bacaan awal
Post on 17-Jun-2015
470 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1. SALAWATI MOHAMAD – S 2176972 .SURIANI ABDULLAH TAUHID – S 2177733. ZALEHA MOHAMED - 2178344. SITI FAUZIAH KASA - 2177405. NAZIROH ABDUL HAMID - 2180136. ROZITA RAMLI - 2176857. ROSNIYAH DIN – S 2176748. NORHAYATY NEK JON – S 2180109. SOPIAH MOHD RADZI – S 217765
KAEDAH MENGAJAR BACAAN AWAL
SGRM 3013 PRINSIP PENGAJARAN BACAANPM DR NURAINI BINTI YUSUFF
KUMPULAN 4
Kemahiran membaca ialah satu proses mengubah simbol-simbol grafik( tulisan) kepada konsep-konsep intelektual dan prosese ini memerlukan daya mental kerana proses berfikir yang melibatkan pembaca perlu memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan membaca. Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea-idea yang disimbolkan melalui penulisan. Secara ringkasnya seseorang yang menguasai kemahiran membaca dapat mentafsir apa-apa yang dilihat dan memberi makna yang betul kepada simbol grafik tersebut.Khairudin Mohamad, Maridah Alias, Faizah Haji Samsudin ( 2013, hlm 43 )
KAEDAH MENGAJAR BACAAN AWAL
Definisi membaca
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat membaca sebagai memerhati isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dan memahamkan makna kandungannya seperti membaca akhbar, buku , novel surat dan sebagainya. Membaca juga satu proses mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku , papan tanda dan sebagainya secara lisan. Husin Fateh Din, Nazariyah Sani ( 2013)
Konsep membaca
Menurut Atan Long (1978) (seperti dipetik dalam Husin Fateh Din, Nazariyah Sani -2012, hlm 98 ) menyatakan proses membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang- lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.
Teori Pembelajaran Bacaan
Teori Behavioris dan Aplikasi Dalam Pengajaran Bacaan Awal
Teori Kognitif Pengajaran Bacaan Awal
Teori Pembelajaran linguistik dalam pengajaran Bacaan Awal
Langkah persediaan Bacaan Awal
Guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu
mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu
didedahkan dengan aktiviti
yang boleh mendorong dalam mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan
pendengaran
Kemahiran Prabacaan diperoleh oleh kanak-
kanak secara tidak langsung sepanjang
tempoh perkembangan
mereka.
Kanak-kanak (3 – 6 tahun) perlu
diberi galakan mengembangkan bahasa melalui
aktiviti lisan, cerita dan nyanyian
Kanak-kanak perlu disediakan mindanya untuk
membaca
Kepentingan Prabacaan Dalam Pengajaran Bacaan Kesediaan
membaca ditakrifkan
sebagai satu peringkat
bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan
awal atau bacaan
Enam program untuk
menggalakkan kesediaan membaca
mengenal nama huruf, belajar
bunyi huruf dan membaca seluruh
perkataan, mendapatkan pengalaman membaca, kemahiran
berkomunikasi dan mendengar
puisi.
Kandungan objektif pengajaran prabacaan mempunyai kesamaan
dengan aktiviti kesediaan membaca (Aukerman, 1971).
Aktiviti prabacaan
perlu diterjemahkan kepada aktiviti yang meliputi pengajaran
dan pembelajaran
seperti mengecam persamaan
dan perbezaan bunyi
Konsep kesediaan membaca meliputi
pengajaran kemahiran
sebelum bacaan, se membaca
secara khusus dan berterusan.
Kaedah Abjad
Satu kaedah tradisional yang masih diguna pakai
untuk mengajar di peringkat permulaan
Berfokuskan kepada menghafal abjad,
pembentukan suku kata dan mengeja perkataan.
Murid diajar nama huruf secara teratur iaitu bermula
dari huruf ‘a ‘ sehingga huruf ‘z’
Kaedah Abjad
Guru juga boleh memberi latihan pengecaman dan
menulis huruf
Mengajar murid mengenal huruf kecil dan diikuti huruf
besar
K emudian guru akan memperkenalkan
huruf vokal iaitu ‘a’, ‘e’, ‘i’, ‘o’ dan ‘u’ dan
perkataan yang bermula dengan huruf
vokal
Guru akan memperkenalkan perkaitan antara bunyi huruf dan
perkataan
Langkah 1 : Menyebut nama huruf a hingga z, huruf besar dan huruf kecil
a b c d e f g h i j k l m
n o p q r s t u v w x y z
Arahan : Sebut huruf abjad di atas dengan jelas
A B C D E F G H I J K L M
N O P Q R S T U V W X Y Z
Arahan : Sebut huruf abjad di atas dengan jelas
ba ta bata
bu ku buku
Langkah 2: Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa
Nama saya Aizat.Umur saya tujuh tahun.Saya ada adik.Nama adik saya Firdaus Husainy.
Langkah 3 : Latihan membaca ayat
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
• membunyikan perkataan atau rangkai
kata berdasarkan pengalaman melalui
gambar
• membunyikan ayat melalui gambar yang
memiliki cerita.
• aktiviti mengecam dan mengenal perkataan serta
memandang keseluruhannya
Kaedah Pandang dan Sebut
• murid hanya perlu mengecam dan
menghafal tulisan serta gabungan bunyi dua, tiga, atau empat huruf
lalu menyebutnya
• setiap perkataan ditulis di atas kad
bacaan dan di imbaskan kepada
murid.
• Melalui kad imbasan tadi murid dapat
mengenal lambang agar dapat membaca
Kaedah Pandang dan Sebut
• murid diajar untuk mengeja setiap
perkataan di samping mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya
• menyebut perkataan
berbantukan gambar
• perkataan hendaklah diulang-ulang
menyebutnya supaya foto perkataan lekat
dalam memori murid-murid
Kelebihan Kaedah Pandang & Sebut
bertepatan dengan naluri kanak-kanak
yang mempelajari
sesuatu secara keseluruhan
dapat melatih kanak-kanak
membaca dengan sebutan
yang betul
cepat membaca dengan mengecam
dan mengingati perkataan yang
dipaparkan
Kelemahan Kaedah Pandang & Sebut
bacaan kanak-kanak
terhad kepada
perkataan yang telah dipelajari
sahaja
mereka tidak mempunyai asas yang
kukuh untuk membolehkan
mereka membaca
sendiri
kanak-kanak yang mempunyai tahap
ingatan yang agak lemah pada peringkat awal,
mereka sukar menyebut perkataan yang
dipaparkan
KAEDAH CERAKINAN
berdasarkan prinsip analisis iaitu mencerai-
ceraikan bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian
yang lebih kecil
murid akan melihat secara
keseluruhan dahulu
sebelum membuat
perinciannyaguru boleh mencerakinkan perkataan itu menjadi
suku kata agar murid lebih
mudah memahami
satu sa + tu
mata ma + ta
baru ba + ru
hari ha + ri
dadu da + du
sudu su + du
Latihan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata.
Arahan: Sebut perkataan yang telah dicerakinkan.
Kaedah Frasa
Frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan dan dapat menarik minat murid-murid
berbanding perkataan.
Contohnya : Frasa
ini basikal
ini kerusiitu baju.
Frasa boleh dipanjangkan menjadi
ayat. Contohnya :Ini basikal
bapa.Ini kerusi
saya.Itu baju ibu.
Kaedah Binaan
Berdasarkan prinsip
sintesis
Menitikberatkan
kegiatan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi sesuatu
yang lebih besar
Kaedah membina menggabungkan kaedah huruf ,
kaedah bunyi, suku kata , frasa dan
ayat mudah.
Kaedah Gillingham Kaedah ini menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –huruf.
i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan dengan bunyinya. Murid
tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.
ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan
perkataan digabungkan dengan imej visual.
Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.
iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi
huruf dan perkataan digabungkan dengan
pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.
iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid dibantu untuk menyurih
atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama
atau bunyi huruf tersebut.
Rumusan
Sebagai guru marilah kita sama-sama mempelbagaikan kaedah pengajaran awal bacaan dan
pengajaran lanjutan bacaan bagi memastikan anak didik kita dapat menguasai
semua bidang ilmu yang dipelajari semaksimum mungkin. Ingatlah sesungguhnya ‘Membaca
Adalah Jambatan Ilmu’, dan ayat Al- Quran pertama yang
diturunkan adalah ‘Iqra’ yang bermaksud
‘ bacalah’.
top related