bmm semester 5.docx
Post on 05-Jan-2016
292 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENDAHULUAN
Mendengar dan bertutur merupakan satu daripada unsur komunikasi yang
tertua, terpenting dan paling kerap digunakan. Namun sebagai kemahiran dalam
pembelajaran bahasa, mendengar dan bertutur merupakan bahagian yang paling
kerap diabaikan. Mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang utama
dan pertama dikuasai oleh kanak-kanak. Dalam proses pemerolehan bahasa
kanak-kanak didapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar dari
mulut bayi, bayi itu telah terdedah lebih dahulu kepada bunyi bahasa dan bukan
bahasa secara sengaja atau tidak sengaja.
Hal ini bermakna mendengar dan bertutur merupakan asas kemahiran
berbahasa. Salah satu sebabnya ialah mendengar merupakan suatu kemahiran
yang paling awal muncul berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain. Dari
segi urutannya dapat dikatakan bahawa kanak-kanak akan mendengar lebih
dahulu daripada bertutur, bertutur lebih dahulu daripada membaca dan
membaca lebih dahulu daripada menulis (Asmah Haji Omar, 2004).
Kemahiran mendengar secara berkesan dapat mewujudkan suasana
berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan
menghasilkan persefahaman secara optimum. Dalam kontes pengajaran dan
pembelajaran bahasa, pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar supaya
membolehkan mereka menguasai kandungan mata pelajaran yang disampaikan
oleh guru dalam pengajarannya.Keupayaan mendengar yang baik juga satu
kelebihan terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung dengan lancar.
Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran lisan yang amat penting,
sama ada dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting bagi
seseorang itu dalam hubungannya denga orang lain. Pertuturan yang diadakan
lazimnya membawa maksud tertentu. Menurut Roselan Baki (2006), manusia
bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keseronokan,tujuan memaklumkan
sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah.
1
DEFINISI KONSEP
Konsep Kemahiran Mendengar
Kemahiran dimaksudkan dengan kecekapan dan kepandaian dalam
melakukan sesuatu perkara. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menjelaskan
mendengar didefinisikan mendengar adalah kemasukan input bahasa atau
bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan input
bahasa yang merupakan penyerapan makna ayat seta ujaran seterusnya
dilakukan oleh otak untuk diproses. Manakala Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah
Nazir (2011) pula menyatakan kemahiran mendengar adalah keupayaan pelajar
mendengar secara teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan dan memberikan maklum balas.
Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula menerangkan kemahiran
mendengar ialah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu
menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama serta
memahami bunyi bahasa yang bermakna misalnya perkataan,frasa,klausa dan
ayat.
Pendengaran boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu :
i. Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan
diingati.
ii. Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat.
iii. Individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada melalui
kecerdasan otaknya.
iv. Aspek fizikal,psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran.
2
v. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan
berkesan.
vi. Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.
vii. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan
idea utama ,hujah dan bukti.
viii. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap
muzik, kesusteraan,drama dan lain-lain bahan kreatif.
ix. Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap
bentuk dan isi.
Konsep Kemahiran Bertutur
Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat sebutan manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam
suasana berbahasa. Selain itu, bertutur juga ditakrifkan dengan satu cara
berkomunikasi yang amat kompleks, melibatkan proses mental yang
menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang
bermakna.
Terdapat beberapa konsep umum mengenai bertutur ialah bertutur
merupakan keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan
individu berkata-kata atau bercakap.Bertutur juga bermaksud penutur
menzahirkan pendapat serta perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna.
Bertutur juga dirujuk sebagai aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan
berinteraksi.
3
KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR.
Berdasarkan dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah
matlamatnya adalah untuk melengkapkan diri murid dengan ketrampilan
berbahasa serta berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,
perhubungan sosial, dan juga dalam urusan harian. Hal ini menunjukkan
bahawasanya kemahiran penggunaan Bahasa Melayu adalah penting dalam
kalangan murid-murid.
Mengikut rujukan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(1983), penekanan adalah diberikan terhadap kemahiran bahasa seperti
kemahiran mendengar dan juga bertutur, kemahiran membaca serta menulis.
Jadi, murid bolehlah menggunakan kemahiran ini dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian serta sebagai bahasa ilmu
untuk pembelajaran seumur hidup. Dalam sukatan pelajaran ini merangkumi
pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, kecerdasan yang
berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran turut memberi gambaran
yang menyeluruh mengenai kurikulum Bahasa Melayu.
Terdapat lima belas prinsip yang perlu dipatuhi bagi menjamin
keberkesanan pengajaran Bahasa Melayu, (Raminah Haji Sabran dan
Rahim Syam (1987).Berdasarkan prinsip yang dinyatakan tersebut penekanan
diberikan terhadap pengajaran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.
Pengajaran lisan perlu diutamakan terlebih dahulu kemudian barulah disusuli
dengan pengajaran lain seperti membaca dan juga menulis. Lisan merupakan
asas kepada kemahiran kepada kemahiran membaca dan juga menulis kerana
di dalamnya merangkumi semua aspek bahasa seperti bunyi, perkataan, rangkai
kata, ayat, makna, intonasi, dan lain-lain yang terdapat juga dalam kemahiran
bacaan dan tulisan.
4
Ini bererti apabila seseorang itu menguasai kemahiran lisan, individu tersebut
boleh memindahkan kemahiran tersebut bagi memudahkannya menguasai
kemahiran membaca dan menulis.
Kepentingan kemahiran mendengar serta bertutur diberi penekanan
dalam kurikulum terkini yang digunakan mulai tahun 2011 iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kemahiran mendengar dan bertutur ini
dinyatakan melalui aspek komunikasi yang perlu diterapkan dalam kalangan
murid-murid iaitu penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan juga
bukan lisan ketika berinteraksi. Hal ini jelas telah dinyatakan dalam dua medium
KSSR iaitu Standard Kandungan Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami
serta memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan serta pesanan yang
didengar dengan betul. ,medium yang kedua pula ialah Standard Pembelajaran
Bahasa Melayu iaitu mendengar, memahami dan memberi respons yang betul
secara lisan terhadap soalan yang pelbagai.
. PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Peringkat kemahiran mendengar.
Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar berdasarkan
perkembangan murid. Pada peringkat yang pertamanya dikenali sebagai
peringkat awal. Peringkat ini melibatkan beberapa kemahiran mendengar yang
perlu dikuasai oleh murid. Antara kemahiran mendengar tersebut ialah
mengecam, mengajuk serta memilih bunyi seperti bunyi binatang. Selain itu,
kemahiran-kemahiran mendengar yang lain iaitu mendengar dan mengecam
makna perkataan, rangkai kata dan ayat serta melakukan sesuatu yang disuruh.
Di samping itu, menjalankan perintah, bertindak balas terhadap soalan-soalan
mudah serta mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah
dengan tepat
5
Seterusnya pada peringkat pertengahan pula, kemahiran mendengar
yang perlu dikuasai ialah mengecam serta mengingat fakta serta butiran secara
tepat dan terperici. Selain itu, murid juga perlu mengenal maklumat khusus,
mengesan urutan serta mengenal sebab dan akibat sesuatu perkara. Di
samping itu, pada peringkat ini, kemahiran mendengar yang perlu dikuasai ialah
mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi dan juga mengenal sikap
serta perasaan yang bercakap.
Peringkat yang terakhir iaitu peringkat ketiga,peringkat maju yang
melibatkan tujuh kemahiran mendengar. Kemahiran pertama ialah mengenal isi-
isi penting. Ini perlu bagi mengetahui apa yang tersirat apa yang didengari.
Seterusnya, kemahiran mengetahui peranan dan perhubungan orang yang
bercakap serta kemahiran memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Kemahiran
lain pada peringkat ini juga ialah mentafsir maksud orang yang bercakap,
mengikut aliran dalam dialog atau perbualan serta mencari jalan mengatasi
masalah yang didengar. Kemahiran terakhir yang perlu dikuasai dalam peringkat
maju iaitu mentafsir tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur
tatabahasa.
Peringkat penguasaan kemahiran mendengar juga melibatkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan guru perlu merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancar. Terdapat
tiga peringkat dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran iaitu peringkat
pra mendengar, peringkat semasa mendengar dan peringkat selepas
mendengar. Terdapat empat aktiviti dalam peringkat pra mendengar seperti
memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar.
Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan yang ringkas
mengenai apa yang hendak diperdengarkan. Aktiviti arahan yang jelas mengenai
tugasan serta memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta
6
mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti serta memastikan murid bersedia
untuk menjalankan aktiviti.
Aktiviti bagi peringkat semasa mendengar pula ialah memastikan murid
menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan dan juga
mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin
ketika aktiviti dijalankan. Pada peringkat terakhir aktiviti yang boleh dijalankan
ialah memberi jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid mengenai
bahan rakaman yang didengar dan memberi penekanan kepada aspek-aspek
pentingdalam bahan rakaman. Seterusnya, memastikan murid menyempurnakan
tugasan dan membuat pengukuhan serta menjalankan aktiviti tindakan susulan
yang bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan.
Peringkat Kemahiran Bertutur.
Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku dalam tiga
peringkat iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan juga peringkat maju.
(Dr. Ali Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007) menjelaskan
setiap peringkat penguasaan melibatkan kemahiran berlainan yang dikuasai oleh
murid-murid.
Peringkat awal penguasaan kemahiran bertutur, murid perlu menguasai
sembilan kemahiran. Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah melafazkan
pengucapan bertatasusila, mengajuk perkataan serta ayat-ayat yang didengar
dan menyoal untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya membuat teguran atau
kenyataan mengenai sesuatu situasi, mengemukakan soalan-soalan mudah
berdasarkan situasi tertentu. Kemahiran selanjutnya yang perlu dikuasai ialah
dengan mengemukakan soalan-soalan mudah berdasarkan situasi yang
tertentu,dapat bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
7
Peringkat awal berlaku dengan bertanya tentang hal-hal yang berkaitan
dengan diri serta pengalaman murid-murid. Contohnya seperti bertanya khabar
serta tentang kehidupan seharian yang dilalui oleh murid tersebut. Seseorang
guru pula haruslah bertutur dengan pelajar mereka menggunakan perkataan
yang sopan dan bertatasusila. Pada peringkat ini juga, seseorang guru haruslah
bercakap dengan berterus terang terhadap pelajar mereka tentang sesuatu
perkara.
Pada peringkat pertengahan pula, murid perlu menguasai sepuluh
kemahiran yang terdiri daripada kemahiran melakukan deskripsi mengenai objek
atau gambar, bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri,
mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa serta memberi satu siri
arahan untuk melakukan sesuatu. Kemahiran seterusnya yang perlu dikuasai
ialah membaca iklan dan peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah,
menyoal dan menjawab soalan berkaitan peribadi seseorang , suasana
persekolahan, persekitaran, suasana di rumah dan sebagainya. Di samping itu,
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid pada peringkat ini juga ialah
mengambil bahagian dalam perbualan mudah serta dapat membuat ulasan,
memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Pelajar juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan ringkas serta
mengambil bahagian dalam aktiviti perbualan yang mudah. Kemudian, pelajar
yang lain akan memberi pendapat atau pandangan terhadap sesebuah aktiviti
yang dijalankan di dalam kelas.
Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju pula dua belas
kemahiran yang perlu mereka kuasai. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah
dapat mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan
sebagainya.
8
Peringkat maju ini, murid seharusnya dapat bercerita dengan menggunakan alat
pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam
perbincangan, perbualan ataupun dialog serta bertanya untuk mendapatkan
maklumat juga merupakan antara kemahiran yang biasanya dikuasai pada
peringkat maju ini.
Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menghuraikan proses, kejadian,
prosedur dan peraturan, memberitahu arah atau hala sesuatu tempat serta
memberi ceramah atau syarahan juga adalah salah satu daripada kemahirannya.
Selanjutnya, murid mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,
perbincangan, seminar, dan sebagainya serta mengambil bahagian dalam drama
atau lakonan juga antara kemahiran peringkat maju. Peringkat maju ini turut
menekankan kemahiran menyampaikan komen, laporan atau ulasan serta
mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
Hal ini dapat kita perhatikan dalam mesyuarat sosial seharian,
perbincangan untuk mendapatkan kata sepakat merupakan contoh pertuturan
peringkat maju. Selain itu, pada peringkat ini pelajar diajar untuk membuat
keputusan. Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan pertimbangan yang
sewajarnya.
9
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR.
1. Kekeliruan dalam membezakan bunyi
Kemahiran dalam menentukan persamaan dan membezakan bunyi yang
didengar. Tidak dapat membezakan bunyi yang didengar. Tidak memahami
makna sebenar apa yang terkandung dalam perkataan atau ayat. Terutamanya
apabila mendengar individu yang suka bercakap menggunakan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris yang bercampur-campur. Penggunaan bahasa yang
mempunyai laras bahasa yang tinggi tidak sesuai digunakan untuk bertutur
dengan individu yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah ataupun
penggunaan perkataan bahasa Inggeris yang dipinjamkan ke dalam bahasa
Melayu contohnya integrasi, komunikasi dan infrastruktur.
2. Kelemahan dalam memahami apa yang didengar
Setiap pertuturan seharusnya menggunakan perkataan dan ayat yang sesuai.
Pendengar yang cekap berjaya mengaitkan apa yang didengar semasa dan
selepas pertuturan. Pendengar yang cepat memahami akan cepat bertindak
balas terhadap pertuturan tersebut. Kelemahan ini juga ada kaitannya dengan
kekeliruan dalam membezakan bunyi. Apabila keliru dan kurang memahami apa
yang didengar maka akan menjadi masalah untuk bertindak balas terhadap
pertuturan yang didengar.
3.Kelajuan dalam pertuturan
Pertuturan yang laju boleh menimbulkan masalah kepada pendengar. Tidak
dapat membezaan perkataan dan bunyi bahasa. Sukar memahami apa yang
diperkatakan. Ada sesetengah individu yang bercakap secara laju, maka setiap
10
bunyi yang ditutur akan kurang jelas di dengar dan ini akan membuatkan
pendengar jadi keliru dengan sebutan penutur.
Faktor lain yang juga menyumbang yang boleh mempengaruhi pertuturan
seseorang, antaranya ialah:
1. Umur
Umur seseorang dapat membezakan pertuturan. Kanak-kanak bertutur secara
pelat dan tidak lancar manakala orang dewasa pula dapat bertutur dengan lancar
dan butir-butir pertuturan dapat difahami dengan jelas. Contoh perkataan yang
sering digunakan oleh kanak-kanak pelat ialah saya – caya, suka – tute, cakap –
tatap.
2. Alam sekeliling
Alam sekeliling dapat mempengaruhi pertuturan seseorang individu ini kerana
setiap kawasan yang berbeza mempunyai dialek kawasan masing-masing.
Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh
mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Dialek yang digunakan di
negeri Perak tidak sama dengan dialek yang digunakan di Kelantan contoh
saya ,dialek Perak ( teman) , dialek Kelantan ( ambo).
3. Fizikal
Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara
fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik,
maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik. Kecacatan
fizikal seseorang dapat mempengaruhi pertuturan seseorang. Individu yang
mendapat kecacatan sumbing akan mengeluarkan bunyi yang berbeza dengan
individu yang normal.
11
4. Jantina
Lelaki kebiasaannya bertutur dengan suara yang kasar atau parau manakala
perempuan pula akan bertutur dengan sopan dan lemah lembut.Di dapati
bahawa kanak-kanak perempuan terlebih dahulu dapat bercakap berbanding
kanak-kanak lelaki. Hal ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak
perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka yang berlaku
dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.
5. Kesihatan
Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan lancar.
Jika seseorang itu mendapat masalah kesihatan, pertuturan mereka tidak jelas
dan tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan. Jika kanak-kanak
mendapat sakit yang berlanjutan ketika masih kecil, penguasaan bahasa mereka
akan terganggu.
6. Kecerdasan
Kecerdasan pula melibatkan proses minda. Setiap orang mempunyai
kecerdasan otak masing-masing. Kecerdasan seseorang dapat dibezakan
melalui pertuturan mereka. Seseorang yang cerdas dapat mengeluarkan
pendapat yang bernas serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan
cepat dan betul.
12
KESIMPULAN
Kemahiran mendengar dan bertutur adalah dua aspek paling asas dan penting
dalan kehidupan seharian kita. Dua kemahiran itu perlu dipelajari secara
sistematik dan berterusan di sekolah-sekolah. Namun, kemahiran mendengar
dan bertutur di peringkat sekolah menengah langsung diabaikan akibat system
pendidikan negara kita yang berorientasikan peperiksaan. Peperiksaan awam
yang hanya menitikberatkan kemahiran penulisan menyebabkan guru-guru terus
mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Keadaan tersebut
meninggalkan kesan yang mendalam untuk jangkamasa panjang di mana
generasi yang dilahirkan tidak mampu menyampaikan idea, pendapat atau
pandangan yang bernas,kreatif dan kritis dengan memuaskan. Justeru
kesedaran dan kerjasama semua pihak sangat penting untuk memandu arah
pendidikan negara kita ke landasan Falsafah Pendidikan Negara,iaitu melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek.
13
PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU TAHUN 4
1. Butiran Am :
Tarikh : 20 Ogos 2013
Masa : 8.45-9.45 pagi
Tahun : 4 Jauhari
Bilangan murid : 36 ( 16 lelaki, 20 perempuan)
Umur : 10 tahun
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Pendidikan
Tajuk : Cerita Datuk
2. Hasil pembelajaran
Fokus Utama :
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa,ayat serta sebutan dan intonasi
yang baik dan jelas
Aras1 (ii) Menyampaikan rentetan peristiwa yang berlaku di luar
lingkungan persekolahan.
Fokus sampingan
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang dibaca.
14
Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
menarik.
(ii) Menjelaskan makna perkataan mengikut konteks.
3. Objektif pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
I) Membaca dengan sebutan yang jelas dan kuat mengenai “Cerita
Datuk”.
ii) Bersoal jawab berkaitan dengan cerita yang diperdengarkan dan
dibaca.
4. Sistem bahasa:
Tatabahasa : Kata nama – kata nama khas dan kata nama am
Kosakata : Sandar, rentap, daun tingkap, markas, jemaah
5. Pengisian kurikulum :
i. Ilmu : Kajian tempatan, Pendidikan Moral
ii. Nilai murni : Cintakan negara
iii. Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran Berfikir : Menjana idea, mengkategori
Kemahiran Belajar : Pembelajaran Kontekstual, Belajar cara belajar
Kecerdasan Pelbagai.
6. Bahan bantu mengajar :
i.Gambar tentera dan peralatan tentera
ii. Petikan cerita “Cerita Datuk iii. Pita rakaman lagu “ Tanggal 31”
iv. Lembaran kerja
15
7. Pengetahuan sedia ada:
i. Murid pernah didedahkan dengan cerita pejuang kemerdekaan.
ii. Murid pernah mempelajari tentang kata nama am dan kata nama khas
Langkah/
masa
Isi pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Induksi set
(5 minit)
i. Gambar askar,senapang
dan trak askar (lampiran 1)
ii. Contoh soalan:
a. Sebutkan unit uniform
yang menjaga keamanan
negara.
b.Namakan senjata yang
ditunjukkan.
c.Pernahkah kamu melihat
kenderaan ini? Dimana?
i. Guru mempamerkan
gambar yang
berkaitan dengan
ketenteraan.
ii.Guru bersoal jawab
dengan murid
berkaitan dengan
gambar yang
dipamerkan.
iii.Guru mengaitkan
induksi set dengan
tajuk pelajaran pada
hari ini.
BBM
Gambar
tentera
Nilai murni:
Menghargai
16
Langkah 1
(15 minit)
i.Petikan“Cerita Datuk”
bahagian pertama (lampiran
2)
ii. Contoh soalan
a.Siapakah yang menangkap
datuk?
b.Ke manakah datuk dibawa?
c.Mengapakah ibu bapa datuk
tidak menghalang tentera
Jepun apabila mereka
menangkap datuk?
d.Bagaimanakah keadaan
datuk ketika di pusat
tahanan?
i.Guru mengedarkan
petikan kepada murid
i.Guru bercerita
berdasarkan petikan
dan murid mendengar
dengan teliti.
iii. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan petikan.
KBT
Kontekstual
BBM
Petikan cerita
Langkah 2
(10 minit)
.i. Petikan “Cerita Datuk”
bahagian kedua (lampiran2)
i. Guru mengedarkan
peti kepada ii.Guru
meminta seorang
Murid membaca
dengan .kuat dengan
sebutan dan intonasi
yang betul.
BBM
Petikan cerita
17
ii. Murid lain
mendengar dengan
teliti.
Langkah 3
(15 minit)
i.Petikan“Cerita Datuk”
bahagian kedua (lampiran 3)
ii. Cari makna perkataan dan
frasa yang dicetak kuming.
i. Murid diarahkan
mencari makna
perkataan secara
berkumpulan.
ii. Setiap ketua
kumpulan akan
menyatakan makna
perkataan dan frasa
kepada kelas.
iii. Murid membina
ayat dari perkataan
bercetak kuning
secara spontan.
KBT
Belajar cara
belajar
Nilai murni
Cintakan
negara
Langkah 4
(10 minit)
i.Tatabahasa- Kata nama
khas dan kata nama am
ii. Latihan (lampiran 4)
i. Guru berbincang
dengan murid tentang
kata nama khas dan
kata nama am yang
terdapat dalam
petikan “Cerita Datuk”.
KBT
Kecerdasan
Pelbagai
Interpersonal
Intrapersonal
18
ii. Murid diminta
membuat tatabahasa
dengan bimbingan
guru.
BBM
Petikan
lampiran
Penutup
(5 minit)
i. Rumusan
a. Isi pelajaran
b. Nilai murni
ii. Senikata lagu “ Tanggal 31”
( lampiran 5)
i. Guru berbincang
dengan murid tentang
pelajaran yang telah
mereka pelajari hari
ini.
ii. Guru meminta murid
menyatakan nilai-nilai
murni.
iii. Murid menyanyikan
lagu “ Tanggal 31”
dengan iringan muzik.
KBT
Muzik, Kinestetik
BBM
Petikan muzik
Nilai murni
Patriotisme
19
Lampiran 1
Askar
Senapang
20
Trak askar
Lampiran 2
CERITA DATUK
Bahagian 1
Cerita ini berlaku pada tahun 1943. Ketika itu, datuk berumur 16 tahun.
Kehidupan datuk sangat susah. Rumah datuk diperbuat daripada daun nipah
yang berbingkaikan buluh dan berlantaikan batang nibung.
Pada suatu pagi, lima orang tentera Jepun lengkap bersenjata masuk ke
dalam rumah datuk. Datuk dan keluarga akan diarahkan duduk bersandar di
dinding rumah. Seorang daripada tentera Jepun merentap tangan datuk. Tentera
yang lain mengacukan senapang ke arah ayah dan ibu datuk . Keluarga datuk
berasa amat takut.
Tentera Jepun membawa datuk menaiki sebuah lori tentera melalui
sebatang jalan tanah merah yang berdebu. Datuk dibawa ke sebuah markas
tentera lalu ditempatkan di sebuah bilik kurungan. Datuk berada di situ bersama-
sama dengan berpuluh-puluh orang remaja Melayu.
“Apakah yang hendak dilakukan oleh mereka terhadap kita?” Tanya datuk
kepada remaja-remaja tersebut.
“Kita akan dibawa ke Burma sebagai buruh paksa untuk menyiapkan
landasan kereta api,” kata seorang remaja.
“Mana kamu tahu ?” Tanya seorang remaja yang lain pula.
“Aku mendengar perbualan mereka ketika berada di dalam lori.”
21
Semasa dalam tahanan , datuk hanya berfikir cara untuk melarikan diri
dari pusat tahanan itu. Kalau datuk tidak berjaya keluar, datuk tentu akan mati
dan tidak dapat berjumpa dengan anggota keluarga lagi.
Lampiran 3
CERITA DATUK
Bahagian 2
Malam telah larut . Semua tahanan telah tidur. Datuk bangun lalu berjalan
terbongkok-bongkok ke arah pintu. Pintu bilik berkunci. Datuk menuju ke tingkap
sebelah kanan . Datuk cuba menolak daun tingkap itu perlahan-lahan. Datuk
menoleh ke belakang. Tiada sesiapa yang melihat pergerakan datuk. Daun
tingkap terkuak. Datuk memanjat tingkap itu perlahan-lahan.
Tiba-tiba, datuk berasa sesuatu terkena pada lutut kirinya. Datuk
terlanggar kawat duri. Kaki datuk terasa pedih. Datuk berhenti merangkak. Ada
darah keluar daripada luka itu.Datuk membuka baju lalu membalut luka. Datuk
terus merangkak.
Ada longkang di hadapan datuk. Bau dari longkang itu sungguh
meloyakan. Datuk tiada pilihan . Datuk masuk ke dalam longkang untuk keluar
dari kawasan markas.
“Aku berjaya!” bisik hati datuk.
Datuk nampak beberapa orang askar Jepun sedang meronda di sekitar
tempat tahanan. Datuk merangkak perlahan-lahan ke pagar kawat berduri.
Datuk pun menyusup keluar dari situ.
Hati datuk masih berdebar-debar. Dalam suasana yang gelap itu, datuk
berjalan perlahan-lahan di celah-celah pokok. Setelah jauh berjalan, datuk
ternampak sebatang jalan. Tanpa membuang masa, datuk berlari sekuat-kuat
hati. Akhirnya, datuk tiba di sebuah surau. Beberapa orang jemaah sedang
menunggu masa untuk menunaikan solat subuh. Mereka terperanjat apabila
22
melihat datuk.Mereka telah menempatkan datuk di satu tempat persembunyian.
Lampiran 4
Kenal pasti kata nama khas dan kata nama am dalam ayat di bawah:
1. Beliau pengawai atasan Tentera Diraja Malaysia.
2. Kita patut membaca buku “Pahlawan Pasir Salak” karangan Ismail Sarbini.
3. Hanya datukku sahaja yang berjaya memboloskan diri dari tempat tahanan di
Kota Bharu, Kelantan.
4. Pada bulan September 1943, datuk telah ditahan oleh tentera Jepun.
5. Semua tahanan itu dimasukkan ke dalam bilik kurungan sebelum di bawa ke
Siam.
23
Lampiran 5
Tanggal 31
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
bulan lapan lima puluh tujuh
hari yang mulia
hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka
mari kita seluruh warga negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka
tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
hari mulia negaraku merdeka.
24
REFLEKSI ( BMM 3104)
Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah swt kerana dengan izinnya dan keredhoannya, saya dapat menyiapkan
Kerja Kursus bagi kursus BMM 3104 ini dalam masa yang ditetapkan oleh
pensyarah dan tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing kami terutamanya
Encik Azhar Bin Mohd Zahari yang banyak memberi panduan , bimbingan dan
dorongan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Berdasarkan kerja kursus yang disediakan,saya telah memperoleh ilmu
baru ketika mencari bahan kerja kursus ini. Berdasarkan pembacaan saya dalam
menghasilkan kerja kursus ini saya dapati bahawa kemahiran berbahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dibahagikan kepada dua jenis
kemahiran komunikasi. Kemahiran mendengar dan membaca dianggap sebagai
kemahiran menerima komunikasi, manakala kemahiran bertutur dan menulis
dikelompok sebagai menyampaikan komunikasi. Kemahiran mendengar dan
bertutur menggunakan media lisan, sementara kemahiran menulis dan membaca
menggunakan media tulisan.
Sebagai ibu bapa,perolehan dari pembacaan , penulisan esei dan
merancang rancangan mengajar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu semoga
dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian bagi membantu dan
menggalakkan anak-anak dengan mengamalkan sikap yang positif terhadap
pembelajaran bahasa Melayu dan menyediakan suasana yang kondusif di rumah
untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
25
Antara tindakan yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak
dalam kemahiran mendengar dan bertutur ini, di sini saya nyatakan beberapa tip.
Bacalah buku cerita dalam bahasa Melayu sekerap mungkin bersama anak
anda. Terangkan perkataan-perkataan dan frasa-frasa yang jarang ditemui
dalam bahasa pertuturan yang mudah kepadanya. Lanjutkan perbincangan
tentang kandungan cerita dengan menggalakkan anak anda bertanya dan
berbincang tentang watak-watak, plot cerita dan tema-tema yang dibaca.
Selain itu, bermainlah permainan bahasa bersama anak anda bagi
menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih menyeronokkan. Permainan
bahasa seperti “Sahibba” dapat membantu anak anda memperkukuhkan
pembelajaran bahasa Melayu dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan
yang terakhir yang boleh saya nyatakan di sini ialah menyanyilah bersama-sama
anak anda atau jadilah penonton sewaktu anak anda menyanyi. Kanak-kanak
gemar menyanyi dan nyanyian merupakan satu cara bagi anak anda
mempelajari bahasa dengan cara yang santai.
Aktiviti-aktiviti tersebut akan meningkatkan pendedahan anak anda
kepada suasana bahasa Melayu yang autentik dan menyokong pembelajaran
bahasa Melayu anak anda. Lakukan aktiviti-aktiviti yang disarankan dalam masa
yang singkat dan sekerap mungkin. Sentiasa bersikap positif dan berikan
galakan sepenuhnya.Usah terlalu memikirkan kesilapan. Gunakan setiap
peluang yang ada untuk menggunakan bahasa Melayu. Jadikanlah
pembelajaran bahasa Melayu menyeronokkan untuk anak anda.
26
top related