borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filedalam pembelajaran matematik kbsr berdasarkan...
Post on 01-Aug-2019
229 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : MASALAH KEBOLEHAN MURID DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK KBSR DI ZON GELANG PATAH, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : MOHD ISA BIN MOHD TAHIR ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hak milik tesis adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hak miliknya adalah kepunyaan UTM.
2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis.
3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak.
5. * Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
6. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD ___________________________ ___________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap: Nama Penyelia: 241 BATU 14 LEKIR, P.M. DR. HJ MAT JIZAT 32020 SITIAWAN, BIN ABDOL PERAK Tarikh : Tarikh : CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ................................................................................
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr Hj Mat Jizat Bin Abdol
Tarikh : 29 April 2006
ii
MASALAH KEBOLEHAN MURID DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK
KBSR DI ZON GELANG PATAH, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR
MOHD ISA BIN MOHD TAHIR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .......... ............................................................................
Nama Penulis : Mohd Isa Bin Mohd Tahir
Tarikh : 29 April 2006
iv
To my dearest family and especially to my late father, Allahyarham Mohd Tahir Bin Napiah…
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, akhirnya penulis berjaya menyiapkan kajian dan laporan
penyelidikan ini. Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penyelia projek, P.M. Dr Hj Mat Jizat bin Abdol atas bimbingan,
dorongan dan nasihat yang beliau berikan sepanjang tempoh penyelidikan ini
dilaksanakan. Minta halalkan segala ilmu yang diberi, dan maafkan atas segala sikap dan
tingkah laku penulis.
Penulis ingin melahirkan penghargaan terutamanya buat pihak sekolah yang
terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, Sekolah Kebangsaan Taman
Universiti 3. Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4 dan Sekolah Kebangsaan Tiram
Duku atas kerjasama yang diberikan.
Penulis juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada setiap individu yang
membantu terutamanya keluarga, rakan-rakan SPT dan ikhwah-ikhwah yang sentiasa
mendoakan kejayaan penulis. Moga Allah dapat membalas sumbangan anda semua.
Akhir kata, diharapkan kajian ini mampu memberikan sedikit sebanyak senario
pendidikan sekolah rendah di negara kita. Sekian, moga kehidupan kita semua mendapat
keredaan Allah. Terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kebolehan murid
dalam pembelajaran matematik KBSR berdasarkan penguasaan sifir dan penggunaan
bahasa Inggeris. Kajian ini turut akan meneliti aspek kelemahan murid yang akan dikaji
dari aspek kemahiran asas matematik seperti operasi penambahan, penolakan,
pembahagian dan pendaraban. Selain itu, kajian ini juga mahu melihat sejauh mana minat
murid terhadap matematik itu sendiri. Sebanyak tiga buah sekolah rendah telah dipilih
untuk kajian mengikut gred sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (1),
Johor Baru untuk gred A, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (3), Johor Baru untuk
gred B dan Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah, Johor Baru untuk gred C.
Sebanyak 91 responden telah dipilih secara rawak dari ketiga-tiga sekolah tersebut.
Sampel dipilih dari kalangan murid darjah empat. Instrumen kajian yang digunakan ialah
soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kebolehpercayaan soal selidik telah
diuji dengan menggunakan ‘Croncbach Alpha’ iaitu 0.6125. Laporan dilakukan
menggunakan analisis secara deskriptif bagi setiap komponen yang terkandung dalam
soal selidik. Data-data dikumpulkan melalui soal selidik dan telah diproses dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 13.0 (SPSS 13.0).
Data dianalisis secara frekuensi dan hasil dipersembahkan dalam bentuk peratusan untuk
setiap komponen soalan dalam soal selidik. Antara hasil kajian yang utama ialah
sebanyak 94.50% responden mempunyai minat dalam mata pelajaran matematik. Hanya
26.37% responden yang mampu menghafal dan mengingati sifir dengan baik. Selain itu,
49.73% murid dikenal bermasalah pada bahagian konsep asas bahagi.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the pupils’ interest and capability in
learning of KBSR mathematics based on mastery of English language and multiplication
tables. This study also examines pupils’ weakness on basic skills of mathematics like
addition, subtraction, division and multiplication. Three primary schools, Sekolah
Kebangsaan Taman Universiti (1), Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (3) and
Sekolah Kebangsaan Tiram Duku were chosen for this study according to schools
grading. Samples comprises of 91 respondents were chosen randomly from the three
schools. Data was collected using questionnaires and was analyzed using the Statistical
Package for Social Science Version 13.0 (SPSS 13.0). Reliability of significant of the
instrument was r=0.6125. The findings showed 94.50% of respondents have interest in
mathematics, 26.37% of respondents can memorize multiplication tables efficiently and
49.73% having problems in division.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
ix
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Masalah 7
1.8.2 Kebolehan 8
1.8.3 Kelemahan 8
1.8.4 Pembelajaran 8
1.9 Kesimpulan 9
II LITERATUR KAJIAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Kebolehan Dalam Penguasaan Sifir Dan Penggunaan
Bahasa Inggeris
10
2.3 Kelemahan Murid Dari Aspek Kemahiran Asas 12
2.3 Minat 14
2.4 Kesimpulan 15
III METODOLOGI KAJIAN 16
3.1 Pengenalan 16
3.2 Reka bentuk Kajian 17
3.3 Tempat Kajian 17
3.4 Prosedur Kajian 18
3.5 Populasi Dan Pensampelan Kajian 18
3.6 Instrumen Kajian 22
3.7 Penganalisisan Data 23
3.7.1 Kajian Rintis 23
3.7.3 Cara Penganalisisan Data 24
3.8 Penutup 25
x
IV ANALISIS MASALAH KEBOLEHAN MURID 26
4.1 Pengenalan 26
4.2 Bahagian 1 27
4.3 Bahagian 2 29
4.4 Bahagian 3 40
4.6 Penutup 61
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
KAJIAN
62
5.1 Pengenalan 62
5.2 Latar Belakang 62
5.3 Rumusan Dan Perbincangan Masalah Kebolehan Murid 63
5.3.1 Penguasaan Sifir 63
5.3.2 Penggunaan Bahasa Inggeris 64
5.4 Rumusan Dan Perbincangan Masalah Kelemahan Murid 65
5.4.1 Kemahiran Asas Penambahan 66
5.4.2 Kemahiran Asas Penolakan 72
5.4.3 Kemahiran Asas Pendaraban 79
5.4.4 Kemahiran Asas Pembahagian 85
5.5 Perbincangan Minat Murid 92
5.6 Cadangan 93
5.7 Cadangan Lanjutan 93
5.8 Penutup 94
RUJUKAN 95
xi
LAMPIRAN
99
Borang Soal Selidik 101
Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari
Kementerian Pelajaran Malaysia
108
Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Jabatan
Pelajaran Negeri Johor
110
Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Dari Pejabat
Pelajaran Daerah Johor Bahru
111
Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
112
xii
SENARAI JADUAL
No
Jadual
Tajuk Muka Surat
3.1 Populasi kajian 19
3.2 Pemilihan sampel daripada populasi 20
3.3 Perbandingan sampel dan populasi 21
4.1 Taburan responden mengikut jantina dan kedudukan sebagai
bumiputera atau bukan bumiputera
27
4.2 Taburan keputusan peperiksaan akhir tahun mata pelajaran
matematik darjah tiga
28
4.3 Taburan tahap minat murid dalam mata pelajaran matematik 29
4.4 Taburan tahap kesukaan dalam menghafal sifir matematik 30
4.5 Taburan kebolehan membaca sifir matematik dengan baik 31
4.6 Taburan kebolehan menghafal dan mengingati sifir
matematik dengan baik
33
4.7 Taburan sifir yang dirasakan mudah untuk menghafal 34
4.8 Taburan sifir yang dirasakan susah untuk menghafal 35
4.9 Taburan sikap suka dalam mempelajari matematik dalam
bahasa Inggeris
35
4.10 Taburan tahap kefahaman mempelajari matematik dalam
bahasa Inggeris di dalam kelas
37
4.11 Taburan kekerapan bertutur dalam bahasa Inggeris semasa
belajar matematik di dalam kelas
38
xiii
4.12 Taburan jawapan murid bagi soalan 1 40
4.13 Taburan jawapan murid bagi soalan 2 41
4.14 Taburan jawapan murid bagi soalan 3 42
4.15 Taburan jawapan murid bagi soalan 4 44
4.16 Taburan jawapan murid bagi soalan 5 45
4.17 Taburan jawapan murid bagi soalan 6 46
4.18 Taburan jawapan murid bagi soalan 7 48
4.19 Taburan jawapan murid bagi soalan 8 49
4.20 Taburan jawapan murid bagi soalan 9 50
4.21 Taburan jawapan murid bagi soalan 10 52
4.22 Taburan jawapan murid bagi soalan 11 53
4.23 Taburan jawapan murid bagi soalan 12 54
4.24 Taburan jawapan murid bagi soalan 13 56
4.25 Taburan jawapan murid bagi soalan 14 57
4.26 Taburan jawapan murid bagi soalan 15 58
4.27 Taburan jawapan murid bagi soalan 16 60
xiv
SENARAI SINGKATAN
KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
3M Kemahiran asas membaca, menulis, mengira
KMSR Kurikulum Matematik Sekolah Rendah
EPRD Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Jabatan
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
SKM Sekolah Kurang Murid
SPSS 13.0 Statistical Package for Social Science Version 13.0
SK TU 1 Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1
SK TU 3 Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3
SK Tiram Duku Sekolah Kebangsaan Tiram Duku
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Ilmu merupakan anugerah dari Allah yang tidak ternilai buat kita umat manusia. Ilmu
membezakan darjat antara seseorang, dan masyarakat yang menguasai ilmu akan sentiasa
di hadapan. Namun begitu, perlu kita ingat bahawa untuk belajar dan mendapatkan ilmu
yang berkat, kita haruslah memulakan dengan niat yang betul dan murni. Kita boleh
merujuk kepada petikan hadis pertama dalam Hadis 40 susunan Imam Nawawi yang
terjemahannya bermaksud, “Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap
orang apa yang ia niatkan”. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 32 yang
terjemahannya iaitu, “Mereka menjawab: ‘Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami
ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. Lantaran itu, perlulah kita untuk
meluruskan niat di samping berasa rendah diri dalam menuntut ilmu agar cara kita
mendapatkan ilmu tersebut dikira sebagai ibadah dan ilmu yang kita dapat itu
bermanfaat, insyaAllah.
Jika kita menyorot sejarah pendidikan negara, satu laporan Jawatankuasa Kabinet
mengenai pendidikan telah dikeluarkan pada tahun 1979. Jawatankuasa tersebut yang
ditubuhkan sebelumnya pada tahun 1974 bertujuan untuk mengkaji semula perlaksanaan
2
dan keberkesanan sistem pendidikan sebelum ini. Laporan jawatankuasa itu berperanan
merangka sistem pendidikan yang akan mewujudkan generasi berdisiplin, patriotik dan
beridentiti Malaysia. Antara hasil yang paling penting daripada laporan jawatankuasa
tersebut ialah Kurikulum Baru Sekolah rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). KBSR adalah berteraskan kepada asas 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira di samping pemupukan nilai-nilai etika dan estetika. Manakala
KBSM pula bercorak umum dan liberal di mana murid-murid mengikuti pelajaran dalam
komponen bahasa, sains sosial, sains dan vokasional.
Menjurus kepada KBSR, perlaksanaan KBSR ini dilaksanakan dalam dua tahap iaitu
tahap satu meliputi murid darjah satu, dua dan tiga ,manakala tahap dua pula meliputi
murid darjah empat, lima dan enam. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk
mengembangkan aspek sains dan teknologi, dasar pengajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris telah pun dilaksanakan. Hingga tahun 2006, fasa pengajaran sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris telah pun meliputi murid darjah satu, darjah dua, darjah
tiga dan darjah empat di sekolah rendah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 79 yang terjemahannya iaitu, “Tidak
mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian,
kemudian dia berkata kepada manusia, “Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah
Allah,” tetapi (dia berkata), “Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu
mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya.”. Ini merupakan perintah yang jelas
agar kita sentiasa mengajarkan ilmu di samping mempelajarinya. Ini diperteguhkan lagi
oleh hadis nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud, “Sebaik-baik kalian
adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”. Hadis ini pula meminta kita
belajar ilmu dahulu baru mengajarkan. Kesimpulannya, belajar dan mengajarkan ilmu
adalah sama-sama penting untuk kita semua.
3
Kita akan melihat beberapa permasalahan matematik peringkat sekolah rendah di
negara kita. Matematik merupakan mata pelajaran teras, baik di sekolah rendah mahupun
di sekolah menengah di Malaysia. Justeru itu, mata pelajaran ini merupakan suatu mata
pelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai semua murid.
KBSR terdiri daripada pelbagai elemen. Salah satu elemen tersebut ialah Kurikulum
Matematik Sekolah Rendah (KMSR). KMSR bertujuan untuk membina pemahaman
murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Tujuan tersebut adalah sejajar
dengan KBSR yang berteraskan kepada asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di
samping pengetahuan terhadap konsep asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab
dan bahagi serta konsep yang lain. Tanpa penguasaan konsep ini, pelajar yang
melanjutkan pelajaran pada peringkat menengah akan takut serta menghadapi masalah
besar berdepan dengan sukatan pelajaran tahap menengah yang pastinya lebih mencabar.
Umum telah pun mengetahui mengenai dasar kerajaan yang melaksanakan
pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Mulai tahun 2003 hanya pelajar
darjah satu, pelajar tingkatan satu dan tingkatan enam rendah sahaja yang terbabit dalam
perlaksanaan kurikulum baru ini. Manakala dalam Berita Harian (25 Julai 2003), ia
menyebut perlaksanaan penuh yang membabitkan pelajar di semua peringkat hanya akan
berkuat kuasa menjelang tahun 2008. Ini bermakna, sehingga tahun 2006, pengajaran
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris peringkat sekolah rendah telah pun meliputi
pelajar darjah satu, dua, tiga dan empat.
Sukor Hj Madan (2001), menyatakan bahawa penguasaan ilmu dan kemahiran
matematik haruslah berlandaskan pada kemahiran asas yang kukuh di samping
pemahaman konsep. Ini disebabkan matematik adalah ilmu yang berstruktur dan
berhierarki. Imej mata pelajaran matematik agak tercemar dengan adanya pandangan
umum bahawa matematik adalah susah dan membosankan yang hanya dipelajari
segelintir murid yang pintar dan cerdas.
4
1.3 Penyataan Masalah
Merujuk kepada hasil kajian ilmiah yang diketuai oleh Sukor Hj Madan (2001),
menyebutkan antara penyumbang utama terhadap kelemahan matematik di peringkat
rendah ialah kelemahan dalam kemahiran asas, salah konsepsi, tidak faham persoalan
yang dinyatakan, lupa dan tidak tahu strategi penyelesaian masalah. Kelemahan
kemahiran paling asas yang ketara ialah kelemahan dalam penguasaan sifir.
Penilaian terhadap keputusan pencapaian juga sebenarnya mencerminkan apakah
faktor-faktor yang terlibat sama ada faktor membantu jika keputusan pencapaian adalah
baik atau faktor lain jika keputusan pencapaian adalah lemah. Wartawan Utusan
Malaysia, Marzita Abdullah pernah menemu bual Pensyarah Kanan Matematik, Fakulti
Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu Dr Marzita binti Puteh.
Temu bual itu pernah dimuatkan dalam Portal Pendidikan Utusan iaitu
http://myschoolnet.ppk.kpm.my_2002. Dr. Marzita binti Puteh (2002), menyatakan
bahawa kemerosotan pencapaian pelajar dalam matematik mempunyai hubung kait
dengan banyak faktor seperti bahasa, budaya, ibu bapa dan kawan serta tekanan
peperiksaan. Faktor yang ingin diutarakan di sini ialah faktor bahasa iaitu bahasa
Inggeris sejajar dengan dasar kerajaan yang melaksanakan pengajaran sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris.
Masalah pelajar-pelajar dalam memahami konsep asas matematik merupakan satu
kenyataan yang berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nik Aziz
Nik Pa (1989), beliau berkata masalah pembelajaran matematik disebabkan oleh banyak
faktor dan di antaranya ialah kegagalan menguasai fakta asas dan konsep yang
merupakan nadi utama dalam penghayatan matematik. Fakta asas dan konsep yang utama
ialah kemahiran murid dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Masalah yang sering juga timbul dalam pembelajaran matematik peringkat sekolah
rendah adalah masalah minat. Ramai murid yang kurang atau tidak berminat dengan
mata pelajaran matematik. Menurut Adnan Ahamad (1996), kebanyakan pelajar kurang
5
berminat dengan matematik kerana banyak melibatkan pengiraan yang rumit. Ini
mendorong mereka melabelkan matematik sebagai mata pelajaran yang sukar seterusnya
membosankan.
Lantaran itu, pengkaji ingin menjalankan kajian untuk mengetahui masalah
kelemahan murid dalam pembelajaran matematik KBSR di tiga buah sekolah rendah di
daerah Johor Bahru mengikut gred sekolah yang telah pun ditetapkan oleh Bahagian
Pembangunan dan Penyelidikan Jabatan (EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Taman Universiti (1), Sekolah
Kebangsaan Taman Universiti (3), Sekolah Kebangsaan Tiram Duku.
1.4 Objektif Kajian
Kajian penyelidik mempunyai tiga objektif seperti yang berikut:-
1.4.1 Mengenal pasti kebolehan murid dalam pembelajaran matematik KBSR.
1.4.2 Mengenal pasti kelemahan murid dalam pembelajaran matematik KBSR.
1.4.3 Mengetahui minat murid terhadap mata pelajaran matematik KBSR.
6
1.5 Persoalan Kajian
Melalui penyelidikan ini, penyelidik mahu mengkaji persoalan kajian seperti berikut:-
1.5.1 Apakah kebolehan murid dalam pembelajaran matematik KBSR dari aspek
penguasaan sifir dan penggunaan bahasa Inggeris.
1.5.2 Apakah kelemahan murid dalam pembelajaran matematik KBSR dari aspek
kemahiran asas matematik seperti operasi penambahan, penolakan, pembahagian
dan pendaraban.
1.5.3 Adakah murid-murid berminat atau tidak terhadap pembelajaran matematik
KBSR.
1.6 Kepentingan Kajian
Antara kepentingan-kepentingan daripada kajian ini ialah untuk:-
1.6.1 Meningkatkan kebolehan murid dalam pembelajaran matematik KBSR.
1.6.2 Mengetahui dan mengatasi aspek-aspek kelemahan murid dalam mata pelajaran
matematik KBSR.
1.6.3 Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran matematik KBSR.
1.6.4 Mengetahui serta menghapuskan halangan-halangan yang boleh mempengaruhi
rasa tidak minat murid terhadap mata pelajaran matematik KBSR.
top related