
Mempelawa rakan makan
bersama dapat
mengurangkan hari
suram di tempat kerja
dengan pelbagai cerita,
malah perkongsian yang
sedikit sebanyak
mengurangkan rasa
sedih.
15. Berterima kasih
Ucapkan terima kasih
anda kepada rakan yang
telah membantu
menyenangkan tugasan
anda. Tidak sukar untuk
meringankan mulut untuk
menghargai usaha orang
lain yang telah
meringankan beban diri.
11. Ruang kerja kemas
Pastikan ruang kerja
dalam keadaan bersih
dan kemas. Sebelum
meninggalkan meja
kerja, pastikan meja
dalam keadaan yang
terbaik. Ruang kerja
yang berselerak akan
menjejaskan ‘mood’ anda
pada keesokan anda
selepas ‘punch-in’ !
12. Elakkan berbual!
Elakkan bercakap
semasa mesyuarat
sedang berjalan.
Melainkan anda perlu
dan dikehendaki untuk
bercakap. Bercakap
semasa mesyuarat
berlangsung merupakan
tingkahlaku tidak
disenangi. Bukan saja
kepada rakan, tetapi
juga kepada pengarah
anda. Ini memungkinkan
anda untuk ditegur.
Sekaligus menjejaskan
misi ceria anda.
13. Tiba awal di tempat
kerja
Tiba awal 30 minit ke
tempat kerja, atau yang
paling lewat 10 minit
dapat membantu diri
bersiap sedia dari segi
mental dan fizikal.
Keadaan tergesa-gesa
menjadikan produktiviti
diri menjadi rendah dan
menjadikan diri kurang
merasai keseronokkan di
tempat kerja.
10. Lakukan perkara
yang dibimbangi
terlebih dahulu
Ramai dari kita
kebiasaannya
menyelesaikan satu
tugasan yang kurang
dibimbangi berbanding
tugasan yang sering
menghantui diri seperti
‘dateline’ yang semakin
hampir. Jika terdapat
tugasan yang
memerlukan anda segera
untuk selesaikan, maka
beri keutamaan kepada
tugasan tersebut.
Sekiranya tidak, stres
akan menerjah diri. 14. Berkata manis
dengan diri sendiri
Mengeluarkan
penyataan yang baik
dan positif dalam diri
memberi satu tenaga
positif dan lebih
bermotivasi untuk
bekerja. Menurut Dr.
Kryder, iaitu seorang
pakar dalam kesihatan
mental, seorang yang
memberi perangsang
positif dalam diri
merupakan seorang
pakar dalam
memotivasikan diri
15 Tips Ceria di Tempat Kerja
15
CIRIT-BIRIT – Potasium dan
Magnesium yang terkandung di
dalam pisang amat sesuai
merawat orang yang mengalami
cirit-birit.
JERAWAT - Parut luka atau
jerawat amat buruk, lebih-lebih
lagi apabila parut hitam
(termasuk parut campak). Ambil
kulit pisang emas dan sapukan
padanya. Lakukan setiap hari
hingga kesan itu hilang.
ANAEMIA – Anaemia ialah
penyakit kurang darah dan
sering dialami ibu yang hamil.
Oleh kerana pisang kaya dengan
zat besi, ia boleh merangsang
penghasilan haemoglobin di
dalam darah.
KURUS? - Sekiranya anda ingin
menambah berat badan, pisang
boleh membantu. Ini kerana
pisang memiliki kalori yang cukup
tinggi dan menyediakan stamina,
energi, dan potasium yang cukup
baik bagi tubuh anda.
TEKANAN ATAU STRES - Buah
pisang mengandungi tryptophan,
iaitu sejenis protien yang
bertukar kepada serotonin dalam
t u b u h m a n u s i a y a n g
menyebabkan seseorang berasa
gembira.
AWAS! : Sungguhpun pisang baik
untuk kesihatan dan membantu
merawat penyakit tertentu, ia
bagaimanapun tidak sesuai bagi
pesakit kencing manis. Ini
kerana kandungan gula di dalam
pisang adalah tinggi. Terdapat 25
gram gula
setiap 126
gram pisang
(19.85%).
'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk
yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari
madu, dan membuat tamu senang sampai kembali
pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti
sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih
cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang
berpurdah itu lebih manis dari madu, dan
mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat
orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti
sehelai rambut".
Rasulullah s.a.w. berkata, "Seorang yang mendapat
taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk
yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu
lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan
ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril a.s. berkata, "Menegakkan pilar-pilar
agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang
cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk
usaha agama lebih manis dari madu, dan
mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat
lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah s.w.t. berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik
dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu
lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-
Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah s.a.w.,
dengan sahabat-
sahabatnya Abu
Bakar r.a., Umar r.a.,
Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di
rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha.
puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk
mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah
mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu
itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam
mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta
kesemua sahabatnya untuk membuat suatu
perbandingan terhadap ketiga benda tersebut
(Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari
mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu
lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu
lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari
mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis
dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit
dari meniti sehelai rambut".
Uthman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari
mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu
itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu
yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai
rambut".
16 FAKTA PISANG!
Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut
Betapa cekapnya anda! Di bawah terdapat empat (4) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu
menjawab dengan pantas. Jangan mengambil masa yang lama . Ok?
Mari kita cuba. Lihat betapa cerdik dan pantasnya diri anda… Ready??? GO!!!
Soalan Pertama: Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua.
Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang
kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua! Cuba jangan lihat soalan di atas dan beralih
pada soalan seterusnya. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan
pertama, OK ?
Soalan Kedua: Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. Siapakah yang terakhir? Bagaimana anda
boleh memotong orang yang terakhir?
Adakah anda pantas dan cerdik? Oh, tidak begitu rupanya! Tak mengapa. Anda masih berpeluang untuk
mencuba.
Soalan seterusnya adalah soalan kira-kira bermuslihat. Perhatian! Soalan ini mesti dijawab menggunakan akal
fikiran sahaja tanpa menggunakan pensel dan kertas atau mesin kira-kira. Cubalah!!!
Soalan Ketiga: Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi
1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10… Berapakah jumlah semua?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jawapan: Adakah jawapan anda 5000? Jawapan sebanar adalah 4100.Jika anda tak percaya gunakan mesin kira-
kira. Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ..
Soalan Keempat: Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah
nama anak gadisnya yang terakhir? ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jawapan: Adakah jawapan anda Nunu? Salah! Sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan! Okay,
cuba jawab soalan bonus.
Soalan Bonus: Seorang bisu pergi ke pasaraya untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan menggayakan
lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi
itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke pasaraya, untuk membeli cermin
mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu
hasratnya. …?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~
Jawapan: Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang
dihajatinya. Mudah sahaja!
UJI tahap Kecerdikan anda
17
9. Perasaan apabila dapat melakukan sesuatu
sehingga mencapai tahap yang diingini
10. Kecenderungan hati untuk menyayangi dan
disayangi
MENEGAK
1. Selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu
2. Tidak tetap kedudukannya
3. Orang yang suka atau selalu memberi
4. Angan-angan, khayalan
5. Berpusat, bertumpu
6. Sangat suka
7. Keinginan yang keras atau semangat yang kuat
pada diri seseorang yang mendorongnya untuk
berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan
untuk mencapai kejayaan
8. Teramat sangat, luar biasa
9. Selalu menggunakan akalnya; pintar; pandai
MELINTANG
1. Kebolehan menyatakan sesuatu yang
menggelikan hati
2. Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan,
dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli
3. Ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada
Tuhan dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan
kurnia yang diberikan.
4. Keadaan fikiran atau perasaan yang ditandai
dengan kesenangan, cinta, kepuasan, kenikmatan
atau kegembiraan.
5. Bersifat suka memaafi atau memaafkan
6. Garis panduan umum terhadap tingkah laku
dalam kehidupan seseorang atau sesuatu anggota
masyarakat.
7. Orang yg berminat terhadap hal yg berlaku di
sekitarnya serta suka bergaul dgn orang lain
8. Beroleh kemenangan, mencapai kemajuan,
berhasil
PSIKOLOGI POSITIF
18
3 P
4
M
3 Y 2
1 H 1
4 G
A
2 T
H H
5 F
6 N
S
6 G
5 F 7 M 8 H
9
7 E V T
8 J
10
T
9 P N
Sila baca pernyataan di
bawah dan bulatkan pada
skala penilaian yang sesuai
dengan diri anda. Kemudian
jumlahkan skor anda.
1 - Sangat Rendah
2 - Rendah
3 - Sederhana
4 - Tinggi
5 - Sangat Tinggi
1. Saya berasa berjaya
dalam pekerjaan ini.
1 2 3 4 5
2. Secara sedar saya melihat
kebaikan orang lain.
1 2 3 4 5
3. Saya boleh buat hampir
semua yang saya fikirkan.
1 2 3 4 5
4. Saya selesa dengan
keadaan sosial yang baru.
1 2 3 4 5
5 . S ay a m en gh arg a i
penghargaan orang lain.
1 2 3 4 5
6. Saya berasa selesa
bercakap di hadapan orang.
1 2 3 4 5
7. Saya selesa menyatakan
kejayaan saya kepada rakan
saya.
1 2 3 4 5
8.. Saya adalah seorang
yang optimis (berwawasan).
1 2 3 4 5
9. Saya berorientasikan
matlamat.
1 2 3 4 5
10. Saya selesa membuat
keputusan.
1 2 3 4 5
11. Keadaan fizikal saya
adalah baik.
1 2 3 4 5
12. Saya dihormati oleh
orang lain.
1 2 3 4 5
13. Saya adalah pendengar
yang aktif.
1 2 3 4 5
14. Saya selesa dengan
p e r b i n c a n g a n y a n g
kontroversi.
1 2 3 4 5
15. Saya menganggap diri
saya menanggung risiko.
1 2 3 4 5
16. Saya menunjukkan imej
kendiri yang positif.
1 2 3 4 5
17. Saya bertanggungjawab
tentang kesilapan yang
telah saya lakukan.
1 2 3 4 5
18. Saya dapati halangan itu
adalah satu yang mencabar.
1 2 3 4 5
19 .Saya mampu meminta
bantuan orang lain tanpa
berasa bersalah.
1 2 3 4 5
20. Saya boleh ketawa
tentang kesilapan yang
telah saya lakukan.
1 2 3 4 5
21. Saya bertanggungja-
wab tentang fikiran dan
tindakan saya.
1 2 3 4 5
22. Saya berterus terang
apa yang saya fikirkan.
1 2 3 4 5
23. Saya menerajui
k e h i d u p a n y a n g
seimbang.
1 2 3 4 5
24. Saya adalah manusia
y a n g s uk a k e pa da
cabaran.
1 2 3 4 5
25. Bila saya bercakap
dengan orang lain saya
akan bertentangan mata.
1 2 3 4 5
26. Dengan ikhlasnya saya
sayang apa yang ada pada
diri saya.
1 2 3 4 5
27. Setiap hari saya
bersenam.
1 2 3 4 5
28. Saya fikir adalah
penting untuk bersiap
sedia menghadapi ke-
jayaan.
1 2 3 4 5
Sila lihat mukasurat 15
untuk interpretasi skor
anda.
Ujian Penghargaan Kendiri
19
20
Resepi Kejayaan
Bahan-bahannya;
250 Gram Daya usaha
100 Gram Kesabaran
100 Gram Keinsafan
190 Gram Keimanan
150 Gram Pengorbanan
150 Gram Akhlak mulia (boleh didapati dari didikan
yang baik dan sempurna)
8 Sudu teh Rasa tanggungjawab
200 Gram Senyum secukup rasa
Cara-cara;
1. Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
2. Masukkan usaha dan kesabaran. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit.
4. Biarkan adunan menjadi lembut.
5. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab, dan cam-
puran akhlak mulia.
6. Bungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
7. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk timbang rasa dan
tolak ansur.
8. Hiaslah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar
dengan tenaga yang ada.
U/P: Untuk mendapatkan kek yang lembut, cantik dan elok, jauhilah
dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan
ini amat sukar untuk dibuat, syabas diucapkan kepada sesiapa jua
yang berjaya melaksanakan dengan baik.
21
INTERPRETASI SKOR ANDA:
Kira jumlah skor anda.
Skor 0 - 28 :
Anda mempunyai harga diri yang sangat rendah. Anda memang tidak menyedari diri anda sangat berhar-
ga dan menilainya secara negatif. Anda sangat perlu berjumpa dengan Pegawai Psikologi/ Kaunselor untuk
membincangkan penghargaan kendiri anda.
Skor 29 - 56 :
Anda mempunyai harga diri yang rendah. Anda tidak menyedari diri anda berharga dan menilainya secara
negatif. Anda perlu berjumpa dengan Pegawai Psikologi/ Kaunselor untuk membincangkan penghargaan
kendiri anda.
Skor 57 - 84 :
Anda mempunyai harga diri yang sederhana. Anda menyedari diri anda berharga dan menilainya secara
positif.
Skor 85 - 112 :
Anda mempunyai harga diri yang tinggi. Anda bangga menjadi diri anda sekarang dan menyedari diri an-
da berharga. Anda menilai diri anda secara positif.
Skor 113 - 140 :
Anda mempunyai harga diri yang sangat tinggi. Anda bangga menjadi diri anda sekarang dan menyedari
diri anda sangat berharga. Anda menilai diri anda secara positif serta mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan.
3P
E
M 4I
U M
3S Y
2 U K U R P
1H U M
1O R
4 B A H A G I A
P A A H A 2
K R E A T I F H H N
I
5P E M A A F
6 N I L A I
S
6G
5F E
7M
8H
O M O E
K B T B
U I I A
9
B 7E K S T R O V E R T
I A A 8B E R J A Y A S
A 10
C I N T A
9K E P U A S A N
Jawapan teka silangkata
http://internet.jpm.gov.my/epsikologi/modules/ujian/ujianKendiri
1000 Tahun Dalam Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk
ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang
ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat
oleh ayahnya.
Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk
di atas tembok nisan yang bercatatan; Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965
“Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang… kita berdoa untuk nenek.”
Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan
mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami
sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan.
“Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?”
Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.
“Hmm, bererti nenek sudah meninggal 48 tahun ya, Yah?” Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya
menghitung.
“Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 48 tahun sayang… “
Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya
terdapat pusara tua yang sudah berlumut. Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910
“Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 103 tahun yang lalu ya Yah?” jarinya menunjuk nisan bersebelahan
pusara neneknya itu.
Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.
“Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?” tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.
“Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan
yah?” kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. Ayahnya tersenyum dan menggangguk.
“Benar, lalu?” tanya si ayah meminta penerangan si anak.
“Iya… kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 48 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek ban-
yak pahalanya, bererti sudah 48 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?” Mata Yani bersinar ingin tahu.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.
“Iya nak, kamu pintar sayang,” kata ayahnya pendek.
Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang te-
lah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.
“… 48 tahun hingga sekarang… kalau kiamat datang 100 tahun lagi…148 tahun diseksa .. atau bahagia
dikubur?” Dia bermonolog sendirian.
Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.
“Kalau dia meninggal dan banyak dosanya – kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1048
tahun?..’Innalillaahi wa inna ilaihi rooji’un’… “
Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.
“Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia
akan diseksa di kubur? Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? Padahal melihat adegan pukul di salah
satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?” Jiwanya penuh dengan monolog.
“Ya Allah…”
Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.
“Allahumma as aluka khusnul khootimah.”
“Ya Allah, kurniakanlah aku pengakhiran kehidupan yang baik.”
Berulang kali dibacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani.
Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.
Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah
menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.
“Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, jangan Kau letakkan di hatiku…”
22
Matlamat kompas kehidupan. Hidup tanpa
matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut
di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul
arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib
baik, terdamparlah ia di tepian, jika malang, maka
hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai
yang akhirnya akan karam.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah
orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang.
-Cecil B. DeMille-
top related