bbm 3103 - nota 1

Post on 26-Oct-2015

99 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Prof Madya Dr. Arba’ie bin SujudFakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

BBM 3103 :

BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Apr 17, 2023 1

Sistem Penilaian

• Kertas Kerja Individu - 30 %• Pep Pertengahan Sem - 30 %• Pep Akhir Sem. - 40 %• Jumlah 100 %

Apr 17, 2023 2

Pensyarah/Pengajar

• Nama : ARBA’IE BIN SUJUD (PM Dr)• Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK• Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

UPM• Jawatan : Ketua Jabatan/Prof Madya)• Email : arbaie@fbmk.upm.edu.my• No Tel Pejabat : 03-89468787• (HP) : 013-3641145

Apr 17, 2023 3

Rujukan Kursus

Arba’ie Sujud (2006). Retorika Bahasa dan Apresiasi Sastera. Kuala Lumpur: Tinta Press

Sdn. Bhd.

Arba’ie Sujud (2007). Apresiasi Bahasa: Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd.

Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa.

Jakarta: PT. Gramedia.

Apr 17, 2023 4

Skop Perbincangan

• Pengenalan Kursus• Penilaian / Pemberatan• Rangka/ PerincianTugasan• Agihan Kandungan Kursus.

Apr 17, 2023 5

Pengenalan Kursus BBM 3103

• Kursus Elektif Pengkhususan untuk Program BA (Bahasa dan Linguistik)

• Keperluan/Pra Syarat - Tiada• Sinopsis Kursus :• Tujuan Kursus : Memberikan pengetahuan yang

mendalam tentang penggunaan bahasa dalam teks kesusasteraan yang membawa makna eksplisit dan implisit, dan memupuk penghayatan terhadap kesusasteraan.

• Kredit : 3 (3 + 0).

Apr 17, 2023 6

Kertas Kerja Individu• Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu

kertas kerja.• Tajuk kertas kerja ditetapkan/didaftarkan*.• Pelajar tidak boleh menukar tajuk tanpa

persetujuan pengendali kursus.• Sila berbincang dengan tutor untuk mendapat

gambaran terhadap skop tugasan yang diberikan.

• Pemberatan markah adalah 30 %.

Apr 17, 2023 7

Peraturan Umum• Format Kertas kerja – Ilmiah- mengandungi tiga

bahagian (pendahuluan, perbincangan dan Kesimpulan).

• Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika ilmiah. • Penghantaran KK - Melalui pusat pembelajaran

dan dialamatkan ke Pusat Pendidikan Luar.• Penghantaran KK - Selewat-lewatnya pada minggu

kedua belas atau dua minggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula.

• Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh menjejaskan markah.

Apr 17, 2023 8

Format Penaipan

• Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih.

• Jarak taipan dua langkau.• Kepanjangan. 12– 18 halaman tidak

termasuk bibliografi.• Saiz huruf 12

• Jenis Times New Roman atau Arial

Apr 17, 2023 9

Esei Ilmiah

• Penulisan berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan tajuk tidak dibenarkan.

• Format – Rasmi kertas kerja yang mengandungi: a. Pendahuluan

b. Isi dan Perbahasaan c. Kesimpulan• Bibliografi

Apr 17, 2023 10

Pendahuluan

• Pengertian dan konsep bagi tajuk yng dibincangkan.

• Objektif Kajian.• Pembatasan Kajian. Penulisan dilakukan dalam bentuk

perenggan.• Pendahuluan 1-3 halaman.

Apr 17, 2023 11

Isi dan Perbincangan

• Berkaitan dengan skop atau batasan kajian yang dinyatakan dalam pendahuluan.

• Gunakan bahan atau teks untuk tujuan menganalisis.

Apr 17, 2023 12

Rumusan Kesimpulan

• Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja• Merumuskan aspek-aspek yang telah

dibincangkan.• Dapatan kajian yang diperoleh.• Kaitkan dengan tajuk kertas kerja dan objektif

kertas kerja.

Apr 17, 2023 13

Bibliografi

Apr 17, 2023 14

Sapardi Djoko Damono.1978. Sosiologi Sastra: Sebuah Penghantar Ringkas. Jakarta: Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan.

Scholes, Robert.1969. Elements of Poetry. London: Oxford University Press. Schwartz, Joseph dan Roby C., Robert. 1969. Poetry: Meaning and Form. New York:

Mc Graw-Hill Book Company. Scott, Wilburs. 1972. Five Approaches of Literary Critism. London: Collier Books. Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selden, R. and Widdowson, P., 1993. Contemporary Literary Theory. New York:

Harvester Wheatsheaf. Shahnon Ahmad. September 1987. “Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia”. Dewan

Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11.

Topik 1

Hubungan Bahasa dan Sastera

Apr 17, 2023 15

• Sumber Rujukan :Apresiasi Bahasa- Interpretasi & Ekspresi

• Bab 1 : Bahasa dan Manusia• Bab 2 : Stilistika dalam Kajian Sastera• Bab 3 : Bahasa Sastera

Apr 17, 2023 16

Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu - Pengenalan

• Tumpuan Bidang –• Bahasa atau Sastera?

• Apa itu Bahasa?• Apa kata sarjana?

• Apa itu SASTERA?• Apa yang dapat anda fahami?

Apr 17, 2023 17

‘SASTERA’ dari sudut Bahasa

• S – Seni Bahasa • A - Akaliah.• S - Sensitiviti• T - Tersurat dan Tersirat • E – Estetika• R - Realiti• A - Alternatif / Pelepasan Minda

Apr 17, 2023 18

Hubungan Bahasa dan Sastera

• Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)• Fonologi • Morfologi• Sintaksis• Semantik

• Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu• Tradisional dan moden• Prosa dan Puisi• Aliran dan Pemikiran

Apr 17, 2023 19

Kedudukan Bahasa dalam Sastera

• Bahasa juga merupakan suatu seni.• Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib,

bersistem dan memiliki nilai keindahan. • Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni

bahasa yang indah’.

Penulis & Bahasa?

• Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis, sememangnya terdorong oleh keinginan untuk menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh. Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan bagi mereka yang tahu… (SN A. Samad Said:2006)

Bahasa teks Sastera

• Penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka.

• Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada unsur suspen, ketegangan dan peleraian.

• Perkara tersebut dapat ditandai melalui pemilihan kata.

Analisis Bahasa

• Suasana tegang/ situasi berkonflik.• Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis)

– Ayat yang digunakan pendek.– Ayat tunggal (satu S+P)

1. “Bagi abang / peluang”

2. “Peluang / apa lagi” 3 “Tolong / Mah”. 4. “Abang / terpaksa”

“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”“Beri abang peluang”“Peluang apa lagi”“Tolong Mah. Abang terpaksa”.“Abang tak ada pilihan”“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”“Tak ada beban batu digalas”

Kenapa?

• Lufti Abas (2001:24) “Ayat tunggal pengucapannya cepat. Aliran pemikiran selari. Sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas atau interaksi bersemuka”

Morfologi

• Perulangan kata– Tak sangka– Peluang– Tak ada pilihan

• Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu perkara yang menjadi titik perbincangan atau perkara utama.

“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”“Beri abang peluang”“Peluang apa lagi”“Tolong Mah. Abang terpaksa”.“Abang tak ada pilihan”“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”“Tak ada beban batu digalas”

Aktiviti 1:Kunci Kata

• Berdasarkan dialog dalam teks tersebut kenal pasti diksi yang dijadikan sebagai: – Klimaks – Anti klimaks

• Kenapa anda memilih diksi tersebut sebagai kata kuncinya?

i. Pendekatan Stilistikii. Pendekatan Analisis Wacanaiii. Teori Semiotik

Topik 2

Hubungan Bahasa dalam Kajian Sastera (Unit 2)

Apr 17, 2023 29

Pendekatan Stilistik

• Konsep – Penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu tentang gaya dan pemakaian bahasa.

• Ilmu gabung – Linguistik dalam kajian teks sastera

• Tujuan – keberhasilan pengarang mengolah bahasa yang dapat mencerminkan pemikiran yang bersifat imaginatif, figuratif, dan simbolik.

Apr 17, 2023 30

Prinsip Stilistik• Bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif.• Stilistik turut membicarakan persoalan dasar

sastera – aspek bahasa• Stilistik berhasil memperlihatkan gaya

keperibadian penulis.• Huraian terhadap pemilihan diksi dapat dilakukan

yang merentas disiplin linguistik• Membantu memahami makna yang sukar• Stilistik – memberi penekanan kepada penghasilan

karya• Stilistik – membantu menghurai penerimaan dan

penghargaan pembaca. Apr 17, 2023 31

Penyimpangan dalam Stilistik

• Konsep penyimpangan - Pemakaian bahasa yang terkeluar daripada keadaan yang lazim.

• Apa – morfologi, sentaksis• Kenapa ?

– estetik– tujuan pemikiran– Maksud atau makna

Apr 17, 2023 32

Pendekatan Analisis Wacana

• Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaannya dalam urutan ujaran.

• Aspek yang dikaji ialah bahasa dari sudut penggunaan.

• Penekanan tidak hanya aspek tatabahasa tetapi lebih mengutamakan aspek pemaknaan.

• Analisis wacana meneliti bentuk bahasa yang digunakan oleh penutur atau pendengar sewaktu berkomunikasi.

Apr 17, 2023 33

Teori Semiotik

• Kajian yang melihat karya mempunyai sistem tersendiri.

• Kajian tentang sistem tanda dan kod.• Bentuk tanda dalam teori semiotik

– Ikon – tanda yang menunjukkan persamaan sifat

– Indeks – Tanda yang mempunyai hubungan alamiah

– Simbol – Tanda yang mempunyai hubungan bersifat arbitrari.

Apr 17, 2023 34

Topik 3

Bahasa dan Batas Makna

Apr 17, 2023 35

Bahasa dan Batas Makna

• Manusia menggunakan bahasa untuk :– menyatakan maksud,– menjelaskan sesuatu, – mewujudkan kemesraan, – mendapatkan kepastian dan– membuat keputusan. Dalam hal ini,

Apr 17, 2023 36

Penentuan Makna

• Tidak semua perkara sama diterima.• Faktor perbezaan makna lambang bahasa.• Lambang bahasa di ’fakulti bahasa individu’.• Memahami maksud yang diterima melalui

isyarat bahasa.

Apr 17, 2023 37

Faktor Pemahaman

• Antaranya dipengaruhi oleh :– intonasi, – aliran fikiran, – pemilihan diksi, – presepsi dan tanggapan, – hubungan.

Apr 17, 2023 38

Analisis Tafsiran 1

• Dialog 1 : [Bagusnya anak emak! Lain kali panjat lagi tinggi ye. Kalau kurang tinggi nanti mak ambikkan tangga!]

• Tanggapan Makna: Dua situasi– Sindiran atau tegahan– Suruhan

Apr 17, 2023 39

Analisis Tafsiran 2

• Dialog 2: [Emak tu, lepas makan, tidur!. Terlentang. Perut selambak macam perut lembu kena sembelih. Kita je yang kesian kat dia, dia buat tak pada je!]

• Dialog 3 : [Emak tu lebih kurang macam adik je. Selagi tak dibelikan, asyik tanya je. Lain kali tak payah cakap-cakap, belikan je]

• Apr 17, 2023 40

Tafsiran

• Maksud perbandingan – Situasi sama tara antara dialog 2 dan dialog 3.

• Namun tafsiran boleh berbeza :– Penghinaan / penyamatarafan status.– Makna boleh lebih daripada satu bergantung

tafsiran.– Bahasa mempunyai kuasa.

Apr 17, 2023 41

Topik 4

Laras Bahasa Sastera

Apr 17, 2023 42

04/17/23 43

Konsep Laras Bahasa

• LB adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsinya.

• Setiap anggota masyarakat akan menggunakan LB yang berbeza mengikut keperluannya.

• Semakin banyak LB yang digunakan, semakin berkesan komunikasi seseorang itu.

• LB dihubungkan dengan keadaan atau situasi yang berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan, hubungan, situasi pembicaraan dan disiplin.

04/17/23 44

Laras Bahasa Sastera

• Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik yang dipelbagaikan.

• Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi), kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas.

04/17/23 45

Ciri LB Sastera• Bersifat Imaginatif dan Figuratif• Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi.• Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat

melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan khayalan pengarang sebenarnya.

• Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan • Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara

Shahnon Ahmad.• Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna

daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik, kiasan dan sindiran.

04/17/23 46

Menggunakan Bahasa Hiasan

• Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya tersebut.

• Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan.• Tujuan lain penggunaan :

– Sebagai hiasan karya – Penyeri jalan terhadap isi cerita. – Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering,

hambar atau menjemukan. • Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan,

peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya.

04/17/23 47

Perlukisan Gambaran yang Jelas

• Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara jelas.

• Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup.

• Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa sebagai berikut:

• Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim.

04/17/23 48

Penggunaan Bahasa Baku

• Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan penyebutannya.

• Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan dan kesesuaian.

• Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan masyarakat.

• Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya Daerah Zeni:– Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan

melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi.

04/17/23 49

Bernada Puitis• Laras kreatif mengutamakan penggunaan bahasa

yang puitis dan indah. • Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering

menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa disampaikan melalui genre seperti novel, cerpen dan puisi begitu memikat serta menghiburkan.

• Karya SN Usman Awang misalnya, banyak memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda.

04/17/23 50

Pemilihan Diksi Berkesan

• Memilih perkataan berfungsi memerlukan penyesuaian dengan tema atau persoalan.

• Terdapat beberapa perkataan untuk suatu pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa makna yang sama atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan.

• Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca.

04/17/23 51

Bersifat Komunikatif• LS lazimnya bersifat komunikatif, iaitu menghubungkan

penulis dengan pembaca. • Penglahiran idea dan plot cerita yang disampaikan oleh

pengarang dapat membawa pembaca menghayati cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang.

• Laras bahasa yang bersifat komunikatif, akan mewujudkan hubungan yang dekat antara pengarang dengan pembaca.

• Semua hasil karya kreatif akan bersifat komunikatif membentuk hubungan langsung antara penulis dengan pembaca.

• Melalui plot penceritaan yang disampaikan pengarang dapat mendekatkan hubungan antara pengarang dengan khalayak pembaca.

04/17/23 52

Bersifat Ambiguiti (ketaksaan)

• Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur kekaburan dan ketidakjelasan.

• Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas.

• Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental iaitu membicarakan tentang perasaan dan perkaitannya dengan indera seseorang.

• Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan personafikasi.

04/17/23 53

Bersifat Stilistik

• . Kepelbagaian gaya yang dapat menawan golongan pembaca supaya terus mengikut serta menghayati cerita yang disampaikan.

• Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya bahasa tersendiri sifatnya.

• Penggunaan unsur bahasa yang berunsur kiasan atau sindiran untuk menunjukkan persamaan dan perbezaannya.

• Pemilihan kata digunakan untuk memberikan kesan yang sensasi terhadap sesuatu. Oleh itu, penekanan utama akan dihuraikan dalam bentuk bahasa yang digunakan.

• Contohnya, penggunaan perkataan merdu yang menekankan kepada cita rasa telinga

04/17/23 54

Bersifat Simbolik• Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan

kepada sesuatu benda. • Simbol bersifat individu, konvensional dan ada

juga yang berunsur sejagat. • Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis

manakala kumbang pula lambang bagi lelaki.• Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan

secara lebih serius bagi menunjukkan maksud

04/17/23 55

Unsur-Unsur Bahasa LS

• Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang atau penulis kreatif.

• Penggunaan bahasanya beridentiti jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain.

• Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat untuk menunjukkan perbezaan di antara satu karya dengan satu karya yang lain.

• Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras sastera atau kreatif, seperti :-

04/17/23 56

Unsur Perbandingan

• Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya adalah seperti berikut :

• Unsur Personifikasi– Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia

daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad.

– menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya ialah,

• Angin yang meraung ….• Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan ….• Kasih yang bersayap ….

04/17/23 57

Unsur Hiperbola

• Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal.

• Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik dan indah.

• Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan pengaruh dalam kalangan pembaca.

• Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya adalah seperti berikut:-– Pijak semutpun tidak mati ….– Hajat hati hendak memeluk gunung ….

04/17/23 58

Unsur Simile• Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya

sastera. • Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain

yang hampir sama. • Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai

kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai. • Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk

menanggapi maksud pengarang.• Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan

sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa. • Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah,

– Pipinya laksana pauh dilayang ….– Betisnya bagai bunting padi ….– Giginya seperti mutiara ….

04/17/23 59

Unsur Metafora• Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras

sastera yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile.

• Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya.

• Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat. Contoh:– Perempuan itu burung murai, kuat berleter ….– Perasaannya api yang menyala ….– Kata adalah pedang tajam

04/17/23 60

Unsur Analogi• Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara

atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan.

• Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau membuktikan tentang sesuatu perkara.

• Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu,Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautanMelorongkan jalur sejarah zaman

• UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang berjaya mengelilingi dunia.

04/17/23 61

Unsur-unsur Sindiran• Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif

seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu makna yang sebaliknya.

• Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan orang Melayu.

• Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang disenangi dengan tidak dinyatakan secara terus.

• Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:-

04/17/23 62

Unsur Ironi• Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai

makna yang tajam. • Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang

disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang terkena akan terasa tajam sindirannya.

• Biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud sebenarnya.

• Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth:– Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi.

Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan cebisan kertas bertaburan di lantai.

04/17/23 63

Unsur Sarkastik• Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali

akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau menerima ungkapan tersebut.

• Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang.

• Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh:– Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi….– Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini….– Nyah kamu dari rumah aku….

04/17/23 64

Unsur Sinisme

• Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi.

• Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa sarkastik dan bahasa ironi.

• Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Contohnya:– Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya ….– Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya…..

04/17/23 65

Unsur-unsur Penegasan• Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap

kali kita dapati dalam bahan penulisan kreatif. • Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang

beberapa kali. • Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata,

ayat atau seumpamanya.• Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah

seperti berikut;-

04/17/23 66

Unsur Repetisi

• Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.• Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai

estetik melalui bunyi yang berirama dan indah. • Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara

mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud penegasan.

• Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke, mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh:– Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga

berjaya….– Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang …..

04/17/23 67

Unsur Klimaks

• Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun penceritaan.

• Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya prosa.

• Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh ungkapan klimaks,

• ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara yang mengiringi mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai tersenyum manis menandakan kebahagian menyeri majlis …..

04/17/23 68

Unsur Antiklimaks• Unsur antiklimaks VS konsep klimaks. • Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya

menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun. • Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada

yang kurang utama atau kurang penting. Cth:– Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan

mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid sekolah rendah.

04/17/23 69

Unsur-unsur Pertentangan• Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan

wujudnya pertentangan dalam bahasa tersebut.

• Mewujudkan unsur atau gaya yang bertentangan atau berlawanan dalam ayat-ayat yang dihasilkan.

• Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras sastera iaitu:

04/17/23 70

Unsur Paradoks• Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata

dalam ayat. • Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang

mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada.

• Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana kebenarannya. Cth:– Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala

Lumpur…– Aku kesepian di tengah keramaian….

04/17/23 71

Unsur Antitesis• Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang

menunjukkan perbandingan antara dua antonim iaitu kata-kata yang mengandungi ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth:– Kecantikannya yang mencelakakannya….– Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi

bahasanya yang baik…,– Dia bergembira atas kesedihan orang lain….

04/17/23 72

Unsur Kontradiksi• Unsur yang bertentangan dengan apa yang

telah dinyatakan sebelumnya. • Pernyataan yang dinyatakan pada

permulaannya akan menafikan ataupun membuktikan kata-katanya pada pernyataan berikutnya. Cth:– Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang

kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta daun-daun menampar angin…

04/17/23 73

Sekian, terima kasih

Pep. Pertengahan Sem• Pemberatan – 30 %• Skop –

– Unit 1 & Unit 2- Modul BBM 3103– Nota tambahan (bersemuka 1)– Bahan dari Buku : Apresiasi Bahasa: Interpretasi

& Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd.• Format -Objektif dan Subjektif (Struktur)

• Objektif – Konsep & Aplikasi (15 %)• Struktur – Konsep dan Aplikasi (15 %)

Apr 17, 2023 74

Contoh Objektif

xxi Variasi dalam penggunaan bahasa oleh seseorang penulis ditentukan oleh persekitaran yang melatarinya.

A. BetulB. Salah

Apr 17, 2023 75

xxx. Penggunaan bahasa sering dikaitkan dengan faktor yang berikut, KECUALI

A. Tempoh perbincanganB. Kelompok penuturC. Topik perbincangan

D. Situasi

Contoh Format Subjektif1. Berikan tiga ciri laras bahasa sastera dalam konteks karya kreatif

imaginatif. I. II.______________________________________________________III______________________________________________________

(3 markah)

2. Jelaskan kepentingan ilmu linguistik dalam menganalisis karya kreatif imaginatif? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.( 2 markah)

Apr 17, 2023 77

Sekian, terima kasihManusia selalu terlupa bahawa kekuatan kuasa kata yang yang ada pada mereka adalah merupakan senjata…. (Aristotle)

Apr 17, 2023 78

top related